• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kereta hibrid penyelesaian kenaikan harga minyak

Kereta hibrid penyelesaian kenaikan harga minyak

22nd October 2010 by akubiomed 22 Comments

Bajet 2011 menyentuh pemotongan cukai untuk kereta hibrid pada kadar 50 – 100%.

gambar hiasan

Aku terbaca di surat akhbar Harian Metro diruangan Bisnes mengenai kemungkinan lonjakkan penjualan kereta hybrid kesan pembentangan bajet 2011.  Pengecualian duti import sebanyak 100% untuk pemegang francais kereta hibrid dan 50% bagi kereta hibrid yang siap pasang(CBU ).

Harga kereta hibrid di Malaysia masih tinggi.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia(MAA) pengumuman pemotongan cukai bagi kereta hibrid didalam pembentangan bajet 2011 akan menggalakkan pengunaan kereta hibrid dan elektrik. Kita tunggu sejauh mana harga baru kereta hibrid mesra pembeli seperti yang dikatakan.

Buat masa ini harga Honda Hybrid adalah RM129,980 manakala Toyota Prius pada harga RM175,000 bagi aku harganya belum cukup mesra pembeli macam aku ni.

Aku amat menyokong kalau harga kereta Hybrid  dijual pada harga mampu milik dan dapat dimiliki oleh semua peringkat golongan bukan golongan tertentu sahaja. Kalau boleh aku mahu menukar kereta yang mencemar alam kepada kereta yang lebih mesra alam dan dapat memberi penjimatan minyak.

Kereta hibrid Toyota Prius

Aku juga dengar dijangkakan harga tayar akan naik pada tahun 2011 disebabkan kekurangan stok komiditi dunia akibat permintaan tinggi getah mentah dunia. Buat masa ini belum ada teknologi getah sintetik yang dapat mengantikan penggunaan getah asli yang amat sesuai untuk pembuatan tayar.

Tak pun contohi Melaka menggunakan beca yang dijana tenaga solar untuk menjimatkan minyak 😉

Beca Solar Melaka

 

Sila tekan butang kongsi:

  • Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu
  • Kembali ke tenaga hijau
  • Tirai 2011 belum dilabuhkan harga barang sudah naik

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. charmont says

    5th January 2011 at 11:25 pm

    saya masih x faham..pemotongan cukai import 50%-100% tu untuk kereta baru sahaja ke? ataupun termasuk used car?

    Duti import aje yang ada pemotongan?
    Duti eksais etc. masih ade?

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2011 at 11:59 pm

      Pemotongan cukai untuk kereta baru sahaja

      Reply
  2. fiezaradzi says

    26th October 2010 at 12:33 pm

    harga kete hibrid skg mmg lagi mahal dari kete tak hibrid.. jadi tak de duit nak beli.. huhu.. tgk je la.. setuju gak, patut dikurangkan cukai utk kete2 sebegini, supaya lebih ramai boleh beli..

    lau naik beca tu kat kl ni, hahaa.. awal2 pagi kena keluar, lau tidak tak sempat masuk opis.. hihi

    Reply
  3. zik says

    25th October 2010 at 12:10 am

    ish2… semua nak naik nie… wah pakai solar beca melaka tuh macam interesting jer… huhu

    Reply
  4. Squtopus says

    24th October 2010 at 1:09 am

    Bila la Malaysia nak buat kereta hibrid sendiri atau aku tak tau mmg dah ade pun? Hehehe. Kalau dapat harga dalam RM40 – RM60k okla:).Kalau harga getah naik mendadak,ramai la anak muda kembali ke kampung dan berminat untuk menjadi penoreh sepenuh masa. Hehehe. Member aku kat kelantan masa getah naik satu ketika dulu, die pernah dapat RM2 – 3k sebulan hasil dari menoreh.Kalau betullah macam tu, engineer pun jelous dengar. hehehe

    Reply
  5. tehr says

    23rd October 2010 at 9:43 pm

    minat gak nak beli satu kalau kena dg harganya

    Reply
  6. Ismail N says

    23rd October 2010 at 8:19 pm

    Rasanya kenaikkan harga minyak memang tak boleh dielak. Konsep demand dan supply dalam ekonomi boleh jelaskan hal ini. Cara terbaik adalah memperbaiki pengangkutan awam dan jalanraya. Kemudahan awam seperti sekolah, klinik, taman asuhan berdekatan boleh mengurangkan penggunaan minyak yang tinggi.
    Saya pun tak pernah try kereta hybrid ni. Kereta Prius tu cuma kenal sebab Will Ferrall guna dlm cerita “The Other Guys” . 😀 . Probably ia boleh bantu dari segi enviroment. Dari segi mengantikan kereta petrol – not too sure. Maybe akan datang bila teknologi berkembang dan kos pembinaan dan maintenance kereta begini jadi rendah, kita akan kurag gunakan kereta petrol dan diesel.

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2010 at 10:02 pm

      Wah bro, komen berbunyi macam pakar ekonomi. Saya setuju dengan pendapat bro kalau semua itu dipenuhi sekurang-kurang orang tak rasa perlu guna kenderaan sendiri jika negara mempunyai rangkaian pengangkutan cekap. Saya pernah nyaris terlepas naik flight balik ke Malaysia ketika di German gara-gara salah naik train. Kalau tak beraya dekat German

      Reply
  7. etomyam says

    23rd October 2010 at 7:10 pm

    wah tak tahu pun kat melaka ada solar beca hehe 😀

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2010 at 10:04 pm

      Saya pernah naik beca ke sekolah rendah pada masa itu saya sekeluarga ikut bapa saya sambung belajar di USM Penang.

      Reply
  8. donny says

    23rd October 2010 at 6:29 pm

    keta ni dapat kurangkan masalah pencemaran..bagus

    Reply
  9. Hadi Rofiee says

    23rd October 2010 at 4:36 pm

    Rasanya harga itu masih tinggi bg kebanyakan orang. 😮

    Reply
    • Panduan Buah Pinggang Sihat says

      26th November 2010 at 11:00 pm

      Kalau dah ratus ribu harga dia tak semua rakyat mampu.

      Reply
  10. zuriey says

    23rd October 2010 at 1:54 pm

    agak-agaknya berapa ye harganya lepas takde cukai.. geram lak rasanya..macam nak beli je

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2010 at 3:32 pm

      Tunggu Proton Emas dikilangkan di Malaysia. Kereta kompak mesra alam yang buat launching dekat Geneva tempoh hari

      Reply
  11. Zezebel says

    23rd October 2010 at 1:46 pm

    bertambah teruk la keadaan di tempat kerja saya yang bergantung dengan generator sebagai sumber elektrik itu kelak. every month kami guna 10k L diesel…..

    Reply
  12. brutalsolo says

    23rd October 2010 at 1:49 am

    tukar kerajaan masa pilihan raya ..minyak akan turun

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2010 at 9:56 am

      Bertukar kerajaan bukan penyelesaian penurunan minyak kita kena ingat sumber alam ini makin lama makin susut. Kena cari sumber alternatif yang lebih murah dan tidak memudaratkan alam

      Reply
    • Panduan Buah Pinggang Sihat says

      26th November 2010 at 10:56 pm

      Setuju sangat-sangat.Kereta hybrid memang bagus,tapi mampukah gologan biasa macam saya ni mampu memilikinya?

      Reply
  13. nash says

    23rd October 2010 at 1:31 am

    taw xper..setuju…baik gne kereta hibrid nie..walaupon aku nie xfaham sgt pasal kereta hibrid nie,tapi aku tahu kereta cmnie mmgla bagus kerana xgne minyak kan? mesra alam nie 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in