• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Hey bai mana kereta gua?

Hey bai mana kereta gua?

15th March 2014 by akubiomed 20 Comments

Cuak mencari kereta tak jumpa

Saya rasa ramai yang pernah mengalami situasi apabila masuk ke pasar raya besar seperti Mid Valley kemudian selepas habis urusan mencari kereta tidak jumpa. Saya nak kongsi pengalaman cari kereta tak jumpa ditempat letak kereta Mid Valley.

Mencari kereta tak jumpa selalu berlaku situasi ini apabila didalam keadaan tergesa-gesa. Pada hal didalam perjalanan sudah berkali-kali mengingatkan diri supaya snap gambar lokasi kereta yang biasanya tertera pada dinding sebelum meninggalkan kereta.

Jangan lupa snap dinding lokasi tempat letak kereta

Nak berkongsi pengalaman ini membuatkan saya tergelak seorang diri apabila mengenangkan situasi ‘kehilangan kereta’ akibat kecuaian diri sendiri. Sepatutnya ia tidak berlaku kalau saya tidak tergesa-gesa ketika mengunjungi Mid Valley.

Ia bermula dengan masalah mencari tempat letak kereta kerana hampir setiap sudut sudah penuh dan pada sama saya mencari tempat letak kereta yang hampir dengan pintu masuk. Saya mula bimbang melihat jam ditangan kerana waktu semakin terdesak.

Setelah berpusing-pusing mencari tempat kosong akhirnya jumpa tanpa berlengah lagi terus memberikan signal untuk masuk tempat letak kereta yang kosong tersebut. Saya terus capai barang-barang saya dan bergegas meninggalkan kereta tanpa sempat snap lokasi tempat letak kereta.

Control macho kononnya macam tak ada masalah

Selepas urusan saya selesai dan membuat pembayaran tiket parking di mesin, baru saya tersedar tidak dapat ingat lokasi dimana kereta ditinggalkan. Mula perasaan cuak hadir apabila ketika ini benar-benar tidak dapat ingat lokasi terakhir kereta ditinggalkan.

Pada masa itu buat-buat muka selamber tidak mahu nampak cuak control macho kononnya. Cuba melihat telefon bimbit manalah tahu ada tersnap gambar tiang. Ternyata hampa sebab tadi tergesa-gesa meninggalkan kereta tadi hingga terlupa snap gambar.

Saya salahkan diri sendiri ke atas kecuaian kerana ia semuanya berpunca diri sendiri. Nak pendekkan cerita akhirnya saya berjaya dapat jumpa selepas setengah jam mencari. Bayangkan tempat letak MidValley sangat luas dan banyak level boleh basah kuyup berpeluh kalau cari kereta disana.

Satu pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2
  • Masalah clock spring Gen2 hatiku sakit disini
  • Portable Jump Starter Penyelamat Bateri Kereta Lemah

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. shahfir says

    20th March 2014 at 11:14 am

    lepas nie kena guna gps la tanda kedudukan kereta..nanti senang cari..huhu

    Reply
  2. Sop says

    19th March 2014 at 10:40 am

    pernah kena masa awal2 buka Mid Velly bersama rakan2.
    masa sampai pg kete xbyk.. bila nak blk kete dah penuh dan dah xtahu kat mana.. hehehe
    parking dah lah luas,, letih berjalan.. hehehe

    Reply
  3. Kujie says

    18th March 2014 at 9:58 pm

    Pernah alami…hihihi
    sejak tu memang catit no aras dan petak
    seakrang ni snap guna hp je

    Reply
  4. onlajer says

    18th March 2014 at 5:29 pm

    haha itulah salah satu kegunaan telefon berkemera hehe

    Reply
  5. ema says

    17th March 2014 at 10:14 pm

    midvalley memang luas tempat parkingnya… dan bercantum pula dengan building sebelah..kalau tak ingat memang naya…

    Reply
  6. anif says

    17th March 2014 at 1:18 pm

    Bila teknologi yang sedia ada gagal dimanfaatkan.. Hehe.

    Reply
  7. nizamghazi says

    17th March 2014 at 12:08 pm

    Pernah jugak terjadi camni.
    Good idea, snap tiang lokasi.

    Reply
  8. Hairul Hissam says

    17th March 2014 at 1:50 am

    mesti ramai yg dtg mid valley terlupa kat mana letak keta..

    Reply
  9. azman says

    16th March 2014 at 9:27 pm

    Pernah kena kat Plazza Alam Sental Shah Alam. konpius dengan parking nyer hehehhe..

    Reply
  10. Anarm says

    16th March 2014 at 5:26 pm

    Dulu aku pun pernah jugak tak jumpa kereta kat parking Mid Valley.. Sampai berpeluh2 lah mencari kereta.. Lepas dah kena sekali, bila nak parking mana2 mesti akan ambil gambar tiang.. Kalau terlupa jugak, aku akan ingat level berapa, takpon ambil gambar kedai first jumpa bila masuk dalam Mid Valley.. Sekurang-kurangnya takdelah nak kena pergi cari kat setiap level kan.. Penat tuuuu..

    Reply
  11. Denaihati says

    16th March 2014 at 1:42 pm

    pernah terkena macam ni, lepas ni konpom tak kenan dah…heee.
    setengah tempat parkir ada letak gambar sekali kat tiang, mudah sikit nak ingat,

    Reply
  12. Amran says

    16th March 2014 at 11:50 am

    Memang masak la kalau lupa parking kat midvalley. Pengajaran yang sangat berguna. Snap gambar dulu sebelum meninggalkan kereta walaupun sesibuk mana. Kesannya sangat besar. Baik2 kita boleh cepat, dah jadi satu keja pulak nak mencari keta.

    Reply
  13. profhariz says

    16th March 2014 at 4:17 am

    Saya suka parking KLCC ambil QR CODE. Atau takde benda alah tu just snap pic. Nanti inshaAllah boleh ingat. hehehe

    Reply
  14. titan says

    16th March 2014 at 1:59 am

    pergi aje semua level..kasi tekan je alarm keta. haha..

    Reply
  15. hafiz says

    15th March 2014 at 12:57 pm

    Kalau tempat parking besar memang kena snap gambar.
    Good luck bro

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:59 am

      Perkara wajib perlu dilakukan. 🙂

      Reply
  16. suri says

    15th March 2014 at 12:30 pm

    kawasan tempat letak kereta sana serius luas kalau lupa letak kes haru. saya jarang ke sana rasa cuak.

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:59 am

      Perlu beringat selalu supaya snap tiang tempat letak kereta sebelum meninggalkan kenderaan.

      Reply
  17. suri says

    15th March 2014 at 12:29 pm

    kereta kalau lupa letak itu kita buat salahkan dir ertubi-tubi kerana kejarkan masa katakan hee…

    Reply
  18. suri says

    15th March 2014 at 12:28 pm

    kisha macam abang ipar saya le…anak sedara saya dah terbang sekitar 2 jam dia tak lepas cari tempat letak kenderaan.last panggil security dan cctv baru jumpa tu makan masa

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in