DIY baiki Proton Gen2 Power Window yang rosak.
Semakin berusia kereta akan sedikit demi sedikit masalah akan timbul terutama alat ganti yang sudah mencapai jangka hayat maksimum dan ‘wear and tear’. Isteri saya sudah memberitahu tingkap kereta bahagian penumpang sudah memberi signal tanda-tanda kerosakkan.
Hari ini selepas menghantar anak-anak ke sekolah isteri saya memberi tahu tingkap kereta tidak boleh ditutup dan bagi saya ia adalah ‘disaster’.
Tingkap kereta Proton Gen2 saya telah mengalami kerosakkan pada alat ganti Power Window Regulator perlu diganti tidak ada cara untuk membaiki selain menukar dengan satu set yang baru.
Dibawah ini saya ingin berkongsi DIY menukar Proton Gen2 Power Window Regulator.
Proton Gen2 Power Window Regulator set lengkap bersama motor di beli pada harga RM120
1. Buka penutup skru untuk mendapat akses kepada skru.
2. Tanggalkan panel pintu.
3. Posisi memasang Proton Gen2 Power Window Regulator.
Arahan DIY ini juga boleh digunakan pakai bagi membaiki Power Window Regulator untuk Proton Persona kerana alat ganti Gen2 dan Proton Persona lebih kurang sama.
Benda plastik kalau yang tak berkualiti memang cepat rosak.
Motor original masih simpan tak bro? kalau boleh nak angkat…
kalau repair kedai brape harga bro?
Berjimat itu amalan Nabi Muhammad.
Jom kita follow .. 🙂
Just share info..
Harga Proton Gen2 Power Window Regulator lebih kurang RM45
http://protonperoduaparts.com.my/en/door-parts/284-rear-door-power-pwindow-regulator-gear-proton-gen-2.html
good info…aritu pon baru dok godek sendiri…button loose pon tingkap tak mau tutup…geram jek…
Salam bro… bley tunjuk cne nk tukar handle door tk? tq
Saya pernah tukar sebanyak 2 kali. Jika ada kelapangan saya akan berkongsi tutorial menukar pemegang pintu.
senagnya gen2 moor kat luar kalau kereta aku kat dalam frame pintu…kena seluk menyeluk
Salam bro. Minta bantuan kalau bro mengetahui cara pasang handle pintu (belah luar). Kalau ada ya. Terima Kaseh. 🙂
Mengenai handle pintu kereta sudah 2 kali saya tukar. Saya akan cuba usahakan DIY cara-cara menukarnya. Tak susah sebenarnya.
terbaik la..leh jimat skit xkene upah pasang..hehe
lah pandainya .. kalau suami saya hantar ke kedai juga , rate biasa RM200 huhu
amat berguna…boleh save sikit duit….
tingkap bahagian pemandu kereta Vios kami pun bermasalah. nak turun tak de masalah, bila nak naikkan semula, perlu tekan 2-3 kali bersama jarak masa sedikit antara tekan yang pertama dan kedua dan ketiga tu, barulah tingkap tu naik sepenuhnya…
tu dia… DIY baiki sendiri…. tabiklahh… jimat pun dapat..
kalau kami, tengok sajelah… serah pd yg pakar… hihi…
persona saya ada masalah power window..nasib baik ada extended warranty..hehe..
itu sudha semestinyakan…klu nak pi bangkel pun jenuh gak nak tgu org ajarkan silap2 mau kena upah mengajar huu
zaman skrg tiada yg free kan suri… nak ke toilet pun berbayar.. hehe
bro ni kate auto ke manual?
biasalah tu. memang roller yang msalah biasanya..
alah yerlah tu titan ngheee.. ya..iayaaa
Bila sudah sampai masa memang perlu diganti. 😀 DIY kalau ada masa & kemahiran.
Saya sendiri pernah buat untuk kereta kakak saya. Kes pun sama, roller pecah (maklum jelah plastik).
biasa kalau rosak tingkap tak naik, hantar kedai terus hehe
Kak Long dengar, masalah power window pada kereta Gen2 dan Waja memang selalu terjadi. MyWi pun sama. Sedihlah kalau kereta nasional memang begitu.
Lepas ni, pemilik Gen2 bolehlah tukar sendiri Power Window kalau ada masalah.
perghhh.. hebat betul la bro buat sendiri.. tutorial yg bagus nie….
utk cma saya blh buat pelajafan kemudian hari nghee…muka mengending ilmu
Gen2 pun ada masalah seperti waja jugak yer….. Skrg ni tinggal satu tingkap jer, dah penat tiap-tiap tahun buat.
tutorial terbaik ni. Lepas ni ramai yang boleh repair power window sendiri je.
Saya berasa gembira kalau ada yang terbaca entri ini berjaya melakukan sendiri pembaikan power windows sendiri. Kereta Proton Persona juga mengunakan alat ganti yang sama.
pandai jugak bro betulkan yer…kalau PM sure hantar kedai jer…huhu
Pada mulanya ingat hendak menghantar pusat servis. Setelah bertanya kenalan rakan sepejabat yang pernah mengalami masalah sama menasihat saya lakukan sendiri.
Tips dan tutorial terbaik nih bro.. Harap ada print out version, tentu ramai download… heeee
Terima kasih ke atas cadangan tersebut. Saya akan periksa plugin yang digunakan mempunyai butang kongsi ada fungsi ‘print out version’.
jimat kos sikit bila boleh buat sendiri..
Mana yang saya boleh buat sendiri saya akan lakukan sendiri.
untung bleh buat sendiri bro..kalau hantar SC..mahu kena tunggu 4-5 jam nak tukar benda ni saje..salah satu sebab saya dah banned proton dalam hidup..huhuhu
Sudah 2 kali saya memiliki kereta buatan tempatan. Kereta pertama saya adalah Proton Iswara dan sekarang ini saya mengunakan kereta Proton Gen2. Kalau hendak ban payah juga kerana harga mampu milik yang ditawarkan oleh pihak Proton didalam kemampuan kantong saya. 🙂
susah nak banned proton ni sbb ada jga minat kat proton
terenyaaaaa..huhu
Tak adalah. Bolehlah buat apa yang termampu.
Motor tu ok lagi. kena beli lift ajer kat kedai potong pasti ada.
Tengok2 dia jual satu set…ades
Betul Power Window Regulator sahaja yang rosak dan harganya sekitar RM60 tetapi sengaja saya beli dengan motor sekali.
Proton..tak tau la apesal selalu cepat rosak power window..mostly la..tak kira apa model sekalipun..
cepat rosak sebab bahagian lift tu pakai plastik sepatutnya diaorang guna pengalaman lalu dah buat design pakai steel ke..tahan sikit.
Proton ni xnak ambil pengajaran dengan kesilapan lampau
Betul tuh Bro. Sepatutnya menggunakan bahan polythelene yang lebih tahan,. Tapi onkosnya pulak jadi bebanan.
Mungkin untuk keluara model terbaru pihak Proton telah pun mengambil tindakan. Saya rasa pihak Proton telah memberi jaminan masalah Power Window ini telah diambil tindakan.
Bagusla kalau mereka respon tentang masalah ini.
Kereta pertama saya Proton Iswara dahulu mengalami kerosakkan motor Power Window. Saya tukar sendiri juga. 🙂
take note mana tahu pas ni ketea sy plk meragam hua….
wah gud luck
Kereta Proton Persona dan Proton Gen2 mengunakan alat ganti yang hampir sama.
masalah yg biasa menimpa …good tutorial bro
pasni kena ikut cara2 ini nmpk mudah jer bila buat nmpk lecah dh thu rasa biasa je nak buat sb terbiasa belajar dri susah
Kena usaha sendiri baru puas hati
Selepas 6 tahun mengunakan Proton Gen2. 🙂
sama masalah ngan keta saya tu…huhu…
Proton memang bermasalah lah dgn power windows ni
serba boleh la.. hehe.. saya tuka rmotor baru ja utk savvy.. 🙂
Berapa harga motor baru tu
power window motor tu elok lg. blh simpan.
Kalau kita ke kedai confirm kena tipu >.<
bab di cas pasang dh berapa kan..lum lgi kira barnag dia huhu.. mau gak 800 agaknya huhu….
Tak de la sampai 800 kot just untuk power windows je.. hehe
Yang rosak benda lain …
biasalah tu hee ada org akan ambil kesempatan punya klu time kita susah..masa tu tak der wet kita kene klrkan juga sb nak kereta pulih cam biasa
Motor Power Window memang masih elok lagi akan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang. 🙂
Bro apa plugin nak buat ruangan komen macam bro ni? Ajar sket
sy pakai yg link ni http://webgrrrl.net/archives/my-top-commentators-widget-quick-dirty.htm
Wah terima kasih Suri .. memang baik hati …
Tapi itu top commentator lah..saya maksudkan comment disini ni..
erk hee.. salah bca pesanan plk maaf eh…
Ruang komen saya gunakan adalah theme yang saya pasang kepada blog ini.
Wah bukan sekadar buat blog..namun nak buka bengkel pun boleh ni haha
Saya suka mencabar diri hingga kadang kala tindakan saya memakan diri sendiri. 🙂
kalau antar kedai, upah pasang pun malas jugak kan? jimat belanja kalau pandai pasang sendiri
Malah boleh belajar lagi tu
kalau hantar proton dengan genuine part, boleh nangis. labour charge RM50 sejam
Saya baru je tukar timing belt ..kena RM800 lebih perghhh penat kot
Kalau timing belt saya lebih rela hantar ke agen yang sah kalau ada masalah boleh buat tuntutan waranti. Biarlah berbelanja lebih sedikit.
sejam jer blum 3 ke 4 jam nghe…cop duit ar utk satu hari tu…
Betul tu..proton memang makan duit..selepas beli kereta nak kena servis pulak..duit lg..ades
Biasalah kalau hantar kedai kerana mereka perlu masukkan kos sewa kedai, kos gaji pekerja, kos elektrik dan macam-macam lagi. 🙂