• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / gajet / Mi Band 2 untuk mereka aktif dan bajet kecil

Mi Band 2 untuk mereka aktif dan bajet kecil

5th November 2016 by akubiomed 49 Comments

mi band 2

Mi Band 2 adalah Fitness Tracker mampu milik.

Siapa pernah dengar gajet Fitness Tracker? Salah satunya adalah Mi Band 2. Sekarang ini ada bermacam-macam gajet berteknologi dicipta untuk membantu kita didalam kehidupan seharian.

Apa kegunaan Fitness Tracker ini bagi yang pertama kali dengar?

Fitness Tracker ini adalah gajet yang dapat merekod aktviti seperti jumlah langkah, jumlah kalori, jumlah jarak dan yang lebih canggih ada GPS dan boleh bacaan nadi tetapi bergantung pada bajet yang berapa sanggup keluarkan nak macam-macam ada.

Apa yang best sangat dengan Mi Band 2 ini?

Ciri-ciri yang ada Mi Fitness Tracker ini menjadikan ia istimewa untuk dimilik;

+ Pedometer rekod jumlah langkah

+ Mengira jumlah jarak

+ Jumlah kalori

+ Masa dan tarikh

+ Penggera masa

+ Penggera apps

+ Bacaan Denyutan nadi Jantung

 

Antara kelebihan Mi Band 2 adalah paparan OLED atau nama penuh Organic Light Emitting Diode. Paparan OLED ini telah digunakan didalam paparan Smartphone dan TV. OLED ini mangandungi bahan organik dan bercahaya apabila elektrik dialirkan. Berbanding paparan LCD memerlukan cahaya LED background atau  Cold Cathode Fluorescent (CCFL). Pengunaan OLED ini amat sesuai untuk Mi Fitness Tracker ini memandangkan pengunaan tenaga rendah. Bunyi teknikal tetapi dapat ilmu sesuatu kan.

 

Algorithm Pedometer Mi Fitness Tracker diperbaiki dan lebih baik Mi Band yang terdahulu.

Saya sudah pun memiliki Mi Band dan dapati Mi Band 2 ini lebih baik segi pengiraan Pedometer. Kalau model terdahulu Mi Band mudah sahaja bacaan langkah direkodkan. Asal goncang dapat bacaan tetapi penambahbaikan algorithm Mi Fitness Tracker, bacaan langkah lebih tepat kerana menapis bacaan pergerakkan yang tidak berkaitan.

 

Strap band Mi Band 2 boleh disesuaikan mengikut saiz lengan. Getah strap diperbuat daripada Hypoallergenic Silicone yang digunakan  lebih lembut disentuh dan mesra kulit tidak menyebabkan alergik sesetengah orang yang  kulit yang sensitif. Siapa yang tak suka warna hitam boleh tukar strap warna lain seperti  oren, hijau dan biru.

 

Mi Band 2 mampu membaca denyutan nadi. Ini antara ciri yang tidak ada pada model Mi Band terdahulu. Memang seronok dapat bacaan nadi.  Macam mana nak ambil bacaan denyutan nadi ini? Senang jer tekan butang Touch Capacitive sekadar sentuh lembut jer boleh pilih mode. Melalui butang ini boleh papar;

+ Masa

+ Jarak

+ Jumlah Jarak

+ Bacaan Denyutan Nadi

+ Jumlah voltan bateri

 

Ciri lain Mi Band 2 tidak ada masalah kalau setakat dibawa mandi dan kegunaan lasak kerana ia menepati IP67. Setakat habuk dan jatuh tergolek dog tak ada hal punya. Mana lah tahu situasi malang tidak berbau gajet ini terjatuh ke dalam lubang tandas atau longkang ia boleh bertahan selama 30 minit dengan kedalaman 1 meter. Okay dah tuh bukan kita nak dive pun. Mi Fitness Tracker boleh bertahan selama 20 hari untuk sekali caj.

 

Apabila dah pakai Mi Band 2 wajid perlu ada apps Mi Fit yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan iTunes. Apabila guna apps Mi Fit boleh Sync data dengan Mi Fitness Tracker melalui sambungan Bluetooth.

 

Fungsi apps Mi Fit;

+ rekod data Pedometer, denyutan nadi, corak kualiti tidur  dalam trend harian, bulanan dan terkumpul.

+ set penggera waktu yang mana ia akan bergetar

+ set penggera untuk panggilan, mesej dan notifikasi apps

Penting sebelum memiliki Mi Band 2 untuk pastikan apps Mi Fit boleh digunakan;

+ Minimum untuk iOs 7 ke atas

+MIUI 6 ke atas

+ Androids OS 5.0 ke atas.

Klik disini nak mula pakai Mi Band 2

Summary
Reviewer
Azrinros
Review Date
2016-11-05
Reviewed Item
Xiaomi Mi Band 2
Author Rating
4

Filed Under: gajet Tagged With: fitness tracker, fitness tracker band malaysia, fitness tracker malaysia, fitness tracker watch malaysia, Mi band 1 vs Mi Band 2, mi band 2, mi band 2 app, mi band 2 continuous heart rate, Mi Band 2 Features, Mi Band 2 Hands On, Mi Band 2 Hands On Review, mi band 2 malaysia, mi band 2 malaysia online, mi band 2 malaysia review, Mi Band 2 Overview, mi band 2 review, mi band 2 strap, Mi Band 2 Unboxing, mi band 2 waterproof, mi band 2 wristband, mi band 2 xiaomi, mi malaysia, Miband 2, Miband 2 Features, Miband 2 Review, pedometer, review, sleep tracker, smartband, xiaomi, xiaomi malaysia, Xiaomi Mi Band 2, Xiaomi Mi Band 2 Review

Reader Interactions

Comments

  1. lokmanamirul says

    11th December 2016 at 3:49 pm

    disebabkan entri ni rasa minat nak beli jam pintar ni.

    Reply
  2. Elih Japahar says

    27th November 2016 at 6:24 pm

    Huh dah lama nak beli benda ni…

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2016 at 9:47 pm

      Boleh sambar sebab kualiti dan harga yang menarik. Ada jenama lain buatan China yang murah tetapi Xiaomi usah ragui kualitinya.

      Reply
  3. Syahril Hafiz says

    26th November 2016 at 12:15 am

    Adoi…masih berkira nak angkat lagi ni. haha
    haritu sale RM 99 tak grab pun, konon nak tunggu Mi Store release
    sekali kena harga mahal lagi daaa dari imported set tu.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2016 at 9:49 pm

      Saya dah beli 4 Mi Band 2 termasuk untuk anak-anak sekali. 🙂

      Reply
  4. di sekitar says

    25th November 2016 at 10:45 pm

    tampak keren gadget ini

    apa data yang ditampilkan akurat?

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2016 at 9:50 pm

      Boleh dipercayai datanya kerana ada improvement algorithm dan filtering unwanted data.

      Reply
  5. Bro Framestone says

    24th November 2016 at 7:51 am

    Macam menarik sahaja…. Boleh cuba nie

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2016 at 9:51 pm

      Saya upgrade dari Mi Band versi lama kepada Mi Band 2 kerana lebih baik dan banyak ciri-ciri baru ditambah.

      Reply
  6. Sabree Hussin says

    22nd November 2016 at 3:31 pm

    Bila baca review ni, rasa macam nak ambik satu la pulak!

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2016 at 9:53 pm

      Saya beli dan pakai jadi kongsi berdasarkan pengalaman bukan dari data atas kertas.

      Reply
  7. Bebe Indonesia says

    21st November 2016 at 9:20 am

    Wah Keren tu buat yang suka olahraga.. masih ada ga tu stocknya :):)

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2016 at 9:54 pm

      Ya mas, fitness tracker ini dapat membantu.

      Reply
  8. siti hazreen says

    20th November 2016 at 3:31 pm

    wah, bagus untuk memantau fitness badan…boleh angkat satu hehe

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2016 at 9:55 pm

      Bukan setakat pantau fitness kerana boleh pantau kualiti tidur.

      Reply
  9. Khairul Zamri says

    18th November 2016 at 10:55 pm

    Memang tengah plan nk beli Mi Band 2 jugak, ramai kawan-kawan review memang berbaloi beli ini

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2016 at 12:54 am

      Mi Band 2 sudah ditambah berbanding model Mi Band. Harga yang ditawarkan masih murah dan tidak perlu was-was dengan kualiti kalau nak beli fitness tracker jenama cap ayam lain.

      Reply
  10. Encik Ketam says

    18th November 2016 at 8:50 pm

    Sesuai untuk mereka yang aktif berjoggingg

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2016 at 9:56 pm

      Mi Band 2 ini mempunyai pelbagai data yang boleh diukur.

      Reply
  11. Ummi Hanie says

    18th November 2016 at 4:37 pm

    wah bestnye. teringin pula nak satu

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2016 at 12:55 am

      Boleh monitor berapa kalori dengan aktiviti menguruskan anak seharian.

      Reply
  12. Malaysia Sentral says

    18th November 2016 at 3:25 pm

    untuk yang jenis aktif dalam sukan dan bajet tidak seberapa, boleh pakai jam ni macam sy 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2016 at 12:56 am

      Ya itu lebih baik tetapi kalau nak guna seharian pun boleh.

      Reply
  13. Amin Hakim says

    15th November 2016 at 2:33 am

    First time tengok, memang super duper cantik design mi band 2.. boleh grab satu nie

    Reply
  14. raihanah says

    14th November 2016 at 9:55 am

    salam cik

    Reply
  15. Azlan says

    12th November 2016 at 11:24 pm

    Nampak lebih canggih dan kacak kalo kita guna Mi Band nie..:-)
    Kaler hitam tu lawo

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2016 at 12:05 am

      Gajet Fitness Tracker yang simple dan murah. Mampu milik semua. 🙂

      Reply
  16. Cik tom says

    12th November 2016 at 10:52 pm

    smart pulak tengok mi band 2..nmpk kecik molek sesuai kat tangan cik tom..hihi..

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2016 at 12:08 am

      Gajet yang simple. Nak lihat maklumat hanya mengunakan satu butang atau pusing tangan untuk tukar bacaan.

      Reply
  17. ChikTie says

    12th November 2016 at 9:45 pm

    Bagus nih, sebelum ni guna phone semata. Berat jugak nak letak phone dalam poket masa jalan kaki kat track hihi

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2016 at 12:09 am

      Boleh sync data melalui Bluetooth bila-bila masa. 🙂

      Reply
  18. riangria says

    11th November 2016 at 2:26 am

    menarik.. sesuai untuk yang memntingkan gaya hidup sihat dan rekaan yang sangat menarik..

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2016 at 12:19 am

      Rekaan minimalist dan mudah dipakai. 🙂

      Reply
  19. wahida says

    10th November 2016 at 3:54 pm

    wowo….bagus ni…

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2016 at 12:21 am

      Salah satu kelebihan Mi Band 2 ini akan mengingatkan kita untuk berehat sebentar seperti rengangkan badan dan buat air kopi kalau terlalu duduk mengadap komputer.

      Reply
  20. wansyahida says

    10th November 2016 at 2:56 pm

    Memang berguna ni untuk orang yang kerap berjalan kaki. Saya biasa nampak kakak saya pakai.. Bila ada gajet camni kita akan cenderung memilih untuk berjalan kaki sebab nak tengok berapa langkah 😀

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2016 at 12:22 am

      Tidak semestinya berjalan kaki. Selagi kita melakukan aktiviti akan direkodkan. Boleh lihat jumlah kalori yang berjaya dibakar. 🙂

      Reply
  21. bloggerlelaki says

    7th November 2016 at 3:32 pm

    kecil comel je…tapi tu la aku ni jenis xpakai jam rasa xselesa pula bila nak bersukan pakai benda alah ni

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2016 at 12:23 am

      Kalau boleh cari Pedometer sangkut dekat tali pinggang. 🙂

      Reply
  22. raihanah says

    7th November 2016 at 8:43 am

    menarik boleh dapatkan nanti. part kira kalori lost tu memang fail kalau manually

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2016 at 1:36 pm

      Mi Band 2 akan kira tolong kirakan. ☺️

      Reply
      • raihanah says

        10th November 2016 at 11:01 am

        beli katne ni. kalau klik link tu pi mana ek? hahah malas nak klik

        Reply
  23. Norasikin Basri says

    7th November 2016 at 1:23 am

    Saya memang perlukan gadget macam ni. Masalahnya tak muat nak pakai. Kalau saya kecik, mungkin saya tak rasa saya perlu benda ni.

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2016 at 1:37 pm

      Saiz strap boleh diubah mengikut keselesaan.

      Reply
  24. zikri husaini says

    6th November 2016 at 9:37 pm

    tak nampak gambar pulak..

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2016 at 10:04 pm

      Terima kasih beritahu. Saya sudah perbaiki. Ada teknikal error sikit. 🙂

      Reply
      • zikri husaini says

        18th November 2016 at 9:32 pm

        Fuhh tapi gajet nih memang cantik..

        Reply
  25. forberita says

    6th November 2016 at 2:15 am

    sgt sesuai untuk sesiapa yang aktif sukan ni..

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2016 at 9:12 pm

      Sesuai untuk semua peringkat umur. Yang ingin kekal fit atau dalam proses menurunkan berat badan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in