• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Xiaomi RedMi 2 dual 4G sim yang cool mampu milik

Xiaomi RedMi 2 dual 4G sim yang cool mampu milik

8th May 2015 by akubiomed 35 Comments

Xiaomi RedMi 2 menepati keperluan dan bajet.

Xiaomi RedMi 2 memenuhi keperluan harian saya. Saya biasanya memakai telefon bimbit untuk jangka masa yang lama. Selagi tidak rosak tidak akan tukar. Sehingga hari ini Nokia 5530 XpressMusic saya gunakan masih lagi didalam keadaan baik cuma keperluan terkini membataskannya.

Apa yang menarik mengenai RedMi 2 ini?

Spesifikasi RedMi 2

  • Snapdragon 410 64-bit quad-core 1.2-GHz
  • 4G Dual SIM
  • 4.7″ IPS HD display
  • 8MP kamera f/2.2
  • Quick Charge 1.0

Kekurangan adalah butang menu tidak mempunyai backlight tetapi reflektif apabila terkena cahaya. Kelihatan terang apabila terkena cahaya matahari. Agak ganjil apabila menekan butang menu tidak ada cahaya backlight.

Penutup belakang RedMi 2 ini diperbuat dari plastik lasak dengan kemasan matte yang berwarna lembut. Sedap dipegang dan tidak licin. Tidak meninggal kesan jari dan berminyak seperti jenis finishing licin dan berkelat. Back cover ini boleh ditukar dengan 5 pilihan warna lembut. Saya punya warna putih belum ada nampak tanda-tanda mungkin mengunakan sarung.

Butang power on dan volume terletak disebelah sisi kanan. Mudah dicapai butang-butang tersebut.

Sebelah flash, kamera dan speaker. Maaf yer tidak ada speaker stereo seperti Nokia 5530 Musix Express lama saya. Saya rindu sound stereo tetapi tidak kesah kerana jarang mendengar lagu dan main video pada telefon bimbit.

Headphone jack terletak di sebelah atas. Sarankan dapat Mi headphones untuk bunyi yang mantap

Kamera belakang 8 Mega piksel dan kamera hadapan pula 2 Mega piksel. Setakat ini saya puas hati dengan kualiti gambar yang diambil dan boleh dikatakan cemerlang. Lensa 5 elemen dengan aperture F2.2 mampu mengambil gambar pada cahaya rendah.

Mudah untuk akse mod kamera dengan pantas

Mod kamera boleh diakses dengan mudah tanpa perlu membuka menu. Hanya slide ke kiri dan akan berada di mod kamera. Auto fokus dan face detection membuat saya suka apabila bermain dengan mod kamera samada mengunakan kamera hadapan dan belakang. Kalau hendak selfie seorang atau lebih dari seorang pun tidak ada masalah kerana face detection boleh kesan lebih dari seorang subjek.

Saya kurang gemar bateri yang jenis terbina dalam tetapi RedMi 2 ini penutup belakang boleh dibuka dengan mudah dengan hanya mengopek untuk buka. Bateri pula mudah diakses dan ditukar pada masa datang.

Dual slot 4G sim

Xiaomi RedMi 2 ini mengunakan 2 sim jenis mikro dan mugkin ada yang tidak tahu bahawa dua slot sim ini adalah 4G. Biasanya jenama lain hanya sim 1 adalah 3G dan sim 2 pula adalah 2G. Mengunakan Mi RedMi 2 ini korang boleh menikmati 4G untuk kedua-dua sim. Tentu seronokkan.

Gambar penutup lensa Canon yang diambil mengunakan Xiaomi RedMi 2

Kualiti gambar mengunakan Mi RedMi 2

Produk Xiaomi adalah produk laku keras dipasaran selalu kehabisan stok. Ada yang sudah jatuh hati dengan Mi RedMi 2 ini?

Harga RM449 Klik link: >>Xiaomi RedMi2<<

Sila tekan butang kongsi:

  • Xiaomi Redmi Note 3 lebih kuasa dan tiada lag
  • Cocose untuk Xiaomi Redmi Note 3
  • Selfie ring light jadikan gambar selfie tidak lagi gelap

Filed Under: review Tagged With: harga xiaomi redmi 2, xiaomi redmi2, xioami

Reader Interactions

Comments

  1. Jia Rizaira says

    16th May 2015 at 2:17 pm

    Terbaiklah xiaomi. Harga berpatutan dngn spec yang bagus…Memang mampu milik.

    Reply
  2. Hafizul says

    13th May 2015 at 12:12 pm

    Huhu..kamera dia memang berkualiti..jauh lebih baik dari telefon saya ni..haha

    Reply
  3. MDHAFiZ.NET says

    13th May 2015 at 11:41 am

    xiaomi mmg semakin ke depan. mampu milik. cuba lahh

    Reply
  4. Zulhilmi Zainudin says

    13th May 2015 at 2:39 am

    RAM dia besar mana eh bro?

    Reply
    • akubiomed says

      13th May 2015 at 11:44 pm

      RAM Xiaomi RedMi 2 hanya 1GB

      Reply
  5. Akuro San says

    11th May 2015 at 9:02 pm

    wah… harga handphone mampu milik tuh..

    Reply
  6. mrhanafi says

    11th May 2015 at 2:34 pm

    memang ada plan nak beli handphone baru..yang lama dah hilang termasuk sim kad..

    Reply
  7. Myra Jay says

    10th May 2015 at 7:38 pm

    Cantik hasil gambarnya..

    Bolehla kalau ada perancangan nak tukar fon boleh beralih dari Samsung ke Xiaomi ni 😀

    Reply
  8. Nurulhuda Mohamed says

    10th May 2015 at 7:36 pm

    Nice handpone……boleh nanti try2 survey kt internet 🙂

    Reply
  9. Nurulhuda Mohamed says

    10th May 2015 at 7:32 pm

    Nice phone…bolehla try2 survey nanti 🙂

    Reply
  10. Nurulhuda Mohamed says

    10th May 2015 at 6:46 pm

    Erm….nice phone 🙂

    Reply
  11. Noriza Rahman says

    10th May 2015 at 6:33 pm

    Alah dah pakai MI3, bila tahun la boleh guna yang ni pula..hihi

    Reply
  12. Uncle Zuan says

    10th May 2015 at 4:38 pm

    ramai betul penggemar xiomi nye phone. bro cari la Mi punya action cam. cantik gambar dia

    Reply
  13. yusri says

    10th May 2015 at 9:51 am

    cun juga phone ni…
    harga pun berpatutan…

    Reply
  14. zool says

    9th May 2015 at 11:18 pm

    nampak comel tu.. memang terbaik kalau nak ambil gambar2 kat jalanraya ni

    Reply
  15. Hairul Hissam says

    9th May 2015 at 9:06 pm

    mmg memudahkan bila hp ada dua line simcard. cuma kebykkan hp, line pertama jee yg 4g. Kalau dpt yg dua2 line 4g spt Xiaomi RedMi 2 nie, tentu lagi bagus…..

    Reply
  16. Fahmi says

    9th May 2015 at 8:34 am

    Memang produk xiaomi sekarang sudah makin banyak di pasaran dan dengan harga yang ditawarkan memang ada rasa nak sambar satu

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2015 at 2:19 pm

      Harga mampu milik dan spesifikasi pun mantap.

      Reply
  17. titan says

    9th May 2015 at 6:28 am

    hoho..

    dual sim tu yang buat ramai orang suka tu.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2015 at 2:20 pm

      Senang tak payah bawak handphone banyak-banyak. Line kedua pun 4G

      Reply
  18. Mus says

    9th May 2015 at 1:18 am

    saya suka hp ni.. boleh tukar kepada lite mode dan sesuai digunakan oleh orang tua.. dgn menu ringkas.

    dah test org tua yang kali pertama guna touch screen.. mmg senang nak guna..

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2015 at 2:21 pm

      User friendly penting.

      Reply
  19. Blogger Babyface says

    9th May 2015 at 12:05 am

    model xiaomi sekarang sudah mudah untuk dimiliki. bukan macam mula2 ianya diperkenalkan. terpaksa beli secara online.

    ianya sudah mampu memberi saingan kepada jenama popular dgn spec yang bagus pada harga yang murah

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2015 at 2:22 pm

      Alternatif untuk pembeli memilih.

      Reply
  20. Hafiz Rahim says

    8th May 2015 at 11:15 pm

    Memang dah cun dah henpon ni bro.. gambar pun nice je. harga pun boleh tahan murah kan.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2015 at 2:22 pm

      Hasil gambar sesuatu yang saya tidak sangkakan dari Mi RedMi 2 ini.

      Reply
  21. suri says

    8th May 2015 at 3:37 pm

    sis zara kalau berkenan terus sambar sahaja jangan tunggu lama-lama heeee

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2015 at 2:23 pm

      Stok selalu cepat habis. Pantang ada offer memang laku keras.

      Reply
  22. suri says

    8th May 2015 at 3:36 pm

    wah sudah ada teman bernama xiaomi pula itu. semakin canggih gadget pintar sekarang

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2015 at 2:24 pm

      Spesifikasi dan harga mampu milik antara faktor nak dapatkan Mi RedMi 2 ini.

      Reply
  23. Anarm says

    8th May 2015 at 3:20 pm

    Menarik jugak phone Xiaomi RedMi 2.. Support 4G.. Gambar kamera pun cantik.. Boleh la beli nanti..

    Reply
    • Mus says

      9th May 2015 at 1:19 am

      dual sim lagi

      Reply
    • akubiomed says

      9th May 2015 at 2:25 pm

      Saiz lebih kurang iPhone 5S cuma tebal sikit.

      Reply
  24. zara says

    8th May 2015 at 2:40 pm

    berkenan jugak dengan xiaomi ni..kadang2 kalau beli online ada package dia kan..haritu anak buah beli fon..dapat sekali power bank dalam rm40 tak silap..berbaloi..

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2015 at 2:26 pm

      Ya, beli tim offer memang berbaloi. Xiaomi Malaysia kerap buat sale dan selling hot. Xiaomi power bank antara berkualiti.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in