Mudah untuk memantau status membakar lemak dengan gelang pintar Xiaomi Mi Band.
Sudah lama saya cuba memahami kegunaan gelang pintar Xiaomi Mi Band sebagai alat memantau kesihatan peribadi. Kegunaan gelang pintar Mi Band ini mengira pergerakkan seharian yang membakar lemak kepada jumlah kalori yang berjaya diperolehi.
Mungkin ada yang bertanya apakah kegunaan gelang pintar Mi Band?
Bagi mudahkan kefahaman. Gelang pintar Mi Band ini boleh mengukur jumlah kalori yang dicapai melalui aktiviti yang dilakukan sepanjangan sehari. Dari bangun tidur sehinggalah masuk tidur. Apa sahaja aktiviti yang dilakukan didalam sehari seperti berjalan, berjogging, mengemas rumah, membasuh baju, mendodoi anak, mengosok baju akan dipantau dan diukur.
Kemudian aktiviti yang dilakukan akan diterjemah didalam bentuk kalori yang dicapai pada hari tersebut. Segala aktiviti dan kalori boleh dipantau dan direkod dengan mengunakan aplikasi Mi Fit yang boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play dan Itunes. Gelang pintar Mi Band ini akan memindahkan data-data yang diukur dengan mengunakan Bluetooth ke aplikasi Mi Fit
Pada hari Sabtu baru ini saya hanya menjalankan aktiviti bersama keluarga. Dibawah adalah contoh carta pencapaian aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Saya tidak melakukan senaman khusus hanya dengan aktiviti bersama anak-anak sudah mampu diukur jumlah kalori yang dicapai.
Jumlah kalori yang berjaya dicapai
Sebenarnya aktiviti seharian kita mampu membakar lemak dan meningkatkan kesihatan jika tahu aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mencapai objektif. Mitos selalu beranggapan dengan pergi gym akan berjaya membakar lemak dan barulah hendak bersenam.
Cuba bersenam dengan cara kreatif yang penting untuk mengeluarkan peluh dan badan menjadi sehat. Kalau ada duit dan masa tidak salah untuk mendapatkan keahlian gym dan jurulatih kesihatan peribadi. Hak masing-masing untuk mendapatkan kesihatan diperingkat optimum. Jangan langsung tidak bersenam.
Sekarang ini bermacam-macam aktiviti yang diperkenalkan untuk membakar lemak diantara tarian Poco-Poco dan sekarang ini senaman Zumba. Tujuannya adalah sama untuk untuk mengalak orang ramai bersenam didalam bentuk yang menyeronokkan.
Pakar menyarankan senaman selama 40 minit atau 8000 langkah untuk gaya hidup yang sehat.
Gelang pintar Mi Band boleh mengukur kualiti tidur.
Selain itu gelang pintar Mi Band ini boleh mengukur kualiti masa tidur. Saya sudah cuba dan agak mengejutkan data perolehi untuk kualiti masa tidur saya. Mungkin banyak berfikir sehinggakan kualiti tidur nyenyak saya yang betul-betul nyenyak adalah 2 jam dari 8jam masa tidur saya. Saya sendiri tidak sedar kerana tidak pernah mengukur dan mempunyai gajet secanggih gelang pintar Mi Band ini.
Antara ciri lain gelang pintar Mi Band ini boleh kita set sebagai jam penggera. Ada 3 waktu penggera yang boleh dipilih dan sebagai penggera panggilan masuk.
Pengunaan gelang pintar Mi Band ini mudah kerana ia mengunakan kuasa bateri terbina dalam dan boleh di caj melalui USB. Sekali caj boleh bertahan selama 30 hari, kalis habuk dan air IPX67 dan diperbuat dari material yang tidak memberikan kesan alergik kepada kulit.
Gelang pintar Xiaomi MI Band ini memerlukan:-
- Bluetooth 4.0.
- Mi 3, Redmi Note 4G, atau Android 4.4 dan keatas
- iPhone models 4s iOS 7.0 dan keatas.
Beberapa hari mencuba gelang pintar Mi Band ini, adalah pengalaman sangat menyeronokkan seolah-olah ada pembantu peribadi kesihatan yang senantiasa ambil berat kesihatan saya. Melihat pencapaian jumlah kalori yang berjaya dicapai membuatkan saya teruja untuk mencapai target 8000 langkah atau lebih.
Berminat nak dapat gelang pintar Xiaomi MI Band? Ditawarkan murah berbanding gelang pintar lain di pasaran. Boleh di sini. Klik link: >>Xioami MI Band<<
ada rezeki..saya juga nak cuba nie..sekarabg aktiviti mudah saya berjalan kaki.
Sambil-sambil berjalan boleh tahu berapa kalori telah dibakar,
berapa eh harganya xiomi band nih?
Harga runcit RM59.
Murah tu, dah ada MI3 ni boleh la beli MI band pula
alamak, maza guna telefon Nokia 3310 aje. Kadang-kadang gunakan juga Nokia Butterfly. Jawabnya, ukur kelori dengan pembaris ajelah. uhuk!
Macam menarik gak kan.. ada rezeki mungkin boleh beli satu
Harga gelang pintar Mi Band paling murah dipasaran.
Kemudahan yang tidak boleh dilepaskan,terima kasih tentang info ini tuan….!
kalau device nie dipasang kat hp kan bagus..
Pakai gelang pintar Mi Band ini tidak perlu untuk on Bluetooth pada Smartphone senantiasa. Bila hendak pindahkan data baru on Bluetooth pada Smartphone. Bateri terbina dalam gelang pintar ini boleh bertahan selama sebulan untuk sekali caj.
kebetulan sya tengah cari pengganti samsung s3.. mmg pilihan saya stakat ini Xiomi dan band nya..
Harga Xiaomi murah dan spesifikasi yang ditawarkan boleh tahan dan berkualiti.
Org pompuan mesti suka ni…sb blh tau brp byk kalori
Sangat recommend untuk ibu-ibu memantau jumlah kalori. Kalau tak capai target boleh tambah aktiviti.
wahh..
macam best aje mi band nih..
Gajet baru dan benda baru belum lagi diterima masyarakat Malaysia tetapi percaya ia akan boom suatu hari nanti apabila kesedaran menjaga kesihatan dikalangan rakyat Malaysia meningkat.