• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Smart Xiaomi Mi Band 4 mempunyai paparan skrin AMOLED berwarna

Smart Xiaomi Mi Band 4 mempunyai paparan skrin AMOLED berwarna

20th July 2019 by akubiomed 2 Comments

Xiaomi Mi Band 4

Xiaomi Mi Band 4 skrin Amoled berwarna.

Xiaomi telah melancarkan Smart Band 4 merupakan siri Smart Band yang ke 4. Apa yang menarik adalah skrin AMOLED yang berwarna dan kecerahan lebih baik dari Mi Band siri yang terdahulu. Tema latar belakang pada skrin Mi Band 4 ini boleh ditukar.

Mi Smart Band antara gajet kegemaran saya dengan harga bajet mampu milik.

Saya antara peminat dan pengguna Mi Band. Model pertama Mi Band siri pertama tidak mempunyai paparan kecuali 3 lampu indikator LED sahaja. Kemudian Xiaomi melancarkan Mi Band 2 mempunyai paparan skrin OLED lebih baik berbanding hanya paparan indikator LED sahaja.

Mi Band model Smart band siri pertama

Sayangnya ramai pengguna Mi Smart Band termasuk saya yang memiliki Mi Band 2 mengalami masalah kecerahan paparan skrin Mi Band 2 semakin malap. Pada mulanya sangkaan sangka berpunca dari kemas kini Firmware untuk mengatasi masalah ketahanan bateri dengan mengurangkan kecerahan skrin.

Mi Band 2 mempunyai paparan skrin

Sampai satu masa, saya langsung tak nampak paparan skrin walaupun pada suasana kecerahan cahaya yang sederhana. Ia adalah satu kekecewaan kerana setiap hari saya akan memakai Mi Band 2 untuk aktiviti fizikal.

Kotak Mi Band 4 mempunyai tulisan no 4 yang timbul dan warna pelangi apabila terkena cahaya

Koleksi Mi Band milik saya kecuali Mi Band 3 tidak ada

Pengecas dan sensor

Pandangan sisi Mi Band 4 dan gelang getah Mi Band 3 sesuai digunakan untuk Mi Band 4.

Pengecas USB Mi Band 4

Kalau nak cas Mi Band 4 perlu tanggalkan gelang getah

Antara fungsi yang ada pada Mi Band 4:

  1. Status – terpapar jumlah langkah, jumlah jarak, jumlah kalori terbakar dan jumlah amaran yang diberi kerana tidak bergerak.
  2. Heart Rate – paparan denyutan nadi
  3. Workout – Out Door Running, Treadmill, Cycling, Walking, Exercise, Pool Swimming
  4. Weather – Ramalan cuaca untuk 5 hari mengikut lokasi yang dipilih
  5. Notifications

Selain itu kita boleh mengawal muzik pada Smartphone dengan mengunakan kawalan di Smart Band Mi Band 4. Penggera gegaran terbina dalam. Fungsi Mi Band 4 ini lebih banyak apabila digunakan bersama Mi Fit Apps pada Smartphone.

Smart Band Mi Band 4 untuk jualan global berbeza dengan Mi Band 4 pasaran di negara China kerana tidak mempunyai fungsi kawalan suara dan NFC.

Spesifikasi Smart Band Mi Band 4.

Berat :22.1g

Rating rintangan air : 5 ATM

Jenis paparan: AMOLED

Saiz Skrin: 0.95″

Resolusi: 120 x 240 RGB

Sensor : 3-paksi akselerometer+ 3-paksi giroskop, pengimbas nadi PPG, sensor proksimiti kapasitif

Bateri: LiPo, 135mAh

Masa pengecasan: ≤ 2 jam

Ketahanan bateri: sehingga 20 hari

Demo tukar Theme Mi Band 4

Animasi theme Mario Bros pada Mi Band 4

Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan Mi Smart Band Mi Band 4 kerana rasa lebih personal sebab tema pada latar belakang pada skrin boleh ditukar ikut cita rasa sendiri. Skrin paparan AMOLED berwarna lebih terang dari Mi Band siri yang terdahulu. Ketahanan bateri yang lama tidak perlu kerap mengecas.

Boleh dapatkan Smart Xiaomi Mi Band 4 di Lazada.

Sila tekan butang kongsi:

  • Mi Band 2 untuk mereka aktif dan bajet kecil
  • Gelang pintar Xiaomi Mi Band teman kesihatan peribadi
  • Xiaomi Xiaoyi Ants Camera bajet untuk pemantuan keselamatan
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2019-07-20
Reviewed Item
Mi Smart Band Mi Band 4
Author Rating
5

Filed Under: blog, gajet Tagged With: mi band 4, mi smart band, mi smart band mi band 4, smart band mi band 4, xiaomi, xiaomi smart band

Reader Interactions

Comments

  1. Fahmi says

    11th August 2019 at 1:25 pm

    Wow, nampak lagi menarik kalau ada modal best sambaq ni.

    Saya punya Mi Band 2 terus langsung tak boleh cas dan saya rasa kecewa juga sebab kita boleh kira langkah mengunakan Mi band.

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2019 at 12:06 am

      Sudah boleh upgrade ke Mi Band 4. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in