• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Laksa Buyung dan Air Tebu Madu gandingan mantap

Laksa Buyung dan Air Tebu Madu gandingan mantap

10th December 2012 by akubiomed 83 Comments

Makan-makan laksa buyung dan air tebu madu.

Semalam selepas ke Taman Iklim Sederhana 4 Musim di Taman Botani Negara yang terletak di Bukit Cerakah Shah Alam masing-masing terasa lapar. Kami telah singgah minum petang warung di tepi jalan pekena Laksa Buyung dan Air Tebu Madu. Warung ini terletak didalam perjalan pulang ke rumah.

Memang lapar bangat kerana penat berjalan dari Taman Iklim Sederhana 4 Musim ke Kampung Budaya kemudian Taman Iklim Sederhana 4 Musim. Sampai sahaja warung masing-masing mengambil tempat untuk melabuh punggung.

Pelayan warung menghampiri kami untuk mengambil pesanan. Abang Koning hendak air hijau yang beliau nampak di meja sebelah. Isteri bertanya kepada pelayan warung air hijau itu apa?. Balas pelayang warung air hijau adalah Air Tebu Madu. Semua ahli famili bersetuju untuk memesan Air Tebu Madu. Belum sempat apa-apa abang Koning dengan gaya kacak sudah merasmikan Nasi Lemak. Nasi Lemak juga disediakan didalam bekas yang diletakkan setiap meja. Saya dan isteri memesan Laksa Buyung.

air tebu madu
abang koning makan nasi lemak

Sebenar saya ingin singgah pekena Laksa Buyung atau Mee Rebus yang dijual dengan mengunakan lori. Memandangkan tidak mempunyai kepastian samada dijual atau tidak. Nasib baik lah kami singgah warung tepi jalan ini. Kalau tidak kebulur juga hendak minum petang kerana lori yang menjual Laksa Buyung dan Mee Rebus tidak meniaga.

Masih terkenang-kenang nikmat air Coconut Shake di Pantai Klebang. Kalau balik kampung akan singgah lagi Coconut Shake Pantai Klebang.

Lokasi GPS Warung Laksa Buyung : N 3° 24′ 17” E 101° 33′ 43″ @ 3.404722, 101.561944

Sila tekan butang kongsi:

  • Sesalju salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim
  • Adventure air terjun Santuari ikan Sungai Chiling
  • Red Wok Restaurant destinasi makan makan di Bangi

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    15th July 2013 at 5:37 pm

    ingatkan laksa di buat denga guna telur burung puyuh ker heee

    Reply
  2. Metrolisa says

    28th February 2013 at 11:02 am

    lapar lihat makanan ini laksa tuh bihun ya

    Reply
  3. hanafi abdullah says

    24th January 2013 at 6:33 pm

    nama laksa yang baru saya dengar…biasanya laksa sarawak,laksa johor serta laksa penang..

    Reply
    • suri says

      15th July 2013 at 5:38 pm

      nama laksa tu rupanya

      Reply
  4. Mus says

    18th December 2012 at 2:13 am

    air tebu madu tu memang nampak ummpphh!!

    Reply
  5. TehR says

    12th December 2012 at 11:15 pm

    aku ni selamanya suka laksa kelantan je
    nak buat macam mana
    sejak kecil makan laksa kelantan
    hehe

    Reply
  6. azmanisma says

    12th December 2012 at 3:16 pm

    Kenapa dipanggil laksa buyung? masak dalam buyung ker?

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2012 at 5:41 pm

      Mungkin juga Laksa ini dimasak didalam buyung memberikan rasa lebih sedap.

      Reply
      • suri says

        15th July 2013 at 5:44 pm

        pula nama benda rupanya

        Reply
  7. Kujie says

    12th December 2012 at 11:34 am

    laksa…………. susah nak cari yg memenuhi selera tekak
    alih² buat sendiri juga….

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2012 at 5:46 pm

      Saya suka kuah Laksa yang pekat baru kaw. 🙂

      Reply
  8. hafidz says

    12th December 2012 at 9:29 am

    mengancam pula melihat air tebu madu tuh. pasti sedap kan?

    Reply
  9. primabawal says

    12th December 2012 at 12:36 am

    laksa n air tebu..dua2 feveret..

    Reply
  10. KiD says

    11th December 2012 at 10:56 pm

    hehehee… abang koning dah lapar ler tu..

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2012 at 1:36 am

      Memang lapar Nasi Lemak 2 bungkus dan minta Laksa Buyung ibunya. 🙂

      Reply
      • suri says

        15th July 2013 at 5:46 pm

        wah semangat kelaparan sungguh

        Reply
  11. Jebeng Otai™ says

    11th December 2012 at 9:51 pm

    masak dlm buyung ker?..

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2012 at 1:37 am

      Saya rasa kuah Laksa ini di masak didalam buyung.

      Reply
  12. onlajer says

    11th December 2012 at 5:59 pm

    der laksa buyung tu apa ramuanya hah tak pernah makan la

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2012 at 1:37 am

      Rasanya ramuan kuah Laksanya sama cuma dimasak didalam buyung.

      Reply
  13. papa mifz says

    11th December 2012 at 3:09 pm

    nampak menarik lak air tebu madu tuh…macam tak pernah try minum lagi rasa nya…huhu

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2012 at 1:38 am

      Saya pun baru pertama kali minum air tebu madu ini.

      Reply
      • suri says

        15th July 2013 at 5:55 pm

        air itu di campur dengan madu ker

        Reply
  14. wak gelas ™ says

    11th December 2012 at 1:52 pm

    wak pon sukak laksa sarawak jugkakk. aHHks

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2012 at 1:39 am

      Belum pernah cuba Laksa Sarawak. Nanti kalau jumpa mahu cuba. Kalau Mee Kolok biasa.

      Reply
      • suri says

        15th July 2013 at 5:57 pm

        laksa sarawak satu nghee..cam sedap sebab tak pernah degar lagi

        Reply
  15. Dulu Lain Sekarang Lain says

    11th December 2012 at 1:35 pm

    Mcm sodap giler tu. Mungkin sobab kawe pon dah lama tak pekena laksa. Kat mana nak cari nih..

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2012 at 1:39 am

      Eh dekat Sabah tidak ada yang jual Laksa?

      Reply
  16. wahida says

    11th December 2012 at 12:03 pm

    wow!! tertarik air tebu madu tu…
    teringin nak try…

    Reply
    • suri says

      15th July 2013 at 6:06 pm

      bukan madu 4 yer huhuhu..

      Reply
  17. Eazy Izzuddin says

    11th December 2012 at 11:37 am

    sedapnya …
    nak cuba juga

    Reply
  18. Eizil says

    11th December 2012 at 11:25 am

    Pertama kali nampak air tebu madu tu… hijau betul… kat mana ya lokasi sebenar kedai ni ya bro? macam menarik pula nak dicuba.

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2012 at 1:44 am

      Saya tidak simpan koordinat. Kalau siapa yang biasa ke Bukit Beruntung tentu tahu ada stesen minyak Esso, Terminal Bas & Teksi dan tapak Pasar Malam. Warung ini terletak bersebelahan.

      Reply
  19. cmratu says

    11th December 2012 at 8:59 am

    macam menarik ja air tebu madu tu.. color pun cantik.. hehe

    Reply
  20. donnyien says

    11th December 2012 at 4:59 am

    air tebu madu warna hijau pertama kali dengar…

    Reply
  21. Andre Joe says

    11th December 2012 at 3:19 am

    Nak tanye, dekat mane tom yam yg paling best sekitar Shah Alam?

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2012 at 1:52 am

      Boleh tolong bantu?

      Reply
  22. Kimmy says

    11th December 2012 at 1:10 am

    Siang tadi saya teringin laksa sampai update kat facebook. Alhamdulillah,suami dapat beli laksa sedap. Hilang kempunan haha

    Reply
  23. pipoq says

    11th December 2012 at 1:10 am

    lain macam hijau air tebu tu..

    teringat kalau masa zaman belajar dulu bila tiap kali singgah gerai laksa, pasti satu mangkuk je takkan cukup..hehehe

    Reply
  24. Farid Adam says

    11th December 2012 at 12:27 am

    coconut shake pantai klebang memang da bom lah!

    p/s: salam perkenalan dari saya

    Reply
    • akubiomed says

      11th December 2012 at 12:52 am

      Saya sudah 3 kali pergi menikmati Coconut Shake di Pantai Klebang.

      Reply
  25. yas says

    10th December 2012 at 11:08 pm

    Belum pernah rasa lagi air tebu madu……ada rasa tebu lagi atau camne bro???

    Reply
    • akubiomed says

      11th December 2012 at 12:51 am

      Rasa tebu masih ada dengan rasa madu.

      Reply
  26. padin says

    10th December 2012 at 10:43 pm

    Air tebu madu? double manis lah ye? hehehee

    Reply
  27. anif says

    10th December 2012 at 10:24 pm

    Nampak menarik.. Tentu sedap! Air tebu tu memang nampak sangat mengancam la! 😀

    Reply
  28. sweetkurma says

    10th December 2012 at 10:09 pm

    aduiiii haiii terliur jugak tengok air tebu madu yang dipesan abang koning
    tengok gaya abang koning betul2 lapor tu… hiks

    Reply
    • akubiomed says

      10th December 2012 at 10:17 pm

      Dia memang selalu lapar kak Siti. 🙂

      Reply
  29. azura says

    10th December 2012 at 9:47 pm

    sekarang musim salji kak bro…nak g gak

    Reply
  30. ohcikgu says

    10th December 2012 at 9:31 pm

    geram tengok air tebu maduuu tuuu!!

    Reply
    • akubiomed says

      10th December 2012 at 9:46 pm

      Saya pertama kali minum air tebu madu. Menurut isteri saya, air tebu madu ini telah ditambah susu pekat.

      Reply
      • hairulafiz says

        11th December 2012 at 2:10 pm

        ooo patutlah meriah warnanya

        Reply
  31. Bro Zulkbo says

    10th December 2012 at 9:29 pm

    salam..
    “laksa buyung”..?
    rasanya kerana kuah di disimpan dan
    dicedok dari dalam buyung la ni ianya
    mendapat nama..rasa macam mana Bro
    laksa Perak , Kedah,Perlis atau Penang?

    Reply
    • akubiomed says

      10th December 2012 at 9:47 pm

      Saya tidak pasti cara penyediaan Laksa buyung ini. Mungkin apa yang dikatakan oleh bro Zulkbo ada logiknya.

      Reply
  32. wazy says

    10th December 2012 at 9:16 pm

    Terliur kejap bila tengok gambar laksa tu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th December 2012 at 9:48 pm

      Marilah mencuba Laksa buyung ini.

      Reply
  33. zool says

    10th December 2012 at 9:01 pm

    cam sedap je laksa tu..
    eh orang klebang ke?? nanti tryla pula coconut shake batu berendam.. best gak

    Reply
    • akubiomed says

      10th December 2012 at 9:49 pm

      Isteri saya orang Bukit Rambai, Melaka dan sebelah ibu saya pula Cheng, Melaka.

      Reply
  34. wanayu says

    10th December 2012 at 8:44 pm

    wah nampak menyelerakan.. terliur ni

    Reply
  35. Nur says

    10th December 2012 at 6:02 pm

    Semangat badan Abang Koning… Sedap tengok laksa tu..

    Reply
    • akubiomed says

      10th December 2012 at 9:50 pm

      Ramai yang menyangkakan abang Koning adalah anak sulung sebab saiz badannya yang besar.

      Reply
  36. Hazmin Hamudin says

    10th December 2012 at 5:41 pm

    Macam sedap je air tebu madu tu… Warna pun menarik. Dekat mana gerai ni bro?

    Reply
    • akubiomed says

      10th December 2012 at 9:55 pm

      Saya tidak rekod lokasi GPS kalau tidak boleh di kongsi koordinatnya.

      Reply
      • Hazmin Hamudin says

        11th December 2012 at 7:39 am

        Sayang jugakkan. Tengok air tebu tu macam sedap. Ramai yang berminat tu. Hehe

        Reply
  37. klcitizen says

    10th December 2012 at 5:36 pm

    Sedap ke air tebu madu tu, tak pernah rasa …

    Reply
  38. hairulafiz says

    10th December 2012 at 4:37 pm

    meriah hijau air tebu madu tu yek….laksa buyung nampak macam laksa penang jek

    Reply
  39. Juan says

    10th December 2012 at 4:21 pm

    tak tahu kenapa, antara kategori mee, samada mee kuning, mee bihun, mee koew tiaw dan mee laksa, laksa lah salah satu kategori mee yang saya x makan sebab saya x suka, ehhehe

    Reply
  40. Anarm says

    10th December 2012 at 4:10 pm

    air tebu madu tak pernah try.. macam sedap je tengok kehijauan dia..

    Reply
  41. syira says

    10th December 2012 at 3:49 pm

    salam..
    laksa ni sedap dimakan, tapi selalu sakit urat kalau tak berpantang 😉

    tebu madu tak biasa dengar,,, sedap ke? HIJO…

    Reply
  42. Melastik Bintang says

    10th December 2012 at 3:36 pm

    laksa buyong… apa pasal nama dia laksa buyong bro…hehehe…

    Reply
  43. fiezaradzi says

    10th December 2012 at 2:57 pm

    laksa. sedap nih.. faveret.. laksa penang la, biasanya laksa buyong pun sodap.. hehe.. air tebu madu pun nampak best jer..

    Reply
  44. Denaihati says

    10th December 2012 at 2:07 pm

    nama Laksa Buyung dan Air Tebu Madu je dah mantap.

    Reply
  45. Hafizul; says

    10th December 2012 at 1:34 pm

    Hehehe..seronoknya dalam makan menjamu mcm ni..sedap sngt ke laksa buyung ni bro?tak pernah try lagi…

    Reply
  46. maza says

    10th December 2012 at 11:37 am

    wah… nampak macam lazat tu..
    adakah laksa buyung adalah sempena nama tokeynya bernama buyung, atau memang ada spesis itew? hmmm
    coconut shake.. alamak! nampak hebat!

    Reply
  47. hafizmd says

    10th December 2012 at 10:37 am

    Cuaca panas pekena air tebu madu…fuh! nikmatnya….

    Laksa buyung mmg feveretlah…camne ngn rasanya bro..ok tak?

    p.s-Bro AB, mohon email alamat bro utk urusan penghantaran hadiah…terima kasih =)

    Reply
  48. sukma says

    10th December 2012 at 9:43 am

    air hijau nie mmg sedap….tapi sedap lagi coconut shake klebang….U try lak coconut shake batu berendam…marveles…..

    Reply
  49. Panas Giler (djchef) says

    10th December 2012 at 9:39 am

    pernah makan laksa penang n kedah ja.. laksa buyung tak tahu rasa macam mana

    Reply
    • hafizmd says

      10th December 2012 at 10:38 am

      Sama kan? Laksa penang pun masak dalam buyung, tu yg sodap tuh….hehehe

      Reply
  50. Yana Yassin says

    10th December 2012 at 9:12 am

    Ala, terus teringat Laksa kat dengan Airport langkawi, wajib makan bila pi,… sedaaaaaap sangat.

    Reply
  51. Ladfe Amir says

    10th December 2012 at 9:05 am

    air tebu madu tu dibubuh madu sebagai pemanis ke? ini kali pertama saya mendengarnya

    Reply
  52. Sohoque says

    10th December 2012 at 8:51 am

    air tebu madu? x pernah minum lg ni

    Reply
  53. Mummy Akmar says

    10th December 2012 at 8:38 am

    My feveret! Laksa….tapi kalau sedap yang kuah nya pekat2…di makan dengan timun dan daun pudina.. Laksa Penang…

    Special jugak nama laksa buyung ni? Tukang masang tengah mengandung ke?

    Reply
    • Ladfe Amir says

      10th December 2012 at 9:04 am

      samalah dengan saya. laksa memang makanan kegemaran saya. tapi banyak2 laksa, saya suka laksa yg dibuat oleh mak saya.

      Reply
    • hafizmd says

      10th December 2012 at 10:40 am

      keh3…pandai Mummy berimaginasi…kelakar lak…

      itu laksa mama buyung tuh…heheheh

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in