• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / pelancongan / Keenakan Cendol Borhan Kuala Selangor

Keenakan Cendol Borhan Kuala Selangor

17th September 2014 by akubiomed 30 Comments

Nikmat merasa Cendol Borhan Kuala Selangor

cendol borhan kuala selangor

Cendol Borhan Kuala Selangor terasa keenakan. Jiran se-taman telah mencadangkan singgah merasa Cendol Borhan di Kuala Selangor kalau ada  buat perjalanan ke sana.

Tempoh hari ketika menghadiri majlis perkahwinan bro Titan di Banting berhasrat untuk merasa Cendol Banting tetapi tidak berpeluang.

Pada mulanya hendak singgah Cendol Bakar tetapi ketika didalam perjalanan pulang singgah Cendol Borhan. Isteri tersayang kata jiran yang juga orang Sungai Besar mencadangkan merasa Cendol Borhan. Katanya lebih sedap dari Cendol Bakar.

Cendol resipi asli encik Borhan Salikon sejak tahun 1987

Antara menu yang kami pesan.

Cendol pulut durian

Cendul biasa

Laksa

Rojak

Rambang mata hendak memilih jenis cendol sahaja ada bermacam jenis. Menu sampingan lain selain cendol juga ditawarkan kepada pengunjung seperti laksa, rojak, western dan bermacam lagi.

Masing-masing mata mengadap tidak pandang kiri-kanan

Abang Long memilih Cendol dan Laksa

Kalau ditanya cendol mana yang sedap diantara Cendol Bakar dan Cendol Borhan? Saya tidak boleh jawapan kerana tidak adil beri komen dengan berdasarkan merasa cendol Borhan sahaja. Dari maklum balas adik-beradik koning mengatakan Cendol Borhan sedap.

Ada beberapa kemudahan disediakan seperti tempat parkir, bilik solat dan bilik air. Cuma teguran perbaiki kemudahan yang ada pada bilik air.

Ketika menunju tempat parkir kelihatan 2 kereta mewah iaitu Porche Cayene dan BMW masuk.

Boleh baca mengenai kisah perjalanan pernigaan pemilik Cendol Borhan iaitu Encik Borhan Salikon

Filed Under: pelancongan Tagged With: tempat menarik di selangor

Reader Interactions

Comments

  1. akuzle ayu says

    8th October 2014 at 1:44 pm

    Saya pun tak pernah rasa kedua2 cendol ni. Asyik terlepas je bila lalu. Huhu.. Tapi nanti bila berpeluang memang nak rasa cendol durian. Laksa dan rojak sedap?

    Reply
  2. norzatul says

    29th September 2014 at 1:03 pm

    sedapnye… tq for sharing.. lg sedap dr cendol bakar tu ek? .. 🙂

    Reply
  3. Norasikin says

    27th September 2014 at 1:44 pm

    Macam-macam yg di tambahkan dalam cendol sekarang ni. Tapi saya tetap pilih cendol kosong je. Tak de kacang, pulut atau yg lain-lain.

    Reply
  4. Marsha says

    22nd September 2014 at 4:18 pm

    Nanti akan cuba cendol yang sedap ni..tq sharing..=)

    Reply
  5. Marsha says

    22nd September 2014 at 4:17 pm

    Nanti akan singgah cuba cendol sedap ni. Tq sharing…=)

    Reply
  6. hazman aka species1980 says

    20th September 2014 at 2:47 pm

    Sesungguhnya kombinasi cendol dengan rojak tu memang best cuma bila ada laksa tu memang sedap jadi menu minum petang….

    Reply
  7. Ismail N says

    20th September 2014 at 10:41 am

    Hmmm.. kawe turun KL sekejap next week.
    Insya-allah kalu sempat, kawe test cendol Borhan ni. 😀

    Reply
  8. rokiah says

    19th September 2014 at 11:59 pm

    sedapnye..tengok gambar aje dah tahu sedap

    Reply
  9. sabree hussin says

    19th September 2014 at 3:29 pm

    Cendol Bakar sedap, tapi nak order sikit punya payah… ramai sangat yang datang makan cendol kat situ

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2014 at 9:20 pm

      Memang niat nak singgah Cendol Bakar tetapi terjumpa Cendol Borhan terlebih dahulu.

      Reply
  10. RedLinda says

    19th September 2014 at 8:56 am

    memang dalam laluan kalau balik ke kampung di kuala selangor, TAPI…tak pernah singgah sebab asik terlepas je! haha..kalau cendol bakar tu boleh plak singgah 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2014 at 9:20 pm

      Lain kali lalu lagi boleh cuba singgah. 🙂

      Reply
  11. siti hazreen says

    18th September 2014 at 9:06 pm

    Wahhh mesti singgah ni…dah lama plan nk kuala selangor..tp belum kesampaian lagi

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2014 at 9:21 pm

      Kalau lalu kuala Selngor boleh singgah untuk merasa cendol di sini.

      Reply
  12. Hairul Azni says

    18th September 2014 at 8:55 pm

    Aduh..terliur tengok cendol dan laksa tu bro..

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2014 at 9:21 pm

      Kombinasi yang ngam. 🙂

      Reply
  13. faizul says

    18th September 2014 at 3:49 pm

    Setiap hari makan Cendol pulut pun tak kisah. Tengok gambar pun dah tau tahap lazatnya.

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2014 at 7:11 pm

      Fuh, hari-hari makan cendol. 🙂

      Reply
  14. ruggedmom says

    18th September 2014 at 12:01 pm

    Cuba try test cendol dan rojak di pasar Kuala Pilah pulak. Di bus stand KP pun ada tapi rojaknya tak sama.

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2014 at 7:10 pm

      Kalau macam tuh teringin hendak mencuba.

      Reply
  15. Ruby.MY says

    18th September 2014 at 12:50 am

    perggggggg.. sedapnya cendol!!! teringin la. bila la dapat makan cendol mcm ni.

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2014 at 7:11 pm

      Memang sedap makan cendol ketika cuaca panas.

      Reply
  16. TehR says

    18th September 2014 at 12:50 am

    nampak memang sedap tu
    tak ada yang pandang kiri kanan lagi

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2014 at 7:06 pm

      Memang pun. Ambi gambar pun tak sedar. 🙂

      Reply
  17. titan says

    18th September 2014 at 12:22 am

    Lom rasa lagi cendol borhan. Hoho..

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2014 at 7:06 pm

      Kalau lalu Kuala Selangor boleh cuba 2 jenis cendol terkenal. Cendol Bakar dan Cendol Borhan.

      Reply
  18. Ezad Skytech says

    17th September 2014 at 11:46 pm

    susah nak buat perbandingan ni…kadang-kadang tu tekak lain-lain…lain juga la pendapatnya…tapi bila baca entri ni…saya boleh bayangkan kenikmatan menghirup cendol tu…lagi-lagi kalau menikmatinya masa cuaca panas…memang terasa nikmatnya 😀

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2014 at 12:22 am

      Ya setuju ia adalah perkara yang subjektif. Serahkan kepada yang pakar.

      Reply
  19. anif says

    17th September 2014 at 11:36 pm

    Fuhhh nikmat! Lebih nikmat bila kena masa cuaca sedang panas 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2014 at 12:23 am

      Francais Cendol Borhan sudah sampai Kota Tinggi, Johor.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in