• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / hotel / Trip ke Kuantan dan keenakkan Mustafa Cendol

Trip ke Kuantan dan keenakkan Mustafa Cendol

14th April 2015 by akubiomed 33 Comments

Trip ke Kuantan dan Mustafa Cendol

mustfa cendol

Pada hari Jumaat lepas saya telah ke Kuantan atas urusan kerja disana selama 3 hari. Pertama kali terbang dengan Malindo Air di Skypark Subang dulu dikenali sebagai Lapangan Antarabangsa Subang sebelum digantikan dengan KLIA.

Saya ingatkan semua penerbangan domestik telah berpindah ke KLIA. Rupanya ada beberapa pengusaha penerbangan seperti FireFly dan Malindo Air masih lagi mengunakan fasiliti lapangan terbang Subang. Saya terbang seawal jam 8pagi ke Kuantan yang pernerbangan mengambil masa 1 jam.

Hotel Vistana tempat penginapan ketika berada di Kuantan.

Urus setia sudah menyediakan penginapan apabila berada di Kuantan. Hotel Vistana menjadi penginapan untuk 3 hari 2 malam.

Bilik Executive Deluxe King yang selesa dan bersih

Pamandangan dari bilik hotel

Lambaian Mustafa Cendol

Memandangkan hari saya sampai di Kuantan adalah hari Jumaat. Dalam perjalanan untuk solat Jumaat di masjid berdekatan ternampak Mustafa Cendol yang terletak di jalan Teluk Sisek. Kecur air liur tekak sehingg mencetus keinginan untuk merasai keenakkan Mustafa Cendol selepas solat Jumaat nanti.

Seperti yang sudah dijangkakan hajat saya tercapai untuk merasai cendol Mustafa ini. Perkara pertama sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi adalah memesan cendol pulut.

Apabila sampai cendol pulut sudah tidak pandang kiri kanan segera menyuap ke dalam mulut. Rasa haus dan dahaga dek panas matahari terik selepas balik mengerjakan solat Jumaat dapat diredakan.

Mustafa cendol menawarkan pelbagai jenis cendol, rojak dan pelbagai makanan lain. Boleh dikatakan setiap sudut didalam restoran ini penuh dengan pengunjung.

Pengalaman unik dengan pertama kali merasa teh o ais limau cafe di bawah khemah.

Lapangan terbang Sultan Ahmad Shah didalam proses pengubahsuaian jadi cafe , beberapa perkhidmatan dan kedai jualan telah ditempat sementara di bawah khemah diluar bangunan. Bagi saya ia adalah pengalaman unik mungkin tidak berlaku dimana-mana lapangan terbang.

Sempat mengambil gambar suasana malam ketika mendarat di Skypark Subang Airport.

AkuBiomed: Pengalaman yang unik ketika berada di Kuantan walaupun ia adalah trip yang singkat.

  • Tiket ke Legoland dengan contest mudah Published2u.com
  • Menerima kedatangan tetamu di hari pertama berpuasa
  • Keenakan Cendol Borhan Kuala Selangor

Filed Under: hotel Tagged With: mustafa cendol malaysia, trip ke kuantan pahang

Reader Interactions

Comments

  1. marlisa says

    14th May 2015 at 12:50 pm

    macam menariknya cendol… selalu pergi kuantan, tp xpenah cuba cendol ni.. next time boleh try… tq

    Reply
  2. zara says

    21st April 2015 at 3:33 pm

    macam sedaaap je cendol tu..dah bertahun tak ke kuantan ni..rasanya last tahun 2012 kot..masa bujang ni la tempat lepak selalu bersama kakak2

    Reply
  3. Ummi Hanie says

    19th April 2015 at 4:57 pm

    kuantan ialah tempat saya membesar.. tapi tak lama 🙂

    Reply
  4. aimi says

    18th April 2015 at 2:49 pm

    tengahari panas2 pekena cendol sedap sungguh!

    Reply
  5. blogger lelaki says

    18th April 2015 at 8:12 am

    dah lama gua tak pergi pekena cendol dekat sini

    Reply
  6. Syahril Hafiz says

    17th April 2015 at 6:18 pm

    Saya ni bertapa 3 tahun saja kat Kuantan, tak pernah lagi singgah Mustafa Cendol..haha adeh, dah terbiasa, ada duit..pi cari ikan patin masak lemak. Cendol dilupakan sebab di terminal bas pun ada pak cik yang jual Cendol, boleh tahan juga la hilangkan dahaga

    Reply
  7. Zul says

    16th April 2015 at 11:42 pm

    mustafa chendol ni memang popular sjak dulu lagi..kalau ke kuantan konfem sy akan singgah…dan pekena sate di restoran satay farmizam..

    Reply
  8. Zfarina says

    16th April 2015 at 8:55 pm

    tak panas ker duk bwah khemah minum teh ais?,, hihihi

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 11:15 pm

      Memang panas tetapi pada masa sama ada angin bertiup.

      Reply
  9. Akak Vitamin says

    16th April 2015 at 4:16 pm

    Musim panas ni having cendol is awesome!

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 11:16 pm

      Cendol-cendol ada dimana-mana. 🙂

      Reply
  10. Hajar says

    16th April 2015 at 7:55 am

    cantik hotel yang tuan duduk tapi takleh tahan tengok cendol tu..terliur sangat!!!hee

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 11:16 pm

      Urus setia yang sediakan saya tumpang gembira. 🙂

      Reply
  11. Mek ila Jual Vitamin says

    16th April 2015 at 5:46 am

    Wah, nampak sedap sungguh cendol Pak Mustafa ni. Tak pernah menikmatinya waaupun dah selalu ke Kuantan. Kena masukkan dalam list nanti ~

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 11:17 pm

      Bolehlah cari Mustafa cendol apabila ke Kuantan lagi.

      Reply
  12. SaniYunus says

    16th April 2015 at 2:51 am

    Favorite juga cendol ni..Tak dapat cendol banting..cendol Mustafapun jadilah… Mee rojak dia best tak??

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 11:17 pm

      Saya tak merasa rojak hanya cendol pulut sahaja.

      Reply
  13. Suriya says

    16th April 2015 at 12:14 am

    pernah juga menginap di Vistana tu dulu. suka sebab neat. tapi masa pergi dulu tak jumpa pulak cendol mustafa ni.

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 11:18 pm

      Sudah lama Mustafa Cendol. Kalau dari hotel belok ke kiri dan Mustafa cendol berada di seberang jalan.

      Reply
  14. wahida says

    15th April 2015 at 4:36 pm

    ya Allah…sedapnya cendol puluttttt…

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 12:20 am

      Serius sedap merasa cendol pulut. 🙂

      Reply
      • Ummi Hanie says

        19th April 2015 at 4:58 pm

        dulu2 saya tak suka benda berpulut…

        dah dewasa sikit barulah nak minat… aduh terliur

        Reply
  15. Norasikin says

    15th April 2015 at 3:24 pm

    Sekarang ni memang terasa bahang je sepanjang hari walaupun ada hujan. Kena cendol memang terasa nikmat berlipat kali ganda

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 12:21 am

      Cendol ini tidak ada musim. Kalau sedap akan beratur untuk membeli.

      Reply
  16. Inspirasi Huda says

    15th April 2015 at 2:55 pm

    Cendol di musim panas ni memang sangkut liur. Cendol juga bukan bisnes bermusim, pasti ada penggemarnya. Kadang-kadang sanggup datang dari jauh semata cendol kegemaran.

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 12:21 am

      Memang kena kalau cuaca panas dapat merasa cendol.

      Reply
  17. Mus says

    15th April 2015 at 2:43 pm

    best oo.. dapat makan cendol

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 12:22 am

      Memang best. Lagi-lagi kalau ada yang belanja makan cendol. 🙂

      Reply
  18. Noriza Rahman says

    15th April 2015 at 7:56 am

    Berapa kos naik flight ke kuantan tu?

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 12:25 am

      Kalau beli masa promo boleh dapat RM56.20 dan harga Kelas Ekonomi RM141.

      Reply
  19. titan says

    15th April 2015 at 2:12 am

    aishh..

    lama gak tak topup cendol nih.

    esok cari kedai cendol la.

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2015 at 12:25 am

      Bila nak belaja cendol Banting? 🙂

      Reply
      • titan says

        17th April 2015 at 2:18 am

        turun banting la deerrrr..

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in