Berehat panjang sempena cuti hujung minggu yang panjang
Gambar laksa yang dinikmati ketika didalam perjalanan ke KL
Sudah tentu ramai yang ambil kesempatan melancong atau pulang kampung halaman sempena cuti hujung minggu yang panjang. Saya juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk pulang kampung.
Kesempatan diambil untuk berehat kerana cuti Hari Buruh dan Wesak. Ada berapa coretan mengenai saya sempena cuti yang panjang. Aktiviti yang suka lakukan ketika berada dikampung adalah snap beberapa keping gambar. Kali ini hanya mengunakan telefon bimbit sahaja walaupun ada balik kamera DSLR.
Gambar cendol ini diambil ketika berhenti didalam perjalanan ke KL
Cendol sudah tentu menjadi pilihan untuk menghilangkan haus tekak yang kering.
Laksa Buyung antara kesukaan saya. Walaupun pedas sehingga berair air mata tetapi sangat sedap.
Sunting bunga dihalaman
Adik ipar dikampung rajin menanam pokok bunga. Ada bermacam jenis spesis pokok bunga yang ditanam bukan setakat cantik ketika mekar ditaman. Nampak berseri-seri dihalaman rumah.
Saya leka dengan warna dan urat-urat semula jadi bunga yang mekar. Ralit melihatnya. Rasanya rugi kalau tidak dirakam buat kenang-kenanngan. Insyallah Floria Putraja 2015 di Putrajaya akan dikujungi.
Berjalan-jalan makan angin di pantai Klebang bawa anak-anak. Pantai Klebang antara spot yang dikujungi oleh penduduk tempatan dan pelancong. Antara yang unik di pantai Klebang adalah Ais krim pasu dan boleh menginap di Bustel(Bas diubahsuai menjadi hotel)
Pertandingan Memancing Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 12 Bandaraya Melaka Bersejarah 2015
Semasa mengunjungi pantai Klebang ada pertandingan Memancing Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 12 Bandaraya Melaka Bersejarah 2015 sebagai kalendar aktiviti sambutan.
Sepanjang persisiran pantai Klebang boleh dikataka penuh dengan jorang yang dipasang oleh peserta kaki pancing yang menyertai pertadingan memancing ini. Satu pemandangan yang menarik melihat joran-joran tinggi yang digunakan untuk mengumpan ikan.
Pertandingan memancing di persisiran pantai Klebang.
AkuBiomed: Apa pula aktiviti rakan-rakan pula pada cuti hujung minggu yang panjang? Boleh berkongsi diruang komen.
Kalau jumpa laksa buyung macam tu kena elakkan laa saya.. tak sanggup makan hingga berair mata.. heee
Suami join IMKK, jadi luangkan masa dengan anak-anak syurga kat rumah. Hehe. Plus, gambar bunga tu cantik betul. Gambar laksa dengan cendol plak menggiurkan sungguh. 😀
sedap cendol tu….lagi2 kalau makan masa cuaca panas…..kena pulak disulam dengan laksa..perhhhhh..terbaik la bro.
laksa buyung? festaim dengar ni..huhu..
nampak sedap la laksa dan cendol tu..lagi pedas lagi sedap kan..pagi-pagi dah lapar tengok makanan..
saya pulang ke melaka juga sebab nak ada mjlis kenduri orang nak berpuasa nanti alhamdulillah juadah asam pedas ikan parang, masak lemak nangka menjadi idaman hati terubat di hati
cendol tu nampak sedap wehh..
rasa nak buat cendol pula heee.guna gula melaka..yum..yum..
pergi sahaja ke kedai cendol banting 😉
cantiknya la hai bunga purple tu> feveret color
Ya, saya pun suka dengan warnanya.
macam2 aktiviti blh buat sebab cuti panjang. laksa tu menyelerakan
Laksa buyung ini memant sedap walaupun pedas sehingga berhingus.
Warna cendol tu hijau semacam.
Mungkin warna digital hasil snap mengunakan smartphone.
Macam-macam aktiviti juga musim cuti ini tetapi aktiviti saya penuh dengan shooting job orang kahwin le
Wah, cuti-cuti duit masuk.