Singgah Floria Putrajaya 2014 di Promenade, Precint 4 ketika didalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada hari Ahad minggu lepas.
Payung berwarna warni dijadikan dekorasi yang menarik
Pesta Floria Putrajaya sudah menjadi acara tahunan kalendar pelancongan negara. Saya ambil peluang ambil peluang tahun 2014 untuk mengunjungi pesta Floria Putrajaya sejak awal tahun lagi sudah ditanda pada kelendar tahun 2014. Hampir setiap tahun mengunjungi Floria Putrajaya.
Beberapa keping gambar menarik dan pemenang Floria Putrajaya 2014.
Bunga kipas berwarna warni berpusing apabila ditiup angin dari tasik.
Taman PBT, NGO, Koperat & Swasta
Taman Raja Sehari – Tasik Kenyir Terengganu Darul Iman dari Tourism Terengganu
Ramai yang bergambar diatas pelamin ini dengan pelbagai gaya
Urban Garden; Green Cubism – Alam Flora Sdn Bhd untuk Taman Koperat (Pingat Emas)
Mengunakan bahan buangan untuk dekorasi yang kreatif.
Raikan Cinta – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk Taman Kerajaan
Saya suka dekorasi raikan cinta. Setiap ruang dan sudut dihiasi dengan penuh kreatif seperti berada didalam majlis perkahwinan yang indah dan mewah.
Taman Tergantung berkonsep sarang burung
Batang pokok disusun melintang membentuk seperti sarang burung.
Dekorasi dalam dengan tumbuhan bunga tanaman tergantung
Taman Pereka
The Miracle Of Rain – LAr. Cyrus untuk Taman Pereka pemenang Floria Special Jury Award dan Floria Starlight Garden Award
The Glade: A Forest Beauty – LAr. Rozita Abd Hamid untuk Taman Pereka (pingat emas)
Garden Art – LAr. Hazmi Hapaz untuk Taman Pereka
Taman Perbadanan Putrajaya berkonsepkan kitaran rama-rama
Taman Diraja
Hiasan batu marble menyambut tetamu ketika memasuki Taman Diraja
3 ekor itik hidup didalam kolam
Floral Pavilion
Win Chan pemenang Floria Putrajaya Cup Creative Award dan emas
Sri Galaxy Nursery pemenang emas
Pemandangan Floral Pavilion dari luar
Pertandingan Universiti dan Sekolah Seni Floria
The Mysterious Of Tropical Rainforest – Kolej Risda Melaka
Penyertaan dari Sekolah Menengah
The Symphony Of Forms: Alluring Shades Of Beauty – Kolej Risda Melaka untuk kategori Universiti
Kabin dijadikan surau
Nak cari hotel murah? Dapatkan: >>Deal hotel terbaik<<
X sempat pegi 🙁
Tak dapat pegi la bro walaupun sebelah je tempat study… Buzy final projek 🙁
tak terkata kagum melihat gambar2nya….
cantik pula tgk pokok letak dalam bekas kaca tu…
kalau ada jual nak juga letak kat rumah..
Sudah tentu ada dijual balang-balang kaca tersebut.
cantiknya!!! kalaulah dekat memang pergi nih,, satu lagi,, jelez la tengok gambar orang yang pandai amik gambar ni,,, cantik sungguh,, huhuu
Bolehlah petik gambar sedikit. 🙂
lain kali kita petik gambar dari sini ye 😉
nice pictures……
walaupun tak pergi tapi dah rase macam ada kat situ juga..hehe
Terima kasih. 🙂
Berwarna warni…. meriah giler….
Bunga dan warna tidak boleh dipisahkan.
wah.. cantiknya.. best kalau pi ni
Hampir setiap tahun saya bawa famili ke sini.
Kalau balik KL, kawe tinggal kat Precint 10, rumah kakak. Tapi bila dok sana, tak pernah ler ada mende2 ni. Cissss 😀
Bro IsmailN perlu jadual balik Semenanjung dengan tarikh acara. 🙂
rasa mahu curi kertas kipas yang berpusing -pusing itu boleh tak?
Kalau berani boleh cuba. 🙂
suri, tak bagus mencuri… hehe
sangat cantik dan kreatif…dari haritu nampak tapi tak sempat nak singgah…nasib baik ada gambar sini boleh cuci2 mata dan tenang2kan fikiran 🙂
Sempat lagi untuk pergi. 🙂
Gambar yang bergantungan payung dan balang berisi pokok tu memang cun.
Idea yang best woo.. .
Terima kasih bro Maza. Shooting waktu tengahari dan gangguan backlight mencabar.
kreatif betul dekorasi diaorg tu. Rasa nak tidur kat setiap tempat
Banyak lokasi menarik boleh dikunjungi dengan dekorasi dari tempatan dan luar negara.
memang seronok dapat pergi sini
rasa nyaman dan tenang jer tengok keindahan
Masih sempat untuk kunjungi Floria Putrajaya pada hujung minggu ini.
rasa nak tidur bila lihat taman yang di deko betapa sedap mata yang memandang
Nak tidur boleh sahaja. Kena pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
wah seronoknya tahun ini entah dapat ke sana atau tidak.tapi melihat di blog ini saban tahun saya sering menjadi teruja!
Kalau sebelah malam ada bot berlampu.
seronok tengok warna-warni..
Warna-warni adalah satu tarikan. 🙂
Belum berkesempatan untuk hadiri apa2 event di putrajaya.
wah lawa lawa la, banyak aktiviti boleh buat disini ni lagi lagi untuk hiburan keluarga
Memang sesuai untuk dibawa famili ke Floria Putrajaya 2014.
pehh..
gambar-gambar hang memang terbaiklah. hoho
Terima kasih, berbaloi ambil ketika cuaca panas dengan menglihat hasil tangkapan.