• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / pelancongan / Sesalju salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim

Sesalju salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim

9th December 2012 by akubiomed 56 Comments

Salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim di Taman Botani Negara.

Sudah lama teringin benar untuk merasai salji walaupun pernah beberapa kali pernah ke luar negara belum sekali pun seumur hidup dapat merasai salji samada pergi ke luar negara ketika Musim Panas atau Musim Luruh.

Rasanya ramai sudah mengetahui mengenai kewujudan Taman Botani Negara yang dahulunya dikenali Taman Pertanian ini mempunyai Taman Iklim Sederhana 4 Musim. Dimana pengunjung boleh mengalami pengalaman 4 musim dunia di Taman Botani Negara yang terletak di Bukit Cerakah Shah Alam. Seperti mana kita tahu Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa yang panas sepanjang tahun dengan taburan hujan yang tinggi.

adik beradik koning

Sekarang ini Musim Salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim yang mana Musim Salji ini bermula dari bulan November hingga Februari. Teruja merasai ketulan salji walaupun ia bukanlah kejadian alam semula jadi.

Ringkasan perubahan musim di Taman Iklim Sederhana 4 Musim.

  • November – Februari – Musim Salji (Winter)
  • Mac – Mei – Musim Bunga (Spring)
  • Jun – Ogos – Musim Panas (Summer)
  • September – November – Musim Gugur (Autumn)

Ada shuttle bus disediakan bergerak hingga ke Taman Iklim Sederhana 4 Musim dan juga boleh menyewa basikal untuk berkayuh.

Harga tiket untuk masuk Taman Botani Negara.

  • Dewasa RM3
  • Kanak-kanak (6-11 tahun) RM1

Harga tiket Taman Iklim Sederhana 4 Musim.

  • Dewasa RM5
  • Kanak-kanak (4-11 tahun) RM3

Tips ketika berada di Taman Botani Negara Shah Alam.

  • Pakai kasut sukan supaya kaki tidak melicit.
  • Beli tiket Taman Iklim Sederhana 4 Musim bersama tiket masuk ke Taman Botani Negara.
  • Shuttle bus akan ke Taman Iklim Sederhana 4 Musim dan berhenti mengambil/ menurun penumpang di Taman Haiwan sebelum kembali ke pintu masuk.
  • Boleh bawa makanan dari luar.

Laman Rasmi: Taman Botani Negara Shah Alam.

Sila tekan butang kongsi:

  • Laksa Buyung dan Air Tebu Madu gandingan mantap
  • Taman Persahabatan China Malaysia di Putrajaya
  • Adegan drama di Taman Rusa dan Kancil

Filed Under: pelancongan

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    5th April 2013 at 12:55 am

    tak pernah sampai… huhu

    kenangan main salji tiruan ialah di The Mines Wonderland… masa kecik2 dulu

    Reply
  2. Metrolisa says

    28th February 2013 at 11:06 am

    salju kapan saya bisa pegang aslinya ya mesti ke europe dulu nampaknya

    Reply
  3. ezna says

    27th February 2013 at 11:38 pm

    teringin nak merasa snow…belum tercapai lagi impian ini…

    Reply
  4. hanafi abdullah says

    24th January 2013 at 6:38 pm

    sekurang-kurangnya dapat juga merasa nikmat musim sejuk,bunga,luruh dan panas..

    Reply
  5. TehR says

    11th December 2012 at 11:37 pm

    kami masih juga belum berkesempatan untuk ke taman ni
    entah bila akan ada ketikanya

    Reply
  6. oppman says

    11th December 2012 at 2:05 pm

    sangat murah, belum berkesempatan untuk pergi lagi…

    Reply
  7. Dulu Lain Sekarang Lain says

    11th December 2012 at 2:04 pm

    Err hebat ehhh.. masuk sana pakai baju T jer. 😀

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      11th December 2012 at 9:53 pm

      salji x sejuk sgt..kalo ade angin,mmg x tahan la..huhu

      Reply
  8. hafizrahim says

    11th December 2012 at 10:28 am

    tak tau plak kat sana ada taman iklim4 musim..macam best je..boleh bawak baby pergi sana ni

    Reply
  9. lonelystarz says

    11th December 2012 at 9:12 am

    salji tu salji buatan ke betul bro?

    Reply
  10. Hakim Mahmud says

    11th December 2012 at 9:12 am

    wah seronok nampak bro.

    Reply
  11. donnyien says

    11th December 2012 at 7:33 am

    belum berkesempatan lagi kesana, mudah-mudahan satu hari nanti. nice pic!

    Reply
  12. Kimmy says

    11th December 2012 at 1:20 am

    Wahhh…pakat pakai baju belang-belang sama dengan ayah..

    Reply
  13. yas says

    10th December 2012 at 11:05 pm

    tak dapat pergi obersea pergi sini pun okey…hari tu sempat gak bawak bebudak gi sini…time tu musim bunga….cun gak

    Reply
    • Akubiomed says

      11th December 2012 at 1:07 am

      Pada masa akan datang akan ke sana lagi untuk musim yang berlainan.

      Reply
  14. anif says

    10th December 2012 at 10:27 pm

    Menarik & seronok bila ada tempat sebegini.. Boleh bawa keluarga jalan-jalan 😀

    Reply
    • Akubiomed says

      11th December 2012 at 1:08 am

      Memang tak rancang pergi ke Taman botani negara. Ia adalah lawatan yang tidak dirancang sebenarnya.

      Reply
  15. Nur says

    10th December 2012 at 6:05 pm

    Wah seronoknya.. Tak pernah sampai lagi ke sini.. Anak2 nampak happy dapat bercuti dengan keluarga..

    Reply
  16. Hazmin Hamudin says

    10th December 2012 at 5:38 pm

    Pernah ke sini semasa tadika dulu. Hehe.. Dah lama sangat dah..

    Reply
  17. sweetkurma says

    10th December 2012 at 5:23 pm

    wahhh macam best jer, tak pernah pergi pun lagi tempat ni
    teringin juga nak menikmati salji

    Reply
  18. Leeza dayasari says

    10th December 2012 at 1:55 pm

    wow… macam menarik jer nak pergi sana.
    Seronok jer…

    Reply
  19. Hafizul says

    10th December 2012 at 1:36 pm

    bestnya dapat pergi kat sini..huhu..mesti anak sy gembira habis ni main kt sini..hehe

    Reply
  20. ohcikgu says

    10th December 2012 at 11:52 am

    bilalah dapat merasa peri sini plakk..

    Reply
  21. Bro Zulkbo says

    10th December 2012 at 2:06 am

    Salam..
    nampak pada gambar, salju negara kita
    tak selembut salju di Korea kan..?macam
    ais kepal ke tu..apa nak buat, mende tiruan..

    Reply
    • Akubiomed says

      10th December 2012 at 7:44 am

      Jadilah bro Zulkbo dapat merasa salji di Malaysia.:-)

      Reply
  22. Iman says

    10th December 2012 at 12:53 am

    Bawa keluarga best ne,tambah adik2 yang kecik.

    Reply
    • Akubiomed says

      10th December 2012 at 7:46 am

      Boleh sangat. Kalau hendak bersiar-siar dengan berkayuh basikal pun boleh.

      Reply
  23. azmanisma says

    10th December 2012 at 12:43 am

    Dulu 7 tahun duduk Shah Alam dekat seksyen 6- dekat sgt dah tu,sekali pun tak pernah masuk 🙂

    Reply
    • Akubiomed says

      10th December 2012 at 7:47 am

      Biasalah bro. Kalau sudah duduk dekat pun tak pergi. Macam saya pernah duduk di Miri, gua Mulu tak pergi.:-)

      Reply
  24. Norizwan says

    10th December 2012 at 12:38 am

    wow…real nya…serisu tak pernah tempat camtu….kerja Shah Alam dekat dah tu…

    Reply
    • Akubiomed says

      10th December 2012 at 7:48 am

      Boleh bawa famili ke sana.

      Reply
  25. tips says

    10th December 2012 at 12:03 am

    mana polar bear??

    🙂

    Reply
    • Akubiomed says

      10th December 2012 at 7:49 am

      Kalau ada beruang kutub memang sudah lama lari.

      Reply
  26. Panas Giler (djchef) says

    9th December 2012 at 11:22 pm

    best nya…belum ada rezeki lagi pergi sana

    Reply
  27. KiD says

    9th December 2012 at 10:36 pm

    ambik ais tu tak sket..?? buat ABC… hehheehhehe

    Reply
  28. Amirez says

    9th December 2012 at 9:27 pm

    teringin nak pergi tapi belum ada kesempatan lagi

    Reply
  29. cik tom says

    9th December 2012 at 4:59 pm

    rindu nak gi bukit cerakah..dl time study uitm shah alam..sellau pergi sn..

    Reply
    • KiD says

      9th December 2012 at 10:38 pm

      ooooo… uitm shah alam… 🙂

      Reply
  30. sukma says

    9th December 2012 at 3:07 pm

    dulu-dulu pernah pergi tapi tak masuk lagi ke kawasan bersalji nie….

    Reply
  31. Dkna Abza says

    9th December 2012 at 12:20 pm

    baru tau yang harga setiap musim berlainan… dkna ingat sama jer.

    Reply
  32. papa mifz says

    9th December 2012 at 11:47 am

    PM duduk kat shah alam jer…tak pernah pergi lagi…huhu satu hari kena pergi nih bawak family berjalan…

    Reply
  33. mie says

    9th December 2012 at 11:44 am

    xpernah sampai lagi..
    mungkin suatu hari nanti..
    eehhehe

    Reply
  34. hairulafiz says

    9th December 2012 at 10:38 am

    bagus bawak famili ke sini….

    Reply
  35. hairulafiz says

    9th December 2012 at 10:32 am

    dulu masa sekolah rendah ada pergi….tp tak masuk….

    Reply
  36. syira says

    9th December 2012 at 9:37 am

    salam..

    wah…saya dah lama teringin masuk sini, tapi setiap kali ikut suami g shah alam tak pernah sempat nak menyinggah sebab kena tinggal dalam bilik hotel..huhu..

    Reply
  37. sohoque says

    9th December 2012 at 8:33 am

    errrmmmm.. aku ni tinggal kat shah alam. tp tak pernah sampai situ. huhuhu. kena pergi jugak la lps ni

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2012 at 9:04 am

      Sudah dekat tuh bro.

      Reply
  38. ajumohit says

    9th December 2012 at 7:24 am

    wahh good info, tiket pon murah, taman Iklim aku datang!!!!!

    Reply
  39. samdaddycool says

    9th December 2012 at 2:44 am

    Pernah masuk sekali dulu (masa muda-muda). Tapi sejak bekerluarga, belum pernah masuk dengan anak-anak. Teringin sangat nak pergi bawa famili tengok salji..

    Reply
  40. Zulhilmi Zainudin says

    9th December 2012 at 2:42 am

    Berpatutan juga harga tiketnya. Boleh bawa keluarga juga ni. 😀

    Reply
  41. ohcikgu says

    9th December 2012 at 1:48 am

    aishh..terasa nak pergi jugakklahh..

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2012 at 9:06 am

      Pastikan sedia dari segi fizikal kalau hendak berjalan kaki. Kaki kami melecet berjalan kaki dari Taman iklim ke perkampungan budaya. Salah sendiri kerana tidak memakai kasut yang bersesuaian.

      Reply
  42. pipoq says

    9th December 2012 at 1:40 am

    budak2 mesti teruja abis kalau dapat ke sini..

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2012 at 9:07 am

      Budak-budak memang suka.:-)

      Reply
  43. Mus says

    9th December 2012 at 1:32 am

    wow bestnya salji.. anak-anak pasti suka ni.

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2012 at 9:04 am

      Dapatkan pengalaman pun jadilah.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in