• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Diberhenti kerja kerana mengandung

Diberhenti kerja kerana mengandung

20th October 2010 by akubiomed 28 Comments

Diberhenti kerja kerana disahkan mengandung.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan 6 bakal ibu telah mendakwa bahawa mereka telah dipaksa berhenti oleh majikan ditempat mereka bekerja kerana didapati mengandung. Ke-enam – enam wanita tersebut telah membuat aduan kepada biro aduan MCA kerana layanan diskriminasi jantina oleh majikan-majikan mereka

2 wanita telah dipecat pada ketika didalam tempoh percubaan dan sementara 4 lagi telah dianiaya dengan tugasan tak munasabah sehingga memaksa mereka ini berhenti kerja. Diskriminasi jantina ini hanya berlaku di syarikat swasta dan aku tidak bayangkan perlaksanaan cuti bersalin 90 hari dengan bergaji penuh kelak. Penjawat awam tidak mungkin mengalami masalah ini.

Cerita malang seorang wanita yang disahkan mengandung

Seorang wanita yang berkerja di sebuah syarikat sebagai jurutera aplikasi selama 5 tahun telah sah mengandung pada bulan April lalu. Majikan syarikat dimana dia berkerja telah mengarah wanita malang itu meninggalkan kerja pada bulan Ogos lalu atas alasan prestasi kerja kurang membransangkan. Dia telah diberi pilihan samada meninggalkan pekerjaannya dibayar dengan bayaran 3 bulan gaji atau potongan gaji sebanak 50% dari gaji sekarang jika masih mahu bersama syarikat berkenaan.

Bulan lepas syarikat berkenaan mengugut wanita malang tersebut untuk menahan gajinya kalau tidak mahu menerima tawaran tersebut. Dia tidak mempunyai pilihan dengan menerima cek dari syarikat berkenaan dan hanya dia seorang dilayan oleh syarikat berkenaan.

“Dalam sejarah syarikat hanya dia seorang yang pernah mengandung,” menurut perempuan berusia 29 tahun

  • 7 Tips temuduga bocor oleh panel temuduga
  • Elaun Sara hidup 300 untuk pekerja swasta
  • Suamiku bukan Encik Sotong

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Panduan Buah Pinggang Sihat says

    27th November 2010 at 8:27 am

    Majikan mereka ni mungkin tak berkahwin kot.Ataupun isteri mereka tak pernah mengandung.

    Dampai tiada perasaan bertimbang rasa langsung.hanya tahu mementingkan keuntungan semata-mata sahaja.Kurang ajar punya majikan.

    Reply
  2. fiezaradzi says

    26th October 2010 at 12:18 pm

    kejamnya majikan camtu.. nasib baik majikan saya baik.. siap gaji saguhati lepas bersalin.. tak baik cmtu kan.. setakat 2 bulan tak dtg kerja, bukannya setahun.. kan?

    Reply
    • akubiomed says

      26th October 2010 at 12:22 pm

      Itu dinamakan majikan yang prihatin. Pekerja aset syarikat

      Reply
  3. Hadi Rofiee says

    23rd October 2010 at 4:25 pm

    Seperti ada sesuatu yg tidak kena. 😐

    Reply
  4. etomyam says

    23rd October 2010 at 12:02 am

    kalau ikut kefahaman aku dalam Employment Act 1955 majikan hanya boleh buang pekerja atas dua alasan sahaja ‘Misconduct’ dan ‘poor work performance’. Itu pun kena lalui principle of natural justice…pekerja terlibat boleh rujuk kes mereka ke industrial court tu

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2010 at 12:43 am

      Ke-enam wanita malang telah membawa kes mereka ke Mahkamah Industri dan menang kes dengan mendapat pampasan dari majikan-majikan mereka

      Reply
  5. zik says

    22nd October 2010 at 12:01 am

    sepatutnya kebajikan dijaga.. bukanya diberhentikan.. huhu..

    Reply
  6. kakyong says

    21st October 2010 at 11:47 pm

    ni jenis yg pk kan keuntungan belaka ni..

    btw, bertuah la yg koje gomen dpt 90 hari cuti bersalin.. tp limit spjg perkidmatan 300 hari jer…, jadi kena beringat2 le..
    masa kakyong koje swasta dulu, tak penah plak ada limit utk cuti bersalin…

    Reply
  7. dnoBiz says

    21st October 2010 at 9:07 pm

    Apa yang penting sekarang kita kena tahu hak kita sebagai perkerja,
    jadi majikan tak boleh senag senag nak gula gulakan kita..

    Reply
    • akubiomed says

      21st October 2010 at 9:26 pm

      Macamana nak tahu kalau dah bekerja baru tahu polisi syarikat tidak benar pekerja mengandung tapi polisi syarikat macamani memang pelik

      Reply
      • dnoBiz says

        22nd October 2010 at 12:35 am

        yang tu polisi syarikat tapi hak perkerja ada dengan jabatan buruh, yang tu yang kita kena tahu, sebab walau apa polisi yang syarikat tu buat dia kena ikut undang undang buruh dan dia tak boleh sembarangan buat polisi, dan dalam buruh tak ada polisi yang melarang perempuan yang berkahwin tak boleh mengandung, tapi untuk sesetegah perkerjaan yang tak sesuai untuk orang mengdung mereka akan ditukarkan ke bahagian lain untuk sementara waktu.

        sebabtu kita kena tahu serba sedikit tentang undang undang buruh.

        dan lagi satu kalau betul dalam syarikat tu ada polisi macam tu awal awal lagi akan ada dicatat dalam surat pelantikan yang kita tanda tangan semasa kita mula mula masuk kerja. tapi kalau takde dicatat tu maknanya dah tak betul dan boleh dibawa ke mahkamah

        Reply
        • akubiomed says

          22nd October 2010 at 11:10 am

          Masalahnya ramai diantara kita tidak tahu hak dan terma-terma sebagai seorang pekerja termasuk saya. Masalah timbul selepas kita sign surat offer letter kerana tidak baca terma-terma dengan teliti kerana excited mendapat kerja.

          Reply
  8. tehr says

    21st October 2010 at 4:03 am

    bila hanya mementingkan duit semata, beginilah jadinya
    tumpang sedih

    Reply
  9. nash says

    21st October 2010 at 1:53 am

    memang kejam la majikan swasta nie….tak macam gov sector…dapat cuti2 banyak2 pun mereka merungut..cakap masa xcukup..ni hah..siap tak bagi kerja lagi….nak buat cmne la kan….hu3

    Reply
  10. eiman says

    21st October 2010 at 1:32 am

    menang kes tu brape dia dapat beb? berbaloi baloi

    Reply
  11. Samdaddycool says

    21st October 2010 at 1:06 am

    1001 alasan majikan boleh beri utk mendesak ibu2 hamil macam ni. Memang syarikat swasta pentingkan efficiency dan produktiviti. Yang kurang kat situ, etika perikemanusiaan.

    Reply
  12. adamfaiz says

    20th October 2010 at 10:50 pm

    Citer pasal sorang je yg pernah mengandung..kena potong gaji lagi..kesian betul

    Reply
    • akubiomed says

      22nd October 2010 at 8:03 pm

      Ini bukan cerita tapi benar-benar berlaku di Malaysia seperti yang dilaporkan didalam akhbar tempatan. Diskriminasi gender

      Reply
  13. suffer8zine says

    20th October 2010 at 9:59 pm

    hekkk selama ni syarikat tu perempuan2 mmg x pernah mengandung ke? ke x sempat nk mengandung? aiseyyymannn 😛

    Reply
    • akubiomed says

      20th October 2010 at 10:22 pm

      Majikan ni memang teruk. Agaknya dia suruh buat pekerjanya famili planning

      Reply
      • suffer8zine says

        21st October 2010 at 9:17 am

        kalau semua family planing bile masenye nk dpt anak2 , nnt dah tua2 monopos dah x leh ngandung, masalah majikan mcm ni,

        Terkini : Pancing pirahna gergasi

        Reply
        • akubiomed says

          21st October 2010 at 9:28 pm

          Syarikat swasta memang macam tuh kalau gomen tukang ketik dan tukang photostat dokumen pun ada. Kalau swasta semua tu kena buat sendiri

          Reply
          • suffer8zine says

            22nd October 2010 at 10:32 am

            biase la tu nk wat mcm mane, mintak2 jauh bende2 mcm ni

            Reply
    • dnoBiz says

      21st October 2010 at 9:09 pm

      mungkin dah lama syarikat tu buak keja cam ni

      Reply
  14. elly&emmy says

    20th October 2010 at 9:46 pm

    pihak berwajib mesti mengenakan tindakan yg tegas terhadap bos2 syarikat yg suka menindas ni..

    Reply
    • akubiomed says

      20th October 2010 at 10:20 pm

      Saya ada kawan kerja di industri Food & Beverage tidak dibenarkan solat tapi dia ni tetap iman dia untuk bersolat. Antara alasan Majikan beri adalah pekerja curi tulang masa semasa solat.

      Reply
  15. suri says

    20th October 2010 at 9:33 pm

    salam.
    sungguh kejam majikan syarikat itu ya. tapi sahabat hal2 sebegini memaglah tidak dapat di elakkan sebab perkara ini memang pernah berlaku pun di sekeliling kita ..

    Reply
    • akubiomed says

      20th October 2010 at 10:17 pm

      Memang dah berlaku pun. Wanita malang telah membawa ke mereka mahkamah dan menang kes. Sepatutnya tidak berlaku kerana kita kan nak jadi negara yang berpendapatan tinggi.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in