• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / 7 Tips temuduga bocor oleh panel temuduga

7 Tips temuduga bocor oleh panel temuduga

2nd December 2014 by akubiomed 51 Comments

Sila amalkan 7 tips temuduga semasa persediaan temuduga

tips temuduga

Tentu ada diantara yang sedang membaca entri ini mendapat panggilan temuduga SPA atau menerima panggilan temuduga di syarikat swasta. Sesi temuduga adalah peluang untuk membuat penawaran samada layak diterima jawatan yang dipohon atau tidak.

Saya pernah menjadi panel temuduga di tempat saya bekerja. Ia adalah satu tanggungjawab berat kerana syarikat memberi kepercayaan kepada panel untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai ciri-ciri  dan kemahiran yang diperlukan untuk kekosongan jawatan yang ditawarkan. Pengalaman sebagai panel saya ingin bocorkan 7 tips persediaan temuduga kepada calon-calon yang dipanggil temuduga.

1. Berlatih

Berlatih menjawab soalan majikan temuduga dan latih bagaimana menjawab soalan temuduga dan jawapan berkaitan dengan jawatan yang dipohon.  Memberi contoh kemahiran dimiliki memberikan gambaran kepada majikan. Ia meningkatkan peluang calon senarai pendek. Buat senarai soalan yang mungkin ditanya oleh majikan. Perasaan gugup itu biasa tetapi kalau persediaan yang cukup. Insyallah boleh menjawab soalan dengan nada yang yakin.

2. Buat kajian

Membuat persiapan dengan mengkaji latar belakang syarikat atau jabatan yang dipohon. Antara soalan yang sering yang kerap ditanya oleh majikan kepada calon-calon. Jangan pelik ada calon yang datang tidak tahu apa jawatan yang dipohon? Ada juga yang gagal menjelaskan fungsi jabatan dan jenis perniagaan bagi syarikat swasta. Ada yang beri jawapan datang temuduga kerana ibubapa yang suruh. Macam-macam karenah calon yang saya jumpa.

3. Bersedia

Pastikan semasa menghadiri sesi temuduga  dengan berpakaian kemas dan sesuai dengan jabatan atau syarikat yang ditemuduga. Bawa fail yang mengandungi resume, sijil dan dokumen yang berkenaan. Selalu saya meneger fail peribadi tidak kemas dan semua benda disumbat kedalam fail. Letak dibahagian hadapan sekali bermula dengan resume diikuti sijil pendidikan tertinggi, sijil-sijil lain dan seterusnya. Ini ada yang letak kertas conteng, resit, sampul gambar dan sebagainya tidaklah sesuai kerana ia mengambar calon tidak serius. Penting bawa pen dan kertas. Memang ada calon tidak bawa pen sampai meminjam daripada calon lain.

4. Menepati Masa

Perlu menghadiri sesi temuduga tepat pada masanya. Bermaksud 5 hingga 10 minit lebih awal. Kalau tak biasa dengan lokasi temuduga boleh buat tinjauan awal selain mengunakan Waze atau Google Map. Saya sarankan kalau tidak biasa keadaan trafik eloklah luangkan masa buat tinjauan ke lokasi temuduga dapat beri gambaran masa perjalanan yang diperlukan. Ada calon minta tukar sesi temuduga disaat akhir kalau boleh elakkan kalau tidak mempunyai alasan kukuh. Sebagai majikan terpaksa pula mengikut kehendak calon ini adala kurang baik.

5. Bertenang

Cuba bertenang dan kurang perasaan berdebar. Beri tempuan kepada soalan yang akan ditanya oleh panel. Ia adalah sesuatu memalukan jika calon terlupa dengan soalan yang ditanya. Biasanya sesi ‘ice breaking’ antara calon dan panel adalah menanyakan latar belakang calon ini adalah untuk mengurangkan perasaan gugup dan berdebar. Sebagai panel ingin mengetahui latar belakang calon kerana ada peluang yang akan diberikan jika keluarga susah, tanggungan banyak, harapan keluarga dan sebagainya.

6. Tunjukkan kebolehan yang ada

Masa yang diperuntukkan untuk sesi temuduga adalah kritikal. Secara terus terang pengalaman sebagai panel temuduga perlu mengunakan pengalaman yang ada untuk mengenal kemampuan calon samada sesuai untuk jawatan yang dipohon atau tidak. Sebagai calon tonjolkan kemampuan janganlan simpan. Ini ada yang tidak bercerita penuh pencapaian dan kemahiran unik mereka ada. Rugilah kerana setiap calon yang hadir mempunyai kelayakkan akademik yang boleh dikatakan setara. Jadi tonjol perbezaan korang untuk melayakkan korang ke jawatan yang dipohon.

7. Berkhemah memohon melalui email

Zaman IT sekarang ini membolehkan permohonan kerja boleh dilakukan melalui email ke jabatan Sumber Manusia. Malangnya ada yang email resume tanpa mukadimah dengan menghantar salinan resume terus. Satu lagi janganlah guna akaun email yang fancy kerana memohon kerja adalah perkara serius dan perlu beradab. Janganlah pula menghantar mengunakan akaun mawarberduri@gmail.com. Ini berlaku berdasarkan pengalaman saya sebagai panel temuduga berhadapan dengan pelbagai karenah calon-calon dari zaman alaf baru.  Kalau dapat penerima yang tidak bertolak ansur sudah lama delete email tersebut. Selebihnya boleh rujuk [+] Rahsia Bijak Temuduga

  —————————————————————–

Sila tinggal email  untuk panduan dan tip kerja terkini PERCUMA!

Nama Penuh
E-mail address



Sila sahkan emel anda selepas melanggan.
100% Spam Free. We respect your privacy

  • Contoh soalan peperiksaan PTD Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
  • Mudah repair barang elektrik
  • Bahana menulis resume kerja tangkap muat

Filed Under: blog Tagged With: soalan interview, soalan temuduga spa, temuduga spa, tips temuduga

Reader Interactions

Comments

  1. Rossa Calla says

    15th November 2015 at 1:57 pm

    Kalau ikut semua panduan di atas, In Sha Allah memang boleh lulus temuduga yang kita hadapi

    Reply
  2. Asyraf Asri says

    11th December 2014 at 12:49 am

    Tips ini sangat bagus.

    Memang patut kita buat sebelum termuduga.

    Mana-mana sektor pun sesuai.

    Reply
  3. Pendekar says

    10th December 2014 at 3:43 am

    gua rasa kalau tak sebab semua panduan di atas, gua takkan lepas temuduga dulu.

    huhu…

    Reply
  4. linie says

    9th December 2014 at 3:38 pm

    bagus sangat tips2 ni..saya dulu masa nak interview cuak semacam je..tapi buat2 je macam overconfident..alhamdulillah lega..hhiihi

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2014 at 6:05 pm

      Jangan terlalu over confident nanti tak dapat jawatan yang dipohon terasa sedihlah pula. 🙂

      Reply
  5. Fadhil says

    9th December 2014 at 2:51 pm

    Sekarang ni senang nak gi temuduga. dah ada rujukan dan juga google. Dulu harapkan jawapan dalam suratkhabar je.

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2014 at 6:06 pm

      Enjin carian memudahkan untuk mencari maklumat. Jadi perlu guna sebaik-baiknya untuk memperlengkapkan diri.

      Reply
  6. ajumohit says

    9th December 2014 at 5:54 am

    tips yang sangat berguna, last interview tahun 2008, alhamdulillah masih stay kat tempat kerja lama 😉

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2014 at 6:07 pm

      Wow, begitu lama setia tentu sudah tinggi tahap seniority.

      Reply
  7. titan says

    6th December 2014 at 8:26 pm

    fuhh..

    memang banyak tips yang berguna nih..

    Reply
  8. TehR says

    5th December 2014 at 11:07 pm

    siapa2 yang terlibat dengan temuduga
    harap buat yang terbaik
    peluang payah nak dapat sekarang ni

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:10 pm

      Calon-calon ramai tetapi kekosongan jawatan tidak banyak. Hanya yqng berkualiti akan dapat peluang untuk bekerja.

      Reply
  9. Qider says

    5th December 2014 at 9:52 pm

    Saya baru je lepas sesi kedua interview, ingat nak tulis mengenai tips yang sama…

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:09 pm

      Ya, elok dikongsikan pengalaman tersebut.

      Reply
  10. Kakiblog says

    5th December 2014 at 9:26 pm

    saya juga biasa dengan pengambilan staff baru..hanya yang bersemangat akan lepas temuduga

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:08 pm

      Salah satu menarik perhatian panel adalah sikap @attitude.

      Reply
  11. Hafizul says

    5th December 2014 at 2:48 pm

    Bagus la sekarang ni..nampak lagi senang temuduga klu ada panduan macam ni..haha

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:07 pm

      Sedikit pengalaman menjadi panel temuduga dikongsi untuk dimanfaatkan.

      Reply
  12. ikhwan says

    5th December 2014 at 11:50 am

    dulu masa temuduga kerajaan pernah tercakap bahasa inggeris dekat panel.

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:06 pm

      Salah satu plus point untuk calon boleh berkomunikasi bahasa Inggeris dengan baik.

      Reply
  13. Syahril Hafiz says

    4th December 2014 at 9:34 pm

    Pernah lalui, tapi dah masuk kali ke 3 temuduga kerajaan perasaan gugup, overconfident tu dapat atasi. La ni dok dalam calon simpanan jawatan tertentu..huhu macam malas nak kerja gomen tapi banyak faedah tu la.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:05 pm

      Sabar rezeki ada dimana-mana.

      Reply
  14. sweetkurma says

    4th December 2014 at 3:09 pm

    betul tu, akak dulu masa kerja pun sering jadi panel temuduga

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:05 pm

      Ee..takutlah kak Siti jadi panel temuduga. Garang tak?

      Reply
  15. ema says

    4th December 2014 at 3:04 pm

    tips yang sangat berguna pada yang bakal ditemuduga nanti.

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:04 pm

      Sudah buat mockup interview tetapi calon-calon kita masih mengulangi kesilapan yang sama.

      Reply
  16. Raihanah Ahmad says

    4th December 2014 at 11:56 am

    memang kena bersedia ni kalau nak temuduga. jangan semberono je sebab 1st impression tu penting jugak.

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:03 pm

      Ya, dari mula masuk bilik temuduga sudah boleh agak sikap dengan membaca ‘body langguage’.

      Reply
  17. Aretikz says

    3rd December 2014 at 2:02 pm

    Benda biasa kalau nervous.. hehe.. tips2 ni harap boleh hilgkan rasa gabra bg orang yang nak kena interview ni..

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:01 pm

      Saya kalau jadi panel akan cooldown dahulu calon-calon. Siap beri ketas kosong lagi untuk mencatit point-point penting.

      Reply
  18. ciklilyputih says

    3rd December 2014 at 12:48 pm

    lama dah tak pi interview so langsung tak ingat apa lagi tips ek

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2014 at 10:00 pm

      Tentu tempat kerja sekarang sudah selesa.

      Reply
  19. Noriza Rahman says

    3rd December 2014 at 7:07 am

    Baru lepas interview hari jumaat lepas, setelah 2 tahun tak bekerja..syukur la ada port boleh buat rujukan camna nak hilangkan gabra semasa interview ni

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2014 at 1:22 pm

      Selamat berjaya. Nanti terima panggilan kerja jangan lupa belanja saya.

      Reply
  20. mohd rasul says

    3rd December 2014 at 3:51 am

    perkongsian yang sangat membantu. bawa pen dan kertas tu ramai yang selalunya terlupa. penting untuk catat apa2 yang penting bila interview. lagi2 kalau pihak yang interview tu mintak isi borang. time tu la menggagau nak cari pen

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2014 at 1:23 pm

      Penting bawa pen untuk tulis maklumat didalam borang.

      Reply
  21. kereta sewa shah alam says

    3rd December 2014 at 12:02 am

    info berguna…
    tapi masa nak interview ,rasa gugup/nervous tetap ada.

    Reply
  22. shiqin sunshine says

    2nd December 2014 at 9:32 pm

    Nice sharingg…huu tapi bila masuk temu duga nervous ape yg prepared jd lain hihi

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 10:43 pm

      Ia adalah perkara yang biasa berlaku apabila datang gemuruh.

      Reply
  23. blogger lelaki says

    2nd December 2014 at 5:34 pm

    tips temuduga pun boleh bocor yer bro..huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 10:46 pm

      Ramai yang suka bab soalan bocor. Laju sahaja nak dapat jawapan. 🙂

      Reply
  24. kesoma.rai says

    2nd December 2014 at 5:21 pm

    kadang kadang bila ditanya tu gabra.. gugup.. habis semua melayang jawapan yang dah hafal..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 10:46 pm

      Perkara yang biasa berlaku apabila sudah gugup. 🙂

      Reply
  25. mohdhiruan says

    2nd December 2014 at 11:52 am

    etika berpakaian juga harus diambil berat. 1st impression is important. Ada yg datang pakai kemeja lengan pendek berkotak kotak, seluar khakis kaler coklat, kasut macam kasut nak pegi beraya. tak sesuai.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 10:54 pm

      Benar sekali mengenai etika berpakaian perlu bersesuaian. Janganlah berpakaian untuk bersantai.

      Reply
  26. suri says

    2nd December 2014 at 11:35 am

    baru dapat dua kali panggilan temuduga tapi masih gagal untuk dapatkan kerja itu. tak apa asal ada pengalaman dan usaha.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 10:57 pm

      Insyallah ada rezeki pada masa hadapan. 🙂

      Reply
  27. suri says

    2nd December 2014 at 11:34 am

    ha wajib mukadimah ini main hantar payah gak hee..usaha dan doakan.kalau ada rezeki tak akan ke mana punya

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 11:00 pm

      Kalau dapat kerja boleh belanja saya. 🙂

      Reply
  28. emalinmohd says

    2nd December 2014 at 6:13 am

    Akaun email tu kenala professional. Ini sampai Ada yang tak boleh sebut apa Nama email tersebut sebab “unik” sangat.

    Part fail tu saya setuju. Semua sumbat sampai yang nak memeriksa fail pening nak cari sijil untuk buat pengesahan.

    Dah Ada tipsnya ni Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 11:01 pm

      Memang masalah email yang jenis main redah ini.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in