Cadangan Elaun Sara hidup 300 untuk pekerja swasta
Pertimbangan memberi Elaun Sara Hidup sebanyak RM300 majikan swasta kepada pekerja swasta antara cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kepada kerajaan. Peningkatan sara hidup menghimpit perbelanjaan kerana upah RM30 untuk 5 juta pekerja dari 10 juta pekerja swasta di negara ini menerima upah RM30 sehari sekadar melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.

Sebagai pekerja swasta, ada bidang yang mungkin tidak terjejas dan ada bidang yang akan merasa kesempitan dengan kenaikan kos sara hidup. Kalau tiada kenaikan gaji dan pendapatan bulanan yang masih sama tentu nilai perbelanjaan semakin menyusut untuk jumlah perbelanjaan yang sama dan sedikit sebanyak menjejaskan kuasa membeli. Saya menyokong jika pihak majikan dapat pertimbangkan pemberian RM300 sebagai Elaun Sara Hidup. Pemberian elaun ini perlu diberikan kepada golongan sasaran dan perlu melihat kemampuan kewangan majikan swasta jika ia mendapat kelulusan untuk dilaksanakan.
“hampir 5 juta pekerja dari 10 juta pekerja swasra dinegara ini dibayar upah kira-kira RM30 sehari yang hanya melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan”
Saya terkejut mendengar ada lepasan diploma didalam bidang kejuruteraan dibayar gaji permulaan RM1000. Bagi saya ia adalah tidak munasabah untuk berkelana mencari nafkah di kawasan Lembah Klang. Memandangkan sudah mula nampak perkembangan positif kerjasama antara institusi pendidikan dan majikan dari industri menambah baik pendidikan supaya memenuhi keperluan industri. Rata-rata lepasan diploma sudah mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mereka mula bekerja di industri.
Walaupun bujang dengan gaji RM1000 rasanya tidak mencukupi untuk:
- membayar sewa rumah
- pre paid @ post paid
- duit poket
- minyak
- penyelenggaraan kenderaan
- pembayaran balik pinjaman pelajaran
Saya berpendapat MTUC telah membuat kajian dan mendapat maklum balas dari ahli-ahlinya untuk saranan Elaun Sara Hidup sebanyak RM300 adalah munasabah. Perlaksanaan gaji minimum RM1000. Kalau dahulu apabila mendengar anak bekerja di syarikat swasta tentu menjadi kebanggan kerana gaji yang besar, elaun dan macam-macam imbuhan lagi diberikan oleh majikan swasta. Sekarang ini belum tentu pekerja swasta dapat hidup selesa kerana zaman berubah dengan keadaan krisis ekonomi di Amerika dan di Eropah secara langsung pengusaha tempatan turu menerima tempiasnya.
Kepada rakan blogger yang bekerja di syarikat swasta boleh berkongsi pendapat dan pandangan cadangan pemberian Elaun Sara Hidup sebanyak RM300 kepada pekerja swasta.
Sumber: MStar.
—————————————————————–
Sila tinggal email untuk panduan dan tip kerja terkini PERCUMA!
Sila sahkan emel anda selepas melanggan.
100% Spam Free. We respect your privacy
saya rasa kerajaan tak boleh terus menerus memberi “ikan” kepada rakyat Malaysia. akta gaji minimum patut dikuatkuasakan.. selain dari tu.. kawal kenaikan harga secara keseluruhan.. tak logik dah gaji seribu tu nak hidup kat kl.
ya saya setuju memang baik untuk meringankan beban..tapi tak boleh la buat gaya dengan bantuan duit macam tu..sepatutnya selesaikan masalah dari akar umbinya.. bukan bagi solution jangka pendek..sampai bila nak teruskan bagi bantuan begitu?
dulu masa bujang gaji 1000 cukup2 makan jer
kalau skrg.. lagi lah xcukup..
kalau berkeluarga? ….. hmm
Samalah, teringatkan zaman mula bekerja dahulu gaji sekitar RM1,100. Masa sudah berlalu tetapi tidak ada beza dengan yang baru mula bekerja didalam lingkungan tersebut.
Memang patut diluluskan. Memang tidak cukup walaupun bujang.
Kereta – RM500++
Makan – RM150++ sebulan
Telefon – RM60 sebulan
Bil-Bil – RM250 sebulan.
Kalau sewa rumah – RM300 sebulan
Bori Omak & Ayah – RM200 sebulan
Perbelanjaan ini aja dah dekat RM1500 sebulan. So untuk intertaiment mano nak cokau laie.
Eloklah berjinak-jinak dengan perniagaan. Takdo produk, jangan risau
Sekarang zaman kemelesetan ekonomi. Orang sanggup lakukan apa sahaja utk survive.
Jom belajar cara berniaga di internet copek.
Register di otaifb.com (masukkan code SH57).
MARA antara salah satu institusinya mengalakkan program usahawan kepada pelatihnya.
Boleh ke majikan swasta ni nak ikut…
Ada majikan yang engkar pemberian gaji menimum dengan mencampur aduk dengan gaji pokok bersama kerja lebih masa dan elaun.
Jangan pulak ada yang semakin malas berusaha bila rasa kerajaan sentiasa mengambil berat masalah rakyat
Tidak semua orang yang bernasib baik.
mungkin ini akan baeri sedikit ruang untuk bernafas..dengan keadaan kita yang ditenggelami serba-serbi kenaikan
Ya, kusyen untuk mereka walaupun jumlah RM300 yang diminta tidaklah sebesar mana.
Jangan tidak percaya, bukan sahaja nasib pemengang sijil diploma dibayar gaji sebegitu, bahkan graduan sarjana muda dibayar pada takar yang rendah juga. Bercakap dalam dunia realiti ini, ada graduan terpaksa meredhakan diri dibayar gaji serendah RM1200 / 1300 sebulan malah RM1000. Semuanya di atas nama gara-gara mahu hidup, tidak mahu dituduh memilih pekerjaan, penawaran pekerjaan menyempit. Perkara ini bukan hanya berlaku kepada graduan kejuteraan, malah bertambah parah kepada graduan sosial, ekonomis dan sains!
Jika diperkira kedahsyatan, sudah tentu graduan itu amat terhimpit dengan mengambil kira kantung:-
membayar sewa rumah
pre paid @ post paid
duit poket
minyak
penyelenggaraan kenderaan
pembayaran balik pinjaman pelajaran PTPTN
wang menikah
wang saraan ibubapa
wang khidmat diri
Ada antara graduan itu juga sudah berkeluarga! Dengan jumlah wang sekecil itu mereka menyara keluarga ‘nukleus’, menyekolahkan anak2 dan sebagainya. (ini cerita benar dan itulah yang berlaku pada beberapa orang teman saya).
Namun untuk menyalahkan 100% di bahu majikan tidaklah adil. Berikutan lambakan jumlah tenaga kerja graduan, kekangan (stagnant) penawaran pekerjaan, ketepuan pembesaran kek ekonomi, hambatan kos berubah (variable cost), peningkatan kos operasi dan kos margnial – menyebabkan perihal ini berlaku.
Bukan semua majikan tidak berhati perut menggaji pada kadar yang seperti itu. Majikan swasta yang rata-ratanya di Malaysia ini dikategorikan sebagai usahawan IKS (meliputi 90% industri di Malaysia) sedang semput-semput mendaki dan dihambat persaingan yang sengit baik perkongsian kek pasaran domestik mahupun antarabangsa. Umum mengetahui bahawa PKS hanyalah bermodal ciput, jarang sangat mempunyai dana RM1juta! Tambahan pula usahawan Melayu yang rata-ratanya masih berpaut pada kontrak kerajaan, situasi dan perjudian politik dan belum diperkira perniagaan ‘ali baba’!
Himpitan majikan sudah sekian lama berlaku. Bukan sahaja disebabkan pengenaan gaji minima RM900 (WM) & RM800 (EM), turut senak dengan kenaikan bahan mentah diimport.
Ramai antara kita tidak menyedari bahawa Malaysia sudah berstatus Dunia Negara Maju Muda (New Developed World Nation). Lantaran itu Malaysia tidak layak menerima kemudahan Pengecualian Cukai Kastam di bawah sistem GSP & perjanjian FTA di kebanyakkan negara-negara pengimport dunia, termausklah negara-negara maju dunia semenjak 2012/13. (rujuk MITI – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
Ini bermakna kos eksport telah meningkat. Mana-mana negara luar mahu mengimport produk Malaysia, di mata mereka barangan Malaysia sudah mahal. Akhirnya kompetatif bertambah sengit dan peniaga swasta (PKS) ini tertambah senak walaupun kejatuhan kadar pertukarangn Ringgit berbanding Dolar jatuh, tetapi dari segi kos pengeluaran menjadi berganda kerana kos bahan mentah diimport menjadi lebih mahal.
Memang kuasa beli rakyat sudah jatuh. Bukan sedikit malah semakin parah. Hal begitu juga dialami pihak swasta. Kek ekonomi mengecil. Semua orang sengsara. Justeru kita perlu melihat punca kemelesatan ekonomi ini. Aalasan tidak boleh hanya diletakkan kepada faktor ekonomi luaran seperti persekitaran antarabangsa. Kos utiliti, kos kemudahan asas awam perlu diperkira sama. Kos-kos ini boleh menjadi faktor pengimbang dalam menghadapi persaingan yang hangit ini. Jika kos-kos tersebut dapat dikurangkan, insyallah ‘kuasa beli’ dan ‘nilai wang’ akan meningkat, kos sara hidup dapat dikurangkan. Negara lebih makmur dan sentosa.
Bagi maza, kenaikan elaun atau gaji sebanyak RM300 tidak ubah seperti menambus tanah jerlus dengan pasir, sekadar mengaburi perkara pokok daripada mahu mengatasi masalah sebenar. Atau dalam kata lain memberikan ubat pelali kepada sakit gigi, sakitnya tidak hilang cuma khayal menahan sakit.
Jika hal ini dilakukan, sekali lagi reaksi pasaran akan berlaku iaitu inflasi akan meningkat lagi. Harga barangan turut meningkat sekali ganda disebabkan pertambahan jumlah kuantiti wang ‘bernilai bukan sebenar’ beredar.
Justeru, maza cadangkan selain badan penguasa mencari sumber pengimbangan pasaran melalui menstabilkan harga dengan mengurangkan kos penawaran utiliti seperti elektrik, gas, pengangkutan, petrol, tol, cukai, stok penimbal, ketirisan pengurusan, rasuah . . . (yang menjadi ramuan utama operasi dan kesentosaan hidup), kita perlu tingkatkan produktiviti.
Selain banyakan besabar dengan musibah ini, kita perlu meningkatkan pendapatan dengan menambahakan keluaran dalam negara seperti melakukan kerja-kerja tambahan. Kalau dahulu selesa dengan dua pekerjaan dalam satu masa, mungkin ditambahkan lagi menjadi tiga kerja. Kalau perlu isteri juga melakukan dua pekerjaan dalam satu hari (sekadar bicara sarcastic).
KESIMPULAN
***********
Jika dilihat sekali imbas tanpa menyoroti perihal sebenar, tentulah cadangan MTUC itu diperkira hebat dalam menangani masalah kos sara hidup sekarang dengan pemberian elaun RM300 tersebut.
Namun itu bukanlah ubat sebenar. Kitaran ekonomi menjadi tersekat dan merundum. Soal sekarang ialah kuasa membeli (purchasing power) telah jatuh disebabkan peningkatan kos-kos utiliti yang menjadi asas penawaran barangan di pasaran dan kejatuhan ‘standard of living’. Begitu juga kejatuhan kadar pertukaran asing yang menyebabkan barang diimport menjadi mahal sedangkan Malaysia sudah dikenakan GSP (cukai kastam untuk pengimportan di negara luar) serta kekangan yang berlaku dengan adanya FTA. Ditambah pula dengan harga komoditi yang tidak meningkat malah diancam pula dengan tomahan seperti harga sawit, getah, koko, dan sebagainya.
Mengikut ilmu ekonomi yang tidak berapa nak banyak ini, tindakan pemberian elaun RM300 itu hanyalah berupa pemanis mulut dan bukannya mengatasi masalah hakiki yang menjadi punca permasalahan ini. Maza khuatir, jika itu diamalkan kemudian dihimpit lagi dengan kenaikan OPR (kadar bunga semalaman) yang diberitakan akan dilakukan pada pertengahan tahun ini (Jun 2014) menyebabkan kemuflisan bermaharajalela. Banyak industri PKS yang menjadi tunjang ekonomi negara lingkup. Maka pengganguran bermaharajalela. Apakah ini akan menyelesaikan masalah sosial atau memburukkan lagi dengan meningkatnya kejadian rompak, pembunuhan, bunuh diri, rogol, dendam, kebuluran dan sebagainya?
Hakikatnya, kenyataan cadangan pemberian elaun itu sekadar ‘pemanis mulut’ – gula-gula untuk menenangkan keributan masyarakat sahaja atau mahu memperlihatkan diri kejaguhan di pentas Malaya. Walhal terlebih gula-gula tidak ubah mengundang penyakit merbahaya iaitu ‘kencing manis’ yang akan memarahkan lagi keadaan masyarakat. Kalau benar ia dilaksanakan, bukan semua majikan mampu dan bersetuju dengan mudah sementelah sebagaimana diperkatakan awal rata2 perusahaan di negara ini ialah PKS yang bermodalkan kurang RM1juta. Hanya segelintir syarikat swasta (kurang 10%) yang bertaraf Industri besar; konglomerat, cooperat, keparat, MNC, GLC, yang bermodalkan jutaan ringgit. Itu pun mereka ada yang mengenepikan perihal kesentosaan harga pasaran dengan berlumba-lumba meningkatkan harga pada waktu sekarang terutamanya syarikat swasta bertaraf GLC & MNC (TNB, Astro, Telco, Glomac – tol), semuanya diatas nama ‘survival’ syarikat, perjanjian, kepentingan steakholder, kenaikan kos bahan api dan pelbagai lagi alasan untuk mewajarkan mereka meningkatkan harga pasaran.
Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah fungsi pengawalan harga, pelepasan stok penimbal, peningkatan pelaburan, peningkatan produktiviti dan jangan ada ketirisan lagi! Memang kita perlu berjmat cermat, semua orang perlu begitu; berusaha lebih keras tetapi jangan sampai bekerja sehingga ‘keras’ semata-mata hendak hidup dan mencari makan di tanah tumpahnya darahku! Apa yang paling mustahak ialah TINGKATKAN KUASA BELI PENGGUNA dan PENDAPATAN BOLEH GUNA RAKYAT – nilai wang sebenar, bukan yang palsu).
suka komen dan pandangan maza.. 🙂
cam entry dah.. hehehe
Hahaha. . . .
Abg Sop, maza sekadar mengarut dan memberi pendapat lantun-lantun aje
hehehe
Penjelasan yang panjang diberikan. Apa yang kongsi mengenai gaji diberikan adalah benar dan komen bro Maza pun ada menyebutkannya. Memang betul pemberian RM300 bukan penyelesaian tetapi adalah kusyen kepada gologan ini supaya tidak jatuh terduduk sekurang-kurang ada lapik
Salah satu cara untuk dengan melakukan kerja tambahan untuk mendapat imbuhan tambahan. Cuma saya bimbang kadar jenayah meningkat jika ada mereka yang mengambil jalan mudah untuk meraih pendapatan.
Pendapat saya, pemberian elaun tu kena tengok gaji sedia ada dan pekerjaan dalam bidang apa. Contoh kalau dalam bidang Oil & Gas, gaji sedia ada dah cukup lumayan dan tak perlukan elaun tambahan.
Tapi kalau cam kes pak guard, rasanya mereka sangat memerlukan elaun tambahan.
Lagi satu yang kena take note ialah pemberian elaun ini dikira sebagai kos tambahan untuk syarikat swasta. Jadi boleh expect akan ada kenaikan harga dari segi servis ataupun produk.
Permintaan MTUC untuk kumpulan 5juta dari 10juta pekerja swasta menerima gaji sekadar melepasi kadar kemiskinan RM830.
ok lah RM300 dapat juga dia orang bernafas. tentang rm 1000 untuk diploma aku tak pelik pun pasal , rata – rata majikan atau syarikat besar akan mengugut kau tak nak aku ambil bangla, kerajaan campur tangan aku buka kilang dekat vietnam
Pemberian gaji biarlah kena dengan kelayakkan bukan ikut rate market memang sakit hendak bersaing dengan pekerja asing. Tak berbaloi belajar kemahiran dengan pendapatan gaji RM1000
Rasanya banyak company swasta takkan setuju sebab akan melibatkan kos yang tinggi..tapi kalau ada yang bagi memang terbaiklah
Tidak nafikan ia bergantung kemampuan kewangan majikan.
Satu cadangan yang bagus, tapi sanggupkah majikan nak bagi sebanyak tu. Undang2 buruh di Malaysia tidak tegas dlm hal sebegini. Lihat saja gaji minimum utk pekerja swasta, tapi masih lagi di bayar RM650. Semua kerja kena buat. Di mana janji ytk dilaksanakan. Pihak jabatan buruh kena buat pemantauan jika betul2 ikhlas.
RM300 tu kira ok dah tu. Patut bagi aje.