• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Yang menanti kita pada 1 Feb 2011

Yang menanti kita pada 1 Feb 2011

18th January 2011 by akubiomed 76 Comments

Bersediakah kita pada 1hb Feb 2011.

Apa yang menarik sangat 1 Feb 2011 yang aku cuba gembar-gemburkan. Akan adakah cerita  Jejai dan Fasha Sandha pada tarikh tersebut? No Comment! 🙂

Pada 1hb Feb 2011 secara rasminya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) mula menguatkuasa perlaksanakan bidang kuasa yang telah diperluaskan. Kini JPJ mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung, jalan kebun, semua jenis kawasan letak kereta dan kawasan perumahan selaras dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 22 Disember 2010. Pihak JPJ juga boleh mengeluarkan saman untuk kesalahan meletak kereta dibahu jalan. Sekarang ini don’t play-play nanti dapat surat saman dari JPJ

Jam-Pack your friends and win prizes worth up to RM 40, 000!

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kredit: Bebas-hutang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) akan mula menaikkan caruman gaji bulanan kepada 11% untuk ahlinya berkuatkuasa 1hb Feb 2011. Jika sebelum ini pencarum mempunyai pilihan mengekalkan caruman pada 8% dan yang mereka yang ingin menaikan caruman 11% perlu mengisi borang permohonan.  Semua majikan pekerja swasta telah diingatkan pemantuhan mengenai kenaikan caruman 11% manakala caruman bulanan majikan kekal pada12%. Aku dari dulu memang mengekalkan caruman 11% ini jadi perlu diingat pekerja swasta inilah simpanan hari tua yang kita ada dan perlu bijak menambung pada peringkat awal. Kalau ada lebihan boleh dilaburkan unit amanah melalui akaun 1 secara pengeluaran KWSP kepada yang layak. Tidak perlu risau dan gusar mengenai duit yang bakal dilaburkan akan lesap kerana hanya unit amanah yang disahkan oleh KWSP sahaja boleh dilaburkan. Bagi yang beragama islam hanya unit amanah yang berlandaskan Sharia’h sahaja yang dibenarkan.

Have you been living a healthy lifestyle? Find out today!

p/s: Sudah buat penama pada untuk KWSP?

  • Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
  • Bounce rate naik pada penghujung Febuari
  • Saman trafik AES tak lena tidur

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ladfe Amir says

    28th January 2011 at 5:04 pm

    kalu dengan polis trafik tu mmg biasalah aku kena saman. tapi minta dijauhkan lah daripada disaman oleh JPJ.

    pasal EPF mmg dari dulu aku tetapkan 11% ditambah dgn public mutual..harapnya simpanan di hari tua nanti lbh banyak dari biasa. InsyaAllah

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2011 at 12:17 am

      Itulah satu-satu bekalan harta yang didalam bentuk wang yang kita ada. Masa KWSP perkenalkan pencen swasta saya memang mohon sekurang-kurang saya ada sumber ketika bersara nanti

      Reply
  2. Zezebel says

    21st January 2011 at 7:01 pm

    hehe…jpj memang di geruni oleh para pengguna jalanraya..

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2011 at 11:02 pm

      Mereka memang tegas bak kata orang puteh no mercy kepada pesalah trafik

      Reply
  3. yanmie says

    20th January 2011 at 12:46 pm

    Salam,

    ada jugak tgk kt berita, pasnie kat mana-mana pun xleh rempit..ehehe

    pasal caruman tu last mencarum thn 2007 kot..ehehe pastu xde dh, kena carum gak nie utk masa dpn, maklumlah suri rumah je 🙂

    Reply
  4. gayahspears says

    20th January 2011 at 4:31 am

    salam knai ya akubiomed…
    ni first komen Gayah..hihi
    mmg Gayah fobia kalo jpj yg buat sekatan jln raya.. kalo polis tu blh lagi.. kalo jpj ni dorang tegas.. so pasni kena hati2… kalo lesen da mati, cepat2 le hidupakn.. nty tak pasai2 kena gntung lesen..hahahah

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2011 at 1:47 am

      Salam perkenalan, JPJ memang terbukti tidak akan ada kompromi kepada pesalah trafik 🙂

      Reply
  5. ema says

    19th January 2011 at 10:52 pm

    dah tak boleh rempit kat kawasan rumah ku ini…

    huhuhu…takut kena saman jpj..tak ada diskaun..

    p/s: tak boleh terjah blog anda kat opis..kena block dek opis..huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:38 am

      Jangan merempit dikawasan perumahan kerana anak-anak kecil selalu main basikal takut tak sempat hendak mengelak

      Reply
  6. sazali yusof says

    19th January 2011 at 6:38 pm

    hadoi.. baru teringat lesen dah nak mati…
    pasni kena sopan sikitlah time nak parking tu..

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:37 am

      Haa, jangan lupa perbaharui lesen nanti masalah pula

      Reply
  7. dnoBiz says

    19th January 2011 at 1:25 pm

    yang pasal KWSP ni pun ada berita baik juga untuk mereka yang berkerja sendiri, mereka boleh mencarum minimum rm 50 untuk diri mereka sendiri dan kerajaan akan tambah 5% kepada mereka, disampin keuntungan yang diberi oleh KWSP..
    Aku dah buat dah heheh

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:37 am

      Baguslah kerana tidak semua orang diluar sana mempunyai sikap begitu

      Reply
  8. Ali ridha says

    19th January 2011 at 10:58 am

    semua tu duit dah masuk.
    kita kena berhati-hati la.

    Reply
  9. penyubiru says

    19th January 2011 at 9:09 am

    kalu kita tak buat salah,tak perlu risau semua tu kan.

    aku dah buat dah penama KWSP.

    Reply
  10. Norizwan says

    19th January 2011 at 1:04 am

    habis…mahal lor nak bayar saman JPJ

    KWSP aku tutup da hehe…skim berpencen lak…

    Reply
  11. Gerrard says

    19th January 2011 at 12:27 am

    terbaik gak, harap kemalangan jalan raya dpt dikurangkan ^_^

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:36 am

      Kita tidak perlu gubal akta kalau semua pemandu bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran

      Reply
  12. intankuterpilih says

    18th January 2011 at 10:52 pm

    wah mcm ni aku nak apply JPJ la… ada ke utk pompan ek?? nanti boleh aku garang2 ngan orang…

    harap2 JPJ tak main rasuah nie… kalau tak, tak guna juga JPJ buat mcm nie…

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:35 am

      Apa salahnya pegawai penguatkuasa dari kalangan wanita

      Reply
  13. RedBoys says

    18th January 2011 at 9:43 pm

    nampaknya kerajaan betul-betul serius kepada pengguna jalan yang melakukan kesalahan. harap kali ni dapat betul-betul membanteras jenayah.

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:34 am

      Mungkin akibat statistik kemalangan tiap-tiap tahun meningkat ketika musim perayaan menyebabkan kerajaan mengubal akta

      Reply
  14. Idea Lampu says

    18th January 2011 at 9:08 pm

    Owh.. KWSP aku rasanya 11% lagi.

    Reply
  15. Idea Lampu says

    18th January 2011 at 9:07 pm

    hehehe..lepas nie JPJ pun turut bermaharajalela. Hok tak reti pakai helmet kat jalan2 kampung tu lepas nie jgn terkejut kalau sambil2 nak belok depan rumah awek sekampung jer dah kena tahan. Hehehe.. baru berakai.

    Reply
  16. Mrs.Ayie says

    18th January 2011 at 7:57 pm

    Penguatkuasaan JPJ tu ada kebaikan dan keburukannya. Baiknya, dengan cara macam ni kenderaan berat pun tak adalah lalu jalan-jalan kecil dengan suka hati sampai rosak jalan. Buruknya, kesian mak cik pak cik nak gi kebun tu hah. Jalan kaki lah lepas ni

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:32 am

      Lepas ini makcik dan pakcik kena buat pondok didalam kebun untuk berteduh

      Reply
  17. Fahmi Raazali says

    18th January 2011 at 6:59 pm

    hehe… kesian kat orang2 yg guna motor usang ke kebun… lagi2 pulak kalau kena saman kat tgh2 kebun pulak tu…

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:31 am

      Nak buat macamana kalau sebelum ini bebas menunggang tiba-tiba ada operasi memang terkejut

      Reply
  18. eiela says

    18th January 2011 at 5:44 pm

    huhu abislah sesiapa yang tak makan saman tuh. JPJ ada di mana-mana.

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:30 am

      Yang penting kita sentiasa berkhemah dan mematuhi undang-undang. Selagi ada pematuhan selagi itu akan selamat dari di saman

      Reply
  19. niezzareena says

    18th January 2011 at 5:10 pm

    tang letak kete kat bahu jalan tu, ada baiknya dorang wat lagu tu. biar celik skit orang2 yg sesuka hati park kete sesuka hati dorang.

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:29 am

      Betultu terutama dikawasan perumahan memang menyusahkan tuan rumah nak masuk rumah sendiri pun terhalang dengan kerata yang parking di bahu jalan

      Reply
  20. deCrewz says

    18th January 2011 at 3:38 pm

    Owh.. Sebelum ni ura2 je nak buat kat jalan kbun, pasni diorg dah betul2 buat.. X g noreh la pakcik2 pasni..hu3

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:28 am

      Jangan tak percaya Jai mana tahu pakcik dan makcik ini naik motor pakai fullface dan racing suit maklumlah menoreh getah sudah mewah setakat Kawasaki ER6 bila-bila masa boleh sambar 🙂

      Reply
  21. sw33tdarling says

    18th January 2011 at 3:07 pm

    dari dulu pun tak pernah tukar kadar caruman… biarlah banyak2 kat dalam tu, bukan buang ke mana pun… esok2 kita gak mengigil nak cari duit kalau ada apa2 desakan.

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:27 am

      Memang betul itulah simpanan yan ada untuk meneruskan kehidupan pada usia emas nanti

      Reply
  22. Tokek Sabah says

    18th January 2011 at 2:15 pm

    Salam.
    Kenapa dia tak naikkan juga peratusan untuk majikan ya?
    kasi naik la 15%. baru betul2 rakyat diutamakan. Saya dah berapa tahun tak naik gaji. dapat naik KWSP punya percent pun dah OK.

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:26 am

      Sama dengan saya tahun lepas gaji tak naik tapi scope of work makin bertambah walaupun tidak ada didalam JD

      Reply
  23. pipoq says

    18th January 2011 at 1:50 pm

    polis trafik dah semakin malas ke ? hehehe..

    bagus gak tu..sekurang kurangnya terpelihara gak keselamatan di jalan raya walaupun di jalan kampung / taman perumahan..

    aku dah buat penama KWSP..setengah orang tak amik berat pasal penama ni..bila terjadi sesuatu, kan dah bermasalah..

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 2:21 pm

      Bagus awal-awal lagi beringat letak penama memang mudah kata pembahagian faraid tapi proses tidak semudah yang disangkakan

      Reply
  24. mankuchai says

    18th January 2011 at 1:22 pm

    Mai ai memang operasi besar besaran lah ni..

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 2:22 pm

      Kemungkinan akan ada operasi bersepadu antara badan penguatkuasaan nanti

      Reply
  25. eLLy says

    18th January 2011 at 1:03 pm

    menanti cite jejai & fasya.. oh plessss nooooo

    KWSP ku potong 15% per mth .. rasa mcm nak up kan lagi emmm

    Reply
  26. Master Pak Pandir says

    18th January 2011 at 11:08 am

    alamak..kat kebun pun nak kena saman jugak ker??
    dah laa dalam sebulan kena pergi kebun. sabor jelaa…

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 2:20 pm

      Mana bahagian motorsikal yang tidak lengkap kena pasang baliklah

      Reply
  27. Amry says

    18th January 2011 at 11:08 am

    janganlah pakcik makcik nak ke kebun pon disamannya…dah nama pon moto nak g kebun tak der side mirror,tak der lampu. silap2 seat kusyen pon tak der…..

    saya sekarang ni 8% jer…hmm…

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 2:19 pm

      Biasa melihat motorsikal togel sekadar untuk kegunaan pergi kebun

      Reply
  28. adamfaiz says

    18th January 2011 at 10:28 am

    Mesti ada yang terlepas gak dari saman JPJ.. tolong jangan beri / terima rasuah… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      24th January 2011 at 11:56 pm

      JPJ tak makan rasuah

      Reply
  29. pemerhatidunia says

    18th January 2011 at 10:10 am

    Susahlah pakcik makcik lepas ini hendak berjalan-jalan keliling kampung. Terserempak dengan kereta jpj, kelam kabut lari bawak motor, masuk kebun orang takut kena saman.

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 2:19 pm

      Lepas ini pakcik dan makcik tidak boleh merempit lagi didalam kebun

      Reply
      • suri says

        24th January 2011 at 2:48 pm

        alah rempit jer dlm umah…ada moto pun blh gak bwk masuk dlm ruang tamu ..kompom tak der org nak saman..

        Reply
        • akubiomed says

          24th January 2011 at 11:53 pm

          Kalau hendak merempit naik motor yang bayar pakai duit syiling dekat pasar raya 🙂

          Reply
  30. maza says

    18th January 2011 at 10:03 am

    di syarikat maza semua org buat 8% utk mudah kira…kira mcm kampen ‘mudah kira’ gak lah. hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 2:18 pm

      Mula 1hb Feb semuanya akan dinaikkan ke 11%

      Reply
  31. anif says

    18th January 2011 at 9:12 am

    Ringan sedikit beban tugas Polis trafik.. JPJ sudah boleh membantu 🙂 hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 2:17 pm

      Jangan ada yang kena saman 2 kali sudahlah 🙂

      Reply
  32. abby kamil says

    18th January 2011 at 9:10 am

    ok da makin takut dengan jpj. hehehe

    Reply
    • suri says

      24th January 2011 at 2:45 pm

      suri pula mulai mempelajari peraturan jalan raya 🙂

      Reply
  33. matjoe says

    18th January 2011 at 8:54 am

    aku besedia. nothing much pun actualy

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 1:03 pm

      Dah periksa lesen memandu masih sah sehingga 2012.

      Reply
  34. Bijen M. says

    18th January 2011 at 8:09 am

    Pehh.
    Harap-harap gejala duit kopi tak makin bertambah.

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 1:02 pm

      Jauhkan amalan rasuah. Say no to rasuah

      Reply
  35. sweet says

    18th January 2011 at 5:31 am

    saman saman saman x makan saman jgk xtau laa.

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 1:01 pm

      Kalau tak makan saman tarik sahaja lesen memandu 🙂

      Reply
      • suri says

        24th January 2011 at 2:44 pm

        hu… baru tahu mana tinggi kuasa jpj dg kita heee

        Reply
        • akubiomed says

          24th January 2011 at 11:55 pm

          Mereka punya kuasa sudah sampai tahap Gaban 🙂

          Reply
  36. zik says

    18th January 2011 at 4:58 am

    nie yang nak apply jpj nie..tiba2 lak… aduh jpj nie ..kasilah diskaun… makin tegas pulak jpj nie…

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 1:01 pm

      Apa lagi Zik mohonlah. Boleh join operasi

      Reply
  37. tehr says

    18th January 2011 at 12:24 am

    pasal saman lagi
    harap2 mereka tak pilih2 uban untuk dicabut

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 12:36 am

      Mendalam maksud bro Tehr. Harap-harap tidak ada pertindihan kuasa anatara jabatan kerajaan. Cuma kurang faham dengan KWSP kalau nak naik caruman tidak perlu isi borang tetapi apabila turun caruman sesuka hati.

      Reply
      • adamfaiz says

        18th January 2011 at 10:30 am

        Aku tunggu cuti je 1 Feb.. hahaha..

        Reply
  38. Ezany-Kun says

    18th January 2011 at 12:15 am

    kena hire lg ramai pekerja la jpj camtu..

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 12:34 am

      Membuka peluang pekerjaan 🙂

      Reply
    • dnoBiz says

      19th January 2011 at 1:23 pm

      pemamdu biasanya lebih takutkan JPJ dari polis Trafik..:D

      Ps : terutama pemandu lori

      Reply
      • suri says

        24th January 2011 at 2:42 pm

        bas kena was pada juga sebab skrg kan byk bas kemalangan..

        nak bas dari kl ke ipoh ke..ke utara..selatan ker akan di pantau huuu

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in