• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei

Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei

1st May 2011 by akubiomed 99 Comments

1 Mei adalah cuti umum sempena Hari Pekerja

Hari ini 1 Mei adalah hari cuti umum sempena Hari Pekerja @ Hari Buruh yang disambut setiap tahun. Hari pekerja telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai cuti umum. Bermula tahun 1991 kerajaan menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja setiap tahun.

Cuti yang panjang ada sahabat blogger yang mengambil kesempatan untuk balik ke kampung halaman. Aku dan keluarga mengambil peluang yang sama untuk balik ke kampung.  Semasa menuju ke arah Selatan mengunakan lebuhraya PLUS semalam sudah mula menampakkan lebuh raya sesak dengan kenderaan berduyun-duyun.

Jalan sesak bukanlah disebabkan kesesakkan susur keluar di tol Seremban tetapi adalah kerana beberapa kereta yang rosak di laluan kecemasan dan kemalangan kecil yang menyebabkan pengaliran trafik menjadi perlahan kerana pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.

Selamat bercuti dari Abang Koning dan Baby Aslah

Ada beberapa pemandu termasuk pemandu bas yang kurang sabar dan biadap mengunakan lorong kecemasan untuk melepaskan diri dari kesesakan. Kesian kepada penunggang motorsikal yang mengunakan lorong kecemasan terpaksa berhimpit-himpit dengan pemandu kereta dan bas yang biadap mementingkan diri sendiri.

Ketika memandu di lorong tengah aku dikejutkan 3 motor serangkai memintas laju keretaku dengan kelajuan melebihi 100km/jam. Rupanya 3 motorsikal serangkai yang baru sahaja memintas tadi tengah menunda kawannya yang mengalami kerosakan dengan menunda kiri dan kanan motorsikal yang rosak tadi. Aku rasa jika salah seorang hilang imbangan mahu ketiga-tiganya bersepah ditengah lebuh raya dan ia memperjudikan keselamatan diri mereka dan pengguna jalan raya lain yang mengekori mereka dari belakang.

Sempena cuti yang panjang bolehlah membawa famili ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara untuk pameran Dinos Alive yang akan berakhir pada 31 Mei ini. Pusat Sains Negara akan dibuka pada setiap hujung minggu dan pada cuti umum. Kalau ada bakat apa salahnya disalurkan ke arah yang berfaedah macam bro Aiman mempunyai studio sendiri iaitu Sayugia Studios.

Kepada yang balik ke rumah masing-masing melalui esok, selamat pulang dan jangan lupa diri bawa kenderaan macam F1 kerana jalan raya bukan tempat untuk berlumba. Ingat keluarga tersayang dan jangan lupa memakai tali pinggang keledar.

  • Cuti hujung minggu yang panjang
  • Pekena Bihun Sup Daging dan Teh Tarik
  • Project di hari Valentine Day

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    18th June 2013 at 3:05 pm

    dah rezeki dan tanggungjawab anggap ia satu pahala

    Reply
  2. suri says

    18th June 2013 at 2:58 pm

    kemana saya masa tu hurm..rasanya tiada di rumah..ada rumah mak mertua

    Reply
  3. ladfe amir says

    11th May 2011 at 10:17 pm

    Dapat juga aku pulang ke kampung menjenguk orang tua kerana cuti jatuh pada hari ahad, jadinya isteri aku bercuti daripada kuliah nya. Jalan memang jem waktu balik , bahkan disambut dengan hujan menjadikan perjalanan seolah 2 jauh rasanya.

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 12:37 am

      Bro balik ke kampung halaman menuju ke arah mana?

      Reply
  4. tengkorak emas says

    5th May 2011 at 7:22 pm

    cakap pasal tunda..tzm TE pernah kena tunda, berat woo time tu, time bawak biasa takla berat..

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2011 at 12:28 am

      Saya pernah menolak Kawasaki ZZR250 yang berat keringnya 148kg. Terasa nak patah pinggang nasib baik ada hamba Allah yang sudi tolak dengan motorsikal. Kalau setakan motorsikal moped memang tidak bergerak sekurang-kurang Yamaha RXZ 🙂

      Reply
  5. zezebel says

    5th May 2011 at 4:08 pm

    Musim cuti dah tukar jadi musim kemalangan sekarang ni…

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2011 at 12:29 am

      Sedih melihat kehilangan sahabat handai dan yang tersayang akibat kemalangan 🙁

      Reply
      • suri says

        18th June 2013 at 3:02 pm

        sabarlah zezebel yang pergi tak akan kembali.al fatihah

        Reply
  6. zezebel says

    5th May 2011 at 4:05 pm

    Musim cuti sepatutnya musim untuk bergembira bersama keluarga, bukannya musim untuk kemalangan… *sigh*

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2011 at 12:30 am

      Itulah sebaik-baiknya merapatkan hubungan kekeluargaan

      Reply
  7. Azhar says

    5th May 2011 at 2:53 pm

    Selamat haru buruh ,harap belum terlambat lagi,pandai abang koning ngan baby buat muke bye2

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2011 at 12:44 am

      Pose dari Abang Koning dan Baby Aslah adalah spontan 🙂

      Reply
  8. syahrilhafiz says

    5th May 2011 at 11:52 am

    belum terlewat nak cakap selamat hari pekerja lagi kot ni..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2011 at 1:21 am

      Belasah sahaja 🙂

      Reply
  9. intankuterpilih says

    5th May 2011 at 11:26 am

    hari buruh haritu ku amek kesempatan utk balik kg mertua di johor jaya… perjalanan dari rumah ke sana kalau jln kaki memang lambat, tp kalau naik kereta, sekejaaaaap je dah sampai…

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2011 at 1:04 am

      Cuti yang panjang ramai yang mengambil kesempatan untuk balik kampung halaman

      Reply
  10. Hisyam says

    4th May 2011 at 1:11 pm

    Cuti camni elok bawak anak pergi jalan2.

    Reply
  11. MDHAFiZ.NET says

    4th May 2011 at 12:40 pm

    Selamat Hari Pekerja.. (nasib aku study lg…hehhe )

    Reply
  12. bEe says

    4th May 2011 at 10:25 am

    Selamat BERCUTI walau bEe terlambat wish 😉

    Reply
  13. Ismail N says

    4th May 2011 at 10:06 am

    Sempenan Hari Buruh, kawe pun bercuti gak. Tapi nak balik kampung jauh sangat. Dari KK ke Muar.. naik plane ke KL .. drive ke Muar.. Hu hu.. abis cuti aku 😀
    Gi rumah mertua dekat jer… RM 5 duit minyak .. sampai 😉

    Reply
    • bEe says

      4th May 2011 at 10:26 am

      @Ismail N : SELAMAT jugalah yer…. 🙂

      Reply
  14. Kamal Mustafa says

    4th May 2011 at 10:01 am

    Selamat Hari Pekerja Jugak.

    Reply
  15. SuManje says

    4th May 2011 at 8:36 am

    salam ziarah di pagi rabu…

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 3:03 pm

      salam ziarah

      Reply
  16. zik says

    4th May 2011 at 2:50 am

    hari pekerja… hari kena kerja…. hehe..

    Reply
  17. dnoBiz says

    4th May 2011 at 12:31 am

    Aku pun taktahu la mengapa kebanyakan orang kita termasukla aku (kekadang)mula berubah sifat bila di jalan raya

    Reply
  18. nizam says

    3rd May 2011 at 8:28 pm

    nizam balik ke Kajang je…rumah m.sedara… hehehe

    Reply
  19. Kimmy says

    3rd May 2011 at 6:01 pm

    Selamat bercuti. Betul tu,jam 1230 malam pon highway masih sesak.

    Reply
  20. MEKAR says

    3rd May 2011 at 5:06 pm

    Mekar pula berada di kedah dan penang sepanjang 3 hari lepas. Semalam nak balik ke KL punya la jem teruk jalan di higway plus.akhirnya sya & suami ambil keputusan berhenti dan bermalam di Ipoh dulu. pagi tadi baru sambung pjalanan ke kl

    Reply
  21. shamizu says

    3rd May 2011 at 4:52 pm

    Selamat hari pekerja bro,
    Dah penat bekerja, otak kena rest jugak.
    Nanti masuk kerja, makin semangat

    Reply
  22. suri says

    3rd May 2011 at 2:18 pm

    saya masih dlm keadaan letih lagi bro huuu..dari ipoh ke k.kangsar..adei..

    dgn kenduri kawin, kenduri kesyukuran huuu, amat meletihkan ..sesekli dapt bercuti tepi pantai best gak heee…

    Reply
    • adamfaiz says

      3rd May 2011 at 5:31 pm

      Bila dah berkeluarga ni banyak tanggungjawab sampingan… time kita plak la kan… apa nak buat..

      Reply
  23. nuriz says

    3rd May 2011 at 1:48 pm

    selamat hari pekerja..pekerja dah penat bekerja, kena le pergi bercuti dan luangkan masa dgn keluarga..

    pasal jln sesak time cuti.. bila dah ramai2 di jalan raya ni mula le nak panas baran, selalu hari kemuncak dan hari perayaan kemalangan berlaku..

    Reply
  24. hazwan says

    3rd May 2011 at 1:43 pm

    kalau setiap hari cuti jatuh pada hari ahad kan best..isnin boleh cuti lagi hehe…

    Reply
  25. donny says

    3rd May 2011 at 10:30 am

    Selamat bercuti bro.. harap2 semuanya ok disini..

    Reply
  26. Sir Marcello says

    3rd May 2011 at 7:37 am

    ini tahun pertama aku menyambut hari buruh…yahooo~
    okay, tiap kali cuti…even sehari dua…ramai suka balik kg…bagi yang berfamily…yang muda belia..suka lepak2 jer kat tempat beli belah…

    aku? melawat newborn (kazen)….lepak dengan warga asing…miyahaha~

    Reply
  27. Mrs.Ayie says

    3rd May 2011 at 1:23 am

    Bila dah cuti, ramai ambil peluang ni menjenguk kampung halaman.Berhemah di jalan raya, tak rugi pun 🙂

    Reply
  28. sazuwi says

    2nd May 2011 at 7:49 pm

    cuti-cuti gak.. tp saper yg pulang ke bandar utk bekerja esok hari.. akan berhadapan dengan jem… hehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:36 pm

      Hari ini trafik ke utara agak lancar. Heran dengan pemandu kita memperlahankan kereta untuk melihat apa yang berlaku di lorong kecemasan walaupun ada kereta tukar tayar pancit dan kereta tersadai kerana kerana air radiator kering.

      Reply
  29. pipoq says

    2nd May 2011 at 4:27 pm

    memang panas ati tul kalo tengok ada pemandu yang pentingkan diri ikut laluan kecemasan semata mata tak nak bersabar dalam perjalanan..patutnya pihak berwajib buat undang undang mandatori mana pemandu yang guna laluan kecemasan ni dikompaun tanpa rayuan + tarik lesen memandu diorang tu je..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:41 pm

      Sepanjang perjalanan saya perhatikan kalau ada pihak berkuasa memantau pemandu biadap malangnya tidak ada 🙁

      Reply
  30. Razlan says

    2nd May 2011 at 1:54 pm

    Selamat bercuti bro dan semoga berhati dalam perjalanan pergi dan pulang

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:51 pm

      Terima kasih. Saya adalah pemandu yang berhemah kerana kereta saya ada logo ‘P’. ‘P’ untuk pemandu yang profesional 🙂

      Reply
  31. nash says

    2nd May 2011 at 12:29 pm

    selamat menyambut hari pekerja ea bro
    aku belum lagi bekerja
    so kene la tunggu beberapa thun lagi utk sambut..
    hehehhehee

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:53 pm

      Terima kasih bro. Selamat menempuh peperiksaan

      Reply
  32. GDI : Pandangan saya says

    2nd May 2011 at 11:32 am

    aku yang makan tido onlie, makan tido online ni layak ke sambut hari pekerja?….kalo hari buruh kompem tak layak pasal aku bukan ahli parti buruh…..

    Reply
  33. SuManje says

    2nd May 2011 at 8:30 am

    dah apdate blog su …post terbaru….
    Tentang Malaysia
    Terima kasih atas kunjungan anda
    Semoga Ceria selalu dan happy blogging
    Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

    :)..

    Reply
  34. SuManje says

    2nd May 2011 at 8:30 am

    Selamat bercuti and happy blogging

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:32 am

      Selamat bercuti saya ucapkan

      Reply
  35. benjy says

    2nd May 2011 at 7:52 am

    Nampaknya pemandu dan penunggang di malaysia masih belum profesional di jalan raya … (ehellah c b3njy ni macam baik sangat di jalan raya … blalah kau b3njy) kekadang sikap sedemikian membahayakan pengguna jalanraya yang lain … B3njy pun nak ucap selamat hari pekerja dan majulah negera kerana menghargai golongan pekerja di malaysia. Terima kasih dan salam hormat.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:31 am

      Negara kita terkenal dengan ada budaya timur yang tinggi tetapi kesopanan itu hilang bila memegang stereng kereta atau handle motorsikal. Pantang sahaja punggung berlabuh hendak sahaja di tekan minyak 🙂

      Selamat bercuti dn menyambut hari Pekerja kepada bro Benjy. Harapkan kecederaan bro Benjy akibat kemalangan semakin sembuh. Bila kita berdua boleh merempit kembali 🙂

      Reply
      • Razlan says

        2nd May 2011 at 2:01 pm

        Setuju,semangat merempit tu timbul sekiranya ada yang suke menaikkan darah rempit

        Reply
        • akubiomed says

          2nd May 2011 at 9:49 pm

          Kalau tidak ada monyet masa kan pokok bergoyang. Kalau ada yang bakar tentu hati panas pantang dicabar 🙂

          Reply
  36. relevan says

    2nd May 2011 at 7:16 am

    Selamat hari bekerja 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:25 am

      Selamat bercuti dan selamat menyambut hari Pekerja

      Reply
  37. hafidz says

    2nd May 2011 at 1:00 am

    selamat bercuti di hari bekerja kepada pekerja-pekerja diseluruh planet bumi =P

    Reply
    • benjy says

      2nd May 2011 at 7:53 am

      yerrr termasuk haiwan2 yang bekerja di zoo tu ..(Mereka ni kira pekerja juga ke ?)

      Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:24 am

      Mungkin ada sesetengah tempat didunia ini tidak ada cuti didalam kamus kehidupan mereka.

      Reply
  38. tehr says

    2nd May 2011 at 12:26 am

    selamat bercuti, bro
    hati2 memandu

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:23 am

      Terima kasih. Selamat bercuti kepada bro TehR

      Reply
  39. Hadi Rofiee says

    1st May 2011 at 11:57 pm

    Selamat bercuti kepada yang bercuti. Kami yang belajar juga tumpang cuti. 🙂

    Sebut tentang sesak, teringat kepada kesesakan ketika pesta buku baru2 ini. Alhamdulillah dari sudut positifnya, masih ramai lagi yang suka membaca. 😀

    Reply
    • benjy says

      2nd May 2011 at 7:55 am

      Malangnya b3njy tak sempat berkunjung ke pesta buku tu … mungkin ada rezeki tahun depan…

      Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:22 am

      Terkejut juga baca di blog sahabat yang mengunjungi pesta buku ada sebut mengenai kesesakkan pengunjung di pesta buku. Ini menunjukkan minat membaca cara konvensional masih diminati

      Reply
  40. YobSumo says

    1st May 2011 at 11:34 pm

    uh pesanan buat semua.

    berhenti di lampu merah, tekan enjin di lampu hijau!

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:14 am

      He..hee..macam Fast and Furious sahaja.

      Reply
  41. Amirez says

    1st May 2011 at 11:16 pm

    selamat bercuti 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2011 at 9:13 am

      Selamat bercuti kepada bro. Esok dah mula naik kerja

      Reply
  42. LiFe KaMi says

    1st May 2011 at 10:03 pm

    selamat hari perkerja bro..
    nampaknya bercuti sakan yer..:)
    kami tak balik kampung sbab bulan lepas da balik,budget da lari,
    just bawa family jalan2 sekitar KL je, byk promotion plak..dugaan2..:)

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 10:20 pm

      Rasanya tidak ada beza samada balik kampung belanja yang dikeluarkan hampir sama. Kalau jalan-jalan di KL pun pun perlu keluarkan duit untuk minyak, tol, parking dan makan.

      Reply
      • LiFe KaMi says

        5th May 2011 at 9:35 pm

        kat kl tapi tak le besar mcm blk kpg, jumlah duit minyak ,makan dgn tol tu,kami balik kedah bukan melaka..hehe
        apa2 pun cuti sekolah ni org umah da plan nak balik kedah,maklum le cikgu,murid cuti dia pun cuti..

        Reply
        • akubiomed says

          6th May 2011 at 12:07 am

          Balik arah Utara banyak juga belanja macam menghala ke Pantai Timur.

          Reply
  43. Mus says

    1st May 2011 at 9:22 pm

    jalan sesak bila menjelang cuti..
    kena pandai merancang perjalanan
    seupaya semuanya lancar..

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 10:04 pm

      Macamana keadaannya di Sabah?

      Reply
  44. Haru says

    1st May 2011 at 9:10 pm

    waahh nmpk cam meriah jew kt jalan raye tu..hehe..naseb baek aku fulltime freelancer..hari-hari pn cuti..hehe 😛

    apa2 pun nnti nk balik tu hati2..time org ramai ni aku nk kuar bandor pn mls sbb dah tentu org bndor ramai blik kg..haish

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 10:04 pm

      Terima kasih bro. Menjangka lebuhraya akan sesak menghala ke Lembah Kelang esok

      Reply
      • Haru says

        1st May 2011 at 10:16 pm

        kompem sesak..sbb esok mesti sume berpusu-pusu balik..luse dah start kije kn..hehe

        Reply
  45. sw33tdarling says

    1st May 2011 at 7:24 pm

    kami tak ke mana2 pun.. berjalan pun masih dalam negeri…
    oh yaa… kalau lah abah saya masih ada, hari ni ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 35

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 8:25 pm

      Oh..terharu mendengarnya tentu 1 Mei setiap tahun akan diingati

      Reply
  46. anif says

    1st May 2011 at 4:50 pm

    Selamat menyambut hari pekerja 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 8:27 pm

      Selamat menyambut hari Pekerja kepada bro juga. Beruntung majikan merai pekerjanya dengan membawa pekerja-pekerja pergi bercuti baru-baru ini

      Reply
      • anif says

        3rd May 2011 at 1:24 am

        Aktiviti tahunan syarikat kami tu.. Cuma pengsan juga nak sediakan budget tiap kali ada company trip 🙂

        Reply
        • akubiomed says

          6th May 2011 at 1:32 am

          Lagi geram apabila penat buat kertas kerja dan bajet ditolak oleh pihak pengurusan 🙂

          Reply
  47. adele says

    1st May 2011 at 3:25 pm

    cutenya baby Aslah! geram nak cubit pipinya.haha

    selamat menyambut hari pekerja..

    biar lambat asal selamat 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 4:07 pm

      Err..Adele belum bekerja lagi tidak boleh sambut hari Pekerja 🙂

      Reply
      • adele says

        1st May 2011 at 5:18 pm

        eh,x apa..smbut diam2 je org lain tak tahu 😀

        Reply
        • bEe says

          4th May 2011 at 10:24 am

          Hehehe, nnt adele dah keje confirm akan tahu betapa seronoknya bila dpt cuti free…. wakakaka 🙂

          Reply
  48. zulkbo says

    1st May 2011 at 1:31 pm

    salam..
    selamat menyambut hari pekerja jua
    buat anda dan semua yang menjadi pekerja
    dan singgah di blog ini..
    🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 3:05 pm

      Selamat menyambut hari Pekerja dan bercuti kepada bro Zulkbo

      Reply
  49. eiela says

    1st May 2011 at 12:16 pm

    selamat bercuti.. memang jalan sesak kat highway, kadang-kadang bukan disebabkan kenderaan banyak tapi leka dok memandang kemalangan di tepi jalan.

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 3:04 pm

      Betul kata Eiela sebab itu yang terjadi ketika saya menunju ke selatan

      Reply
    • benjy says

      2nd May 2011 at 7:57 am

      yerr betul tu … hehehehe (ehellah c b3njy pun sama juga …suka pandang kereta yang parking tepi jalan)

      Reply
  50. naimulfirdaus says

    1st May 2011 at 12:01 pm

    tazkirah di hari buruh..
    hehe

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 3:03 pm

      Setiap kali perayaan pasti ada nyawa yang melayang kerana kecuaian diri sendiri

      Reply
      • Mus says

        1st May 2011 at 9:20 pm

        betul tu bro..
        siang tadi lihat kemalangan depan mata

        Reply
      • dnoBiz says

        4th May 2011 at 12:28 am

        Aku cukup setuju dengan apa yang bro cakap,
        asal ada perayaan je mesti ada yang jadi mangsa jalan raya

        Reply
        • bEe says

          4th May 2011 at 9:38 am

          Bkn sekadar kemalangan tp byk aje pekerja2 asing yg bersidai di sana sini sempena 1 Mei… huhuhuu 😛

          Reply
          • dnoBiz says

            5th May 2011 at 10:57 pm

            hahah kena tukar jadi hari pekerja asing la pulak nampaknya 😀

            Reply
          • akubiomed says

            6th May 2011 at 12:04 am

            Biasa berlaku di KLCC menjadi tumpuan warga asing lepak disana.

            Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in