• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / COMBI membenteras nyamuk Aedes

COMBI membenteras nyamuk Aedes

15th December 2010 by akubiomed 78 Comments

Combi adalah panggilan bagi seorang ibu di utara tanah air.

COMBI dapat membantu membenteras pembaikan nyamuk Aedes. Hebat komuniti COMBI ini kalau semua bersatu bergotong-royong menjaga kebersihan dan membasmi wabak demam denggi dikawasan komuniti kejiranan

Tentu korang ingat COMBI mai dari Pulau Penang atau COMBI dari cerita Mami Jarum seperti yang disangkakan,  COMBI yang dimaksudkan didalam bahasa Inggeris adalah ‘Communication for Behavioral Impact ‘ atau dalam bahasa Melayunya adalah ‘Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku’.

Apa itu COMBI ini?

COMBI adalah pendekatan melalui komunikasi yang ke arah perubahan tingkah laku dan bukan setakat bukan peningkatan kesedaran dan pengetahuan semata-mata mengenai nyamuk Aedes serta wabak Denggi. Maksudnya COMBI bukan sahaja sekadar  peningkatan kesedaran dan pengetahuan tapi diterjemah didalam perbuatan yang terancang.

COMBI ini dianggota oleh NGO atau ahli komuniti setempat yang mana akan berkerja erat dengan Pegawai Kesihatan Daerah(PKD) bersama-sama komuniti setempat mengerakkan semua aktiviti seperti taklimat, penyediaan pelan tidakan, tentukan mesej dan tindakan yang sesuai serta laksanakan aktiviti yang dicadangkan.

COMBI ini akan membuat:-

  • Analisa tentang tabiat komuniti yang menyumbang masalah denggi
  • Mengenal pasti punca wabak denggi
  • Menyampaikan mesej kepada komuniti
  • Mencadang jenis aktiviti
  • Cara aktiviti tersebut dijalankan
  • Jalan penyelesaian denggi

Menangani masalah wabak Denggi bukan terletak di bahu Kementerian Kesihatan dan perseorangan semata-mata tetapi adalah tanggungjawab keseluruhan komuniti kejiranan bersama-sama mengerak setiap ahlinya menyumbang tenanga membasmi wabak Denggi. Nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa dan tetap terdedah terkena demam denggi. Biarpun ia berpunca dari tabiat jiran yang menyumbang pembiakan nyamuk Aedes.

  • Jom ganyang Aedes dengan COMBI
  • Jangan jadikan anda mangsa seterusnya Demam Denggi Berdarah
  • Hanya dua entri sahaja?

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. RedBoys says

    18th December 2010 at 7:30 pm

    baguslah ada artis yang mahu terlibat.

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2010 at 7:36 pm

      Bro jangan salah faham tidak ada artis yang terlibat. COMBI dianggotai oleh NGO atau komuniti kejiranan yang mengerak aktiviti berkaitan mendidik dan membasmi punca wabak denggi. Kalau sebelum ini jentera kerajaan yang diharapkan untuk mengambil tindakan tetapi COMBI in adalah hasil inisiatif NGO atau komuniti kejiranan berganding bahu dengan Kementerian kesihatan menangani wabak Denggi

      Reply
  2. Ali ridha says

    18th December 2010 at 12:15 pm

    combi dan nana membanteras
    nyamuk Aedes.

    Reply
  3. Hadi Rofiee says

    17th December 2010 at 2:54 pm

    Ingatkan COMBI mana tadi..Hehe

    Bila hujan turun & berhenti, aku akan perhati sekitar rumah kalau2 ada air tempat yang boleh menyebabkan air bertakung lama. Risau juga. 😐

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 3:27 pm

      Kalau hujan tak perlu risau sangat sebab air mengalir kecuali air yang bertakung. Masalah utama pada musim kering wabak denggi meningkat kerana pembiakkan nyamuk

      Reply
      • Hadi Rofiee says

        17th December 2010 at 3:36 pm

        Ohh ya ka. 😐

        Terima kasih. 🙂

        Reply
  4. zik says

    17th December 2010 at 2:23 am

    denggi harus dihindar/dicegah sebaik mungkin… peningkatan yang berlaku mengenai wabak denggi .jangan hanya sebelah mata… banyak kerjasama harus dilakukan… teringat masa tengah teruk wabak h1n1… sama jugak masa tuh juga wabak denggi… lagi tinggi kadar kematiannya…

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 10:52 am

      Fakta last pulau Hawaii kena wabak Dengue pada tahun 1944

      Reply
  5. syahrilhafiz says

    16th December 2010 at 6:48 pm

    macam best combi ni
    orang pinang..ye ke..hehe

    Reply
  6. azizan4444 says

    16th December 2010 at 4:23 pm

    bgs la klu ada aktiviti mcmni.yang penting kerjasama n sama2 bertindak..bukan ckp saje..

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 4:47 pm

      Komuniti kejiranan akan bersama-sama melakukan aktiviti ceramah kesedaran, mengenal pasti punca dan merancang aktiviti pembasmian pembiakan nyamuk aedes

      Reply
  7. fitri says

    16th December 2010 at 3:08 pm

    aritu pun ade orang pejabat kesihatan datang spot check uma sewa aku pastu buat survey skali..

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 4:19 pm

      Tak silap saya kompaun dikena bergantung berapa ekor jentik dijumpai lebih kurang RM100 setiap seekor. Tolong confirm

      Reply
      • zik says

        17th December 2010 at 2:21 am

        lebih kurng macam tuh la.. pun tak berapa sure…

        Reply
  8. Norizwan says

    16th December 2010 at 2:16 pm

    bagusla camtu…berusaha bekerjasama dalam aktiviti ganyang aedes ini…

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 4:20 pm

      Nyamuk Aedes kalau nak gayang satu cara jer hapuskan tempat pembiakannya

      Reply
  9. Ladfe Amir says

    16th December 2010 at 1:20 pm

    patutlah ada iklan pasal denggi kat TV..iklan rmh pangga kos rendah bergotong royong.

    periklanan boleh jadi antara medium penyampai yg bagus jika digunakan dengan betul

    Reply
    • tengkorak emas says

      16th December 2010 at 1:23 pm

      tula bro, mcm breaking news dibuatnya sampaikan yg duduk rumah melihatnya dgn penuh debaran

      Reply
      • akubiomed says

        16th December 2010 at 1:40 pm

        Saya terkejut juga menonton iklan kerana entri memang lama saya nak post tapi tak sangka kebetulan keluar iklan promo denggi. Alhamdulillah tepat pada masanya mesej hendak disampaikan

        Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 1:39 pm

      Saya kena menyampaikan mesej kepada pengunjung blog. Kadang-kadang perlu juga kita sumbang mesej khidmat masyarakat dalam bentuk kesedaran 🙂

      Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 1:41 pm

      Sebagai blogger ada tanggungjawab kita hendak diselang-seli dengan mesej kepada masyarakat.

      Reply
      • Ladfe Amir says

        18th December 2010 at 6:05 am

        Betul tu bro. aku pun terfikir-fikir info apalah yang aku nak kongsi kat pembaca

        Reply
  10. suri says

    16th December 2010 at 1:04 pm

    nyamuk mmg suka hisap darah..patuah dia senag membiak2 nak2 musim lepas hujan, air bertakung huhu..

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 5:09 pm

      Nyamuk aedes paling aktif membiak musim kering kerana didalam celah pelepah pisang pun nyamuk aedes boleh membiak

      Reply
      • zik says

        17th December 2010 at 2:23 am

        telur dia boleh tahan lama tuh… 6 bulan lebih… kalau tak silap..lah..

        Reply
        • akubiomed says

          17th December 2010 at 11:09 am

          Wow patutler jentik-jentik boleh survive walaupun musim kering yang penting ada lopak air

          Reply
  11. Kujie says

    16th December 2010 at 9:37 am

    Nyamuk tu terbang tak kira sempadan, sebab tu kalau bab Aedes peranan komuniti kejiran memang perlu..kalau satu orang saja jaga, jiran2 tak ada kesedaran – benda ni tetap berlaku juga

    Reply
  12. Mohd Hafiz says

    15th December 2010 at 11:39 pm

    COMBI ni kt malaysia ke ??

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 9:13 am

      Komuniti COMBI ini memang ada di Malaysia. Komuniti ini mendapat peruntukan dari kerajaan untuk aktiviti yang dilaksanakan

      Reply
  13. Queila says

    15th December 2010 at 6:48 pm

    hai combi…..hahahhahah

    Reply
  14. maCy says

    15th December 2010 at 2:56 pm

    combi combi buka pntu. hehe

    Reply
  15. Ezany-Kun says

    15th December 2010 at 2:14 pm

    kurang la org kena penyakit demam denggi lepas ni..

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2010 at 2:31 pm

      Itu yang sebaik-baiknya.

      Reply
      • suri says

        16th December 2010 at 1:03 pm

        dulu kita tdo pakai kelambu jer hee..kompom nyamuk tak ggu tdur..

        Reply
        • akubiomed says

          16th December 2010 at 5:11 pm

          Teringat masa kecil-kecil dahulu tidur didalam kelambu dan apabila bangun pagi sudah bergulung dengan kelambu. Ha..ha.. Kadang-kadang nyamuk masih lepas masuk ke kelambu memang bijak nyamuk mencari lubang untuk masuk. Orang tua dulu bakar ubat nyamuk sampaikan baju pun dah bau dengan asap ubat nyamuk

          Reply
  16. Anwar Osman says

    15th December 2010 at 1:29 pm

    Bagusla ada yang amik bab pasal kesihatan selain dari kerajaan. Terbaiklah COMBI. hehehe.. Tapi combi2 kat umah tu kena jugak didik anak2 jaga kebersihan kawasan rumah dan jgn biarkan air bertakung.

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2010 at 2:36 pm

      Saya percaya combi kat rumah pun kuat beleter kalau anak-anak tak pandai jaga kebersihan

      Reply
  17. dnoBiz says

    15th December 2010 at 12:55 pm

    Yang pasti masyarakat setempat perlu la memainkan peranan dan jangan hanya mengharapkan NGO aje,

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2010 at 2:38 pm

      Masa gotong-royong ramai juga yang jadi mandur tidak bertauliah. Orang sibuk-sibuk buat kerja dia main order saje. Sabar jer lah

      Reply
      • suri says

        16th December 2010 at 1:05 pm

        alahai nyamuk selalu beli redset jer sembur dlm bilik..ttp pintu..pastu dalam 1 jam baru blh msuk blik & tidur heee…

        Reply
        • akubiomed says

          16th December 2010 at 1:53 pm

          Nyamuk dah imun semburan manakala kita pula pendek umur sebab hidu aerosol semburan nyamuk

          Reply
  18. nash says

    15th December 2010 at 12:14 pm

    lorh..ingatkan pelakon tu jadi combi ape nyer…hehhehee
    harap2 dengan adenyer combi nie dapatlah mengurangkan masalah aedes

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2010 at 12:23 pm

      Jadi combi tak apa jangan jadi zombie. 🙂

      Reply
      • tengkorak emas says

        16th December 2010 at 1:22 pm

        haha tula, kalau nyamuk aedes ni tak dibendung, mau jadi zombie dibuatnya

        Reply
        • akubiomed says

          16th December 2010 at 1:50 pm

          Memang leceh kalau sudah kena denggi sebab kena tahan wad hari-hari kena ambil darah dan masuk air. Kalau dah kronik boleh bawa maut

          Reply
  19. hafizmd says

    15th December 2010 at 10:55 am

    COMBI…bagus program ni…sebab objektifnya utk perubahan tingkah laku kita…hrap komuniti setempat bagi sokongan penuh pada penganjur…hhee

    pssst…akupun sibuk dgn COMBI ni sekarang…bulan 1 punya aktiviti…

    pssst lagi…yg combi satu lagi tuh…dah dapat dah…hehehe 😀

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2010 at 11:25 am

      Bro ada terlibat sama dengan COMBI juga ker?
      Pandai hang no tackle combi 🙂

      Reply
      • fiezaradzi says

        15th December 2010 at 12:09 pm

        saya la combi tu.. hehee

        Reply
        • akubiomed says

          15th December 2010 at 12:22 pm

          Hang anak mami ka? Hang mami belah mana? Pulau ka? Balik pulau?

          Reply
          • fiezaradzi says

            16th December 2010 at 5:13 pm

            haah, tak la mami sgt.. sikit2.. hhiii.. belah bukit mertajam.. bukan pulau..

            Reply
    • fiezaradzi says

      15th December 2010 at 12:09 pm

      moga berjaya dgn program COMBI tu ye nanti..

      combi ni time COMBI dah sarat.. tah dpt tolong ke tidak..

      Reply
      • akubiomed says

        15th December 2010 at 2:26 pm

        Kalau dah sarat combi kena bantuan nana la 🙂

        Reply
    • dnoBiz says

      15th December 2010 at 12:57 pm

      Combi tang satu lagi 😀

      Ps : Combi yang pakai lipstik tu ke hehehe

      Reply
      • akubiomed says

        15th December 2010 at 2:29 pm

        Hang nah combi pakai lipstik kena pakai one drop perfume lepas tuh kena pakai bulu mata lentik baru dapat.Ha..ha…

        Reply
  20. sw33tdarling.com says

    15th December 2010 at 10:09 am

    memang sana sini orang giat benteras nyamuk, sembur ubat asap tuu…
    Jom Join Give Away

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2010 at 10:17 am

      Kalau ikut semburan ubat nyamuk dari Kementerian Kesihatan percuma dan hanya penyembur swasta kena bayar. Hati-hati terkena

      Reply
      • hafizmd says

        15th December 2010 at 10:53 am

        kalau tak silap, ade dua jenis semburan tuh…yg jenis minyak utk luaran dan yg jenis air utk dalam rumah…kalau kulit sensitif, mungkin gatal2 juga tuh…

        Reply
        • akubiomed says

          15th December 2010 at 11:25 am

          Masa semburan apa lagi bertempiaran lari ler. Ada juga sembang dengan tukang sembur nyamuk Aedes. Diorang pun pening juga nyamuk Aedes pun dah imun dengan asap semburan. Sekarang ni kebanyakkan pakai semburan jenis air kerana yang jenis minyak banyak suri rumah marah termasuk combi 🙂

          Reply
  21. abby kamil says

    15th December 2010 at 10:05 am

    kat rumah banyak nyamuk. tak tau camana nak buat dah.

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2010 at 10:18 am

      Macamana boleh banyak nyamuk B? Ada jiran yang tak jaga kebersihan ker? Sorang jer pembersih tak jadi. Nyamuk Aedes tak kenal mangsa

      Reply
      • hafizmd says

        15th December 2010 at 10:52 am

        setuju tuh…kalau kita sorang saja yg pembersih…tapi komuniti kotor…memang nyamuk tak kenal mangsa…

        Reply
  22. Kamal Mustafa says

    15th December 2010 at 9:28 am

    COMBI mami jarum pun ok gak wat kepoh untuk kesedaran semuo.Yo tak!!!

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2010 at 10:05 am

      Baguih juga kalau ada Combi leading baru hangpa tau jaga kebersihan basmi wabak denggi 🙂

      Reply
  23. intankuterpilih says

    15th December 2010 at 9:25 am

    hah, ingatkan combi mami jarum tadi…hehehe…

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2010 at 10:06 am

      COMBI dengan Combi yang sebenar pun hampir sama biar combi beleter sikit

      Reply
  24. mie says

    15th December 2010 at 6:21 am

    gue betul2 ingat kan combi penang..
    heheeeee

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2010 at 10:06 am

      Hang mahu cari anak mami ka?

      Reply
      • suri says

        16th December 2010 at 1:02 pm

        wah mesti akubiomed ramai kenalan org sana hee..

        Reply
        • akubiomed says

          16th December 2010 at 5:13 pm

          Kecil-kecil dulu duduk di Penang semasa bapa saya belajar di USM. 5 tahun duduk disana. Saya duduk dekat dengan Sungai Pinang tak jauh dari rumah P.Ramlee seberang sungai jer

          Reply
  25. tehr says

    15th December 2010 at 3:15 am

    teringat pula ‘combi’ dalam kisah ibu mertuaku 😀

    Reply
    • suffer8zine says

      15th December 2010 at 6:10 pm

      heheh samala kita bro

      Terkini : Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia | Telefon Bimbit Paling Lasak Di Dunia | 10 Gunung Tertinggi Di Dunia.

      Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 12:13 pm

      Combi didalam ibu mertuaku sangat baik walaupun kaya tapi berhati mulia

      Reply
  26. akubiomed says

    15th December 2010 at 12:59 am

    Komuniti kejiranan pun kena main peranan lebih tidak boleh mengharap NGO atau Kerajaan semata-mata dan jangan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam sahaja’

    Reply
  27. anif says

    15th December 2010 at 12:56 am

    Wahh bagus ada NGO yang ambil berat. Harap komuniti yang terlibat memberikan kerjasama sepenuhnya pada NGO tersebut.

    Reply
    • dnoBiz says

      16th December 2010 at 3:54 pm

      sekarang ni banyak ngo yang suka turun padang dan tak macam dulu hanya pandai komen je 😀

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in