Berkerjasama dengan jiran tetangga jom ganyang Aedes.
Penyakit demam Denggi dikenal pasti sebagai antara penyakit di kawasan bandar. Saya pernah menulis entri mengenai program COMBI adalah ringkasan bahasa Inggeris bermaksud ‘Communication for Behavioral Impact ‘ atau dalam bahasa Melayunya adalah ‘Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku’.
Program COMBI membantu Jom ganyang Aedes
Saya percaya ada dikalangan kita beranggapan dengan membuang air bertakung sahaja akan dapat membasmi pembiakan nyamuk Aedes sebenarnya tidak cukup. Kita perlu tahu kitaran pembiakan nyamuk Aedes dan kenal pasti tempat-tempat pembiakan barulah tindakakan membasmi nampak lebih sempurna.
Kempen dan kesedaran dikalangan penduduk setempat perlu ada sebab itu program COMBI dapat memastikan usaha Jom gayang Aedes lebih tersusun dan berkesan kalau mengharapkan kerajaan mengerak untuk membuat kempen dan tindakan tidak akan berkesan.
Melalui program COMBI, penduduk setempat sendiri akan mendukung dan mengerakkan kempen kesedaran dikalangan penduduk dan dibantu oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO. Semua aktiviti ganyang Aedes akan digerakkan oleh sukarelawan yang ditubuhkan dikalangan penduduk setempat untuk program COMBI ini. Mereka ini juga mengedar risalah-risalah dari pintu ke pintu untuk memberi kesedaran mengenai Jom gayang Aedes ini.
Tukarlah apa nama kempen sekali pun tidak akan berkesan jika tidak ada kerjasama dan kesedaran bersama untuk membenteras Aedes.
Video menarik mengenai kesedaran pembasmian pembiakan Aedes yang tidak diambil peduli.
p/s: Bersama kita Jom ganyang Aedes!
Yeah, ganyang aedes. Ringankan tangan bersihkan kawasan tempat tinggal. 🙂
katakan tidak pada nyamuk aedes yang tak kacak ni..
Huhuhu
Bahaya denggi ni kan bro
ni nyamuk aedes sapa ni datang rumah aku ni?
nak bela nyamuk pandai2 la kurung
huh
chii setuju…selagi mana tiada kesedaran dlm diri masyarakat..apa nama kempen skalipun..xkan jalan punya..
kesian adik dlm video tu..x pasal2 dia yg menjadi mangsa…
skrg nih musim hujan, gamaknya kenalah hati2..
harus tinjau air bertakung tu di buang.. denda
dah ler mahal lagi makan nyawa…
saya pun tak tengok lagi video tu
Jarang aku tengok iklan ni…ada tayang kat tv ke bro?? Atau aku yg ketinggalan….??
video ini memang memberi pengajaran pada kita….nasib baik video ini menyedarklan kita dahulu…kalo betul2 jadi, pastu baru nak mula ganyang….memang itu lah sikap orang kita di sekeliling ini….
sangat kesian kat budak yg dlm video tu.. byk kali tgk iklan nih… sedih dengan sikap masyarakat yg endah tak endah…
Sikap orang dewasa kadang kala menjengkelkan. 🙁
Di tempat saya,last gotong-royong sebelum puasa hari tu,ni kalau tak ada kes,memang susah la nak tengok Kementerian kesihatan sembur asap untuk cegah nyamuk.
Sebab itu saya katakan program COMBI adalah sesuai kerana penduduk sendiri akan mengerakkan program pembasmian pembiakan nyamuk Aedes dan memberi kesedaran dikalangan jiran tetangga.
geramnya tengok nyamuk kenyang tuuuuu!!
Memang geram rasa hendak tepuk nyamuk yang sedang kembung menghisap darah. 🙂
Kesedaran perlu diutamakan dahulu. Selepas itu baru mudah menggerakkan program.
Apa yang dikatakan oleh bro adalah benar kesedaran itu penting baru ada tindakan susulan dengan perbuatan.
setiap mggu pasti ak tlg abah bersih keliling rumah
Kita menjaga kebersihan tapi malangnya jiran tetangga mengambai sikap menjaga kebersihan. Nyamuk Aedes tidak kenal pembersih atau pengotor dan risiko terkena demam Denggi tetap sama.
jom kita gayang aedes tu ramai2 sebelum aedes tu gayang kita 😀
Jom kita gayang si nyamuk Aedes yang bedebah.
time kena sembur baru ar sedar..pastu lupa nd lupa kemudian buat perangai lama balik uhuk..
sukar klu tidak ambi peduli klu sakit salahkan nyuk
masa memula dengar pasal Combi ni aku teringat kat Ibu mertua ku..
Tapi rupanya Program anti aedes 😀
COMBI ini sudah 2 kali diberi nafas baru dan harap peluang kali ke 2 memberi kesedaran kepada orang awam dengan sokongan PBT tempatan.
aku dah buat operasi dah sejak balik cuti nih. Habis rumah ni aku selongkar. haha..sembur sana-sini..
meh kita lakukan sekarang.. meh kita bergotong royong!
hehehehe
betul tu jangan tunggi sampai ada yang hilang nyawa baru nak bertindak..
jom apa tunggu lagi walaupun depan blkhg rumah ku tak der apa2 hee…tanag pun sekangkang kera huhu..
Kita pembersih dan orang lain belum tentu. 🙁
manusia mudah lupa.. dah terkena skali baru terhegeh2 nak buat.. lepas tu tak buat lagi.. then terkena balik.. mmg camni la cycle rakyat kat Malaysia..
mcm kat kpg aku ni la..
memang sifat orang kita… Tehantuk baru tergadah
betul tu, buat la kempen gempak mcm mana pun, kalau tak de kesedaran, tetap la nyamuk tu dtg…