• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Jangan jadikan anda mangsa seterusnya Demam Denggi Berdarah

Jangan jadikan anda mangsa seterusnya Demam Denggi Berdarah

10th January 2014 by akubiomed 36 Comments

Kes Demam Denggi Berdarah meningkat

Hari ini saya menerima berita kematian rakan sekerja akibat Demam Denggi Berdarah. Sukar untuk percaya berita musibah ia bagi satu pukulan apabila menerima berita sedih ini sedangkan arwah seorang disenangi dan berdedikasi tinggi. Semoga roh beliau diletakkan bersama orang-orang yang beriman.

demam denggi berdarah

Peningkatan mendadak laporan kes demam denggi dan kematian

Saya berasa terpanggil untuk menulis dengan menghebah kepada pembaca yang regular atau baru supaya berjaga-jaga dan berwaspada wabak demam denggi berdarah ini.

“Dilaporkan peningkatan jumlah 63 kematian berbanding 32 kematian dengan peningkatan sebanyak 97%  di seluruh negara sejak Januari sehingga 9 November tahun lalu, berbading tempoh yang sama.”

“Sejumlah 31,170 kes denggi telah meningkat 18,679 kes dengan peningkatan 67% untuk tempoh yang sama”

Apa itu demam denggi?

Demam denggi adalah penyakit bawaan nyamuk Aedes melalui gigitannya. Demam denggi berdarah adalah paling berbahaya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi biasanya berlaku dikawasan bandar. Mangsa yang digigi nyamuk vektor pembawa kuman virus denggi akan mengalami demam menyerupai demam selsema.

Penyebaran penyakit denggi:

  • Melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi kepada manusia
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit dalam jangka masa 8 – 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Demam Denggi

  • Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
  • Kadar kematian amat rendah.
  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 – 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.

Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Komplikasi demam denggi ialah :

  • Demam Denggi Berdarah.
  • Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan

Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis – mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.

Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

  • Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
  • Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
  • Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
  • Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

Info dari : Unit Vektor, JKNPK

Boleh kongsi komen pengalaman, program pencegahan COMBI, rawatan dan sebagainya di ruang komen.

  • COMBI membenteras nyamuk Aedes
  • Jom ganyang Aedes dengan COMBI
  • Demam saraf di bulan Ramadhan

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. ummu khayla jual vitamin says

    14th September 2015 at 2:57 pm

    Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin..

    Reply
  2. sensasi2020 says

    26th February 2015 at 8:31 pm

    Virus denggi terbaru sekarang semakin bahaya, kita perlu pencegahan dan rawatan untuk menananginya. Semoga ada vaksi yang dapat merawat deman denggi nanti.

    Reply
  3. fid8 says

    17th February 2015 at 1:54 pm

    Salam, sy sekadar mahu berkongsi. Saya bekerja di hospital, dan sy sendiri pernah dua kali kena demam denggi. Seperti yg ramai sedia maklum, demam denggi kali kedua lebih teruk kesannya. Sy ingin tekankan mengenai rawatan awal sememangnya boleh menyelamatkan nyawa. Gejala demam denggi sekarang sudah berubah-ubah, dan jika demam tinggi melebihi sehari, eloklah lakukan ujian darah. Dan fokus tak sepatutnya diberikan kepada kiraan platlet semata-mata. Kiraan hematokrit dan pemantauan terhadap simptom amaran kejutan denggi juga sangat penting. Cecair intravena adalah rawatan utama. Anda boleh makan sup ketam, air isotonik, jus daun betik atau apa sahaja jus yang disukai, tapi keyword di sini ialah hidrasi yg cukup. Kebanyakan kes kematian adalah disebabkan oleh kebocoran plasma, yang mana diakibatkan oleh tiada tekanan pada salur darah, sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung serta organ vital yang lain. Sila beri kerjasama pada doktor dan jururawat apabila diminta menyukat dan mencatat minuman serta jumlah air kencing. Sokongan dari ahli keluarga penting kerana denggo akan menye babkan hilang selera makan, keletihan dan sakit sendi yang teruk, perut tidak selesa dan kegatalan pada kulit. Ujian darah juga akan dilakukan dengan lebih kerap jika pesakit btada di fasa yang membimbangkan. Sesetengah pesakit akan dipindahkan ke HDU atau ICU untuk pemantauan yang rapi, bergantung pada keadaan pesakit. Kebanyakan pesakit akan sembuh dalam masa 7-10 hari. Selepas keluar dari hospital, eloklah jika banyakkan berehat dan elakkan tempat yang sesak seperti pasar malam atau shopping complex kerana imuniti badan masih rendah. Badan akan beransur pulih, dan platlet akan meningkat sendiri dalam masa beberapa hari.

    Reply
  4. Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, JKWPKL&P says

    15th January 2014 at 8:55 pm

    Salam Sejahtera,

    Terima kasih di atas rencana belog yang menarik. Di sini izinkan saya berkongsi maklumat ini kepada orang ramai melalui laman FB kami. Terima kasih.

    Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
    Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2014 at 11:03 pm

      Tidak ada masalah dan mengharap dapat memberikan kesedaran kepada orang bahayanya denggi. Terima kasih.

      Reply
  5. kimmie says

    14th January 2014 at 1:28 pm

    semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang yg beriman.

    dulu masa tinggal di vista angkasa dekat kerinchi, saya pernah mengalami demam yg teruk, lenguh – lenguh badan, pergi klinik doktor suruh refer ke hospital sebab blood platelet rendah, takut kena denggi. Alhamdulillah selepas lebih 2 botol air dimasukkan masa di wad kecemasan, blood platelet meningkat. Bukan denggi, tp disyaki pun saya dah takut.

    Reply
  6. aimannajmy says

    14th January 2014 at 3:42 am

    kalau demam sehari.. makan panadol tak jalan dengan 100 plus pun tak jalan.. ha esok tu terus kena gi jumpa doktor.. jangan tangguh2

    Reply
  7. Juan says

    11th January 2014 at 6:33 pm

    bahaya kalau dah kena denggi, memang kena cepatkan rawatan lah

    Reply
  8. Kamal Mustafa says

    11th January 2014 at 6:09 pm

    KM pun ada dengar 1 kes di area KM tinggal ibu mengandung 8 bulan kena denggi.

    Reply
  9. hafiz says

    11th January 2014 at 3:52 pm

    Denggi ni memang bahaya bro, kawasan rumah mentua saya hotspot denggi

    Reply
  10. blogger lelaki says

    11th January 2014 at 1:27 pm

    selepas banjir hari tu..taman aku dah dua kali kena fogging

    Reply
  11. Firdaus Azizi says

    11th January 2014 at 11:10 am

    Al-Fatihah buat Arwah dan terima kasih juga atas info tentang denggi yang sangat berguna. Memang denggi ini adalah satu penyakit yang sangat berbahaya walaupun dibawa oleh nyamuk yang kecil.

    Reply
  12. hafizmd says

    10th January 2014 at 8:43 pm

    Semoga arwah aman tenang dalam rahmat Allah jua…ameen

    Denggi mmg bahaya. Senyap dan boleh menjadi amat berbahaya tiba2.

    Sampai masanya kita masyarakat lebih prihatin dan kena mula ‘jaga tepi kain orang’ terutamanya perkara membabitkan kebersihan.

    Terima kasih bro AB berkongsi. Cukup lengkap.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:12 am

      Saya dapat sumber mengenai demam denggi dari Unit Vektor JKJN. Saya rasa terpanggil mengunakan medium blog untuk memberikan kesedara kepada pembaca blog AkuBiomed.

      Reply
  13. Bahrain says

    10th January 2014 at 6:59 pm

    ALHAMDULILLAH, setakat ni tak pernah kena demam denggi. Minta dijuhkan.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:13 am

      Minta-minta djauhkan musibah wabak demam denggi.

      Reply
  14. Denaihati says

    10th January 2014 at 6:57 pm

    Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un. kesan deman denggi berdarah ni amat cepat dan menakutkan.
    jom kita perhatikan keliling rumah kalau-kalau ada ada bertakung jadi tempat yang bertotensi untuk pembiakkan.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:14 am

      Fakta: Nyamuk Aedes boleh membiak air takungkan pelepah pisang.

      Reply
  15. Hazmin Hamudin says

    10th January 2014 at 2:40 pm

    Pernah kena demam dengggi masa belajar di Bintulu, Sarawak. Empat hari jugak kena tahan di wad.

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2014 at 5:40 pm

      Boleh kongsi pengalaman dan rawatan untuk pembaca blog ini.

      Reply
  16. farid laham says

    10th January 2014 at 2:38 pm

    dulu akak pernah kene demam denggi semiggu kt hospital gusi berdarah ssh nak mkn alhamdulilah dan ok sb pegawai kesihatan dtg umah check buat kebersihan denggi 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2014 at 5:40 pm

      Kalau demam denggi berdarah sudah tahap bahaya.

      Reply
  17. kesoma.rai says

    10th January 2014 at 1:19 pm

    kawasan rumah saya tu betul2 sebelah dengan kawasan paya (ke sebutnya kolam rekreasi).. bila menjelang maghrib mula lah nyamuk datang menyerang kalau lambat sikit tutup tingkap.. besar besar pulak tu.. risau jugak dengan kesihatan anak2.. lagi lagi musim hujan ni..

    Reply
  18. fyna says

    10th January 2014 at 11:51 am

    kena alert time kena demam nih kan.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:15 am

      Kalau demam tiada tanda kebah elok dapat pemeriksaan darah untuk memastikan bebas virus denggi.

      Reply
  19. maza says

    10th January 2014 at 10:48 am

    semalam baru sahaja maza bikin operasi pembersihan….
    nampaknya kena panggil pengawai kesihatan untuk memohon semburan itu (fogging)

    uhuk!

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:16 am

      Eloklah amalan membersihkan kawasan tempat tinggal bukan setakat nampak cantik dan kemas. Pada masa dapat menghindar penyakit.

      Reply
  20. Fadhil says

    10th January 2014 at 10:03 am

    Taman saya duduk sebelum ni seminggu dua kali pejabat kesihatan datang buat fogging. Sebab ramai sangat yang kena demam denggi ni. Siap ada kematian lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:18 am

      Apa yang diberitahu oleh bro adalah serius sehingga dilaporkan ada kematian. Memandangkan demam denggi tidak berlalu kepada ahli keluarga kita menyebabkan kita alpa dengan wabak denggi.

      Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes ini.

      Reply
  21. suri says

    10th January 2014 at 9:40 am

    makin takut di degar bila ia mampu membawa maut

    Reply
  22. titan says

    10th January 2014 at 2:25 am

    demam denggi ada 2 jenis. kalau kena yang jenis berdarah ni..memang bahaya la. jangan wat main-main..kawasan tempat disyaki banyak kes demam denggi tu..selalu-selalu la wat check up.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:19 am

      Demam denggi akan berubah menjadi lebih serius iaitu demam denggi berdarah boleh menyebabkan maut.

      Reply
  23. Sop says

    10th January 2014 at 12:35 am

    kawasan rumah Sop ada 2 kes yang dipaparkan pd papan notis
    dbkl dah dtg sembur beberapa kali 🙂

    Reply
  24. akubiomed says

    10th January 2014 at 12:30 am

    Bro perlu pasang ubat nyamuk elektrik untuk menghalau nyamuk.

    Reply
  25. Mohd Rasul Abu Hanipah says

    10th January 2014 at 12:27 am

    kita perlu ada kesedaran mengenai perkara ni. kat shah alam ni pun dah bape byk kes demam dinggi. jiran pun ada yg masuk hospital. harap2 diri ni tak terkena. dah la tidur tak pakai selimut huhu

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:20 am

      Elok guna nyamuk elektrik untuk melindung dari gigitan nyamuk.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in