• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Hanya dua entri sahaja?

Hanya dua entri sahaja?

26th April 2011 by akubiomed 133 Comments

Minggu lepas hanya 2 entri ditulis

Minggu lepas adalah minggu paling tidak produktif untuk aku menulis blog kerana hanya 2 entri yang mampu aku tulis. 2 entri yang aku maksudkan adalah Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan dan Filem hantu seram yang diingati.

Bukan kerana malas atau tidak sehat mahu pun kekeringan ide. Kalau ada ide pun tidak berkesempatan pula untuk menulis entri begitulah cabaran kehidupan seorang blogger. Pernah aku terbaca mengenai Kak Jie menulis, jangan sesekali merungut kerana memilih jalan untuk menjadi blogger. Terkena pada batang hidung sendiri dan sendiri mahu ingat 🙂

Jika sebelum ini Abang Koning terkena febrile @ demam panas kemudian Baby Aslah yang bakal masuk 6 bulan penghujung bulan April mula meragam akibat demam panas(kerana gusi gatal hendak tumbuh gigi agaknya). Kalau ada entri belum tentu dapat menaip dengan selesa kerana kejap berdukung, kejap mendodoi dan kejap memujuk si Baby Aslah yang tidak berhenti menangis.

Jadi rutin kehidupan suami isteri agak kelam kabut tak kala baru hendak melelapkan mata dengan menghempas diri pada tilam empuk, Baby Aslah mula menangis nyaring memecah keheningan malam. Aku dan isteri bergilir-gilir mendodoi dan memujuk Baby Aslah. Kalau waktu siang jangan harap si emaknya dapat menjalankan aktiviti rutin sebagai seorang suri rumah sepenuh masa kerana Baby Aslah asyik meragam. Tugas memujuk di ambil alih oleh aku setelah pulang dari tempat kerja.

Mendodoikan anak sebelum sepak mula perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Vietnam Piala AFC Suzuki 2010

Aku rasa ini ada permulaan untuk aku kembali menulis entri blog. Sayang ide-ide entri aku yang didalam simpanan sudah menjadi basi kerana ada topik entri yang sehangat tahi ayam jadi aku perlu mencari ide tajuk entri yang kekal relevan.

Entri COMBI, Pemakaian tali pinggang keledar, kesedapan Macaron dan Pengharaman botol susu mengandungi BPA antara tajuk entri yang kekal relevan. Kenapa aku berkata begitu kerana ia adalah topik yang menyumbang keyword kepada blog AkuBiomed. Kalau di baca entri-entri tersebut ia mempunyai tanggungjawab dan pesanan kepada masyarakat. Sekurang-kurang tidaklah aku kejar populariti dan trafik yang tidak akan kekal seperti sepasang kepak rama-rama hanya cantik untuk mengaburi musuh tetapi akan koyak dan pudar akhirnya.

Penghargaan kepada sahabat blogger yang menyenaraikan blog Akubiomed sebagai 5 blog yang paling kerap dilawati 2010 anjuran DenaiHati.

Beberapa sahabat blogger yang mempunyai keunikkan tersendiri seperti blog Teh Ramuan yang tidak jemu-jemu menyemarakkan kembali seni berpantun, Gadis gigi arnab yang mahu menjahit dengan penuh kasih sayang, YanmieOnline banyak coretan kisah anak-anak terunanya, Blog Semua Menjadi Satu oleh Kulanz menjadi sumber rujukan aku untuk memantapkan blog dan Cahaya Cinta dengan coretan mengenai ikatan silaturahim sesama insan.

Cukup untuk permulaan hari ini, Baby Aslah pun sudah mula memberi isyarat  untuk aku berhenti disini dahulu :-).

Famili perlu diutamakan dahulu

Sila tekan butang kongsi:

  • Update ringkas: Baby Aslah terkena Febrile
  • Pengalaman anak jatuh sakit
  • Abang Koning kembali ke zaman Dinosaur

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Aishah Ahmad says

    25th October 2014 at 7:25 am

    Mcm tu la ragam anak2…..semua parent akan merasa detik2 ni, ka.

    Reply
  2. zezebel says

    5th May 2011 at 4:04 pm

    Saya belum ada anak, tapi sangat jarang dapat meng’update’ blog juga…
    Sesetengah hal memang tidak dapat kita elakkan, dan saya rasa saya memahami situasi anda sekarang.

    Million of thanks sebab tetap datang komen di blog saya walaupun saya tak buat sebarang BW & CE lebih sebulan..huhu..

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2011 at 1:01 am

      Terima kasih Zezebel. Saya lawat blog Zezebel untuk memperbaiki vocab English saya 🙂

      Reply
  3. intankuterpilih says

    5th May 2011 at 11:28 am

    blog ku pulak dah berbulan tak update…

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2011 at 1:00 am

      Memang lama sangat tidak kemas kini blog. Ingatkan merajuk 🙂

      Reply
  4. MEKAR says

    3rd May 2011 at 5:02 pm

    wah.. ramainya org dah komen sini.

    akubio, Biasalah tu. seorang ketua keluarga, mana sempat nak galas banyak tanggungjawab termasuk nk update blog memanjang.lagipun kamu ada anak kecil yg perlu diberi perhatian. Dua entri pun dah cukup baik drp senyap sunyi terus

    Reply
    • akubiomed says

      6th May 2011 at 12:59 am

      Terima kasih. Saya kena terima ada masa blogger mempunyai pasang surutnya

      Reply
  5. Ismail N says

    1st May 2011 at 9:32 am

    He he.. baby Roq kawe dah besar sikit. Kalau tak buat hal, biasanya pandai lah pukul 8 masuk tido sendiri. Kalau tak, hmmm.. dia lepak aje sebelah meja bapak sampai time bapaknya masuk tido sama… 😀
    Tapi masa awal2 tu mmg ler… 2 entri seminggu gak 😉 😉
    Psstt: Bro, jangan biasakan baby tido di buaian.. Errr.. tak pening ke bila bawak jalan nanti, tak de buaian? 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:39 pm

      Anak-anak yang sebelum ini tidak pernah tidur buai kerana tidur atas peha babahnya sahaja. Emaknya yang mengajor untuk Baby Aslah kali ini 🙂

      Reply
  6. Zida says

    30th April 2011 at 11:28 pm

    Dah sihat belum si adik comel tu? Kirim salam kat die ek. Heheh takpe. rilek2 je. Zida pun rasa 2 minggu sekali je kot. Lagi2 dah nak exam ni. Lagi 40 hari je kot. HUhu

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:38 pm

      Selamat menumpuh peperiksaan. Nanti saya sampaikan salam kepada baby Aslah

      Reply
  7. mancai says

    29th April 2011 at 9:11 am

    adus samalah kita bro.. bila anak tak sihat memang kerisauan lebih dari segala… update blog pelan2 kayuh erk bro… rakan2 blogger rasanya sentiasa memahami…

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:37 pm

      Terima kasih. Senang berkomunikasi blogger-blogger bapa yang mempunyai anak kecil kerana mereka ini memahami 🙂

      Reply
  8. zik says

    29th April 2011 at 3:29 am

    anak2 kena jaga, kalau tak nak susah dibuatnya.. yang bujang2 nie takpelah takda banyak sangat kotmitmennya… cuma kewajipan tak boleh tinggalkan jugak… <<– diri sendiri..

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:35 pm

      Tidak apa boleh belajar dari entri blogger yang sudah berkeluarga kerana akan entri mengenai famili yang ingin dikongsikan

      Reply
  9. Chybee says

    29th April 2011 at 2:50 am

    xpelah, anak lebih penting kan. hehe…semoga baby aslah xmeragam2 lagi 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:34 pm

      Tidak tahu berapa lama ragam Baby Aslah ini akan redah

      Reply
  10. benjy says

    28th April 2011 at 11:47 pm

    Antara aksi paling sukar ialah mendodoikan anak dalam buayan sambil tangan kanan menaip entri … dashyat-dashyat … aksi sebegitu pelum pernah b3njy lakukan lagi … itu kira aksi stunt man juga kan … hehehehehe … stuntman blogger dan tak semua blogger boleh buat aksi tu …

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:29 pm

      Saya suka perkataan stuntman blogger. Ha..ha..

      Reply
  11. Hisyam says

    28th April 2011 at 1:42 pm

    Hahaha, bagusnya main blog sambil jaga anak lagi tu. Contoh bapa terbaik.!

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:28 pm

      Anak sudah meragam kena layan dahulu kalau yang bersembang YM tentu susah

      Reply
      • Hisyam says

        5th May 2011 at 1:37 pm

        hehe, luangkan masa dengan anak lebih penting.

        Reply
  12. hafidz says

    28th April 2011 at 11:08 am

    bapa mithali yang bertangunggjawab terhadap keluarganya =)

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:27 pm

      Terima kasih, mudah-mudahan menjadi yang lebih baik. 🙂

      Reply
  13. Kamal Mustafa says

    28th April 2011 at 10:20 am

    KM pun time betul2 free aje buat entry.Tak perlu rush sangat.Janji jangan senyap terus sudah.

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:16 pm

      Yelah jangan terlalu lama untuk tidak dikemas kini

      Reply
  14. Pejuang Kesenian Extreme says

    28th April 2011 at 6:08 am

    Ini betul2 terdesak nak update blog sampai tangan kiri membuai anak,tangan kanan pegang laptop..

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:15 pm

      Ha..ha..pandai hang kalau tidak blog tidak dikemas kini untuk jangka masa yang panjang

      Reply
  15. LiFe KaMi says

    28th April 2011 at 2:45 am

    ini lah dinamakan bapa mithali bro..hehe
    bukan senang nak dodoi anak yg meragam ni..
    kami pun sama le disebabkan ada baby jadi busy utk berblogging,
    harap anak bro sihat selalu..:)

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:12 pm

      Nak masuk 6 bulan Baby Aslah meragam lebih daripada biasa

      Reply
  16. Razlan says

    27th April 2011 at 4:07 pm

    Memang respek betul la kat bro akubiomed ne,dodoi anak sambil tulis entry ,tak ramai yang boleh buat tu.

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 2:07 pm

      Ha..ha..memang tidak selesa sebelah tangan menaip dengan sebelah tangan mendodoi anak

      Reply
  17. syahrilhafiz says

    27th April 2011 at 3:47 pm

    haha, macam tu pun ada
    sambil blogging dodoi anak
    saya tabik bro lah!

    Reply
    • Ismail N says

      1st May 2011 at 9:35 am

      Skill yang lebih hebat dari gelecekan Lionel Messi tu.. 😀

      Reply
      • akubiomed says

        1st May 2011 at 11:40 am

        Ha..ha..saya ini kaki bangku 🙂

        Reply
  18. MDHAFiZ.NET says

    27th April 2011 at 3:31 pm

    sudah menjadi lumbar seorang blogger 🙂

    Reply
  19. Kimmy says

    27th April 2011 at 3:07 pm

    Baby Aslah sdg intai babah nya (dari dlm buaian) update blog ye.

    btw, nice blog. i follow 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 12:15 pm

      Betul sekejap sahaja tidur didalam buai asyik hendak berhenjut sahaja

      Reply
  20. syafiq says

    27th April 2011 at 3:06 pm

    hehe,teringat kt blog sendiri yg dh lma x update 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 11:54 am

      Menjadi blogger part time ada pasang surutnya. Ada ide tapi tidak ada masa pula. Ada masa tapi tidak ada ide pula 🙂

      Reply
  21. adele says

    27th April 2011 at 1:18 pm

    nampaknya bro sibuk skrg..hehe..takpelah 2 entri pun..asalkan berupdate jgk kan..hehe

    tp ini lah contoh bapa mithali, kiri menghayun buaian, kanan berblogging 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 11:52 am

      He..hee..jauh sekali hendak menajadi bapa contoh. Cuma nak masuk 6 bulan baby Aslah meragam

      Reply
  22. nizam says

    27th April 2011 at 8:43 am

    fokus mana yang penting lagi bagus kan… hidup pun tenang jer… 😉

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2011 at 11:50 am

      Hari-hari mengadap blog sahaja pun tidak boleh. Pembahagian masa penting untuk mengimbangi menulis blog dan famili

      Reply
      • nizam says

        3rd May 2011 at 8:29 pm

        betul..itu sebaiknya bro….
        baru orang kata smart blogger kan…. hik3

        Reply
  23. titan says

    27th April 2011 at 6:35 am

    biasalah tu. nasib ada dua entry tu. Nasihat aku, masa ada masa, ko hentam terus 3-5 artikel. Setkan masa sahaja. Jadi, artikel tu akan keluar on time..takdelah pening kepala.. Aku pun buat macam tu sekarang. Kekadang, busy kita tak ikut tempat..bukan bagi hint atau signal pun..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 7:07 am

      Dulu buat macam itu juga. Apabila ada peluang tulis 2 entri tapi sekarang nampak macam sukar sahaja

      Reply
  24. shamizu says

    27th April 2011 at 6:28 am

    Dua entry pun okalah bro. Janji gempak dan ada qualiti.
    Nak fokus pun susah gak kalau ada komitmen lain.
    Kalau sekadar ulas isu semasa mungkin tak jadi hal. Topik hari-hari ada tapi kalau guna idea sendiri, haru juga nak cari idea.

    apapun, Keluarga didahulukan, Berblog diutamakan.

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 7:07 am

      Terima kasih kerana memberi kata-kata perangsang untuk saya menulis blog

      Reply
  25. catzer says

    27th April 2011 at 4:39 am

    still byk kali ko update dr aku huh..sebulan sekali nak dptpun susah..heheheh

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 7:06 am

      Oh ye ker. Terima kasih. Menulis blog adalah terapi kepada saya

      Reply
      • suri says

        29th April 2011 at 10:43 am

        minat best juga bro heee

        Reply
  26. tehr says

    27th April 2011 at 2:59 am

    aku dah alami semua ni
    memang banyak dugaan

    tapi kepuasan dapat dodoikan anak sampai tidur tak kan sama dengan kepuasan berblog

    gambar tu memberi seribu cerita
    terkenang pula kisah ketika anak masih kecil
    hehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 7:05 am

      Anak-anak saya yang lain sudah besar cuma tinggal baby Aslah yang baru hendak masuk 6 bulan

      Reply
    • dnoBiz says

      28th April 2011 at 9:14 pm

      anak dah besar besar tu tehr…
      tak teringin ke nak yang kecil pula 😀

      Reply
  27. dnoBiz says

    27th April 2011 at 1:10 am

    hahah aku pun hadapi sindrom yang sama macam bro… kekangan masa

    Ps : meja lipat nga coolerfan kita hampir sama hahah

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 7:04 am

      Cooler Fan yang digunakan tidak efektif gagal mengurangkan panas. Beli mahal pula tuh

      Reply
  28. donny says

    26th April 2011 at 11:00 pm

    Saya pon busy gila-gila sampai jarang sudah ke sini.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 7:03 am

      Terima kasih bro Donny kerana singgah di sini. Sudah mula berpindah ke KL?

      Reply
      • donny says

        30th April 2011 at 7:48 pm

        Ke Sabah dulu 24 mei – 13 jun bercuti baru ke KL.. harap2 semuanya ok.

        Reply
  29. decrewz says

    26th April 2011 at 7:01 pm

    Dulu jai terkejer2 jugak.. Sekarang dah low.. Banyak perkara penting lain nak diutamakan.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 7:02 am

      Pengantin baru mana boleh menghadap blog sahaja 🙂

      Reply
      • decrewz says

        28th April 2011 at 2:02 pm

        nanti kne tido luar..ha3

        Reply
        • Mus says

          30th April 2011 at 10:20 pm

          hahaha.. cubalah kalau brani

          Reply
  30. nuriz says

    26th April 2011 at 5:01 pm

    cabaran tu sambil nak blogging sambil nak dodoi anak hehehe..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 7:02 am

      Memang mencabar kerana apabila anak meragam memang meraban menulis blog 🙂

      Reply
  31. Fitrihadi says

    26th April 2011 at 4:37 pm

    wah bapa mithali ni.. pentingkan family dulu baru bleh fokus kan benda lain.. bagus2.. thumbs up 🙂
    .

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 7:00 am

      Terima kasih.Gelaran bapa Mithali tidak sesuai kot kerana hanya gambar mendodoikan anak 🙂

      Reply
  32. suri says

    26th April 2011 at 4:27 pm

    klua da ank kecik cam tu le rutin harian sbg ibu bapa..penat2 pun layan anak juga…:)

    asal bunga yg kembag akan jaga s baiknya dg penuh ksih sayang 🙂

    slmt mjga ank bro

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:59 am

      Terima kasih. Seharian ibunya melayan ragam lepas balik kerja diambil alih oleh saya pula

      Reply
      • bEe says

        28th April 2011 at 9:05 am

        @akubiomed : sejuk hati sang wife bila hubby take over d place. hihihi

        Reply
  33. suri says

    26th April 2011 at 4:23 pm

    hai bri berapa banyks maje laptop bro?

    Reply
    • akubiomed says

      30th April 2011 at 7:35 pm

      He..he..ada 2. Tempoh hari kecil sangat kemudian beli besar sikit 🙂

      Reply
  34. Mrs.Ayie says

    26th April 2011 at 3:47 pm

    Semoga baby Aslah cepat sembuh.Betul tu, family first. nanti dah selesai semuanya kembalilah menulis 😀

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:58 am

      Demam panas sudah tidak ada tetapi selsema pula

      Reply
      • bEe says

        28th April 2011 at 9:04 am

        @MrsAyie : budak nak besar mcm tu lah…. 😉

        @akubiomed : moga dpt bersabar ye layan karenah anak sakit…. kdg2 bEe pun tak tahan juga. hehe

        Reply
  35. Ali ridha says

    26th April 2011 at 3:04 pm

    begitu besar cabaran seorang blogger,suami dan babah.

    Reply
    • akubiomed says

      30th April 2011 at 7:37 pm

      He..hee..bro bila lagi?

      Reply
  36. bEe says

    26th April 2011 at 1:31 pm

    Tp kdg2 idea melambak2 cuma takde masa especially mood takde tu yg nak mengarang mcm malas aje… 😉

    p/s : tak menahan gambo dodoi anak sempat on laptop. Sapekah yg tukang snap tu yer? Adakah sang wife???? 🙂

    Reply
    • suri says

      26th April 2011 at 4:25 pm

      haaa…wife dia ar tu kakak bee sapa lagi takan ank dia pula hee…

      cian anak dia di duakan oleh laptop heeee

      Reply
      • bEe says

        28th April 2011 at 9:01 am

        @suri : hahaha….. mcm2 suri ni! Sbnrnya masa kita dodoikan anak pun tension tau. Nasib si akubiomed ni ada idea utk tidak tension hehehe

        Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:57 am

      Ide banyak itu sudah bagus. Boleh simpan dalam draft. Betul gambar snap oleh isteri 🙂

      Reply
      • bEe says

        28th April 2011 at 9:02 am

        @akubiomed : nasib sang wife sporting kan kan kan!!!!

        Reply
  37. bEe says

    26th April 2011 at 1:26 pm

    bEe pun ketandusan idea juga. Cuma post yg draf aje skang ni. Huhuhu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:56 am

      Kira okay juga bEe ada stok entri boleh post bila-bila masa sahaja

      Reply
      • bEe says

        28th April 2011 at 8:57 am

        hahaha……….
        stok bila diperlukan shj….

        Reply
  38. pipoq says

    26th April 2011 at 12:43 pm

    biasa la tu bro..aku pun kalo anak meragam tak sihat memang tak lekang sampai nak buat ape pun tak jadik..

    apa pun didoakan semoga baby Aslah cepat sembuh..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:55 am

      Terima kasih bro. Baby Aslah meragam sahaja tidak mahu lepas dari dakapan

      Reply
  39. PakarBuahPinggang says

    26th April 2011 at 12:35 pm

    Bro sama macam saya.Sambil dodoi anak di atas riba sambil melihat laptop.Tapi agak terganggu melakukan kerja sebegitu.Tapi itu;ah tanggungjawab,jadi kenalah pikul juga.

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:54 am

      Nak tergelak juga melihat gambar sambil blog sambil mendodoi anak. Betul-betul blogger tegar 🙂

      Reply
  40. Affan says

    26th April 2011 at 12:33 pm

    haha. takpe bro, dahulukan mana yg penting dulu hehe.

    ok lah tu, saya pun baru je update semalam, haritu busy exam 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:52 am

      Perasan juga blog bro lama tidak ada entri terbaru. Selamat kembali berblog

      Reply
  41. Amry says

    26th April 2011 at 11:38 am

    biasalah bro dunia seorang blogger ni….masa sememangnya sangat mencemburui…

    bapa mithali!!

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:51 am

      Dulu ingat cabaran blogger disebabkan tidak ada ide dan ke sibukkan tidak sangka ada faktor lain yang menyubangkan kekangan masa

      Reply
  42. maza says

    26th April 2011 at 11:33 am

    huhuhu.. patut ler tenggelam timbul rupanya baby aslah tak sihat..

    moga2 baby cepat sihat dan dapat gigi yg cantik2 gitew.. hehehe

    (psst: tooth fairy not avail in malaysia.. hehhe

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:50 am

      Yelah Maza. Tidak dapat nak lantun-lantun

      Reply
      • bEe says

        28th April 2011 at 8:55 am

        @maza : ha’ah kan tooth fairy kat Mesia takde (mmg tahyul sungguh!) 🙂

        @akubiomed : Lantun bola ajelah 😛

        Reply
        • akubiomed says

          30th April 2011 at 7:38 pm

          Ha..haa…saya ini layak lantun bola sahaja sebab kaki bangku 🙂

          Reply
  43. abby kamil says

    26th April 2011 at 11:08 am

    saya pon dah malas nak blogging.

    huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:49 am

      Jangan macam tuh. Ubat malas susah hendak dapat penawarnya

      Reply
    • benjy says

      28th April 2011 at 11:59 pm

      Kalau tak dapat update entri jadi pengomen setia pun jadilah… hehehehe

      Reply
  44. sw33tdarling says

    26th April 2011 at 10:10 am

    mithali sangat!! hehehehe shuker….!

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:49 am

      Terima kasih. Setakat mendodoi anak belum lagi layak bapa contoh. 🙂

      Reply
  45. BroZooL says

    26th April 2011 at 9:53 am

    Takper bro..saya pun tak sempat2 nak update blog bila bergelar bapak ni..mungkin tggu anak besar cket baru sonok nak berblogging..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:48 am

      Tanniah bro Zool kerana bergelar bapa. Anak yang ke berapa?

      Reply
      • benjy says

        28th April 2011 at 11:57 pm

        Mungkin satu hari nanti boleh buat komuniti ‘Bapa-bapa Blogger’

        Reply
        • akubiomed says

          29th April 2011 at 12:22 pm

          Ha..ha..boleh difikirkan nanti 🙂

          Reply
          • suri says

            4th May 2011 at 1:54 pm

            ibu-ibu blogr ok gak hoooo 😉

            Reply
  46. anif says

    26th April 2011 at 8:48 am

    Berblog sambil mendodoi anak tu “cool” juga :)hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:47 am

      Macam-macam cara hendak memujuk baby Aslah. 🙂

      Reply
      • benjy says

        28th April 2011 at 11:56 pm

        Ada ciri2 ayah mitali tu … kalau anak besar nanti nengok entri ni mesti terharu tu …

        Reply
        • akubiomed says

          29th April 2011 at 12:31 pm

          Ha..haa..moga-moga menjadi realiti. Harapan semua bapa muda mengharapkan anak-anaknya berjaya di dunia dan di akhirat 🙂

          Reply
      • suri says

        4th May 2011 at 1:42 pm

        bby msh kecil.tunggulah bila anak dah besar sok dia akan tertinjau2 apa kerja yg ayah dia bt slma ni heeee

        Reply
  47. tengkorak emas says

    26th April 2011 at 8:00 am

    walaupun 2 entri, tapi seronok untuk kembali dan berbalas komen di dalamnya, terutama entri seram tu he

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:46 am

      Terima kasih bro TE. Tidak sangka entri mengenai filem seram mendapat perhatian tapi sayangnya saya tidak berkesempatan menyertai komen-komen yang diberikan

      Reply
      • bEe says

        28th April 2011 at 8:48 am

        @akubiomed : Org yg dah punya family owez tak sempat kan kan kan! 😉

        Reply
        • akubiomed says

          29th April 2011 at 12:33 pm

          Blogging bukan sepenuh masa jadi saya mengunakan masa yang ada untuk menulis blog

          Reply
      • benjy says

        28th April 2011 at 11:54 pm

        Bila b3njy dah balik bekerja semula mungkin tak sempat membalas komen juga… cuba sebaik mungkin

        Reply
        • suri says

          29th April 2011 at 10:42 am

          tahu tak per bro benjy heee.. tamabh entri, bls komen,tgok enrti lama msh ada yg mndpt perhatin juga heee…

          ada free blh aja diblas klu tak free tandanya diri sdg dilambung bz heeee

          Reply
  48. Mus says

    26th April 2011 at 7:45 am

    itulah cabaran blogger bekerluarga.. family first!!

    Reply
    • dnoBiz says

      27th April 2011 at 1:11 am

      dan juga blogger berkerja hehehe…
      Ps : kekangan masa selalu membantu apa yang ada dalam kepala

      Reply
      • akubiomed says

        28th April 2011 at 6:45 am

        Pembahagian masa penting yang bekerja dan berkeluarga mempunyai msa yang terhad.

        Reply
        • benjy says

          28th April 2011 at 11:52 pm

          Sebagai seorang blogger yang berkeluarga dan bekerja masa itu adalah emas

          Reply
          • suri says

            29th April 2011 at 10:40 am

            kluga keje dua penting heee..

            jgn abaikan juga solat hooo…

            buat mana yg penting tu lbih di sarankan 🙂

            Reply
          • akubiomed says

            29th April 2011 at 10:58 pm

            Solatkan tiang agama

            Reply
  49. Eizil says

    26th April 2011 at 7:04 am

    Rasanya tak perlu mengejar bilangan entri, seandainya kita berkesempatan, kita tulis banyak, andai tidak, kita tulis bila mempunyai peluang. Lainlah kalau bro memang blogger sepenuh masa, 2 artikel tuh mungkin mendatangkan masalah.

    Apapun, semoga bro dan keluarga hidup bahagia, semoga segala permasalahan akan dapat diselesaikan dengan mudah.

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2011 at 6:44 am

      Terima kasih kerana memberi nasihat. Baru hari ini berpeluang untuk online

      Reply
      • benjy says

        28th April 2011 at 11:49 pm

        Bila dapat peluang online seronok betul kan … hehehehe

        Reply
        • suri says

          29th April 2011 at 10:38 am

          yelah jgn pksa bt mana mmpu hee..klu mencari rzki cam bro boss lain kisah 🙂

          semoga bro akan bsmgat utk hasilakn entri yg tbaru lagi heee..

          ker??? bro ni kurg sht smhaj dua ni?? atau BZ huuuu

          Reply
          • akubiomed says

            29th April 2011 at 10:59 pm

            Kerja sendiri perlu berdisiplin kalau tidak kerja miss soru nanti

            Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in