TNB e-Services memudahkan pemantuan pengunaan tenaga elektrik

TNB e-Services untuk pemantuan pengunaan tenaga elektrik

Sebelum ini saya pernah berkongsi pengalaman mengunakan lampu Energy Saver dan terbaru adalah pemasangan lampu LED di rumah saya. Pemasangan lampu LED adalah mengantikan lampu Energy Saver yang dipercayai mengandungi merkuri boleh memberi kesan kepada kesihatan. Tahukah semua bahawa Tenaga Nasional Berhad(TNB) ada perkhidmatan menyediakan TNB e-Services untuk pengguna memantau pengunaan tenaga elektrik dan bil bulanan?

Lampu Energy Saver
Lampu Energy Saver 8W bersamaan 40W mentol lampu filamen

TNB e-Services untuk pengguna bijak.

Lampu LED yang teknologi hijau
Lampu LED yang teknologi hijau

Pendaftaran TNB e-Services boleh didaftar di laman TNB dengan mudah secara online mengunakan nombor rujukan bil . Boleh klik TNB e-Services untuk mendaftar.

TNB e-Services
TNB e-Services

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh TNB e-Services

  • Bayar bil elektrik secara online.
  • Melihat butiran akaun TNB pengguna.
  • Melihat bil terkini dan terdahulu.
  • Memantau pengunaan elektrik bulanan.

Pengunaan bil elektrik di rumah saya yang dipantau melalui TNB e-Services.

Senarai bil pengunaan tenaga elektrik bulanan

Graf pengunaan tenaga bulanan

Tip ringkas ketika membeli barangan elektrik.

“Di Malaysia, kita memerlukan minyak yang banyak untuk menghasilkan tenaga dan untuk kegunaan kenderaan. Barangan pengguna di rumah yang paling banyak menggunakan tenaga adalah  peti sejuk. Suruhanjaya Tenaga di Malaysia telah membangunkan skim pelabelan penggunaan tenaga elektrik.” Sumber: Konsumer KINI

Label cekap tenaga

Suruhanjaya Tenaga di Malaysia telah memperkenalkan label kecekapan tenaga elektrik kepada pengguna supaya bijak membuat keputusan ketika membeli barangan elektrik. Label yang mempunyai  taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga  yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.

Tidak ada magik yang saya lakukan untuk penjimatan bil eletrik bulanan. Kalau saya boleh anda tentu boleh melakukan.

68 total views, 1 views today

63 thoughts on “TNB e-Services memudahkan pemantuan pengunaan tenaga elektrik”

  1. Dah dua kali TNB salah baca meter rumah saya. Kali pertama kena tak sampai RM10 dan dapat subsidi kerajaan. Bulan seterusnya terus kena beratus-ratus. Kali kedua, pun dapat bil sikit gak tp terus saya telefon tnb seuruh dia keluarkan bil baru. Mana tahan sbb bil elektrik melebihi 400 unit mahal giler

    [Reply]

  2. Oh..rupanya energy saver ni boleh mbahayakan kesihatan ya. Nampaknya bila lampu sediada ni rosak, sya nak ganti dengan lampu LED la.
    Satu lagi kalu nak jimat letrik, sya basuh kain (guna mesin) pada waktu malam saje . Pastu plug2 utama contohnya plug yg disambung pd tv harus tutup pada malamnya (sekiranya dh xtonton tv). Esoknya bila nak tonton tv baru buka plug utama semula. Eh..bro, betul ke teori yg sya dok amalkan ni
    Mekar recently posted…Manfaat BekamMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Betul dah tuh. Jangan letak barangan elektrik pada standby mode kalau boleh habis guna tutup suis utama. Selalunya laptop dan desktop pc kita suka letak standby mode ia mengunakan tenaga elektrik juga.

    [Reply]

  3. agak2 macam mana nak latih anak supaya rajin tutup lampu atau kipas..kena dari umur berapa tahun tu.. kalau ikut ati potong dari belanja sekolah, boleh?

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau potong duit poket bisinglah mereka ini. :-)

    [Reply]

  4. semua da mudah..x perlu lg nak keluar bg mereka2 yg tidak ada masa nak membayar di kaunter..

    //…jiran chii ada guna satu plug yg boleh menjimatkan penggunaan elektrik..lupa plak apa namanya..harga dlm lebih kurang 100 ++ memang nampak berkesan…bil elektrik kurang 20% kalau x silap

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ada alat penjimat elektrik memang terbukti menjimatkan pengunaan tenaga elektrik.

    [Reply]

  5. bab guna elektrik ini mmg sy berkira sikit hee.dok apa cuma klu cma nk basuh bju tu syy slu basu smgu 2 kli ok..tupun bukan hari2 basuh sb pikir mesin basuh sllu byk tenaga di guna pakai.sb umh pakai automatik punya huu…

    [Reply]

  6. good info bro…macam tengok trafik blog pulak….ade pr ranking tak he he…produk dgn lebel save energy zaman sekarang ni…memang betul betul save penggunaan elektrik…contoh peti ais teman ganti 2 tahun lepass …sebab yg lame daah kong kali kong…jenis baru toshiba hybrid dgn label save energy…memang terbaik…tombol penyejuk hanya di letak pada 1 sahaja…dah cukup kalau macam dulu2 tu kena letak 3 baru sejuk, tapi yg baru ni satu shj…tak bleh sampai 3 nanti dgn peti2 ais beku…tapi memang jimatkan penggunaan elektrik la
    apaajanews recently posted…Resipi Betty CrockerMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Peti sejuk antara peralatan elektrik yang kuat mengunakan tenaga elektrik. Saya percaya peti ais sejuk yang baru sudah ada teknologi untuk penjimatan pengunaan tenaga elektrik.

    [Reply]

    nurmisnan
    Twitter:
    Reply:

    pernah tanya pd staff penjual, lagi besor peti ais lebih jimat tenaga elektrik..
    nurmisnan recently posted…Beberapa tanda kita akan terkena penyakitMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau di Semenanjung sudah ada label kecekapan tenaga memudahkan pengguna membuat keputusan untuk membeli produk terbaik untuk mereka.

    [Reply]

  7. aku pun dah guna perkhidmatan ni… memang senang.. tapi penggunaan elektrik aku susah betul nak turunkan… ish2

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tak apa bro. Sedikit-sedikit menurun bil elektrik bulanan.

    [Reply]

    suri Reply:

    klu anak ramai bilik punya byk mesti bil penggunaan dia tinggi alahai..

    [Reply]

  8. bagus ada system macam ini, memudahkan pengguna untuk tengok trend penggunaan elektrik mereka. Jadi boleh membantu pengguna berjimat.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Mudah juga hendak pantau tetapi ada usaha untuk menjimatkan pengunaan tenaga elektrik dirumah khususnya.

    [Reply]

  9. sangat jimat bil ni.. tunggu anak2 besar nanti pandailah derang pakai barang2 letrik.. kalau on kipas lampu kadang2 suka tak tutup

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya selalu bising kalau anak buka lampu tapi tidak padam. :-)

    [Reply]

  10. good info ni bro..baru saya tahu energy saver bulb ada beri kesan kpd kesihatan ..LED tu brp harganya ?

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Harga mentol LED jenama Philips boleh dibeli pada harga bawah RM100. Dirumah saya sekarang banyak mengunakan lampu Energy Saver dan tidak sangka ada masalah keracunan merkuri. Apa saya pelan adalah menukar semuaa lampu Energy Saver kepada lampu LED. Lagi pun jangka hayat lampu LED boleh mencapai 25 tahun.

    [Reply]

  11. Nampaknya penggunaan elektrik kita lebih kurang sama jer ni. Kalau bertukar kepada mentol jimat tenaga memang nampak kesannya.

    Cuma sekarang ini sedang berusaha untuk menggantikan peralatan elektrik di rumah kepada peralatan cekap tenaga. Insyallah..
    anif recently posted…Ferrari 250 GTO – Kereta Termahal Di BritainMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Pada masa akan datang saya akan lebih peka dengan label kecekapan tenaga ketika membeli barangan elektrik.

    [Reply]

  12. alamak, maza baru pasang mentol energy saving, 28 watt punya…. huhuh

    rasanya tunggu mentol ni terbakar baru berganti yg LED punyalah..
    thanks for the info bro!
    really useful!

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau pasang 28W sangat terang. Dirumah saya guna 5W dan 8W sahaja pun sudah cukup terang.

    [Reply]

  13. oh ada system tracking untuk penggunaan elektrik nampaknya.

    honestly, selama ni tak pernah pun nak track benda-benda ni semua sebab bil elektrik tak mahal. Kurang dari RM20 sebulan.

    Dan berselang-seli pulak tu. Bulan ni kena bayar, bulan depan tak perlu bayar.
    sabree hussin recently posted…Penjelasan Mengenai Konsep Compounding Interest RateMy Profile

    [Reply]

    b3njy Reply:

    Mai i, … jimatnya bil hanya RM 20 je … kalau Benjy boleh mencecah RM 70 OOooo … :(
    b3njy recently posted…SELEPAS DI MADU ISTERI PERTAMA BERGETAH KEMBALIMy Profile

    [Reply]

    muazfaris Reply:

    banyak nye jimat..!!

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Macam kawasan perumah tempat saya bil TNB 2 bulan sekali.

    [Reply]

    Affuan Reply:

    Sama la. Buat orang terkejut je bil latest banyak gila. Rupanya 2 bulan. Hehe.

    [Reply]

    Mekar Reply:

    en sabri, macamna boleh jadi bulan ni bayar..bulan depan tak bayar? seronokny:-)
    Mekar recently posted…5 WasiatMy Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge