• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Jimat bil elektrik cara mudah my style

Jimat bil elektrik cara mudah my style

8th January 2014 by akubiomed 41 Comments

Cara mudah saya amalkan cara jimat bil elektrik

Sebelum memasuki rumah yang diduduki sekarang sudah berazam untuk berjimat cermat penggunaan tenaga elektrik bulanan. Maklumlah masih baru lagi membina kehidupan sebagai pasangan berkahwin pada ketika itu. Perbelanjaan kami perlu diatur supaya segala pembayaran dan pinjaman boleh dibayar mengikut masa yang ditetapkan. Apa bila baru-baru ini diumumkan bil elekrik naik ramai pengguna yang mengeluh.

Memasang lampu energy saver mengantikan lampu lampu kalimantan

Lampu Energy Saver 8W bersamaan 40W mentol lampu filamen

Lampu kalimatan mengunakan tenaga elektrik yang banyak. Kalau kita baca pada badan ballast lampu kalimatan tertulis label guna tenaga 40W. Saya mengambil langkah mengunakan lampu energy saver yang bernilai 8W bersamaan kuasa kecerahan lampu filamen 40W.

Boleh buat congakkan kasar beberapa besar perbezaan nilai wattnya. Mungkin ada yang mengeluh harga lampu energy ini mahal tetapi kalau perasan ada lampu energy saver yang murah dijual dipasaran boleh dibeli kurang dari RM10. Didalam jangka masa panjang dapat elak bayar bil elektrik tinggi.

Memasang lampu diruang yang diperlukan

Sebagai pasangan yang baru berkahwin pada ketika itu saya tidak perlu memasang setiap ruang dengan lampu. Jadi ruang yang pasang lampu adalah seperti ruang tamu, luar rumah, bilik, dapur dan bilik air. Bunyinya seperti kedekut kalau difikirkan balik saya mengunakan satu bilik dari 4 bilik jadi tidak tidak perlu pasang lampu. Setiap bulan saya peruntukkan bajet sebiji lampu dan perlahan-lahan setiap ruang akan dipasang lampu.

Cara jimat barangan elektrik yang tidak mempunyai teknologi inverter

Kebanyakkan barangan elektrik saya guna pada ketika itu belum ada lagi teknologi inverter diperkenalkan. Peti sejuk dan seterika antara barangan elektrik yang dikenal pasti mengunakan tenaga elektrik yang banyak. Mengosok baju dengan mengumpul baju yang perlu digosok dengan kuantiti banyak dapat mengurangkan pengunaan elektrik bukan kekerapan mengosok sehelai sehingga 2 helai setiap kali mengosok.

Merancang pengunaan barangan elektrik dengan bijak

Mesin basuh rumah digunakan 2 kali didalam sehari. Jadi aktiviti membasuh dengan muatan penuh dapat mengurangkan kekerapan membasuh pada kuantiti sedikit.

Tidak meninggalkan barangan elektrik didalam mode sleep atau standby

Lampu LED yang teknologi hijau

Walaupun barangan elektrik seperti TV, laptop dan sebagainya diletakkan mode sleep atau standby masih lagi mengunakan jumlah elektrik pada jumlah kecil. Dinasihatkan off terus untuk memberhenti pembaziran elektrik.

Sikap bertanggungjawab menutup suis

Ini adalah tabiat perlu dipupuk didalam diri supaya setiap kali menguna bilik air atau meninggalkan ruang didalam rumah memadam suis sebelum beredar. Sikap ini kurang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

 

(Import) 25000W Powerful Electricity Saving Box Save Electric Bill Energy – 5 Units Diskaun 91%

Jimat elektrik sehingga 30% sebulan
SKU: OE702HLCSE3YANMY-3761206
Harga Runcit: RM599
Diskaun: 92%
Harga Diskaun: RM50.88

Memantau pengunaan elektrik dengan TNB e-Services

Kita boleh memantau pengunaan bil elektrik online dengan mendaftar dengan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak TNB e-Services. Perkhidmatan memudahkan memantau dan mendapat notis bil elektrik yang dihantar ke akaun email pengguna setiap bulan.

Sekian sahaja sedikit saya amalkan didalam kehidupan saya untuk dikongsikan bersama. Sebarang cadangan boleh ditambah diruang komen supaya kita sama-sama berjimat.

  • Berapa Bil Api Korang?
  • TNB e-Services memudahkan pemantuan pengunaan tenaga elektrik
  • Reviu Ringkas Pemukul Nyamuk Elektrik atau Electric Mosquito Swatter

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Khadeejah Hasmad says

    17th January 2014 at 7:57 am

    Waahhhh, terima kasih kerana berkongsi. Entry yang sangat2 membantu.

    Reply
  2. tips says

    10th January 2014 at 3:59 pm

    Bagusnya artikel jimat cermat ni.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2014 at 5:30 pm

      Ada perkara yang kita boleh kawal dan ada yang tidak boleh kawal. Contoh barangan elektrik kalau yang mengunakan tenaga elektrik tinggi seperti peti sejuk dan seterika. Cuma perlu bijak kekerapan mengunakannya.

      Reply
  3. Amirul says

    10th January 2014 at 3:47 pm

    Tak guna air-con ke?

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:09 am

      Saya guna pendingin udara hampir setiap hari. Cara guna dengan set timer dan suhu ideal 24C.

      Reply
  4. kesoma.rai says

    10th January 2014 at 1:30 pm

    saya pun dah meringankan tangan tutup suis alat elektrik mcm laptop dan tv.. tapi tv rumah kami dah rosak.. so memang selamat lah skang..hahaha..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:34 am

      Setahu saya TV LCD mempunyai kecekapan pengunaan tenaga yang tinggi berbanding TV CRT.

      Reply
  5. suri says

    10th January 2014 at 9:09 am

    cara terbaik tapi ramai orang tak gunakan uh…

    Reply
    • HipMom says

      10th January 2014 at 9:35 am

      Sebenarnya, walaupun dah off tapi kalau masih tak cabut plug tu aliran elektrik masih ada sedikit. Nak jimat lagi, terus cabut plug tu. Ini pesanan org TNB sendiri.. Allahu’Alam,

      Reply
      • akubiomed says

        11th January 2014 at 1:36 am

        Sebenar tidak ada pengaliran arus elektrik selepas suis ditutup tetapi sebaik-baik dicabut plug. Jika berlaku kilat akibat voltan tinggi mampu merosakkan barangan elektrik.

        Reply
  6. Azman Ismail says

    9th January 2014 at 7:52 pm

    Rumah saya pon bil lebih kurang tu jugak, langkah2 penjimatan memang dah lama amalkan. Hasil nya memang dapat jimat.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:37 am

      Sama-sama kita mendidikan ahli keluarga supaya berjimat pengunaan elektrik.

      Reply
  7. Syahril Hafiz says

    9th January 2014 at 5:22 pm

    macam tak percaya bro yang dah berkeluarga ni mampu jimat elektrik sebanyak tu. Saya kasi thumbs up sebab ajar keluarga amalkan penjimatan elak pembaziran. Tahniah!

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:37 am

      Semuanya bermula diri sendiri. Bising juga mulut saya kalau anak-anak tidak tutup lampu selepas mengunakannya.

      Reply
  8. onlajer says

    9th January 2014 at 4:32 pm

    hehe nanti – nati aku nak perkenalkan lampu yang mengunakan teknologi reaktor yang dikatakan lebih jimat tenaga.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:39 am

      Sejak berlaku kebocoran radiasi reaktor nuklear di Jepun sudah ada usaha mengunakan sumber tenaga alternatif lebih bersih dan mesra alam. Bayangkan Jepun sebuah negara yang maju tidak dapat mengawal kebocoran radiasi.

      Reply
  9. hafiz says

    9th January 2014 at 2:30 pm

    wah tak mahal juga bil elektrik bro ya…

    Reply
  10. titan says

    9th January 2014 at 12:57 pm

    betul. selagi boleh berjimat. kita kena jimat.

    Reply
  11. Firdaus Azizi says

    9th January 2014 at 10:47 am

    Bagus tips bro nih. Satu lagi tips untuk pengguna aircond ialah menggunakan fungsi timer. Tak perlulah nak pasang sampai ke pagi sebab nak tengah malam dah sejuk. Bila dah sejuk, pakai lah kipas.

    Satu lagi untuk pengguna aircond, suhu janganlah nak sama macam oversea. Tujuan tak nak panas jer. Lagi sejuk aircond, lagi banyak makan elektrik.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:40 am

      Boleh dikatakan setiap hari saya mengunaka pendingin udara dan mengunakannya seperti bro komen.

      Reply
  12. Sop says

    9th January 2014 at 9:09 am

    setakat ini kos elektrik rumah Sop lebih kurang 100 sebulan
    kos terasa meningkat bila pasang aircond 🙂
    skrg ni byk brg guna elektrik.. iks iks

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:41 am

      Perlu kenal pasti barangan elektrik yang merupakan penyumbang kos bil elektrik tinggi.

      Reply
  13. Mus says

    9th January 2014 at 12:06 am

    waktu cuti lepas bil agak tinggi..
    harap lepas cuti bil kembali seperti biasa

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:41 am

      Syukur, saya masih mampu mengawal walaupun diketika cuti sekolah.

      Reply
  14. Bahrain says

    8th January 2014 at 11:51 pm

    sikitnya RM36 je, rumah aku dah kena 200 lebih. banyak guna elektrik. Itu dah paling jimat kalau tak lebih dari RM300. Untung dapat bayar bil elektrik bawah RM50. Ringan sikit beban.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:42 am

      Perlu berjimat penggunaan elektrik.

      Reply
  15. Mohd Rasul Abu Hanipah says

    8th January 2014 at 10:49 pm

    info yang menarik. serius taktau bab2 ni maklumlah bukan minat letrik 😀

    Reply
  16. farid laham says

    8th January 2014 at 10:47 pm

    baru tahu macam mana nak jimat elektrik kat umah

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:42 am

      Salah satunya mengunakan lampu energy saver atau lampu LED.

      Reply
  17. ema says

    8th January 2014 at 3:43 pm

    paling tinggi penggunaan elektrik tak pernah sampai RM 100…setakat RM 70.++ jer…itupun dah kira okeykan..

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2014 at 7:33 am

      Boleh dikurangkan lagi dengan mengenal pasti barangan elektrik yang mengunakan tenaga elektrik yang tinggi.

      Reply
  18. maza says

    8th January 2014 at 3:42 pm

    Cara maza pula ialah lazimkan duduk bergelap dan bayangkan konon-konon dalam situasi romantik. Dalam masa sama menacapkan lagi kemahiran meraba-raba. Errr . . . . meraba untuk mencari barang di dalam gelap.

    Ahaks.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2014 at 9:16 pm

      Bahaya raba-raba dalam gelap bro Maza. 🙂

      Reply
    • Sop says

      9th January 2014 at 9:10 am

      terbaik la bro
      romantik sentiasa 🙂

      Reply
      • maza says

        9th January 2014 at 9:46 am

        Hahaha….

        Pakat raba-raba dalam gelap . . . terpaksa berlakon romantik.. dalam hati twister siap tau, kan kan kan.. hahaha

        Reply
  19. puteri kasih says

    8th January 2014 at 2:25 pm

    kena pandai jimatkan penggunaan dan jadi pengguna yang bijak, kalau tak memang tepuk dahi la bila dapat bil elektirk setiap bulan

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2014 at 9:18 pm

      Sebagai pengguna perlu bijak mengunakan barangan elektrik dirumah.

      Reply
  20. hazman aka species1980 says

    8th January 2014 at 1:59 pm

    Syukurlah masih lagi ada rebat RM20 untuk setiap isi rumah kat malaysia nie….

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2014 at 9:19 pm

      Ya, didalam pada itu perlu mempunyai sikap berjimat-cermat.

      Reply
  21. Hazmin Hamudin says

    8th January 2014 at 1:36 pm

    Rumah moden skarang ni sudah pasti terdapat pelbagai peralatan eletrik seperti komputer dan laptopm wifi. belum lagi kira tv ada sampai dua. Kalau tak rancang betul2, memang tinggi bil eletrik tu.

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2014 at 9:20 pm

      Walaupun sudah ada teknologi pintar untuk peralatan mengunakan tenaga rendah. Masih lagi perlu berhemah mengunakannya. Selepas guna terus off tidak perlu letak pada standby dan sleep mode.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in