• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Menempuhi kegelapan malam yang panjang

Menempuhi kegelapan malam yang panjang

19th May 2011 by akubiomed 125 Comments

Kalau dah bergelap apa benda pun tak nampak

Lilin menerangi kegelapan

Macamana dengan tajuk entri mampukah menarik minat untuk dibaca? Beberapa hari ini cuaca pada waktu siang terasa amat panas dan ditambah pula dengan kehadiran jerebu menjejaskan jarak penglihatan. Bau asap jerubu menyesak paru-paruku ini . Awan yang gelap mengundang hujan membantu mengurangkan masalah kesan jerubu yang tengah melanda sekarang ini.

Hujan lebat yang turun menghempas bumi diiringi dentuman bunyi guruh. Kehadiran hujan tidak sah kalau tanpa panahan cahaya petir seolah dentuman bunyi guruh mencabar petir siapakah yang lebih hebat. Ada masa cahaya petir begitu hampir dengan rumahku. Akibatnya rumah aku telah mengalami black out kerana circuit breaker telah beberapa kali menendang kerana ada arus elektrik luar biasa mengalir. Aku cuba on kembali circuit breaker tetapi tindakan aku hanya sia-sia kerana gagal untuk memulihkan kemasukkan tenaga elektrik ke rumahku.

Aku ada pengalaman memasang kotak fius dan lampu untuk rumah yang aku tinggal sekarang ini. Sudah beberapa kali aku menukar sendiri fius dan circuit breaker di rumah. Kali ini pengalaman agak berbeza walaupun aku cuba tukar fius masih gagal memulihkan tenaga elektrik. 2 kali percubaan menukar fius menemui jalan buntu kerana aku terkeliru samada ada masalah litar pintas telah berlaku pada barangan elektrik akibat petir menyebabkan fius yang baru dipasang terbakar. Aku menghantar aduan sms 15454 ke TNB untuk mendapatkan bantuan.

Bermain Bejeweled sementara tunggu TNB datang

Rumah jiran bersebelahan semuanya tidak mengalami masalah kecuali rumah aku. Ah..aku kaget dengan apa yang berlaku. Isteri mula resah kerana hari semakin lama semakin gelap manakala anak-anak aku tidak menunjukkan reaksi, samada gelap atau terang mereka tetap akan bergurau senda bersama adik-beradik. Apa aktiviti yang boleh dilakukan kalau sudah bergelap dan bosan? Kalau sebelum ini berlaku black out aku akan menghilangkan kebosanan dengan menghasilkan Light Graffiti mengunakan kamera kompak digital Panasonic buruk aku itu. Kali ini tiada projek Light Graffiti dihasilkan.

Abang Long dan Abang Ngah kantoi bermain api ketika rumah black out

Gaya baby Aslah tidur didalam buaian

Jam menunjukkan 10 malam aku gelisah dan mula bernekad untuk menganti fius yang 2 kali terbakar tadi. Aku hanya mempunyai berbaki1 fius yang menjadi harapan kalau usaha ini gagal juga aku akan terus masuk tidur. Didalam gelap aku membuka sarung fius sambil dengan sebelah tangan memegang lampu suluh. Tiba-tiba Abang Long bersuara memecah kesunyian malam, ‘Babah bak sini lampu suluh tuh. Along tolong suluhkan untuk babah’. Aku terasa diriku macam doktor bedah jantung yang sedang melakukan pembedahan jantung ketika membuka sarung fius untuk menganti fius yang terbakar. Along seolah-olah memberi harapan usaha babahnya kali ini membuahkan hasil.

Akhirnya aku berjaya memulihkan tenaga elektrik ke rumahku dengan mencuba menganti fius buat kali ke 3. Aku tersenyum puas dan mengucapkan terima kasih kepada Abang Long walaupun hanya tolong menyuluh babanya ia boleh dikira satu sumbangan juga. Aku sempat berseloroh kepada Abang Long, ‘Nasib baik ada Abang Long tolong suluh untuk babah tadi’. Abang Long hanya tersengih menampakkan sebatang gigi bawahnya yang rongak.

Adik beradik Koning melompat kegembiraan kerana bekalan elektrik sudah kembali pulih

Pihak TNB sampai didepan rumah aku lebih kurang 12 malam dan aku diberitahu banyak kejadian black out berlaku jadi mereka lambat untuk datang membuat pembaikan. Lantas aku memberitahu tenaga elektrik rumah aku sudah kembali pulih sepenuhnya.

p/s: jangan sekali-kali cuba membaiki kotak fius tanpa pengetahuan ilmu elektrik. Dapatkan bantuan dari juruelektrik yang kompeten.

Sila tekan butang kongsi:

  • Rawatan rel keretapi elektrik
  • Cahaya bergemelapan di i-city
  • Kerna Tatami hatiku terpaut

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. huda says

    12th January 2015 at 9:01 am

    Tak senang duduk, xde air n elektrik
    zaman moden sume ni keperluan bukan. pilihan, tapi keperluan baru skrg ialah internet…huuu…

    Reply
  2. yusri says

    12th June 2011 at 12:30 am

    nasib baik pandai dan berani tukar fius tu…kalau tak bergelap la..saya dulu pun pernah juga jadi macam tu…rumah kita je tak ada letrik…rupanya wayar nak masuk rumah tu longgar…panggil kawan suruh betulkan…nak buat sendiri…tak berani pasal karan ni…

    Reply
  3. Princess Zezebel Lair says

    1st June 2011 at 3:56 pm

    Budak-budak, rasa seronok je bila bekalan elektrik mati..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd June 2011 at 12:53 am

      Memanglah mereka seronok bergurau senda didalam gelap 🙂

      Reply
      • samdaddycool says

        10th June 2011 at 1:18 am

        seronok main lilin / pelita sebenarnya 😀

        Reply
  4. aimannajmy says

    31st May 2011 at 11:59 pm

    haha melompat kegembiraan adik beradik koning, alamak bab eletrik ni fail terus haha, kena blajar dari bro la kalo apa2 terjadi pasai pendawaian elektrik hehe

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2011 at 12:10 am

      Saya ini bab low voltage bolehlah tapi kalau high voltage goyang juga 🙂

      Reply
  5. zik says

    29th May 2011 at 11:46 am

    kalau blackout, tidur awal lah malam tuh…walaupun susah nak tidor…

    Reply
  6. Esempoi says

    26th May 2011 at 4:12 pm

    kalau blackout memang takleh watpe..

    Reply
    • akubiomed says

      29th May 2011 at 4:53 pm

      Kalau ada handphone boleh dijadikan teman ketika gelap 🙂

      Reply
  7. Hisyam says

    25th May 2011 at 11:41 pm

    Hahaha, suka je bila dah ada elektrik balik. api ingat, jimatkan elektrik

    Reply
    • akubiomed says

      29th May 2011 at 4:28 pm

      Harga minyak RON95 kekal tapi tarif elektrik tidak tahu lagi?

      Reply
      • Hisyam says

        1st June 2011 at 9:39 pm

        Tarif elektrik dah naik. ramai rakyat tak senang dengan keputusan kerajaan.

        Reply
        • akubiomed says

          2nd June 2011 at 12:56 am

          Memang ada yang terasa bahang kesan kenaikan tarif elektrik sebab bukan semua majikan menaikkan gaji pekerjanya

          Reply
  8. padin says

    24th May 2011 at 8:06 am

    hehe suka aku tengok lagak 2 beradik tu main api,
    entah apa yang di perkatakan ekekee

    Reply
    • akubiomed says

      24th May 2011 at 10:57 pm

      Itu dapat snap gambar kerana leka main api lilin

      Reply
  9. mijie says

    21st May 2011 at 7:59 pm

    aku kalau bab elektrik ni memang takut sikit sbb dulu pernah kena sekali renjatan eletrik masa nak tutup lampu toilet umah kat kg, masa tu hujan lebat tak perasan ada air yg mengalir

    Reply
    • akubiomed says

      22nd May 2011 at 12:33 am

      Itu yang bahayanya elektrik kerana kandungan air didalam badan manusia lebih kurang 75% adalah pengalir yang baik untuk arus elektrik

      Reply
      • suri says

        23rd May 2011 at 11:58 am

        agaknya tagan bro basah kot pas klr dri tandas huu..

        bahaya klu terkena renjatan elektirk terkadang blh bawak maut..

        Reply
  10. faiz says

    21st May 2011 at 4:15 pm

    kalau aku black out hanya mampu pasrah dan menunggu tnb betulkan..hehe

    Reply
  11. nizam says

    21st May 2011 at 9:47 am

    mata nizam terang kalau malam…hehehe…

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 1:29 pm

      Nizam ini kira ada den kucinglah macam tuh 🙂

      Reply
  12. SyafzMagz says

    21st May 2011 at 6:09 am

    kalau blackout, aku bukak henpon lepas tu main game ape yang patut…sambil tengok budak2 kecik…kalau tak jaga, nanti habis lilin tu diorang keliling~

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 1:29 pm

      Memang berlaku pun kerana mereka ini tidak pernah melihat lilin sebelum ini

      Reply
  13. eiela says

    21st May 2011 at 2:29 am

    rumah saya kalau petir kuat pun, dia menendang jugak. tapi bila bergelap pakai lilin nih seronok main tipu-tipu lilin je bila dah ada elektrik, berebut-rebut.

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 1:44 pm

      Kelakar melihat telatah anak gagal meniup padam api lilin

      Reply
  14. Budakboy says

    20th May 2011 at 10:04 pm

    Haha lampu takder pun boleh jadikan cerita kan..sungguh idola la bro =) Tq for your ideas…curik sikit =)

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2011 at 11:46 pm

      Boleh sahaja. Pandai-pandailah buat olahan sendiri 🙂

      Reply
  15. MEKAR says

    20th May 2011 at 10:03 pm

    Alhamdulillah di kawasan kediaman saya ini belum pernah terjadi black out. Managment kerap memantau maintanance dr segi elektrik, lif, alatan kebakaran,security dll. Harap ia berterusan.

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 12:13 am

      Bagus kalau ada syarikat penyelenggara bangunan yang bertanggungjawab. Sebagai penghuni kita berasa tenang dan aman

      Reply
      • MEKAR says

        24th May 2011 at 4:12 pm

        ialah..bila dah bayar mahal2 mestilah mahukan penyelenggaran yg terbaik. keselesaan dan keselamatan itu penting juga.

        Reply
        • akubiomed says

          24th May 2011 at 10:40 pm

          Penghuni perlu melaksanakan tanggungjawab dengan bayar yuran selenggara begitu juga penyelenggaran fasiliti perlu amanah melaksanakan tugas. Baru semua pihak berpuas hati

          Reply
  16. sabree hussin says

    20th May 2011 at 7:22 pm

    sediakan lilin sebelum black out hhu

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 1:54 pm

      Perlu ada lilin dirumah dan lampu suluh boleh digunakan ketika black out dan kecemasan

      Reply
  17. nuriz says

    20th May 2011 at 5:40 pm

    letrik oh letrikkk
    kalau takda payah tu

    betul ke kadar letrik nak naik pulak huhu

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 1:56 pm

      Kadar elektrik nak naik, oh letih 🙁

      Reply
  18. Mus says

    20th May 2011 at 4:47 pm

    aku ada pengalaman pahit dengan elektrik.. takut aku dengan elektrik ni..

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 1:58 pm

      Saya pernah beberapa kali kena kejutan elektrik dan ibarat asam garam yang memilih bidang ini 🙂

      Reply
  19. ohcikgu says

    20th May 2011 at 4:06 pm

    em..dulu..biasanya bila time blackout, barulah nak menyesal kenapa tak beli lilin. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 1:57 pm

      Susah juga kalau tidak ada lilin di rumah 🙂

      Reply
  20. Kimmy says

    20th May 2011 at 2:15 pm

    Saya ni bergelap tak apa lg,tp kalau tak berkipas tu yg gundah gulana tu haha

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 1:59 pm

      Kalau rumah kayu tidak apa berangin kalau rumah batu semua haba didalam terperangkap

      Reply
  21. donha says

    20th May 2011 at 1:19 pm

    rasa kosong bila gelap neh..ramai2 duduk betasbih depan lilin je la jawapanya…=.=

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 2:00 pm

      Boleh diamalkan dapat pahala 🙂

      Reply
  22. hafizmd says

    20th May 2011 at 1:05 pm

    mmg ada byk kelebihan bro ni..

    kalau takde asas, sila ikut nasihat bro akubiomed yer, cari wireman (bukan wireless yer..) yg bertauliah.. 😀

    Reply
  23. ciksembang says

    20th May 2011 at 11:23 am

    hebat penggunaan bahasa gramatis dlm entri ni..senang utk ajar anak subjek BM nanti.Syabas

    Reply
    • hafizmd says

      20th May 2011 at 1:06 pm

      bro AB mmg puitis orangnya 😀

      Reply
  24. sw33tdarling says

    20th May 2011 at 10:51 am

    bergelap tak kisah sangat, tido pun tetap tutup mata.. tapi tak tahan panas…..!

    Reply
  25. Amirez says

    20th May 2011 at 12:27 am

    wah, entri yg menarik. dah lama tak merasa duduk dalam gelap. tido pun pasang lampu sisi. sekali sekala bergelap seronok juga tapi tak tahan dengan nyamuklah..

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2011 at 12:32 am

      Ye lah bro. Kesian dekat anak kecil berbintat kerana dihisap dek nyamuk

      Reply
  26. Norizwan says

    19th May 2011 at 11:58 pm

    Bro. aku ada pengalaman seperti bro alami ini…rumah bro sering berlaku adalah disebabkan masalah pembumian di depan atau belakang rumah bro…ada terdapat batang rod yang perlu ditanam lagi dan perlu diuji dengan Earthing tester….InsyaAllah tidak ada lagi sensitif menendang apabila berlaku petir….cuba bro panggil juruelektrik datang periksa…

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2011 at 12:06 am

      Bukan selalu terkena tetapi kali ini petir sangat luar biasa. Saya memang memasang circuit breaker yang sensitif berbanding jiran-jiran sebelah.

      Reply
  27. Nadri says

    19th May 2011 at 9:06 pm

    mmg susah kalau takde karen dkt rumah…apa pun tak boleh buat..

    Reply
  28. yusri says

    19th May 2011 at 6:35 pm

    sejak dua menjak ni mcam tu lah,….selalu je petir dengan hujan

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2011 at 12:04 am

      Betultuh bro. Hujan sangat lebat dengan petir

      Reply
  29. tehr says

    19th May 2011 at 6:08 pm

    aku tak berapa berani nak main dengan fius ni
    hanya setakat gantikan lampu, boleh la
    hehe

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2011 at 12:03 am

      Setuju. Bukan kecil voltan, 240VAC

      Reply
  30. pipoq says

    19th May 2011 at 3:19 pm

    kalau black out waktu malam, hujan lak tu..tak pe lagi..

    tapi kalo sampai ke siang..memang tak leh tahan owh..

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2011 at 12:02 am

      Jawabnya baju tidak berseterika kalau tidak ada elektrik. Dulu emak saya mengunakan seterika arang kalau rumah black out sebagai ganti seterika elektrik

      Reply
  31. bEe says

    19th May 2011 at 2:35 pm

    Aiiissshhhhhhhhh………
    bEe agak tak suka kalau blackout. Sbb panas giler pastu tak tahu nak buat apa. Tp, bEe masih leh terima blackout dari takde air. Itu mahu jadi superwoman call sana sini nak carik sumber air 😛

    psssttt : pandainyer buat karangan yer. hahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2011 at 12:01 am

      Kalau tidak ada air lagi susah. Alhamdulillah belum pernah terjadi terputus bekalan air lagi.

      Terima kasih. Bukan pandai mana pun hendak mengarang 🙂

      Reply
  32. abby kamil says

    19th May 2011 at 1:36 pm

    sy kalo xde letrik xleh nak tido.

    panas.

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 11:59 pm

      Kalau rumah kayu tentu sejuk kalau tidak ada elektrik. Rumah batu, haba terperangkap

      Reply
  33. decrewz says

    19th May 2011 at 1:29 pm

    Jai bab2 letrik ni mmg fail.. Fobia sebab banyak kali kena socket terbakar kluar api..haish..

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 11:58 pm

      Semasa masuk rumah yang saya duduk sekarang ini pernah melihat soket dinding keluar api dan nampak percikan cahaya mengalir sepanjang wayar selepas petir berdentum

      Reply
  34. Kujie says

    19th May 2011 at 11:48 am

    Kat rumah ni, kotak suiz dapur selalu ‘melompat’ tiap kali petir…rasanya org yg pasang dulu ada silap ke?

    atau tak cukup power?

    lepas tu, bila masuukan tangan dlm mesin basuh yg on , yg ada air…boleh rasa arus elektrik dlm tu…walau pun sikit

    ada org kata, wire earth tak cukup…

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 11:57 pm

      Saya rasa ada kebocoran arus pada mesin basuh yang boleh menyebabkan terkena kejutan elektrik. Elok dipanggil TNB untuk buat pemeriksaan samada pendawaian rumah ada masalah atau mesin basuh ada kebocoran arus elektrik.

      Kalau ada test pen senang boleh periksa samada kebocoran arus. Kalau lampu test pen menyala bermaksud ada arus elektrik mengalir. Macam terkena pada saya apabila pump ikan akuarium ada kebocoran arus elektrik kerana ikan gigit wayar live.

      Kalau batang besi bumi tidak ditanam dengan baik akan memberi masalah earthing. Ada alat yang untuk mengukur bacaan wayar bumi.Nak kenal lokasi wayar bumi senang biasanya didepan rumah didalam kotak hitam atau batu diatas tanah mempunyai penutup lubang kecil di tengah.

      Rumah saya guna circuit breaker yang sensitif kalau ada kilat sikit akan menendang.

      Reply
  35. Kamal Mustafa says

    19th May 2011 at 11:45 am

    Time takde elektrik….kipas menjadi salah satu benda yang amat diperlukan.Paneh tuuu,

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 11:46 pm

      Memang panas dan banyak nyamuk. Kesian dekat anak-anak

      Reply
  36. adele says

    19th May 2011 at 9:50 am

    berjaya jugak akhirnya…baiki sendiri je ye..huhu

    bulatnya baby Aslah!! geram tengok..rsa nak cubit2 je 😀

    Reply
    • bEe says

      19th May 2011 at 2:31 pm

      Baby Aslah sempat main aunnn cak dgn babahnyer 😀

      Reply
      • akubiomed says

        19th May 2011 at 11:46 pm

        Sekarang bukan hendak tidur lama-lama sekejap sahaja bulat biji mata didalam buaian 🙂

        Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 11:45 pm

      Baby Aslah ini dah masuk nak masuk 7 bulan tapi badan dia besar sungguh kalau hendak di bandingkan dengan Abang Ngah yang keding tuh 🙂

      Reply
  37. tengkorak emas says

    19th May 2011 at 8:47 am

    ilmu yang berguna tu bro, lepas ni diturunkan pula pada along, angah, abang koning dan baby Aslah bila mereka membesar 🙂

    Reply
    • Ismail N says

      19th May 2011 at 9:14 am

      setuju.. cuma bila dah turunkan ilmu kena monitor ler.. sbb budak ada sifat nak cuba-cuba jer selalu… karan bahaya ehhh.. kawe tgk kesan2 kat badan dan tangan2 member2 yg keje kat TNB tu pun ngeri di buatnya.

      Reply
      • bEe says

        19th May 2011 at 2:44 pm

        betul tu…… Anak2 bila dah tgk (lagi2 boboy) mahu mencuba terus! Kena sentiasa awasi anak kalau tetiba blackout lagi.

        Reply
      • akubiomed says

        19th May 2011 at 11:43 pm

        Saya tidak galak anak. TV di rumah anak-anak tidak berapa pandai nak on.

        Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 11:42 pm

      Saya rasa tidak kecuali mereka mempunyai minat didalam jurusan kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

      Reply
  38. afzal laidin says

    19th May 2011 at 8:02 am

    mmg ada bakat menulis cerpen. Boleh belajar cara penulisan kat sini. Thanks.

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 11:42 pm

      Tidak seberapa. Ada lagi blogger yang mampu menulis dengan baik berbanding saya.

      Reply
  39. Sabahan Bloggers Club says

    19th May 2011 at 7:49 am

    Cantik gambar baby tidur dalam buaian tu…. 😉

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 11:40 pm

      Macam tuh lah gaya setiap kali tidur didalam buaian 🙂

      Reply
  40. naimulfirdaus says

    19th May 2011 at 5:19 am

    panjang cerita ni..
    yang penting semua selamat..

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 11:40 pm

      Yang penting selamat dari gigitan nyamuk kerana buka pintu akibat panas. Walaupun hujan lebat diluar

      Reply
  41. shamizu says

    19th May 2011 at 4:14 am

    Macam baca cerpen pulak bro,
    ada gaya jadi cerpenis.

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 11:23 pm

      Oh ye ker. Terima kasih. Entri ini adalah coretan ikhlas dari saya bukan direka atau dibuat-buat

      Reply
  42. sweet says

    19th May 2011 at 2:54 am

    budak2 plg happy bila xde letrik 😀 sy yg dah beso ni pon bila xde letrik dok main lilin ngan adik2 hahhaa

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 10:57 pm

      Ini tentu jadi kepala main lilin 🙂

      Reply
      • MEKAR says

        20th May 2011 at 9:56 pm

        hati2 anaknya duduk dkt lilin

        Reply
  43. titan says

    19th May 2011 at 2:50 am

    wahh, sampai main lompat-lompat..

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 10:56 pm

      Budak-budak gelap atau terang sama sahaja Adrenalinnya 🙂

      Reply
  44. anif says

    19th May 2011 at 1:14 am

    Mujur skill D.I.Y diperingkat jurus tertinggi.. kalau tak bergelaplah sehingga TNB sampai 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 10:55 pm

      Saya ini mengambil jurusan Elektronik dan Elektronik perubatan. Biasanya bidang kemahiran adalah untuk barangan voltan rendah. Senang cakap selepas soket dinding.

      Kalau voltan tinggi memerlukan jurusan Elektrik.

      Reply
      • MEKAR says

        20th May 2011 at 9:54 pm

        oh.. tak sama ya bidang itu? biasa la org pempuan bukan paham sgt bab2 elektrik dan malas nk ambik tahu pon :-p

        Reply
        • akubiomed says

          21st May 2011 at 1:51 pm

          Siapa kata wanita yang tidak ada mengambil jurusan elektrikal dan elektronik. Ada rakan jurutera dikalangan wanita

          Reply
          • MEKAR says

            24th May 2011 at 4:09 pm

            kalu tak jadi jurutera, kebanyakkan wanita tak berani nak cuba2 baiki letrik tu. mcm suri kata, takat naik kan suis boleh la.. hehe

            Reply
          • akubiomed says

            24th May 2011 at 10:38 pm

            Macam bidang biomedikal elektronik perlu ada wanita kerana ada tempat-tempat tertentu lelaki teknikal tidak dibenarkan akses

            Reply
  45. Mrs.Ayie says

    19th May 2011 at 1:10 am

    Happy Ending cerita ni. Maka tidaklah bergelap lagi.

    * baby Aslah tengah fikir apa lah agaknya tu

    Reply
    • bEe says

      19th May 2011 at 2:28 pm

      Hehehe… aah happy ending. Adik beradik Koning melompat keriangan 🙂

      Reply
      • suri says

        20th May 2011 at 12:07 pm

        duduk dlm karung dah cam ikan kena tangkap plk hee…

        Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 10:52 pm

      Biasalah anak kecil mana kisah apa yang berlaku tahu nak main sahaja 🙂 Kesiankan anak kepanasan kerana kipas tidak berfungsi. Baby Aslah berpeluh tidur didalam buaian

      Reply
      • MEKAR says

        20th May 2011 at 9:53 pm

        kalau ke”putus”an elektrik, pasti baby yg paling gelisah sekali. nangis tak senang duduk dia

        Reply
        • akubiomed says

          21st May 2011 at 1:52 pm

          Menangis sebab kepanasan

          Reply
  46. yas says

    19th May 2011 at 1:07 am

    Tak berani lg nak pegang fius dan circuit breaker tu….takut “karan”….tp klau dh terpaksa macam2 leh jadi….

    Reply
    • Ismail N says

      19th May 2011 at 9:12 am

      aku lagi teruk bro.. yg mana satu fius dan breaker pun tak pasti lagi ehhh… kalau tukar lens tahu ler.. 😀

      Reply
      • dnoBiz says

        21st May 2011 at 6:41 pm

        hahah dah masuk bab parah dah ni… 😀
        Ps : sama la kita 😀

        Reply
      • akubiomed says

        22nd May 2011 at 12:35 am

        Harap bro Ismail dapat memasang wayar plag 13A dengan kod warna yang betul.

        Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 10:51 pm

      Sebenar saya tidak galak menukar fius jika tidak mempunyai pengetahuan asas elektrik walaupun didalam situasi terpaksa.

      Reply
      • Ismail N says

        20th May 2011 at 8:37 am

        setuju sangat ehhh…

        Reply
        • dnoBiz says

          21st May 2011 at 6:42 pm

          silap silap masuk paper macam kes curi kabel 😀

          Reply
          • akubiomed says

            22nd May 2011 at 12:33 am

            Kalau sudah ada pengetahuan janganlah pula disalah gunakan

            Reply
  47. dnoBiz says

    19th May 2011 at 12:38 am

    Aku memang mati kutu kalau BlackOut ni… 😀

    Reply
    • Ismail N says

      19th May 2011 at 9:12 am

      sama ler… kalau TNB tak dtg, tido dalam gelap jer 😀

      Reply
      • akubiomed says

        19th May 2011 at 10:05 pm

        Tidur dalam gelap bahaya tuh 🙂

        Reply
        • Ismail N says

          20th May 2011 at 8:35 am

          apo nak buat .. lampu atau nyawa? 😀

          Reply
          • Hisyam says

            25th May 2011 at 11:44 pm

            TNB memang lambat sampai, aritu rumah sewa takde letrik ada dekat 3 jam baru sampai. habis sakit kena gigit nyamuk, dah la pakai ubat nyamuk letrik tu.

            Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 10:31 pm

      Nak online pun tidak boleh kecuali ada makhluk hitam 🙂

      Reply
    • suri says

      20th May 2011 at 12:01 pm

      saya cuma tahu naikkan suiz jer lain kepakaran mmg tiada huu..

      tapi mujur juran sebelh umh tahu bab2 ni sb dia pekeja TNB heeee..dapatlah kmi mengurut senyum 🙂

      Reply
  48. Amry says

    19th May 2011 at 12:29 am

    pergh!!!ada bakat menulis novel ni..huhu…..
    serba boleh la bro…..kalau saya….hehe

    Reply
    • dnoBiz says

      19th May 2011 at 12:38 am

      Bro BM ni memang Ikut resmi padi… Banyak bakat terpendam 😀

      Reply
    • MDHAFiZ.NET says

      19th May 2011 at 4:39 pm

      betul tu…memang ada bakat 🙂

      Reply
      • suri says

        20th May 2011 at 12:00 pm

        ya hoo bapanya menjadi penyelamat dan juara 😉

        Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 8:12 pm

      Mana ada bakat ini walaupun sekolah dulu adalah aliran sastera. Saya suka menikmati seni. Lainlah bro TE, Maza dan Adele berbakat

      Reply
    • SyafzMagz says

      21st May 2011 at 6:07 am

      setuju sangat2 dengan bro…ada bakat tulis novel~

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in