• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / TNB e-Services memudahkan pemantuan pengunaan tenaga elektrik

TNB e-Services memudahkan pemantuan pengunaan tenaga elektrik

9th February 2012 by akubiomed 63 Comments

TNB e-Services untuk pemantuan pengunaan tenaga elektrik

Sebelum ini saya pernah berkongsi pengalaman mengunakan lampu Energy Saver dan terbaru adalah pemasangan lampu LED di rumah saya. Pemasangan lampu LED adalah mengantikan lampu Energy Saver yang dipercayai mengandungi merkuri boleh memberi kesan kepada kesihatan. Tahukah semua bahawa Tenaga Nasional Berhad(TNB) ada perkhidmatan menyediakan TNB e-Services untuk pengguna memantau pengunaan tenaga elektrik dan bil bulanan?

Lampu Energy Saver
Lampu Energy Saver 8W bersamaan 40W mentol lampu filamen

TNB e-Services untuk pengguna bijak.

Lampu LED yang teknologi hijau

Pendaftaran TNB e-Services boleh didaftar di laman TNB dengan mudah secara online mengunakan nombor rujukan bil . Boleh klik TNB e-Services untuk mendaftar.

TNB e-Services

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh TNB e-Services

  • Bayar bil elektrik secara online.
  • Melihat butiran akaun TNB pengguna.
  • Melihat bil terkini dan terdahulu.
  • Memantau pengunaan elektrik bulanan.

Pengunaan bil elektrik di rumah saya yang dipantau melalui TNB e-Services.

Tip ringkas ketika membeli barangan elektrik.

“Di Malaysia, kita memerlukan minyak yang banyak untuk menghasilkan tenaga dan untuk kegunaan kenderaan. Barangan pengguna di rumah yang paling banyak menggunakan tenaga adalah  peti sejuk. Suruhanjaya Tenaga di Malaysia telah membangunkan skim pelabelan penggunaan tenaga elektrik.” Sumber: Konsumer KINI

Label cekap tenaga

Suruhanjaya Tenaga di Malaysia telah memperkenalkan label kecekapan tenaga elektrik kepada pengguna supaya bijak membuat keputusan ketika membeli barangan elektrik. Label yang mempunyai  taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga  yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.

Tidak ada magik yang saya lakukan untuk penjimatan bil eletrik bulanan. Kalau saya boleh anda tentu boleh melakukan.

  • Jimat bil elektrik cara mudah my style
  • Berapa Bil Api Korang?
  • Menempuhi kegelapan malam yang panjang

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. zakiah hj suboh says

    24th January 2014 at 6:08 pm

    t kasih atas info berguna ni, dpt tahu terus register kat tnb e-services

    Reply
  2. hairulafiz says

    8th November 2012 at 4:40 pm

    senang nak tgk bil elektrik bulan yek…xyah nak tgg bil…

    Reply
  3. Encik Mus says

    13th February 2012 at 3:01 pm

    cuma tv saya jer yang ada label cekap tenaga.. huhu

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2012 at 3:58 pm

      Kita ini bukannya orang berduit hendak tukar semua tetapi ada usaha lagi yang boleh dilakukan untuk menjimatkan pengunaan tenaga elektrik di rumah.

      Reply
  4. titan says

    11th February 2012 at 10:52 pm

    emm..dah lama aku tak bayar bil letrik ni. hehe

    Reply
  5. Norasikin says

    11th February 2012 at 4:46 pm

    Dah dua kali TNB salah baca meter rumah saya. Kali pertama kena tak sampai RM10 dan dapat subsidi kerajaan. Bulan seterusnya terus kena beratus-ratus. Kali kedua, pun dapat bil sikit gak tp terus saya telefon tnb seuruh dia keluarkan bil baru. Mana tahan sbb bil elektrik melebihi 400 unit mahal giler

    Reply
  6. Hadi Rofiee says

    11th February 2012 at 7:50 am

    Alhamdulillah, terima kasih. Maklumat yang sangat berguna khususnya untuk kami, orang-orang bujang. Dapat jimatkan sedikit penggunaan dan manfaatkan wang ke arah lain. Yeah.

    Terima kasih sekali lagi. 🙂

    Reply
  7. Mekar says

    11th February 2012 at 12:53 am

    Oh..rupanya energy saver ni boleh mbahayakan kesihatan ya. Nampaknya bila lampu sediada ni rosak, sya nak ganti dengan lampu LED la.
    Satu lagi kalu nak jimat letrik, sya basuh kain (guna mesin) pada waktu malam saje . Pastu plug2 utama contohnya plug yg disambung pd tv harus tutup pada malamnya (sekiranya dh xtonton tv). Esoknya bila nak tonton tv baru buka plug utama semula. Eh..bro, betul ke teori yg sya dok amalkan ni

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2012 at 12:03 pm

      Betul dah tuh. Jangan letak barangan elektrik pada standby mode kalau boleh habis guna tutup suis utama. Selalunya laptop dan desktop pc kita suka letak standby mode ia mengunakan tenaga elektrik juga.

      Reply
  8. ciksembang says

    10th February 2012 at 11:16 pm

    agak2 macam mana nak latih anak supaya rajin tutup lampu atau kipas..kena dari umur berapa tahun tu.. kalau ikut ati potong dari belanja sekolah, boleh?

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2012 at 12:08 pm

      Kalau potong duit poket bisinglah mereka ini. 🙂

      Reply
  9. chii says

    10th February 2012 at 1:00 pm

    semua da mudah..x perlu lg nak keluar bg mereka2 yg tidak ada masa nak membayar di kaunter..

    //…jiran chii ada guna satu plug yg boleh menjimatkan penggunaan elektrik..lupa plak apa namanya..harga dlm lebih kurang 100 ++ memang nampak berkesan…bil elektrik kurang 20% kalau x silap

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2012 at 12:05 pm

      Ada alat penjimat elektrik memang terbukti menjimatkan pengunaan tenaga elektrik.

      Reply
  10. suri says

    10th February 2012 at 12:15 pm

    ate org kata mudha paki jadi jangan liat nak mmbayr yer heee

    Reply
  11. nuriz says

    10th February 2012 at 12:12 pm

    baru tau ada lampu led tu ye, kat kedah ni tak tau ada ke tak

    Reply
  12. suri says

    10th February 2012 at 12:12 pm

    bab guna elektrik ini mmg sy berkira sikit hee.dok apa cuma klu cma nk basuh bju tu syy slu basu smgu 2 kli ok..tupun bukan hari2 basuh sb pikir mesin basuh sllu byk tenaga di guna pakai.sb umh pakai automatik punya huu…

    Reply
  13. lunaticg says

    10th February 2012 at 11:15 am

    Saya tiap-tiap bulan masih lagi maintain RM40 ke bawah. Kena ingat tutup suis barang eletrik yang tak guna.

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2012 at 12:06 pm

      Amalan yang baik dengan menutup suis selepas mengunakan peralatan elektrik.

      Reply
  14. Ekspresi Ruang says

    10th February 2012 at 7:03 am

    saya pon kalau boleh ke dpn ni nk kena psg LED gk. tp website yg bro berikan tu mmg bgs sgt2 utk pemantauan kita secara peribadi

    Reply
  15. muazfaris says

    9th February 2012 at 9:45 pm

    wah.,. ramai tak sedar benda ni kan..

    Reply
  16. apaajanews says

    9th February 2012 at 8:55 pm

    good info bro…macam tengok trafik blog pulak….ade pr ranking tak he he…produk dgn lebel save energy zaman sekarang ni…memang betul betul save penggunaan elektrik…contoh peti ais teman ganti 2 tahun lepass …sebab yg lame daah kong kali kong…jenis baru toshiba hybrid dgn label save energy…memang terbaik…tombol penyejuk hanya di letak pada 1 sahaja…dah cukup kalau macam dulu2 tu kena letak 3 baru sejuk, tapi yg baru ni satu shj…tak bleh sampai 3 nanti dgn peti2 ais beku…tapi memang jimatkan penggunaan elektrik la

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 10:04 pm

      Peti sejuk antara peralatan elektrik yang kuat mengunakan tenaga elektrik. Saya percaya peti ais sejuk yang baru sudah ada teknologi untuk penjimatan pengunaan tenaga elektrik.

      Reply
      • nurmisnan says

        9th February 2012 at 10:47 pm

        pernah tanya pd staff penjual, lagi besor peti ais lebih jimat tenaga elektrik..

        Reply
        • akubiomed says

          9th February 2012 at 11:28 pm

          Kalau di Semenanjung sudah ada label kecekapan tenaga memudahkan pengguna membuat keputusan untuk membeli produk terbaik untuk mereka.

          Reply
  17. mancai says

    9th February 2012 at 6:02 pm

    aku pun dah guna perkhidmatan ni… memang senang.. tapi penggunaan elektrik aku susah betul nak turunkan… ish2

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 8:10 pm

      Tak apa bro. Sedikit-sedikit menurun bil elektrik bulanan.

      Reply
      • suri says

        10th February 2012 at 12:13 pm

        klu anak ramai bilik punya byk mesti bil penggunaan dia tinggi alahai..

        Reply
  18. madammondoq says

    9th February 2012 at 5:31 pm

    senang ar pasni.. bayo online jek.. semua hanya di hujung jari.. wink!

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 10:05 pm

      Sebenar susah hendak beri alasan kalau bil sudah boleh dilihat secara onlinekan. 🙂

      Reply
  19. Bro Ley says

    9th February 2012 at 5:04 pm

    Saya dah ade account dah, senang nak semak secara on line.

    Reply
  20. kimmie says

    9th February 2012 at 4:53 pm

    bagus ada system macam ini, memudahkan pengguna untuk tengok trend penggunaan elektrik mereka. Jadi boleh membantu pengguna berjimat.

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 10:05 pm

      Mudah juga hendak pantau tetapi ada usaha untuk menjimatkan pengunaan tenaga elektrik dirumah khususnya.

      Reply
  21. ciksembang says

    9th February 2012 at 4:10 pm

    sangat jimat bil ni.. tunggu anak2 besar nanti pandailah derang pakai barang2 letrik.. kalau on kipas lampu kadang2 suka tak tutup

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 8:18 pm

      Saya selalu bising kalau anak buka lampu tapi tidak padam. 🙂

      Reply
  22. Jobless Girl says

    9th February 2012 at 3:18 pm

    TNB e-Services ini memudahkan landlord semak bayaran akhir dan jumlah hutang bill. Ini initiative yang bagus.

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 8:27 pm

      Memang senang hendak pantau penyewa yang culas. 🙂

      Reply
  23. Denaihati says

    9th February 2012 at 3:00 pm

    pernah register juga tapi dah lama log-in. good info terutamanya label kecekapan tu.

    Reply
  24. CMRatu says

    9th February 2012 at 2:58 pm

    baru paham maksud bintang yang ada tu.. hehe.. info berguna.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 8:35 pm

      Harga untuk label mempunyai 5 bintang lebih mahal tapi untk jangka masa panjang ia adalah pelaburang yang berbaloi.

      Reply
  25. yas says

    9th February 2012 at 1:05 pm

    Bebaru ni beli tv…seb bek mmg ada label 5 bintang tu…aku tak bape tahu sgt ttg mende2 ni bro..thx gak sbb inform eservice tnb….tak tau sblm nih

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 8:36 pm

      Terbukti TV yang bro beli mempunyai kecekapan pengunaa tenaga yang sangat baik.

      Reply
  26. wahida says

    9th February 2012 at 12:57 pm

    info yg sgt bagus ni…tengs!!

    Reply
  27. Kamal Mustafa says

    9th February 2012 at 12:25 pm

    Terima kasi bro Azrin buat post pasal penjimatan elektrik. Guna produk yang boleh mengurangkan bil elektrik. Kalau boleh buat perbandingan sebelum dan selepas lagi naik.

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 10:07 pm

      Susah saya hendak buat perbandingan kerana dari sejak masuk rumah sudah pasang lampu Energy Saver. 🙂

      Reply
  28. Dulu Lain Sekarang Lain says

    9th February 2012 at 10:56 am

    kawe bayar bil bila bil dah merah jer.. he he 😀

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 10:07 pm

      Bahaya tuh bro jangan sampai kena potong bekalan elektrik naya yang tinggal dirumah. 🙂

      Reply
  29. Norizwan says

    9th February 2012 at 9:54 am

    thanx info ni bro…. saya kagum ngan bro boleh menjimat kegunaan elektrik….steady la…

    Reply
  30. Zarul Umbrella says

    9th February 2012 at 6:00 am

    good info ni bro..baru saya tahu energy saver bulb ada beri kesan kpd kesihatan ..LED tu brp harganya ?

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 10:11 pm

      Harga mentol LED jenama Philips boleh dibeli pada harga bawah RM100. Dirumah saya sekarang banyak mengunakan lampu Energy Saver dan tidak sangka ada masalah keracunan merkuri. Apa saya pelan adalah menukar semuaa lampu Energy Saver kepada lampu LED. Lagi pun jangka hayat lampu LED boleh mencapai 25 tahun.

      Reply
  31. anif says

    9th February 2012 at 1:45 am

    Nampaknya penggunaan elektrik kita lebih kurang sama jer ni. Kalau bertukar kepada mentol jimat tenaga memang nampak kesannya.

    Cuma sekarang ini sedang berusaha untuk menggantikan peralatan elektrik di rumah kepada peralatan cekap tenaga. Insyallah..

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 10:12 pm

      Pada masa akan datang saya akan lebih peka dengan label kecekapan tenaga ketika membeli barangan elektrik.

      Reply
  32. maza says

    9th February 2012 at 12:49 am

    alamak, maza baru pasang mentol energy saving, 28 watt punya…. huhuh

    rasanya tunggu mentol ni terbakar baru berganti yg LED punyalah..
    thanks for the info bro!
    really useful!

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 10:13 pm

      Kalau pasang 28W sangat terang. Dirumah saya guna 5W dan 8W sahaja pun sudah cukup terang.

      Reply
  33. b3njy says

    9th February 2012 at 12:26 am

    Lepas ni kalau Benjy nak beli barang elektrik … benjy akan nengok logo tu 😀

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 12:35 am

      Label kecekapan tenga ini sudah lama ada pada barangan elektrik. Lain kali hendak beli barangan elekrtik perhati-hatikan label ini. 🙂

      Reply
  34. b3njy says

    9th February 2012 at 12:24 am

    Rasanya e-services tu Benjy dah dengar daripada berita satu ketika dahulu cuma logo tu baru tahu kat entry broo ni. 😀

    Reply
  35. b3njy says

    9th February 2012 at 12:23 am

    Wow ! info yang menarik ni broo .. 😀

    Reply
  36. sabree hussin says

    9th February 2012 at 12:19 am

    oh ada system tracking untuk penggunaan elektrik nampaknya.

    honestly, selama ni tak pernah pun nak track benda-benda ni semua sebab bil elektrik tak mahal. Kurang dari RM20 sebulan.

    Dan berselang-seli pulak tu. Bulan ni kena bayar, bulan depan tak perlu bayar.

    Reply
    • b3njy says

      9th February 2012 at 12:26 am

      Mai i, … jimatnya bil hanya RM 20 je … kalau Benjy boleh mencecah RM 70 OOooo … 🙁

      Reply
      • muazfaris says

        9th February 2012 at 9:45 pm

        banyak nye jimat..!!

        Reply
    • akubiomed says

      9th February 2012 at 12:33 am

      Macam kawasan perumah tempat saya bil TNB 2 bulan sekali.

      Reply
      • Affuan says

        9th February 2012 at 1:48 am

        Sama la. Buat orang terkejut je bil latest banyak gila. Rupanya 2 bulan. Hehe.

        Reply
    • Mekar says

      11th February 2012 at 12:56 am

      en sabri, macamna boleh jadi bulan ni bayar..bulan depan tak bayar? seronokny:-)

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in