Menjengah buah durian dengan harapan.
Hari ini saya ke Bangi berkumpul adik beradik dan ibu. Sampai sahaja dihadapan halaman rumah kepala sudah meninjau-ninjau ke langit. Mengharap akan ada buah durian berbuah kerana semasa bulan Ramadhan yang lalu banyak bunga durian.
Masih ada lagi berbaki buah durian tetapi tidaklah selebat musim durian tahun lepas. Sampaikan dahan yang rendah penuh dengan durian seolah-olah lengan yang penuh durian.
Masihkah ada harapan merasa buah durian?
Sedih dengar ada sebuah pokok yang dahulunya tidak pernah mengecewakan menghasilkan buah durian yang lebat sekarang ini tiada daun dan kering. Ibu kata pokok sudah mati sebab berendam air terlalu lama dek projek membina banglo bersebelahan. Saya hanya mampu memandang pandangan kosong dan sayu dengan nasib pokok durian tersebut. Diorang yang kutip duit-duit jutaan ringgit dengan projek berkenaan kenapa kami pula menanggung kerugian? Manusia rakus, ketamakkan dan haloba mementingkan diri sendiri.
Pokok durian menjadi saksi keringat arwah bapa dan diriku.
Arwah bapa memasang hasrat pokok durian yang ditanam akan dinikmati oleh anak cucu. Semasa arwah hidup sempat kami merasa buah durian anak beranak. Terbayang keceriaan diwajah masing-masing sambil sahut gelak ketawa ketika menikmati hasil buah durian. Segala kelelahan menyiram dari satu pokok ke pokok mengunakan air perigi yang digali sendiri sudah terbayar.
Masih menaruh harapan.
Sebelum pulang sempat meninjau pokok durian dan mengharap akan ada habuan untuk kami walaupun tidak banyak sedikit pun jadilah. Itu pun kalau tidak dek kehadiran dek monyet berambut hitam yang tidak reti minta main sapu bukan haknya. Kalau bukan untukku biarlah cucu bapa merasa buah durian.
Relax la bro. Jom makan durian thailand. Sepanjang tahun ada kat sini
Oh ada rupenye durian kecik dari tangan kita. Saya di Kerteh, durian area ni sedap, orang panggil Durian Kampung Baru. Hampir setiap hari makan Durian Crepe jiran buatkan 😀
haaaaa… dah makan durian, buat tempoyak pun boleyyy.. nyum3
boleh buat durian carpe kan heeee
Bestnyer ada pokok sendiri 🙂
Keringat yang membuahkan hasil ;D
Kaki durian ni.. Sampai terbawa-bawa dari bulan Ramadhan ke Syawal ke Zulkaedah….
Nasib baik kawe tak minat dorian. Kalu tak asyik dok tunggu musim durian jer.. ahak ahak..
pokok durian kat kg SA sedang berbunga lebat..tp syg..makhluk allah berekor panjang itu dah jatuhkan putik2 durian..damn u beruks…
urm harpkan rumah mak mertua sahaja.kalau di melaka memag susah nak berbuah
memang tak patut monyet kepala hitam tu
senang2 je dia nak isi perut dengan hasil orang
dia tarak ada otak jadi dia pikir itu reta (harta) dia heee..
banyak sangat makan durian ni boleh pening kepala kan.hehe
Panas badan pun boleh jadi. 🙂
Emm bangga kan kalau hasil kita dapat dinikmati oleh anak cucu..memang betul..dah terbayar segala kepenatan dulu..emm memang macam tu manusia kan?ada masa baik ada masa nakal..emmm
Rezeki untuk anak cucu. Semoga ada sedekah Al Fatihah untuk yang sudah pergi.
tengok dari luar dah leh bayangkan bagaimana isinya kat dalam huhu
Sudah semestinya isinya tebal dan enak.
durianmu sudah jadi tempoyakku
Malangnya saya tidak gemar makan Tempoyak.
makan durian memang sedap , tapi tak boleh banyak-banyak takut nanti sakit tekak pulak…huhu
Durian punya hal sudah tidak kesah. 🙂
waaa ni yg terliur nak cari buah durian jap lagi nih
Saya mengharapkan yang ada ini boleh bertahan.
insyaAllah ade rezeki tu nanti…
datuk sebelah suami sy ada kebun buah pelbagai jenis… durian, cempedak, manggis, pisang dll. larat tak larat je nak membedal :p
Macam-macam ada puas tuh. 🙂
Malangnya saya takda kebun durian. Kalau nak makan, terpaksalah beli di tepi jalan.
Kalau ada kebun durian tentu seronok kenduri durian ketika musimnya.
saya pun berharap utk rasa durian di kampung…
Musim buah boleh balik kampung.
kalau monyet betul oklah juga, niat beri makan pada sama makluk Allah.
tapi kalau monyet berambut hitam ramai, memang buat panas hati.
Yang saya maksudkan monyet berambut hitam tidak tahu minta main bedal orang punya. 🙁
ha kesian di katakan seperti itu mereka memang tiada adab kah
Mungkin bukan rezeki bro sekeluarga. Tapi tu la, kerana projek orang lain kita yang jadi mangsa tak dapat makan durian.
Ada beberapa pokok durian sudah mati dan tidak berdaun. 🙁
Lepas ni nak kena pi cari durian ni..
Begitulah sikap mulia orang-orang tua kita berkebun tanam pokok untuk anak cucu…kita sekarang boleh buat gitu lagi ke gamaknya…kalau ada tanah kebun sebidang mungkin boleh.
Orang tua-tua selalu akan beringat untuk anak cucunya.
durian adalah raja buah..memang sedap meskipun baunya kurang menyenangkan.
ps: jangan lupa untuk baca entri terkini saya di [SINI]
Hantu durian tidak ada masalah dengan bau durian. 🙂
yeay! ada jugak durian utk bro =)
manusia mmg tamak, tak kira siapa mangsanya…janji depa dapat apa yg mereka nak
Sedih ada yang bersikap sebegini tak kala kita ingin menjadi manusia yang bertamadun.
Tiba rasa nak balik batu kurau…
Kutip buah durian.. he he..
Sudah musim durian disebelah sana?
Tak dapat durian satu guni,
Boleh satu lori jadilah,
Tak dapat buat masa loni,
Boleh durian runtuh untunglah.
Beberapa tahun lepas puas tetapi tahun ini tidak ketahui lagi.
wow besar juga durian tu…
Puas makan bro. 🙂
nampaknya rezeki durian mungkin berkurangan tahun ni. tapi mana tahu mungkin bro akan dapat durian runtuh pula
Kita tunggu dan lihat.
Nak kena cari di kampung juga durian ni,dah lama juga tak makan,lagi sedap dibuat pulut
Harap tahun ini musim durian menjadi adalah rezeki.
kat kg saya dah habis musim buah durian, banyak pokok durian yang ditanam sepeninggalan arwah ayah jugak untuk anak cucunya nanti…….
boleh minta ganti rugi tu bro..
Mereka ini kontraktor tegar. Jalan rosak akibat saliran air yang kurang baik akibat pembinaan unit banglo.
durian di kebun arwah datuk saya tak berbuah tahun ni..
kalau berbuah sampai patah dahan.. banyak sangat buah,
dahan kecil..
Wah lebat buah duriannya sampai patah dahan.