Membidik Full Moon selepas solat Terawih.
Hari ini langit kelihatan cerah dan dapat peluang melihat Full Moon di luar rumah. Apa pun pergi solat Isyak dan diikuti solat Terawih di surau berdekatan terlebih dahulu.
Ketika perjalanan pulang dari solat Terawih sudah memasang azam untuk merakam Full Moon. Sejurus sampai dirumah terus sambar kamera, tripod dan lensa bokeh leleh(Tamron 18-200mm F3.5). Mula-mula pasang tripod didepan rumah kemudian rasa tak sedap hati nanti jiran kata skodeng pula.
Ambil gambar Full Moon dengan berbaju Melayu dan berkain pelikat.
Yang kelakarnya, tak sempat salin baju terus sambar tripod dan kamera DSLR. Berbaju melayu dan kain pelekat terhendap-hendap di depan rumah mencari tapak yang sesuai untuk memasang tripod. Rasa tak sedap hati perbuatan mengundang kurang senang oleh jiran tetangga lalu mengalih tripod dan kamera di belakang rumah. Tidak mengecewakan tidak dilindung oleh pokok dan bangunan rumah. Walah, dapat merakamkan Full Moon dengan jayanya. Kepuasan terpancar diwajah.
Tahun
|
Bulan
|
Tarikh
|
Masa
|
Hari
|
2013
|
Jan
|
27
|
05:38
|
Ahad
|
2013
|
Feb
|
25
|
21:26
|
Isnin
|
2013
|
Mac
|
27
|
10:27
|
Rabu
|
2013
|
Apr
|
25
|
21:57
|
Khamis
|
2013
|
May
|
25
|
06:25
|
Sabtu
|
2013
|
Jun
|
23
|
13:32
|
Ahad
|
2013
|
Jul
|
22
|
10:15
|
Isnin
|
2013
|
Aug
|
21
|
03:44
|
Rabu
|
2013
|
Sep
|
19
|
13:12
|
Khamis
|
2013
|
Okt
|
19
|
01:37
|
Sabtu
|
2013
|
Nov
|
17
|
16:15
|
Ahad
|
2013
|
Dis
|
17
|
10:28
|
Selasa
|
Sumber: Moonphase.info
Akhirnya gambar Full Moon berjaya dirakam dengan sempurna. Sungguh indah bulan ciptaan Ilahi. Patutlah ada peribahasa ‘Pungguk rindukan bulan’. Saya pula rindukan apalah pula?
Kate Middleton Duchess of Cambridge menanti kelahiran pewaris takhta Raja Britain pada malam Full Moon.
Pasangan pewaris raja Britain Prince William dan Kate Middleton khabarnya sudah berada saat melahirkan pewaris takhta raja Britain pada hari kejadian Full Moon ini. Kita nanti berita kelahiran pewaris takhta raja ini bakal mendapat perhatian dunia dan media.
Bila dapat tengok ngan lens gambar bulan cenggini terus rasa nak beli teleksop la pulak …. hahahahaha
Dapat tangkap berlatar depan pokok-pokok atau bangunan, cantik juga.
Kalau ada saya pastikan ia diambil gambar.
Prince William dan Kate Middleton dapat baby boy
Cuma dapat tengok dalam mimpi je
Cantik gambar bro ambil..
sehari sebelum bulan penuh tempohari,bulan kelihatan ‘merah’..sbb jerebu + panas kot..
Faktor jerubu menjadi bulan kelihatan merah @oren.
full mooon 15 ramadan ke bro
Bakat semakin menyerlah ne bro akubiomed
Masih mengasah kemahiran membidik. 🙂
semalam cuba ambil gambar bulan , tapi kecewa sebab hasilnya ke laut…mungkin lens standard kot…sedih…huhu
subhanallah…cantik sungguh ciptaan-Nya…
Kalau dapat ambil gambar bulan di Perancis tentu best.
Subhanallah.. cantiknya… 🙂
nak shoot juga sbb subuh semalam cantik sgt bulan
tp lens standard x mampu dpt hasil cam bro.. hehehe
Saya pernah guna lensa 50mm masih boleh.
oh iyer ker
kena cuba juga
setting apa yg perlu? hehehe
Boleh dicuba dengan set F11, shutter speed 100/s dan ubah ISO.
Serius bro. Bulan penuh semalam dan semalam sangat cantik 🙂
cantik gambar bulan tu
masa otw balik dr kelantan..memang terang benderang dari cahay bulan..
subhanallah,cantiknya…syg nya chii x dpt tgk live mlm kelmarin 🙁
apa pun hasil bidikan encik akubiomed mmg memuaskan.
sy pun suka merenung full moon
lepas ni bolehlah membidik anak bulan plak bro.
Ala, sayang tak tahu ada full moon. Kalau tahu, nak juga tengok.
Kalau dah minat foto memang pantang ada moment cantik pasti akan snap…
pernah dua kali saja shot bulan dengan lense pinjam. nak beli lense baru masih tak mampu.
semalam memang cantik sgt.. tapi dah tak ada tele.. lens 70-300 hilang masa pindah rumah tahun lepas.. lepas tu lansung tak pernah shoot fullmoon lagi.. 🙁
Sayang bro kehilangan lensa tersebut.
Malam semalam memang bulan sangat cantik..tapi penat malam tadi tak larat nak tangkap..hehe
saya pun ada ambil gambar bulan yang sama 🙂
Tahniah. Bukan senang nak dapat tangkap full moon ni. Nasib takde mendung kan, kalau tak mesti tak dapat.
Ada “equipment” lengkap memang patut dimanfaatkan sepenuhnya 😀
boy… uh,,,mesti pasangan keluarga ini sedang di lamun kebahagian
cantik eh, jumpa plak full moon ni.
cantik dan jelas gambar bulan penuh ni. dah pertengahan ramadhan, cepat betul rasanya.
Uish pandainya bro tangkap gambar bulan ni. Nampak macam dekat je. A ah semalam memang bulan penuh lah nampak dari rumah
Terima kasih, dapat setting dengan mencari maklumat dengan search engine.
saya keluar rumah sllu time pagi itu untuk membuang sampah hee…rugi tak tengok keindahan ciptaan Allah s.w.t
Lens mantap tu..hehehe
Terima kasih bro berkongsi bulan penuh mengambang. Mmg cantik!
Berpuas hati dengan bidikan kali ini. 🙂
Sempat tengok semalam dengan hubby time kalut2 cari kucing hilang, tengok je tak ingat nak tangkap gambaq
Ada senarai tarikh full moon boleh menanti pada masa akan datang
Kalau dah kaki membidik, dia x kira apa dah… 🙂
Sayang kalau kamera disimpan.:-)
perghhh menembak bulan…. lens apa tu bro?
owh tamron….Tamron 18-200mm F3.5…
lepas ni shoot bulan je la jawabnya…
Bukan lensa baru pun sebab sudah berusia 2 tahun.
wahhh..setiap kali dapat gambar bulan cantik nih… dengki lak rasa haha hari tu bulan oren kaler.. 🙂
Asyik melihat bulan penuh.
pehh..tak menyempat-nyempat lagi tu..
Mungkin sifat jurugambar amatur macam tuh kot. 🙂
satu hari nak cuba ambik gambar bulan jugaklah , tapi camera den tak hebat mana pun…hehe
Saya pernah ambil gambar guna kamera kompak.
eh siap ada tarikh yer, kalau mcm ni senang nak tau bila full moon
Bila-bila senang boleh membidik bulan.
Terbaiklah bro..berapa power zoom lens ni?menariknya..haha
Bolehlah bro.
sgt2 awesome…dah lahirkah anak Kate Middleton tu?
dah..putera dapat nya
Sudah lahir bayi lelaki semalam.
kacak lah gambar tue. ^_^
i like!!
Terima kasih.:-)
Perkhh encem gambarnya tu….
shutter speed berapa ek?
Dan juga f dia berapa?
Shutter speed 100/s, F11 cuma ubah ISO
ohsem giler…serius menakjubkan!!
Gambar ni warna diedit tanpa tanpa edit?
Menantikan aidilfitri menjelma..
subhanallah…..cantiknya….
full moon..yeah..jangan lama2 kat luar..nanti jadi serigala bro..hehehe
cantikkkk..clear pula tu..
Belum ada kesempatan dan kelengkapan lagi untung shoot fullmoon…masa jam 8 malam tadi cahaya kekuningan.
mmg cantik dan clear la gambar full moon tu…
hebat betul bro skodeng full moon. heee
cuaca sangat elok
sesuai sangat untuk membedik
yeah ada nampak gak waktu nak kluar tarawih tadi
Haaaahh.. nasib baik jiran tak ingat bro nak skodeng malam2.. hihihi