• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Musim Durian semakin tiba

Musim Durian semakin tiba

3rd November 2011 by akubiomed 63 Comments

Musim Durian semakin tiba ada peluang merasa Durian D24

Minggu lepas aku melawat orang tuaku di Bangi dan sempat membuat Outing Solo di Sg. Ramal Dalam. Belakang rumah orang tuaku terdapat beberapa batang pokok Durian yang sudah mula menampakkan buah Durian yang agak lebat. Ini menandakan musim Durian semakin hampir dan sayang juga beberapa buah Durian yang belum matang gugur akibat tiupan angin dan tebuk oleh Tupai durjana.

Musim Durian semakin tiba Tupai mula membuat sarangnya

Kalau jangkaan aku tepat, buah Durian dikawasan rumah orang tua aku akan matang pada Hari Raya Haji nanti. Orang tuaku tanam beberapa jenis baka buah durian ada yang dari cantuman tunas dari baka D24 dan ada yang tanam dengan biji. Ketika pokok Durian ini mula ditanam, aku masih bersekolah lagi dan semasa pokok-pokok Durian ini baru hendak tumbuh membesar aku terpaksa mengambil air di perigi yang agak jauh dilembah dan menyiram dari satu pokok ke satu pokok.

Sudah 2 kali saya menikmati hasilnya dan begitu juga isteri dan anak-anak saya turut bersama menikmati keenakan isi durian di belakang rumah orang tua saya. Sukar untuk membuat pilihan apabila ada beberapa baka pokok Durian mengeluarkan isi yang enak.

Kredit: Filem Mr.OS

p/s: Mengharap sangat buah Durian dapat matang sehingga musim durian tiba

Sila tekan butang kongsi:

  • Tiada lagi musim durian untukku
  • Masihkah ada buah durian untukku.
  • Aktiviti bapa dan anak di hujung minggu

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Mat Judin says

    28th November 2011 at 11:31 pm

    Ass…kom
    Musim durian tiba lagi.Kelmari 26hb & 27 hb Nov. saya membawa anak bercuti di taiping selama dua hari.Masuk melalui Tol Kemunting, tiba-tiba nampak gerai durian berderet sepanjang jln kemunting kr Taiping.Saya berhenti disalah satu gerai.Tauke duria orang muda namanya Lan. Saya nampak ada musang king dijual saya tanya berapa sekilo. RM 25.00 .Saya beli sebiji makan disitu harga boleh tahan juga.Kemudian beli yg biasa isi kuning air 4 biji. Musang king memang sedap dan isinya kuning macam kunyit.Saya berminat boleh keluar tol Kemunting di sana ada banyak gerai durian.TK

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 8:29 pm

      Kalaulah dapat biji durian Musang King sudah tentu orang tua suruh semai buat benih. 🙂

      Reply
  2. bEe says

    9th November 2011 at 1:21 pm

    Kat kg kebun dah takde…..
    Kena banjir besar dulu. Kalau ada lagi, buah durian yg kaler kuning masak (tak tahu gred berapa) confirm org akan menunggu utk memakannya 😉

    Reply
    • akubiomed says

      9th November 2011 at 10:49 pm

      Aiks banjir kuat sangat ker bEe sampaikan pokok durian turut hanyut? Durian isi kuning mungkin Durian Tembaga kot.

      Reply
  3. Pacifista says

    8th November 2011 at 9:08 pm

    kat kampung aku dah abis dah bro.ko punya pulak baru nak menjadi.terbaik la 😀

    Reply
    • akubiomed says

      8th November 2011 at 10:46 pm

      Kalau ada rezeki dapat merasa kalau tidak monyet berambut hitam sambar dahulu 🙂

      Reply
  4. paihujey says

    7th November 2011 at 11:42 pm

    bestnya ada kebun sendiri..kalau dulu kat sekolah ada kebun buah2an..tiap2 tahun akan ada acara makan2..durian memang pilihan hati..

    Reply
  5. dnoBiz says

    5th November 2011 at 2:21 pm

    tetiba teringin nak makan Musang King, kena pegi segamat nampaknya ni…

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2011 at 7:25 pm

      Kalau macam ini kena dapat benih durian Musang King pula 🙂

      Reply
  6. Zida says

    5th November 2011 at 3:04 am

    Manalah nak dapat durian kat Mesir ni -.-

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2011 at 1:55 pm

      Tentu mahal harganya beli buah Durian di Mesir.

      Reply
  7. Mus says

    4th November 2011 at 2:24 pm

    durian kat Sabah ni dah tak bermusim..

    Reply
  8. Dulu Lain Sekarang Lain says

    4th November 2011 at 8:12 am

    Kawe tak makan duriaannn… he he..
    so masih concentrate sama MUSIM epl 😀

    Reply
    • Mus says

      4th November 2011 at 2:27 pm

      kenapa tak makan durian bro?

      Reply
  9. Norizwan says

    4th November 2011 at 5:46 am

    pergghhh mengiurkan….lambatnya nak tunggu musim lagi…

    Reply
  10. tips-kurus says

    4th November 2011 at 1:00 am

    bro, tolong bagi alamat penuh Sg Ramal tu. nak datang raya tapau durian boleh? sekian, terima kasih.. (>.<)

    Reply
  11. faiz says

    4th November 2011 at 12:54 am

    nnti dah gugur jgn lupa pos kat aku…heheh

    Reply
  12. mancai says

    3rd November 2011 at 8:48 pm

    sudah mula menyiurkan ni…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 11:05 pm

      Bro perlu tahan daripada air liur meleleh 🙂

      Reply
  13. Adila says

    3rd November 2011 at 6:48 pm

    waahhhh!!!! nak start tanam skrg errrrkkkk mcm xsempat je nak tunggu smpai pokok tu nak berbuah
    ehehe~

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 8:19 pm

      Kalau tanam pokok durian perlu kesabaran yang tinggi kerana untuk pokok membesar macam-macam dugaan akan dilalui termasuk serangan penyakit dan anai-anai.

      Reply
  14. Hairul Hissam says

    3rd November 2011 at 6:41 pm

    banyak betul buahnya.. buat tempoyak mmg sedap nie…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 8:18 pm

      Saya makan buah durian tapi tidak makan tempoyak lah pula

      Reply
  15. ohcikgu says

    3rd November 2011 at 6:06 pm

    wahh..nak satu bakul. leh? hehe..

    Reply
  16. tehr says

    3rd November 2011 at 4:33 pm

    nampaknya lepas makan daging korban
    makan durian la pulak nanti
    rezeki2…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 8:17 pm

      Rasanya kalau pasang kipas paling maksimum gamaknya 🙂

      Reply
  17. nuriz says

    3rd November 2011 at 3:38 pm

    ternampak pulut dan durian hehe, memang sedap makan pulut durian aduhaiii

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 8:16 pm

      Sedap layan pulut dan durian 🙂

      Reply
  18. zaa says

    3rd November 2011 at 3:37 pm

    bestnyaaaa ! teringin plk nk mkn duriann 😀

    Reply
  19. nurmisnan says

    3rd November 2011 at 1:27 pm

    Alhamdulillah.. rezeki durian belakang rumah. Smlm mak aku call
    pun bg tau durian dah banyak. tggu balik jer.

    Aku dulu hantu durian tapi skrg dah kurang sikit..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 8:15 pm

      Hah, mak sudah telefon wajib balik tuh 🙂

      Reply
  20. Ikhwan says

    3rd November 2011 at 12:45 pm

    Mak oi durian.. Lama tak makan dah ni..

    Reply
  21. wahida says

    3rd November 2011 at 12:37 pm

    i love durian!!
    tak nak ajak blogger pekena durian kat dusun u ke bro? hehe…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 8:14 pm

      Bukan tidak mahu ajak sebab tuan tanah pun belum tentu merasa kerana ada monyet kepala hitam yang sapu dulu sebelum tuan tanah sampai 🙂

      Reply
  22. ROJAK says

    3rd November 2011 at 12:21 pm

    bestnye makan durian tapi bukan senang nak tau durian mana baik lainlah orang yang expert detect durian baik punya..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 8:13 pm

      Nasib baiklah durian diambil dibelakang rumah jadi tidak ada masalah untuk mencari buah durian yang elok 🙂

      Reply
  23. sw33tdarling says

    3rd November 2011 at 10:46 am

    wahhhhhhhhhhhhhhh untungnya dapat makan durian fresh turun dr pokok…. envy sangat orang yang ada kampung and ada pulak pokok durian

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 7:02 pm

      Sudah tentu yang terbaik dari ladang 🙂

      Reply
  24. adele says

    3rd November 2011 at 10:25 am

    sy tak makan durian..jd tak ada lah tertunggu sgt musimnya.. 😀

    Reply
  25. adamfaiz says

    3rd November 2011 at 10:14 am

    Entah kenapa sejak lepas kahwin dulu.. durian tak lagi jadi peveret… tapi anak2 tetap suka walaupun lepas tu selalu demam sebab badan panas..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 6:59 pm

      Puas melihat anak-anak menikmati buah durian

      Reply
  26. LiFe KaMi says

    3rd November 2011 at 10:12 am

    D24 manis tu..
    alahai buat mengidam pula nak makan durian..
    cuma yg malasnya nak bawa masuk dalam keta,seminggu tak ilang bau..huhu

    Reply
  27. yas says

    3rd November 2011 at 9:13 am

    Wahhh…jangan sampai “mabuk” derian dah lerr bro….hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 6:57 pm

      Durian ini panas kalau makan banyak sangat mahu datang demam dan hilang suara

      Reply
      • yas says

        3rd November 2011 at 11:23 pm

        kene minum air dlm pangsa durian la bro…petua org tua2 tu…:D

        Reply
        • akubiomed says

          3rd November 2011 at 11:27 pm

          Emak saya pun syorkan petua yang sama 🙂

          Reply
  28. chii says

    3rd November 2011 at 9:10 am

    bestnya ada pokok durian..
    kampung nenek kat pekan pun byk gak..time raya aritu semua tgh berbuah..agknya ada lagi x skrg ni..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 6:54 pm

      Raya tempoh hari ada juga berbunga tetapi satu pun buah durian tidak menjadi.

      Reply
  29. anif says

    3rd November 2011 at 9:07 am

    Susah-susah dahulu.. bersenang-senang kemudian. Sekarang masa menikmati hasilnya 😀

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 6:56 pm

      Betul apa yang dikatakan ‘manakan dapa sagu kalau tidak pecah ruyung

      Reply
  30. Hazmin Hamudin says

    3rd November 2011 at 8:56 am

    Memang terbaik la musim durian akan tiba semula. Puas la makan lepas ni

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 6:53 pm

      Memanglah puas sampaikan tupai pun tumpang sekaki

      Reply
  31. Kimmy says

    3rd November 2011 at 8:16 am

    Durian terbaik saya pernah makan ialah dari Pahang. Kawan husband bagi. Cantik sempurna. Dah 5 tahun berlalu,tp itu yg terbaik. OK, satu lagi sebab ialah..durian itu free..hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 6:51 pm

      Rakan-rakan di pejabat akan buat kenduri makan buah durian dipejabat dengan membeli buah durian dari Bentong

      Reply
  32. Nur says

    3rd November 2011 at 3:24 am

    Beruntung sebab parents ada kebun durian.. Tak perlu keluar wang nak beli. Saya suka durian tembaga..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 6:50 pm

      Syukur ada tanah sedikit boleh di tanam buah-buahan tropika salah satunya buah raja buah iaitu buah durian

      Reply
  33. Pejuang Kesenian Extreme says

    3rd November 2011 at 1:52 am

    Peh terbaik siot..
    memang leh makan sampai pengsan la ni nanti kalau musimnya dah sampai..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 6:47 pm

      Orang kata makan buah durian sampaikan sendawa bau durian 🙂

      Reply
      • Pejuang Kesenian Extreme says

        3rd November 2011 at 7:59 pm

        Tak payah tunggu sendawa,nafas pun kompom bau durian..hehe
        Tempoyak oh tempoyak..lama pula rasanya tak makan…=)

        Reply
  34. nash says

    3rd November 2011 at 1:32 am

    wahhh… bestnyer makan durian ni
    xsabar2 lah… tapi xbalik kampung pon… xdapek nak merasa….
    hehehehe
    bagi cikit leh ? 😛
    btw cantik gambar yg dirakam ni… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2011 at 1:38 am

      Cuti Semester tidak balik kampung? Kenaapa bro?

      Reply
      • galut says

        3rd November 2011 at 9:15 am

        Saya pun suka makan durian bro…tapi tak boleh makan banyak nanti kepala pandai pening,terhidu baunya pun pandai pening juga terutama dalam kereta…..hu..hu…

        Reply
        • akubiomed says

          3rd November 2011 at 6:44 pm

          Kalau bawa buah durian dengan kereta ambil masa hendak hilang baunya 🙂

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in