• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Aktiviti bapa dan anak di hujung minggu

Aktiviti bapa dan anak di hujung minggu

3rd December 2012 by akubiomed 46 Comments

Aktiviti bapa dan anak mengeratkan hubungan.

Berhujung minggu dengan aktiviti bapa dan anak. Secara kebetulah saya suka ber instagram dan secara tidak sengaja snap beberapa gambar saya dengan baby Aslah.

Gambar aktiviti bapa dan anak di hujung minggu

Musim buah-buahan kembali lagi dengan buah manggis dan buah durian di kebun. Selama seminggu anak beranak berkampung di kebun. Kami terpaksa bersaing dengan penceroboh setiap kali terdengar buah durian gugur kami saling mengejar siapa dahulu dapat. Tak fahamlah ‘monyet kepala hitam’ yang tidak tahu halal dan haram memakan bukan hak mereka. Alhamdulillah usaha kami tidak mengecewakan dapat juga merasakan buah-buahan terbaik dari ladang kebun.

sesi mengeteh bersama baby Aslah
Menunggu air kopi o dan terk tarik sejuk.

Selepas seminggu berkampung di kebun tibalah masih untuk kembali ke sarang kami. Sebelum balik sempat sesi mengeteh di restoran mamak.

Baby Aslah mengaya cermin mata gelap

Kami bertolak waktu tengahari agak silau dengan pancaran cahaya matahari. Jadi pemakaian cermin mata polarize adalah perlu untuk mengelak mata menjadi silau. Baby Aslah sempat memberi pos istimewa dengan berkaca mata didalam kereta.

durian crepe

Dimana-mana blog saya kunjungi akan berkongsi mengenai Durian  Crepe samada kenikmatan dan resepi untuk menghasilkan Durian Crepe. Adik saya belanja Durian Crepe jadi pertama kali merasainya bertepatan dengan selera saya. Nikmatnya tak terhingga tak puas kerana terlalu lazat. 🙂

Maklumlah hujung bulan gaji pun sudah masuk. Tibalah masa untuk membeli barang dapur. Sempat singgah untuk membawa anak main game indoor di dalam AEON Rawang.

Babah dan baby Aslah potong rambut

Rambut saya pun sudah panjang. Satu pakej Babah dan baby Aslah gunting rambut sekali di kedai gunting rambut.

kasut asadi digunakan untuk pergi kerja
kasut albertini untuk digunaka semasa memandu dan jalan-jalan

Ini ada bulan ke 2 berturut saya membeli kasut. Kalau bulan lepas saya beli kasut Asadi untuk digunakan pegi kerja. Kasut cokelat Albertini ini pula dibeli untuk digunakan ketika memandu dan berjalan-jalan. Terasa selesa pakai kasut plastik Albertini ini.

cenderahati kak jie
cenderahati kak jie

Cenderahari berupa buku daripada kak Jie untuk saya sebagai peserta Giveaway sudah seminggu sampai dengan penghantaran Pos Laju. Boleh klik pautan:Tip memilih pasangan cara old style. Jiran tolong terima bagi pihak saya kerana selama seminggu saya berkampung di kebun orang tua kerana saya menunggu buah durian gugur. Terima kasih kepada kak Jie.

ubat selsema

Ketika saya menulis entri ini keadaan kesihatan saya kurang memuaskan disebabkan dilanda selsema. Mata berair, hingus meleleh dan bersin. Saya tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk menulis didalam keadaan kesihatan sebegitu. Selepas menyiapkan entri ini saya bercadang makan ubat selsema yang akan memberi kesan mengantuk. Harap saya dapat lena hingga ke pagi dan keadaan selsema semakin menghilang.

Saya rasa tidak terlambat untuk mengucap syabas kepada Harimau Malaya, pasukan kendalian Datok Rajagobal berjaya menundukkan pasukan Garuda malam semalam. Ia adalah perlawanan bagi saya luar biasa ketika ayam tembatan Safee Sali, Mat Yo dan Safiq Rahim diikat oleh pihak lawan pemain muda Wan Zack Haikal, Mahali dan Azamuddin berjaya mengelirukan pihak lawan yang leka.

Sila tekan butang kongsi:

  • Tiada lagi musim durian untukku
  • Baby Aslah masuk Peraduan Si Comel
  • Projek hujung minggu - pagar keselamatan kanak-kanak

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. nazra says

    7th December 2012 at 3:13 pm

    hujung minggu yg padat & penuh aktiviti gitu. bukan senang orang nak dapat 🙂

    Reply
  2. PCL says

    6th December 2012 at 10:21 pm

    wah padat dgn aktiviti berfaedah..kpg sy sawah padi..tak merasa nk berpesta dgn buah2an.

    Reply
  3. razfira says

    5th December 2012 at 10:09 am

    comelnye Aslah!
    Aktiviti yang sihat!

    Reply
  4. Nur says

    5th December 2012 at 2:23 am

    Wah padat aktiviti..Untungnya bila ada kebun buah-buahan. Musim durian kali saya belum dapat merasa lagi..Comel benar baby Aslah.. 🙂

    Durian crepe memang sedap sangat.. Pernah juga cuba merasainya… Memang kalau tiba musim buah, ramai yang dilanda sakit… Tahniah sebab menang GA Kak Jie.. Jangan lupa makan ubat..

    Reply
  5. Norizwan says

    4th December 2012 at 7:02 pm

    steady baby aslah gunting rambut…baik jer duk diam….comel…:)…bro promote kasut Albertini teringin nak beli hehehe…

    semoga bro sihat selalu…:)

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      6th December 2012 at 9:33 pm

      yela.. baby aslah x nangis..ade yg sampai meraung2..huhu

      Reply
  6. donnyien says

    4th December 2012 at 1:59 pm

    hai bro,

    moga bro cepat baik.. hujan-hujan ni elok duduk rumah layan isteri dan anak 🙂

    Reply
  7. yas says

    4th December 2012 at 12:04 pm

    durian crepe tu keyword google skg nih….btw aku x pernah makan lagi…camne la rasanya ehhh???

    Reply
  8. KiD says

    4th December 2012 at 4:23 am

    durian crepe tu bikin aku hanginn… waaaaaaahhhhh… nak sket! nak sedozen bro… hehheehe.. btw, boleh baby aslah gunting rambut camtu.. kalo anak aku, mau meraung dah.. dia mcam geli kena mesin je.. hehhee

    Reply
  9. ajumohit says

    3rd December 2012 at 11:02 pm

    wahh aktiviti yg best ialah menikmati teh tarik dan durian crepe, smpi skrg msh belum rasa lg, comelnya baby aslah

    Reply
    • KiD says

      4th December 2012 at 4:27 am

      cepat.. cepat.. dapatkan durian crepe….

      Reply
  10. boni kacak says

    3rd December 2012 at 10:57 pm

    durian crepe tu memang betul-betul meruntun qolbu la..hahaha

    Reply
  11. TehR says

    3rd December 2012 at 10:06 pm

    pernah beberapa kali je bawa anak gunting rambut
    selalunya aku gunting sendiri rambut anak2

    Reply
  12. wanayu says

    3rd December 2012 at 8:55 pm

    Memang terliur tgk durian tu… Haha

    Reply
    • KiD says

      4th December 2012 at 4:29 am

      hot stuf skarang… woohoooo

      Reply
  13. anif says

    3rd December 2012 at 6:43 pm

    Hujung minggu yang padat & menyeronokkan 😀

    Reply
  14. azmanisma says

    3rd December 2012 at 6:17 pm

    Makan durian byk….tu yang buat demam tu hehehe.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2012 at 6:27 pm

      Bukan demam tetapi selsema dan bersin sahaja.

      Reply
  15. papa mifz says

    3rd December 2012 at 5:21 pm

    PM tak pernah lagi bawa Mifz ke gunting rambut utk dipotong rambutnya…takut dia meronta ronta lak nanti…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2012 at 6:28 pm

      Sebelum ini baby Aslah sudah pernah gunting rambut di kedai gunting. Jadi tidak ada masalah.

      Reply
  16. Denaihati says

    3rd December 2012 at 5:18 pm

    penuh aktiviti hujung minggu bro. cantik pulak kain cover badan kat kedai gunting tu.

    Reply
  17. Hakim Mahmud says

    3rd December 2012 at 3:41 pm

    durain creep..!!

    Reply
  18. lonelystarz says

    3rd December 2012 at 3:41 pm

    tudia buat manggis.

    Reply
  19. hafizmd says

    3rd December 2012 at 1:25 pm

    Bergaya sungguh baby aslah dengan spek mata hitamnya. Mmg anak bapa ni…hehe

    Mana2 ada tulis pasal durian crepe, tensen pulak ambe baca….(teringin nak makan sebenornya…hahaha).

    p.s-bro Ab, jemput ke blog ambe…ada kejutan utk bro!

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2012 at 6:06 pm

      Terima kasih ke atas cabutan bertuah itu. 🙂

      Reply
  20. syira says

    3rd December 2012 at 1:16 pm

    salam..

    durian sedap tapi bau dia tu kan….hoho

    Reply
  21. titan says

    3rd December 2012 at 12:23 pm

    wahhh..rajin ko beli kasut ye…

    Reply
    • hafizmd says

      3rd December 2012 at 1:27 pm

      Kalau dah suka kasut, mesti beli kalau mampu…hehe

      Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2012 at 6:10 pm

      Hendak kata kerap tak juga tetapi kalau hati berkenan terus beli. 🙂

      Reply
  22. CMRatu says

    3rd December 2012 at 11:51 am

    banyaknya aktiviti.. hehe.. bestkan kalau cuti hujung minggu.. 🙂

    Reply
  23. auc says

    3rd December 2012 at 11:18 am

    huh anak beranak sama gunting rambut tu
    bapak misali ni 🙂

    Reply
  24. sukma says

    3rd December 2012 at 9:13 am

    buah manggis my favourite…kebun u kat mana? Ada lebih lagi tak buah manggis tue….dah lama tak rasa…
    kasut albertini tu berapa harganya ek..?

    Reply
  25. hatiputera says

    3rd December 2012 at 9:04 am

    Memang seronok kalau melakukan aktiviti bersama keluarga pada hujung minggu lebih-lebih lagi cari durian.

    Reply
  26. Mummy Akmar says

    3rd December 2012 at 8:01 am

    Aktiviti bersama anak dan keluarga memang best… Datok Rajabogal?? Hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2012 at 6:13 pm

      Aduhai macam mana boleh typo error nih. 🙂

      Reply
  27. hafizrahim says

    3rd December 2012 at 7:59 am

    Macam best je kasut albertini tu bro. Berkenan plak.

    Reply
    • hatiputera says

      3rd December 2012 at 9:05 am

      HP tengok pun macam berkenan jugak. Berapa harganya tu?

      Reply
      • akubiomed says

        3rd December 2012 at 6:12 pm

        Harganya RM19.90 sahaja. Selesa pemakaiannya.

        Reply
  28. Arrazi says

    3rd December 2012 at 5:58 am

    Terbaiklah aktiviti bekeluarga seperti ini. Saya suka dengan cerita menunggu durian di kebun tu. Pernah buat dulu di kampung. Tetapi sekarang ini, budaya itu sudah tiada di kampung saya sebab durian pun tidak berapa banyak.

    Reply
  29. Dulu Lain Sekarang Lain says

    3rd December 2012 at 5:50 am

    Musim buah-buahan ooo… Sakit pertu melantak buah. Nasib baik kawe bukan kaki durian, kalu tak lagi sengsara. Btw, masih sakit lagi?… get well soon ok..

    Reply
    • hatiputera says

      3rd December 2012 at 9:06 am

      Harga durian dah murah sekarang. Kalau nak yang baik sikit isinya kena bayar lebih sikit terutamanya miao san king.

      Reply
      • akubiomed says

        3rd December 2012 at 6:12 pm

        Pokok durian ini saya dan arwah bapa tanam. Akhirnya inilah hasilnya. Saya jarang makan buah durian.

        Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2012 at 6:15 pm

      Saya makan durian tetapi bukan hantu makan durian. 🙂

      Reply
  30. Ladfe Amir says

    3rd December 2012 at 5:13 am

    memang seronok dapat berhujung minggu dengan anak2 dan isteri. banyak aktiviti yang menyeronokkan dapat di habiskan bersama

    Reply
    • Ladfe Amir says

      3rd December 2012 at 8:02 am

      bawak berehat bro jika tidsk sihat. jangan lupa makan ubat

      Reply
      • akubiomed says

        3rd December 2012 at 6:13 pm

        Selsema dan bersin munkin terkena air hujan di malam Ahad yang lepas.

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in