• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Ada perkara yang tidak akan berubah

Ada perkara yang tidak akan berubah

4th March 2015 by akubiomed 53 Comments

Hubungan bapa dan anak

Hubungan bapa dan anak juga tidak akan berubah. Begitu juga kasih bapa kepada anak tidak berbelah bagi. Kerana kasih, seorang bapa akan sanggup membuat apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anak mencapai impian mereka.

Bagi mengeratkan hubungan bapa dan anak, seringkali saya membuat projek bersama anak-anak. Salah satu tujuannya adalah mengerat lagi hubungan dan memperbaiki komunikasi antara saya dan anak-anak. Saya akui aktiviti bersama memberikan kesan positif meningkatkan persefahaman kami. Dari situ saya dapat mengenal masalah anak-anak cara pendekatan sabagai sahabat.

Projek RESTORE BASIKAL BMX

Terbaru projek RESTORE BASIKAL BMX antara projek yang terbesar yang pernah saya laksanakan bersama anak saya. Projek ini mengambil masa 2 minggu masa untuk siap memandangkan hanya curi hujung minggu sahaja saya mempunyai masa berkualiti bersama isteri dan anak-anak. Anak saya sangat teruja untuk melibatkan diri projek RESTORE BASIKAL BMX dengan asyik bertanya bila nak mula projek ini.

Pulih basikal BMX yang berusia 28 tahun

Projek RESTORE BASIKAL BMX sangat bermakna kepada saya kerana ia kerja membaik pulih basikal BMX milik saya yang berusia 28 tahun. Basikal ini adalah hadiah ibu kepada saya semasa kecil dahulu setelah mendapat keputusan peperiksaan yang agak baik. Basikal ini kini saya berikan kepada anak lelaki saya tetapi ada beberapa bahagian basikal ini perlu dibaikpulih.

Baik pulih basikal berjaya disipakan dengan kerjasama bapa dan anak. Rasa puas hati kerana basikal dapat melihat basikal ini berjaya dipulihkan dan yang paling penting melihat keriangan anak saya mengayuh basikal sekeliling taman perumahan. Sama seperti saya semasa kecil dahulu teruja mengayuh basikal baru pemberian ibu. Ucapan terima kasih kepada anak kepada saya membuatkan hati saya tersentuh. Terbayar semua kepenatan.

Tahu tak? Ada perkara yang masih tidak berubah dan masih kekal.

Zaman berubah mahu tidak mahu kita terpaksa menerimanya. Kos alat ganti basikal sudah jauh berbeza yang mana saya perlu membayar lebih untuk projek RESTORE BASIKAL BMX. Tidak mungkin saya akan mendapat harga yang sama zaman dahulu lagi.

Saya ada pelan nak bawa famili makan Pizza di Pizza Domino. Sebelum ini ada buat sambutan hari lahir anak dengan makan pizza Domino. Anak-anak suka. Sempat buat survey dan nak tahu tak? Pizza Domino masih mengekalkan harga yang sama atau kurang apabila perlaksanaan GST pada bulan April nanti. Ia sesuatu perkara yang menarik.

Boleh rakan-rakan kongsi pandangan mengenai dengan Domino Pizza mengekalkan harga mereka? #stillthesame #paysameorless diruang komen.

Jom layari Domino Pizza FB untuk mendapatkan pengumuman terkini dari semasa ke semasa. >>> http://bit.ly/PaySameOrLess

Sila tekan butang kongsi:

  • Projek restore basikal BMX anak
  • Projek restore basikal BMX final
  • Projek hujung minggu DIY tukar tiub tayar basikal

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. niza yusof says

    16th March 2015 at 8:08 pm

    Kasih seorang ayah…Bagus aktiviti bersama anak…Yang best pizza tu, tetiba rasa lapar plak….

    Reply
  2. Oja Samid says

    9th March 2015 at 2:51 pm

    BMX memang ada nilai sentimental..sekarang dah tak nampak basikal nie. apepun, bagsu aktiviti macam nie, boleh bina bonding ayah dan anak. 🙂

    Reply
  3. Dulu Lain Sekarang Lain says

    9th March 2015 at 11:02 am

    Puhh.. hujung2 ada domino pizza lak.. he he..
    Yang tak berubah bagi kawe.. ialah kawe msh prefer domino pizza dari Pizza Hut 😀

    Reply
  4. miera says

    9th March 2015 at 3:06 am

    Awww… this is just so sweet… ya lah..apa yang seorang ayah atau ibu sanggup buat untuk anaknya…. huhuh

    Reply
  5. KiD says

    8th March 2015 at 9:30 am

    bro memang tak berubah.. sama macam dulu… terbaik laaah

    Reply
  6. aryn says

    8th March 2015 at 2:31 am

    Betul. Salah satu cara utk merapatkan hubungan dengan anak-anak adalah melakukan aktiviti bersama 🙂

    Reply
  7. SaniYunus says

    8th March 2015 at 1:41 am

    Rajin juga Akubiomed buat projek restore ni…..memang patut dilakukan selalu..:-)

    Reply
  8. Syahril Hafiz says

    7th March 2015 at 10:15 pm

    BMX diwarisi. BMW di..terpulang pada anak. Dia mahu berubah lebih baik dan kaya budi dan kaya harta. Bro memang seorang ayah yang terbaik! 🙂

    Saya ada sebiji BMX dah tersadai, ingat nak repair main dalam kebun..hehee

    Reply
  9. Ani Haryani says

    7th March 2015 at 8:49 am

    Wah dah cantik dan stylo basikalnya.! Bonding yang takkan terpisah 😀

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:34 pm

      Terima kasih. Warna yang pernah saya idam ketika kecil dahulu. Sudah lama laksana projek restore basikal BMX bersama anak tetapi asyik tertangguh.

      Reply
  10. MamaBard says

    7th March 2015 at 5:50 am

    bagusnya buat aktivit bersama-sama dengan anak..banyak memori bersama yang dia akan ingat bila dah besar nanti.,.

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:35 pm

      Basikal BMX ini mempunyai nilai sentimental .

      Reply
  11. TehR says

    7th March 2015 at 1:14 am

    teringat pula basikal sebuah kat rumah ni
    masih tersadai kat depan pintu
    dengan tayar tak berangin

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:36 pm

      Kesian tengok anak-anak hanya memerhati kawan-kawan sebaya kayuh basikal. Jadi siapkan juga projek ini.

      Reply
  12. myrujukan says

    6th March 2015 at 8:06 pm

    saya sendiri dah bertahun x naik basikal, mungkin puluh tahun. Bila nak hadiahkan adik basikal, serius saya terasa mahal, baru tahu harga basikal dah naik sangat sangat

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:36 pm

      Harga tidak akan turun malah semakin naik.

      Reply
  13. zara says

    6th March 2015 at 5:05 pm

    penuh misteri tajuknya..teruja nak baca sampai habis..pizza rupanya..syabas, kerana dapat meluangkan masa untuk bonding time dengan anak teruna..

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:38 pm

      Ada nilai hubungan anak dan bapa tidak akan berubah. Cabaran anak zaman 2K ini sangat mencabar kerana ledakan informasi dan bermacam-macam lagi. Saya juga perlu sentiasa kemas kini dengan mengambil berat perubahan yang berlaku sekeliling tidak boleh kekal dengan nilai-nilai dan tahap pengetahuan yang sama.

      Reply
  14. Norasikin says

    6th March 2015 at 3:51 pm

    Cemana la bro jaga basikal 28 tahun tu. Saya punya ex5 baru beberapa belas tahun dah tak tau nak letak mana. Nak guna dah lama tak start. Sayang pulak sbb sangat elok lg cuma lama tak guna

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:38 pm

      Honda EX5 sangat lasak dan barang hot sekarang ini kerana model ini tidak lagi dikilangkan.

      Reply
  15. ikhwan says

    6th March 2015 at 1:53 am

    memang best naik basikal masa zaman kanak kanak, pusing keliling kampung.

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:40 pm

      Masa saya umur sekitar umur 8 tahun pernah duduk di Pulau Pinang semasa itu arwah bapa saya sambung belajar di USM. Basikal orang tua saya yang jenis berpalang saya kayuh sekeliling kampung Sungai Pinang setiap petang. Basikal lebih besar dari saya.

      Reply
      • SaniYunus says

        8th March 2015 at 1:34 am

        Pernah juga masa kecik-kecik dulu duk tibai basikal tua ayah aku yang ada palang tu…memang bestlah..mana nak cari dah basikal tu…

        Reply
  16. Suriya says

    5th March 2015 at 9:45 pm

    bonding time ayah dengan anak-anak memang sangat perlu. supaya anak2 merasa kasih sayang ayah.

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:41 pm

      Ya perkara mesti. Saya tak nak habis masa dengan buat hal masing-masing sebagai contoh leka dengan smartphones dan anak saya pula leka dengan aktiviti mereka.

      Reply
  17. Hairul Hissam says

    5th March 2015 at 8:49 pm

    saya masa kecik pun pakai basikal bmx tu.. selalu gak jatuh basikal dan luka2 masa turun bukit dan kayuh laju2.. sampai skrg ada parut2nya..

    Lama dah tak beli domina pizza. Semalam baru je beli pizza hut semasa balik rumah mak..

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:42 pm

      Basikal BMX memang legend. Seronok dapat kayuh basikal laju-laju bersaing dengan rakan-rakan sebaya. Oh rindu zaman tersebut.

      Reply
  18. wahida says

    5th March 2015 at 4:59 pm

    pandai repair basikal…cayalah…

    Reply
  19. sensasi2020 says

    5th March 2015 at 4:49 pm

    Best dapat baiki basikal BMX yang lama menjadi baru bersama anak lelaki. Sudah pasti mereka teruja bila telah disiapkan.

    Reply
  20. Raihanah Ahmad says

    5th March 2015 at 4:26 pm

    kasih ayah berkorban apa saja..

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:42 pm

      Sudah tentu saya sanggup buat apa sahaja.

      Reply
  21. suri says

    5th March 2015 at 3:04 pm

    cuma yang bakal berubah hanyalah umur sahaja yang makin naik tingkat..

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:43 pm

      Umur tidak ada kembali muda seperti Benjamin Button.

      Reply
  22. JMR says

    5th March 2015 at 1:44 pm

    bagus kerjasama anak-ayah ni..setidaknya anak ada idea ttg konsep recycle..atau mungkin innovation..

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:44 pm

      Sesuatu yang dapat dipelajari oleh si anak dan pada sama mengeratkan hubungan anak dan bapa.

      Reply
  23. Inspirasi Huda says

    5th March 2015 at 10:59 am

    Perkara lain yang saya respek dalam entri ini ialah pada ayat “kualiti masa”. Teringat surah al-Asr yang memberi panduan tentang penggunaan masa. Ada kemahiran membaiki, duit poket pun boleh simpan.

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:44 pm

      Masa yang berlalu tidak akan kembali. Ada sedikit pengetahuan yang dikutip zaman kanak-kanak membaiki basikal dapat dimanfaatkan.

      Reply
  24. Noriza Rahman says

    5th March 2015 at 10:07 am

    Bertuah si anak bole naik basikal turun temurun 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:45 pm

      Terima kasih. Tidak sangka hayat basikal dapat dipanjangkan lagi.

      Reply
  25. Mak Jemah Jual Vitamin says

    5th March 2015 at 9:57 am

    kasih sayang seorang ayah tiada berpenghujung…

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:46 pm

      Peluang yang ada saya manfaatkan untuk mengeratkan hubungan anak dan bapa.

      Reply
  26. SuperNifz says

    5th March 2015 at 9:20 am

    Wahhh.. kan cantik dah tuhh… dah tak nampak macam berumo dah beskal tuh… cayalah ayahhh…

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:46 pm

      Terima kasih. Puas hati dengan hasilnya. 🙂

      Reply
  27. emalinmohd says

    5th March 2015 at 5:04 am

    Wah…lama nya umur basikal BMX tu.

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:47 pm

      Barang lama berkualiti dan tahan lasak. Tidak basikal sekarang mudah rosak kecuali yang berjenama dan harga mahal. Kalau nak beli seperti harga zaman dahulu terpaksa menerima kualiti yang ada pada basikal tersebut mungkin kurang.

      Reply
  28. titan says

    4th March 2015 at 11:20 pm

    basikal kecil aku, dah kena bagi kat anak buah aku kat kampung.

    ada paman aku pandai baiki basikal.

    dia la yang bege kasi lawa basikal tu.

    Reply
  29. Azeni Ahmad says

    4th March 2015 at 10:44 pm

    zaman dulu-dulu cara pendekatan mak ayah kita memang macam tue kan.
    Daripada disogokkan ataupun dihadiah dengan makanan ataupun kuar berjalan2.
    Semuanya seiring dengan peredaran masa kan.
    Yang cara masing2 untuk merapatkan hubungan.

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:50 pm

      Zaman berubah. Cara pendekatan mungkin berubah kerana anak zaman sekarang sudah berbeza persekitaran mereka. Kita perlu sentiasa peka dengan perubahan supaya hubungan ibu bapa tidak semakin tipis.

      Reply
  30. blogger lelaki says

    4th March 2015 at 9:20 pm

    itulah yang selalu ayah aku buat dulu..apa hal dia akana ajak seklai aku untuk buat kerja bersamam dia..sampai aku selalu kena iktu aku pergi kerja buat rumah..hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:52 pm

      Arwah bapa saya dahulu selalu ajak berkebun dihujung minggu berdua. Antara kerja yang pernah saya lakukan dahulu membersihkan kebun, kutip koko, buat kelapa kopra. Sampai tapak tangan kematulah kerana kerja-kerja kampung. 🙂

      Reply
      • blogger lelaki says

        7th March 2015 at 3:19 pm

        samalah tu bro..pergi kebun pun selalu..adakalanya sampai malam..nak jaga kebun durian dari binatang seperti vavi

        Reply
  31. Nuyun Najmi says

    4th March 2015 at 9:08 pm

    pandai juga baiki basikal, kalau tangan kayu. harus tak jadi apa2. baru2 ni nuyun beli basikal untuk anak, dah lama tak beli basikal budak umur 3 tahun. terkejut dengan harga, paling murah pun rm150. mahalnya ya rabbi. kira nasib baiklah beli sebelum gst. hehehe.

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2015 at 1:52 pm

      Nak buat macam mana terpaksa terima hakikat harga semakin naik.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in