• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Aktiviti hujung minggu dengan membersih kebun.

Aktiviti hujung minggu dengan membersih kebun.

18th September 2012 by akubiomed 79 Comments

Aktiviti hujung minggu dengan mesin rumput di kebun.

Cuti hujung minggu saya habiskan dengan aktiviti membersihkan kebun orang tua di Bangi. Menebas pokok-pokok yang mula meninggi dan menganggu pandangan. Pada masa sama bertujuan keselamatan terutama binatang liar dan berbisa berselindung disebalik semak pokok.

aktiviti hujung minggu dengan memotong rumput

Kalau sebelum ini saya ada menyebut entri pemanas badan mengenai majlis rumah terbuka last kopek dan majlis perkahwinan sempena cuti panjang sambutan Hari Malaysia. Saya memilih mengurus hal keluarga dengan membersih semak samun dan memotong rumput di kebun orang tua.

Didedahkan kerja kampung seawal belasan tahun.

Ketika umur belasan tahun lagi arwah bapa saya telah mengajar saya melakukan kerja-kerja kampung seperti menebas lalang mengunakan parang panjang dan sabit. Sehingga satu ketika saya mengkaji teknik menebas rumput supaya rumput yang dipotong pendek dengan pengunaan tenaga yang efisien. Saya juga disuruh kutip buah koko, buat kelapa kopra, menarik getah skrap. Saya sudah dibiasakan dengan kerja-kerja kampung walaupun dilahirkan sebagai anak orang bandar tidak dimanjakan. Tapak tangan saya menjadi kasar dan kematu.

Berbalik mengenai pengalaman memotong rumput di kebun orang tua dengan mengunakan mesin pemotong rumput sandang. Terus terang ia adalah pengalaman pertama kali bagi saya mengunakan mesin pemotong rumput tersebut kalau sebelum ini saya hanya dibenarkan mengunakan sabit sahaja.

Saya bernasib baik kerana manual mesin rumput ini masih lagi ada jadi dapatlah saya membaca cara pengunaan dan bancuhan minyak dengan minyak 2T. Mesin pemotong rumput arwah bapa saya mengunakan bancuhan 500ml minyak dan 1 penutup minyak 2T. Bancuhan ini perlu digoncangkan sebelum dituang ke dalam tanki mesin.

Pada mula saya mengunakan tali sebagai pemotong tetapi hasil pemotongan rumput mengecewakan seolah-olah tidak lut. Atas nasihat isteri menukar tali pemotong kepada pisau pemotong rumput kerana rumput yang menebal. Perasaan bimbang tetap hadir dengan keselamatan diri walaupun memakai kasut keselamatan dan ia adalah pertama kali saya mengunakan mesin rumput sandang ini.

Alhamdulillah saya dapat menguasai pengunaan mesin rumput sandang dengan masa singkat tanpa ada risiko kemalangan dan bahaya yang boleh mengundang kecelakaan kepada diri sendiri.

Ibu saya menjadi mandur tidak rasmi untuk mengarah kawasan rumput yang perlu dipotong kalau dibiarkan saya habis semua tempat saya kerjakan. 🙂

  • Aktiviti bapa dan anak di hujung minggu
  • Cuti hujung minggu yang panjang
  • Aktiviti hujung minggu dengan blog walking

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Haryanto says

    23rd July 2015 at 10:00 am

    Maaf sebelumnya saya dari indonesia jadi tidak begitu paham,”Tidak lut” itu apa sih maksudnya? maksudnya tumpul gitu ya?Saya sudah sering menggunakan mesin pemotong rumput,selama ini saya biasa menggunakan pisau logam, tapi kemarin saya coba menggunakan tali, seperti yang ada di gambar,Saya rasakan memang tumpul, rumput jadi sukar terpotong, apakah ada jenis tali yang lain yang lebih tajam, misalkan tali berbahan logam , seperti cltuch cable pada motorcycles?

    Reply
    • akubiomed says

      23rd July 2015 at 8:47 pm

      Tidak lut maksudnya tumpul. Kalau mengunakan pisau logam adalah terbaik. Tali rumput juga ada pelbagai jenis dari segi saiz diameter dan ada yang bersegi bergantung jenis rumput ingin dipotong.

      Reply
  2. zakiah hj suboh says

    24th January 2014 at 6:24 pm

    lebih baik buat sendiri dari upah org, d.i.y sambil dapat kuarkan peluh…

    Reply
  3. hairulafiz says

    8th November 2012 at 12:57 pm

    rajinnyer….

    Reply
  4. Kamal Mustafa says

    25th September 2012 at 10:50 am

    Kalau rmh berkawasan luas selalunya kat kampung memang kono rajin bersihkan kalau tak banyaklah penunggunya.Cam kito yang duduk rmh teres nie tanah pun dah takdo huhuhu

    Reply
    • hairulafiz says

      23rd November 2012 at 4:30 pm

      yela kalau mesti semangat dia lainkan. ni rumah teres nak tanam serai pun malas

      Reply
  5. suri says

    23rd September 2012 at 12:08 pm

    mula2 jer tak biasa klu dh lama tak buat keje2 kg lama2 buat jadi biasa blh senyum smbil mencangkul..menebas pokok bagai

    Reply
  6. suri says

    23rd September 2012 at 12:03 pm

    byj projek hee bro anak yg tua dari kluga tu ker? sb lagak dia cm bang long saya

    Reply
  7. Mekar says

    22nd September 2012 at 4:38 pm

    Bertuah mak akubio dapat anak yg boleh membantu.

    Aktiviti mcmni bagus selain dpt membersih kawasan, ia juga dapat mgeluarkan peluh jantan

    Reply
    • suri says

      23rd September 2012 at 12:05 pm

      semua toksid dpt d singkirkan secara semulajadi

      Reply
    • suri says

      23rd September 2012 at 12:06 pm

      kak mekar anak2 besar mmg tu tugas mrka berbakti pd kedua ibu bapa selgi mrka ada. mmbantu bg ringankan beban mrka.. bukan takat bg wet tu hujung bulan tapi kasih syg harus mesra dan mewangi sllu

      Reply
  8. Hairul Hissam says

    21st September 2012 at 3:52 pm

    kalo duduk bandar mcm saya, mmg tak merasalah aktiviti menebas rumput mcm nie.. satu aktiviti yg menyihatkan tubuh badan… 😀

    Reply
  9. Zarul Umbrella says

    19th September 2012 at 11:09 pm

    hoho ngeri gak nengok bilah pemotong tu..kot2 tercabut melayang kena kaki

    Reply
  10. KiD says

    19th September 2012 at 10:24 pm

    waaaaahhhh… ini sudah boleh jadi hang kebun! 🙂

    Reply
  11. Hairul Azni says

    19th September 2012 at 6:11 pm

    Ketar-ketar tangan dah hilang ke bro?.. 🙂

    Reply
  12. bitt says

    19th September 2012 at 5:50 pm

    best wooo tak payah p gym!

    Reply
  13. daddydee says

    19th September 2012 at 3:10 pm

    pakai pisau kena hati-hati sikit la…kalau lalai parah akibatnya…

    yang tali tu lebih safety tapi tu lah dah tak lut nak buat camne…

    Reply
  14. irsah says

    19th September 2012 at 12:01 pm

    Yer memang betul.. rumput kampung /kebun memang lain macam dengan rumput bandar. Kekadang tali pemotong memang tak lut.

    p/s: nampak betol keletihan dalam pix last….

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      19th September 2012 at 8:51 pm

      rumput kmpung ngn bandar pon lain2 ker?..hehe

      Reply
    • suri says

      23rd September 2012 at 12:11 pm

      sempat senyum d atas tangga bersma anak2

      Reply
  15. ProfHariz says

    19th September 2012 at 11:32 am

    Rajin bro mesin rumput. Tapi skrg pakai cable tight ja senang.

    Reply
  16. CMRatu says

    19th September 2012 at 9:12 am

    bestnya ada kebun sendiri… saya duduk rumah pangsa, jgnkan kebun nak tanam apa pun tak boleh.. hehe

    Reply
  17. nurmisnan says

    19th September 2012 at 9:05 am

    Har3.. tangan sampai kematu ekkk brother.. biasalah. Itu sbb kena pakai
    sarung tgn. Teringat abangah memesin rumput dihalaman umah mak
    sampai menggigil tangan dia sampai kemalam.. agakya terikut mesin bergegar.. har3

    Reply
  18. Dulu Lain Sekarang Lain says

    19th September 2012 at 5:27 am

    Aktivit sihat dan wajar di contohi.

    Reply
  19. pipoq says

    19th September 2012 at 2:35 am

    yang berderet kat belakang tu tunggu masa je nak gantikan tugasan ayahnya..hehehe

    Reply
    • suri says

      23rd September 2012 at 12:12 pm

      sambil semyum akan ckp tgu cuti pnjg blh biki ar heee

      Reply
  20. kimmie says

    18th September 2012 at 11:49 pm

    aktiviti sihat ni, banyak mengeluarkan peluh…sesekali berkebun seronok juga

    Reply
  21. donnyien says

    18th September 2012 at 11:34 pm

    aktiviti yang memberi kepuasan selain asyik menghadap komputer. memang bagus untuk kesihatan. gambar terakhir tu terbaik la bro hehe

    Reply
  22. Norasikin says

    18th September 2012 at 11:26 pm

    Depan rumah saya pun nak kena tebas jugak ni. tolong boleh?

    Reply
  23. Reena says

    18th September 2012 at 11:20 pm

    Fuhhh… boleh bayangkan kepenatan menebas. Selalunya, saya tolong jugak. Tolong tengok. Hehehe…

    Reply
  24. hafidz says

    18th September 2012 at 11:10 pm

    memang best ada kebun/tanah ni. macam2 boleh buat.

    Reply
  25. lewisdotmy says

    18th September 2012 at 8:46 pm

    sekali sekala berkebun menyihatkan badan kita juga

    Reply
  26. azura says

    18th September 2012 at 8:40 pm

    oh ada kebun kat bangi rupanya

    Reply
  27. Iffah Afeefah says

    18th September 2012 at 7:29 pm

    heee seronok jugak skali skale berkebun

    Reply
  28. Hazmin Hamudin says

    18th September 2012 at 6:50 pm

    Sekali sekala berkebun dan menebas rumput pasti mendatangkan kepuasan setelah melihat hasilnya. Memang best kalau ada tanah sendiri yang luas, boleh juga bercucuk tanam.

    Reply
  29. LM says

    18th September 2012 at 5:41 pm

    Saya x pandai guna mesin rumput, dulu praktikal kami diajar tp saya x sudi x belajar. Mcm berat je sy tgk.. Pastu tk berani cuba

    Reply
  30. anif says

    18th September 2012 at 5:04 pm

    Kalau dah tebal sangat tumbuhan yang hendak ditebas tu memang kena pakai “blade” 😀

    Reply
    • Norasikin says

      18th September 2012 at 11:28 pm

      kalau pakai tali tu, potong rumput padang bola boleh la

      Reply
  31. lepakk.com says

    18th September 2012 at 2:38 pm

    Bagus la rajin … saya ni jgn kata kebun..tanah pun tak ada 😀

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 4:57 pm

      Walaupun sekangkang kera?

      Reply
      • Norasikin says

        18th September 2012 at 11:28 pm

        sekangkang kera kat umah saya pun tak terjaga

        Reply
    • Hazmin Hamudin says

      18th September 2012 at 6:51 pm

      Sama la kita ni.. Rumah sekarang ni semua bersimen je.

      Reply
  32. Juan says

    18th September 2012 at 2:12 pm

    best la bro ada kebun sendiri, apa apa pun ni sebuah aktiviti yg sihat

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 4:58 pm

      Adalah tanah untuk berbakti. 🙂

      Reply
      • Norasikin says

        18th September 2012 at 11:29 pm

        nak tanam apa tu bro? lapang je tanah tu saya tengok

        Reply
  33. tehr says

    18th September 2012 at 1:56 pm

    Ni kalau bawa nasi be al ma an ramai2 dalam kebun memang best ni, bro
    Nak pula Ada anak sungai berdekatan
    Hehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:00 pm

      Nasi Be al ma an tu apa bro? Pertama kali mendengarnya. Dulu sebelum ada rumah diatas tanah ini hanya ada pondok. Memang seronok makan beramai-ramai semua lauk pauk yang bawa jadi sedap. 🙂

      Malangnya kebun ini tidak mempunyai air kecuali dihujung tanah agak berair.

      Reply
      • Hazmin Hamudin says

        18th September 2012 at 6:52 pm

        Kalau tanah yang ada sungai memang seronok untuk berkelah. Tapi kalau takda sungaipun kalau pokok dan merimbun pun seronok juga untuk berkelah.

        Reply
      • Norasikin says

        18th September 2012 at 11:32 pm

        nasi bekal makan ramai-ramai kot. mesti ada sesuatu sangkut kat keyboard bawah huruf K tu

        Reply
  34. cikgu naman says

    18th September 2012 at 1:49 pm

    terbaik…pernah dengar ayat ‘ajarlah anak umpama ayam kampung, jangan ajar macam ayam daging’..hehe

    bolehla ambil kontrak tebas rumput/semak samun ni..;p

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:01 pm

      Menarik perumpaan yang diberikan. Ada hikmah sebalik arwah bapa saya menyuruh buat kerja-kerja kampung.

      Reply
    • Norasikin says

      18th September 2012 at 11:34 pm

      ayam kampung lagi mahal dari ayam daging bro.. jangan pulak ajar macam ayam serama. Walaupun paling mahal tapi tak leh buat apa

      Reply
  35. baguznet says

    18th September 2012 at 1:41 pm

    tak pernah lagi potong rumput guna mesin, apatah lagi jenis sandang. Nak gak belajar tapi tak tau camne nak mula belajar…

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:02 pm

      Mesin rumput jenis sandang ini berkuasa kalau tak hati-hati boleh mengundang kecederaan.

      Reply
      • Hazmin Hamudin says

        18th September 2012 at 7:21 pm

        Risau juga bila menghampiri orang yang memotang rumput ni. Risau batu atau segala benda terpelanting kena kita.

        Reply
  36. hafizrahim says

    18th September 2012 at 1:39 pm

    bila cuti panjang, saya selalu guna mesin rumput ni untuk potong rumput kat kampung..bergetar habis badan..lepas habis potong pun still gigil-gigil jari..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:03 pm

      Alhamdulillah saya tidak mengalami getaran seperti bro gambarkan. Kawan-kawan juga ada berkongsi pengalaman mengenai getaran sehingga hendak minum air pun susah. 🙂

      Reply
  37. maza says

    18th September 2012 at 12:40 pm

    keluar peluh demi kesihatan juga tu.. hehehe

    maza gunakan mesin yg diperbuat daripada Jepun.. kurang sikit vibration-nya.. dan tangan masa angkat cawan tak lah menggigil tak karuan sangat.. hehehe

    Reply
    • lepakk.com says

      18th September 2012 at 4:06 pm

      Bagi pekerja kebun semua tu biasa je

      Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:04 pm

      Mesin buatan Jepun terbaik dan lasak. Banyak digunakan oleh kontraktor potong rumput tepi jalan.

      Reply
  38. wahida says

    18th September 2012 at 11:54 am

    aktiviti keluarkan peluh…bagus ni…

    Reply
  39. topo says

    18th September 2012 at 11:18 am

    kalau ada mesin rumput yang main tolak-tolak tu lagi seronok nak potong rumput tu haha.. takde la lenguh sangat

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:07 pm

      Mesin rumput tolak pun ada. 🙂

      Reply
  40. Qaseh Gifts says

    18th September 2012 at 11:16 am

    bagus berkhidmat untuk kedua orangg tua…. murah rezeki seisi keluarga.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:10 pm

      Ameen. 🙂

      Reply
  41. Denaihati says

    18th September 2012 at 11:15 am

    aktiviti keluar peluh mcm ni menyeronokan, 2 dlm 1. dapat keluar peluh n kebun bersih

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:14 pm

      Melihat kebun bersih adalah satu kepuasan. 🙂

      Reply
  42. muazfaris says

    18th September 2012 at 10:39 am

    best bila dpt berkhidmat utk org lain dari asyik mengadap laptop je cam sy nih.. hihi

    Reply
  43. iza says

    18th September 2012 at 9:24 am

    Assalam..
    teringin nak guna mesin tu tapi takut bila tengok mata pisaunya tu..

    Reply
  44. Sobri Mansor says

    18th September 2012 at 9:02 am

    Tengah mesin rumput memang seronoknya bukan kepalang. Tapi lepas tu, bersedia la dengan minyak angin sebab nak urut tangan. Almaklumlah, duduk di bandar tak merasa buat kerja berat. Hehehehe

    Reply
  45. auc dot com says

    18th September 2012 at 8:28 am

    auc fobia guna mata besi tu… ade kisah menggerunkan pernah terjadi
    skrg guna tali plastik tu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:15 pm

      Mula-mula saya guna tali tapi akibat rumput agak tebal dan tak lut dipotong.

      Reply
    • Hazmin Hamudin says

      18th September 2012 at 7:51 pm

      Kisah apa tu AUC..? Boleh dijadikan entri jugak tu.

      Reply
  46. Bro Zulkbo says

    18th September 2012 at 2:31 am

    salam..
    lama dah saya tak
    memesin rumput nih
    entah lupa pulak
    mana nak tekan nih 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:21 pm

      Baik-baik bro Zulkbo jangan salah tekan sudah ler. 🙂

      Reply
  47. hatiputera says

    18th September 2012 at 1:09 am

    Sama la kita cuti hari malaysia aku gunakan untuk membersihkan kebun sawit dan menangkap ikan di laut.hehe.seronok walaupun penat.

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:22 pm

      Mencantas daun kelapa sawit saya masih gagal memerlukan tenaga yang banyak. Setakat angkat pelepah sawit bolehlah. 🙂

      Reply
  48. Eizil says

    18th September 2012 at 12:56 am

    Buat kerja-kerja kampung ni memang menyeronokkan, selain halaman rumah bersih, kita pun dapat mengeluarkan peluh. Badan pun terasa segar selepas tu. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2012 at 5:24 pm

      Selepas memotong rumput dan mencantas pokok-pokok liar, lama juga bersandar didepan pintu rumah ambil angin. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in