Entri pendek pemula entri pemanas badan.
Hujung minggu ini adalah acara ‘last kopek’ untuk menganjur majlis berbuka dimana bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya. Saya tidak terkecuali menerima jemputan majlis rumah terbuka rakan sekerja.
Cuti hujung minggu yang panjang dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September sempena pengabungan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi negara Malaysia.
Ramai yang mengambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujang untuk melaksanakan majlis perkahwinan. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tanniah kepada sahabat blogger Asfaz telah melangsung perkahwinan. Saya mohon maaf tidak dapat hadir majlis resepsi beliau di Bangi kerana menguruskan hal keluarga selepas kehilangan ayahanda tercinta pada 7 Sept yang lalu.
Rindu saya ke pada blog tidak terkata dan harapan dengan menulis entri pemanas badan ini dapat mengurangkan rasa kerinduan dan blog menjadi sepi. Walaupun blog tidak dikemas kini saya masih curi-curi melayari blog sahabat blogger untuk mengetahui perkembangan semasa sahabat blogger.
Keputusan tidak rasmi pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs DenaiHati.
Keputusan tidak rasmi pertandingan cabaran SEO Eyriqazz vs DenaiHati telah pun keluar senarai nama pemenang. Sekalung tanniah kepada pemenang yang memenangi cabaran SEO anjuran bro Eyriqazz. Cemburu saya apabila membaca beliau telah ditaja oleh Maybank ke LegoLand Malaysia selama 3 hari 2 malam yang mula dibuka kepada umum pada 15 Sept 2012.
Lelaki kacak berkelana di kota London.
Tup-tup saya terbaca seorang lagi lelaki kacak iaitu bro DenaiHati telah menjejaki kaki di kota London. Sempat juga beliau menayangkan jersi permata baru pemain Manchester United(MU) yang dibeli di London iaitu Robin van Persie bekas pemain Arsenal yang berhijrah ke pasukan MU yang diurus oleh Sir Alex Ferguson. Kini MU mempunyai senarai bintang yang bakal mengegarkan English Premier League(EPL).
AkuBiomed: Cukup setakat ini dahulu entri pemanas badan dari saya. Selamat berhari minggu. 🙂
takziah diucapkan kepada aku bio
Salam takziah buat Bro Azrin. KM pun sibuk gak lopeh raya tahun nie. Sampai berbloging pun kurang. Tapi sompek jugalah update mana yang patut.
Blogger adalah tugas yg sukar !
ambil masa nak ada mod mmg biasakan sbg seorg blogger
Oh. ayahanda akibio meninggal 7/9 ?? masih berkabung la kiranya ya. Salam Takziah dari mymekar.com
sy tahu melaliu fb jeguk blog jarang waktu tu.sabar ya bro
gud luck..
bila ye nak keluar yang rasmi punya. =)
Kawe msh sejuk ni, entah bila nak panas badan. Kena pegi sauna dulu kot? 😀
hehe..mungkin gak tu.. 🙂
Jangan ditinggal lama sangat blog ni.. nanti bersawang! 😀
Cuba selalu kemas kini entri terbaru. Semakin hari semakin peribadi blog ini. 🙂
tak start pemanas lagi ni blog saya..hehe
hamvoiii.. gambor bunga itew… bokehnya hebat gitew..
pakai lens apa ek?
hehehe
Saya pasang lensa Tamron sahaja. 🙂
siap ada entri pemanas badan tu.. hebat tu
Harap ini lebih konsisten selepas ini kerana blog ini belum kuat SEOnya lagi.
jadi la post entri untuk warm up. lepas ni dah boleh jalan terus untuk post entri2 ngee 😀
blog saya dah suam-suam kuku…
nak buat come back juga
moga bro dah cukup panas sekarang. terima kasih backlinknya
Sama-sama bro DenaiHati. 🙂
InsyaAllah semoga lepasni dpat aktif semula berblog….
semoga saudara akubiomed kembali aktif berblogging slps ini……
Semoga entri pemanas badan ni akan membolehkan bro terus menulis saban hari… tapi tak perlulah sampai paksa diri, ada masanya kita perlukan masa untuk berehat selepas melalui peristiwa yang mengubah perjalanan hidup kita.
> takde la open house lagi da lepas ni…semalam last kopek da…
salam..
syukur alhamdulillah pada yang di murahkan
rezeki mereka oleh Allah..Buat Bro, selamat
menjamu selera dengan juadah hari raya
yang dah habis semalam..ermm, orang Malaysia
memang mewah..beraya sebulan..he he
sangat2 cantik photo tu…. dah makin pro lah…akak pun nak memulakan lah….
Terima kak Siti. Sebenarnya saya tidak ide hendak sumbat gambar apa. Jadi saya ambil koleksi gambar yang saya pernah bidik sebelum ini untuk diletakkan didalam entri ini. Bunga warna putih ada maksud simbolik.
Saya berasa begitu kagum dengan admin.
Begitu sophisticated dengan dunia blogging
Saya perlu jadikan admin salah satu sumber inspirasi dalam dunia blogging 🙂
Welcome back. Same with me 🙂
Takpe lepas ni bolehlah Saudara kembali aktif semula.. Memang bila berblog, ada pasang surutnya.
Cuti panjang nanti bolehlah saudara bawa anak2 bercuti ke Legoland … 🙂
rumah terbuka masih ada jugak lagi , hari ni pun saya ada pegi jemputan kat umah kwn
Tahziah di atas pemergian ayahanda akubiomed. Semoga diampunkan Allah segala dosanya dan dimasukkan ke syurga. Alfatihah…
dah cukup panas ke lom?
Wwwwwaw..ada eh entri pemanas badan. Hahah kelakar pon ada. Welcome back Bro!
Dari biarkan blog tidak ada cerita baru baik ada entri pemanas badan ini. 🙂
love man utd…. moga man utd kekal cemerlang…..
…. haaaa ramai yg tamatkan zaman bujang erk. SETUJU!!
Ini mesti peminat hardcore MU. 🙂
Al-fatihah untuk arwah ayah bro..
Takziah kerana kepergian ayahanda tercinta. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beramal soleh.
Wah entri pemanas badan hihi
Harap entri pemanas badan ini sebagai permulaan untuk menemui rentak menulis blog.
Ayah meninggal dunia ke???selamat bercuti juga untuk akubiomed..hehe
al-fatihah utk ayahanda tercinta..
wahh maseh lagi rumah terbuka yer.. rezeki makan free hehe
Alfatihah kepada ayahanda … saya pulak ditimpa kemalangan…tahun nie n tahun lepas memang xbanyak pergi open house..
Harap bro Zik tidak mengalami kecederaan yang serius dan dapat sembuh dengan cepat.
Pertama sekali Al fatihah untuk ayahanda tercinta yang telah kembali kerahmatullah..
Takziah dari kami sekeluarga.
takper brother.. panaskan secara perlahan2.. bg mood blogging kembali seger.. welcome back
Welkam bek bro Akubiomed…..hari in ngan esok kompom banyak lg jemputan rumah terbuka….
Larat tidak larat untuk berjalan raya dan mengisi perut. 🙂
Selamat Menyambut hari Malaysia dan selamat bercuti 😉
banyak jemputan open house yer bro…
Nasib baik entri panas tidak diulai dengan isu yang panas 🙂
Pernah juga blog ini menyiarkan entri panas. 🙂
Selamat kembali berblogging…. 🙂
blog tak update pun masih kekal menawan bro….
Terima kasih bro meniupkan kata-kata semangat untuk menulis blog. 🙂
selamat pengantin baru juga buat blogger asfaz. semoga bahagia ke anak cucu…
wahhh, dia sudah kembali balik !
Tengah mencari rentak untuk menulis blog. 🙂
yeahhhh… sambil2 bz pun leh bikin entry.. take care bro..
Curi-curi masa untuk mengemas blog dengan entri terbaru.
aku tak dapat nak ke mana2 dalam masa terdekat ni
dalam malaysia pun tidak, luar negara pun tidak
ulang alik ke sekolah je
hehe
Selamat kembali bro… Walaupun tiada entri baru, tapi saya perasan bro ada menjenguk ke blog rakan-rakan…
ya, saya pun perasan jg hehe
Ada kesempatan saya akan menjengah blog sahabat.
takpe bro, saya faham dengan keadaan bro skrg~ semoga kuat bro
Selamat kembali bro…semoga dapat mengembalikan semula semangat berblogging…
saya turut bersimpati atas kehilangan ayahanda bro. moga rohnya dicucuri rahmat
hehehe legoland 10km je dari rumah saya. Dari pertengahan bulan lepas lg dah dibuka cuma perasmianannya hari ini. Nak pegi legoland ke? baik pegi umah saya je
banyak lego tak dekat rumah?
Kalau bila-bila masa sahaja boleh ke LegoLand.
bestnya daapat ke legoland..tapi nak g jauh sangat..ada rezeki nanti kene pergi gak ni huhu
takziah diucapkan untuk keluarga bro
Selamat kembali menulis…. 🙂 Al fatihah untuk ayahanda.
untung badan dapat hadiah tajaan ke legoland. teringin juga nak bawa anak isteri ke sana. dengar kata harga tiket rm100+ betul ke?
Memang betul bro. Bagi yang mempunyai ahli keluarga ramai perlu mengeluarkan perbelanjaan besar.
Ramai rakan blogger yang dapat sponsor untuk ke sana.. Untung menjadi blogger hebat ni.. Hehe
betul bro memang RM100 lebih.alangkah bagusnya kalau dapat sponsor.
hmmm.. seronok dapat sponsor.. Jom pasang angan-angan dapat sponsorship