• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Satu hari di Hari Raya bersama Stormtroopers

Satu hari di Hari Raya bersama Stormtroopers

30th July 2014 by akubiomed 24 Comments

Sambutan 1 Syawal yang serba sederhana

hari raya

Syukur dapat bertemu bulan Ramadhan dan akhirnya menyambut Hari Raya  Aidilfitri pada 1 Syawal. Tahun ini saya dan famili menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama adik-adik ipar di kampung.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit kelainan sambutan Hari Raya Aidilfitri saya. Saya mengambil satu watak popular didalam filem Star Wars dengan menampilkan Stormtroopers(merupakan askar The Imperial) di setiap gambar sempena Hari Raya.

Hari Sabtu pagi sudah berada dikampung setelah bertolak dari Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. Sempat berbuka di kampung walaupun ada kebimbangan terperangkap didalam kesesakkan di lebuh raya. Syukur tidak menempuh kesesakkan mungkin ada yang mengambil peluang bertolak pada hari Sabtu dan Ahad sebelum raya.

Antara perkara yang dilakukan adalah caj bateri terutama bateri kamera DSLR supaya tidak mengalami ‘bad hair day’ pagi 1 Syawal. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskan momen penting di pagi Raya. Rugilah ia gagal dirakam kerana tidak akan ada ulang semula.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 ingin sedikit kelainan dengan mengenakan baju Kurta dan kain pelekat untuk solat Hari Raya. Puas juga mencari baju Kurta sehinggalah bazar jualan di kampung. Nanti selepas raya pun masih boleh memaki baju Kurta ini untuk solat Jumaat. Ada baju Kurta yang diimport tidak pula kena saiznya dan harga baju Kurta lebih mahal sepasang baju Melayu. Saya memilih baju Melayu cekak musang berwarna unggu untuk sama dengan warna jubah isteri tersayang.

Pada pagi 1 Syawal dapat merakam suasana ‘blue hour’ sebelum matahari muncul. Tak sempat hendak mengunakan kamera DSLR dengan merakam mengunakan Smartphone sahaja.

Tidak sah kalau di pagi hari Raya tanpan lemang, ketupat dan rendang antara juadah yang wajib ada. Mengalas perut sarapan pagi sebelum pergi solat Hari Raya.

Hujan selebat-lebatnya dipagi 2 Syawal sehinggalah jam 11.30pagi. Saya dan famili tidak dapat hendak memulakan kunjungan ke rumah saudara mara.

Rezeki bulan Syawal dengan pokok rambutan berbuah lebat dan buah rambutan yang masak ranum. Syukur rezeki untuk kami merasa buah rambutan yang rasanya manis.

AkuBiomed: Bagaimana pula sambutan Hari Raya sahabat blogger?

  • Kehadiran puteri penyeri sambutan Hari Raya Aidilfitri
  • Sambutan Hari Raya bersama rakan sekerja
  • Sambutan Hari Raya 2015 pada minggu terakhir Syawal

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    11th August 2014 at 1:26 am

    oh itukah stormtroopers….

    kreatif betul AB mendramakan benda alah ni

    Reply
  2. Ismail N says

    6th August 2014 at 4:29 pm

    Dasyat wehh.. Raya sama storm trooper lagi tu. Ingat kawe nak singgah minum2 tu ari tapi jadual pack lah masa di KL. Maybe next time 😀

    Reply
  3. ema says

    6th August 2014 at 4:22 pm

    memang musim buah raya tahun ni…apapun Selamat Hari Raya untuk bro sekeluarga.

    Reply
    • Ismail N says

      6th August 2014 at 4:30 pm

      Kami puas makan duku weh di kampung. Pokok duku depan rumah ayah lebat buahnya…

      Reply
  4. MK Kimi says

    5th August 2014 at 10:21 am

    selamat hari raya bro akubiomed. alhamdulillah raya kalini balik kg..lebih meriah dari tahun lepas

    Reply
  5. TehR says

    4th August 2014 at 11:50 pm

    seronok tumpang budak2 beraya
    tanpa mereka memang tak rasa raya

    Reply
  6. Hero Borneo says

    4th August 2014 at 4:56 pm

    seronok juga tengok stormtroopers yang suka menyelit tu..

    Reply
  7. Melastik Bintang says

    4th August 2014 at 2:13 pm

    hari raya tahun sangat best sebab dapat berkumpul dengan semua saudara mara dari sebelah ayah.. dah berapa tahun tak dapat beraya bersama mereka.. =)

    Reply
  8. cikgu naman says

    4th August 2014 at 1:46 pm

    sakan stormtroopers beraya ye..hehe

    selamat hari raya

    Reply
  9. suri says

    4th August 2014 at 1:23 pm

    tak akan teman legonya ada satu sahaja uh…tahun ni beraya mana ab?

    Reply
  10. suri says

    4th August 2014 at 1:18 pm

    alhamdulillah indahnya ramadhan dan raya tahun ini. duit raya ada ka 🙂 selamat hari raya

    Reply
  11. Hairul Hissam says

    3rd August 2014 at 12:45 am

    selamat hari raya bro. yg best raya nie ialah menikmati jualah lemang ketupat dan rendang di pagi raya 😀

    Reply
  12. Hairul Azni says

    2nd August 2014 at 1:35 pm

    Memang seronok merakam momen di pagi raya..

    Reply
  13. titan says

    2nd August 2014 at 12:56 am

    Robot tu memang comel. Hoho..

    Reply
  14. cindyrina says

    1st August 2014 at 4:23 pm

    Hi, Selamat Hari Raya! Hari ni dah start keje.

    Reply
  15. BUNDA says

    31st July 2014 at 4:25 am

    Assalam, selamat hari raya bunda ucapkan untuk anda seisi keluarga…meriah nampaknya sambutan hari raya…

    Reply
    • akubiomed says

      31st July 2014 at 4:02 pm

      Hari Raya pasti meriah dengan kunjungan saudara mara dan rakan taulan. Peluang untuk bermaafan dan berjumpa mereka yang jauh.

      Reply
  16. zik says

    30th July 2014 at 10:57 pm

    Sederhana tapi cukup sempoi dia punya pemyampaian tuh. Penceritaan dari a sampai z. Terbaik bro.. Selamat hari raya maaf zahir n batin bro..

    Reply
  17. Hazmin Hamudin says

    30th July 2014 at 1:26 pm

    Macam mana suasana raya di Melaka bro? Ok ke? Hehe.

    Reply
    • akubiomed says

      31st July 2014 at 4:08 pm

      Beraya dengan suasana kampung berbeza kerana ia biasanya meriah berbanding sambutan di bandar.

      Reply
  18. NotaKembara says

    30th July 2014 at 9:02 am

    Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      30th July 2014 at 1:10 pm

      Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

      Reply
  19. sobrimansor says

    30th July 2014 at 1:41 am

    Cuti raya tak lama. Raya ketiga dah start keje balik. Waaaaaa

    Reply
    • akubiomed says

      30th July 2014 at 1:11 pm

      Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in