Sambutan 1 Syawal yang serba sederhana
Syukur dapat bertemu bulan Ramadhan dan akhirnya menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal. Tahun ini saya dan famili menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama adik-adik ipar di kampung.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit kelainan sambutan Hari Raya Aidilfitri saya. Saya mengambil satu watak popular didalam filem Star Wars dengan menampilkan Stormtroopers(merupakan askar The Imperial) di setiap gambar sempena Hari Raya.
Hari Sabtu pagi sudah berada dikampung setelah bertolak dari Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. Sempat berbuka di kampung walaupun ada kebimbangan terperangkap didalam kesesakkan di lebuh raya. Syukur tidak menempuh kesesakkan mungkin ada yang mengambil peluang bertolak pada hari Sabtu dan Ahad sebelum raya.
Antara perkara yang dilakukan adalah caj bateri terutama bateri kamera DSLR supaya tidak mengalami ‘bad hair day’ pagi 1 Syawal. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskan momen penting di pagi Raya. Rugilah ia gagal dirakam kerana tidak akan ada ulang semula.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 ingin sedikit kelainan dengan mengenakan baju Kurta dan kain pelekat untuk solat Hari Raya. Puas juga mencari baju Kurta sehinggalah bazar jualan di kampung. Nanti selepas raya pun masih boleh memaki baju Kurta ini untuk solat Jumaat. Ada baju Kurta yang diimport tidak pula kena saiznya dan harga baju Kurta lebih mahal sepasang baju Melayu. Saya memilih baju Melayu cekak musang berwarna unggu untuk sama dengan warna jubah isteri tersayang.
Pada pagi 1 Syawal dapat merakam suasana ‘blue hour’ sebelum matahari muncul. Tak sempat hendak mengunakan kamera DSLR dengan merakam mengunakan Smartphone sahaja.
Tidak sah kalau di pagi hari Raya tanpan lemang, ketupat dan rendang antara juadah yang wajib ada. Mengalas perut sarapan pagi sebelum pergi solat Hari Raya.
Hujan selebat-lebatnya dipagi 2 Syawal sehinggalah jam 11.30pagi. Saya dan famili tidak dapat hendak memulakan kunjungan ke rumah saudara mara.
Rezeki bulan Syawal dengan pokok rambutan berbuah lebat dan buah rambutan yang masak ranum. Syukur rezeki untuk kami merasa buah rambutan yang rasanya manis.
AkuBiomed: Bagaimana pula sambutan Hari Raya sahabat blogger?
oh itukah stormtroopers….
kreatif betul AB mendramakan benda alah ni
Dasyat wehh.. Raya sama storm trooper lagi tu. Ingat kawe nak singgah minum2 tu ari tapi jadual pack lah masa di KL. Maybe next time 😀
memang musim buah raya tahun ni…apapun Selamat Hari Raya untuk bro sekeluarga.
Kami puas makan duku weh di kampung. Pokok duku depan rumah ayah lebat buahnya…
selamat hari raya bro akubiomed. alhamdulillah raya kalini balik kg..lebih meriah dari tahun lepas
seronok tumpang budak2 beraya
tanpa mereka memang tak rasa raya
seronok juga tengok stormtroopers yang suka menyelit tu..
hari raya tahun sangat best sebab dapat berkumpul dengan semua saudara mara dari sebelah ayah.. dah berapa tahun tak dapat beraya bersama mereka.. =)
sakan stormtroopers beraya ye..hehe
selamat hari raya
tak akan teman legonya ada satu sahaja uh…tahun ni beraya mana ab?
alhamdulillah indahnya ramadhan dan raya tahun ini. duit raya ada ka 🙂 selamat hari raya
selamat hari raya bro. yg best raya nie ialah menikmati jualah lemang ketupat dan rendang di pagi raya 😀
Memang seronok merakam momen di pagi raya..
Robot tu memang comel. Hoho..
Hi, Selamat Hari Raya! Hari ni dah start keje.
Assalam, selamat hari raya bunda ucapkan untuk anda seisi keluarga…meriah nampaknya sambutan hari raya…
Hari Raya pasti meriah dengan kunjungan saudara mara dan rakan taulan. Peluang untuk bermaafan dan berjumpa mereka yang jauh.
Sederhana tapi cukup sempoi dia punya pemyampaian tuh. Penceritaan dari a sampai z. Terbaik bro.. Selamat hari raya maaf zahir n batin bro..
Macam mana suasana raya di Melaka bro? Ok ke? Hehe.
Beraya dengan suasana kampung berbeza kerana ia biasanya meriah berbanding sambutan di bandar.
Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin 🙂
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Cuti raya tak lama. Raya ketiga dah start keje balik. Waaaaaa
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.