• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Tapis kentut dengan seluar dalam high tech

Tapis kentut dengan seluar dalam high tech

21st January 2014 by akubiomed 33 Comments

Ciptaan Fiber Zorflex mampu menapis bau kentut yang kurang enak

Paul O’Leary seorang pereka dan pencipta dari UK telah mencipta seluar dalam berteknologi tinggi mengunakan lapisan fiber Zoflex untuk menapis bau kurang seperti kentut. Fiber Zoflex adalah kain fiber yang mengandungi karbon aktif mampu menapis bau busuk.

Mangsa lepas angin kentut tanpa bunyi

Apabila berada dikawasan yang sempit dan bersesak mengundang rasa kurang senang dan kelesaan ketika mengunakan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi. Berada didalam lif yang ramai dengan orang awam. Paling menyeksakan terpaksa menghidu lepasan angin kentut tidak berbunyi yang menyusuk hidung. Yang menjadi mangsa mula mencebik dan menekap hidung mengharapkan dapat beredar secepat mungkin dari kesan lepasan bom

Fakta mengenai kentut

  • Kentut disebab udara teperangkap yang dari beberapa sumber. Setengahnya dari udara yang kita telan semasa mengunyah makanan dan minum air. Gas yang terhasil dari tindak balas kimia didalam usus atau bakteria didalam perut.
  • Secara umum kentut mengandungi 59% Nitrogen, 21 % hidrogen, 9% Karbon Dioksida, 7% Metana dan 4% Oksigen.
  • Bunyi kentut terhasil oleh vibrasi rektum semasa pengeluaran angin kentut. Kekuatan bunyi kentut bergantung tekanan gas dan ketegangan otot sfinkter.
  • Bau kentut busuk disebabkan kandungan sulfur didalam diet pemakanan harian. Sesetengah makanan mengandungi kandungan sulfur yang tinggi seperti kacang, kobis, keju, soda dan telur.
  • Secara umumnya sebanyak 1/2 Liter kentut dihasilkan sehari oleh lelaki dan wanita. Kajian menunjukkan kepekatan gas wanita lebih daripada lelaki dengan makan jenis makanan yang sama.
  • Jika seseorang itu kentut berpanjangan selama 6 tahun 9 bulan mampu menghasilkan gas sama kekuatan bom atom.
  • Anai-anai lebih kerap kentut dari haiwan lain. 

Ciptaan seluar dalam yang mampu tapis bau kentut

Bunyi seperti kelakar dengan mencipta seluar dalam yang mempunyai fiber karbon aktif yang telah dicipta oleh Shreddies. Shreddies secara komersial telah mengeluarkan dan memasarkan seluar dalam high tech ini juga terdapat untuk lelaki dan wanita. Walaubagaimana pun seluar dalam ini tidak dapat menghalang bunyi kentut dari didengari.

Sumber: Shreddies

AkuBiomed: Karbon sudah lama digunakan tuk nenek kita petua membuang bau kurang enak dengan mengunakan arang.

Sila tekan butang kongsi:

  • Menang iPad mini dengan Spritzer+Fiber Viral Video Contest
  • Kentut adik berbau busuk
  • DIY Face Mask Ear Loop Extender

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. AUC says

    23rd January 2014 at 8:25 pm

    hahahaha ada juga yek…

    Reply
  2. papa mifz says

    23rd January 2014 at 12:38 pm

    wah marveles leh seluar dalam nih…haha

    Reply
  3. wazy says

    22nd January 2014 at 7:47 pm

    memang canggih la , lepas ni tak payah segan silu untuk kentut,hehe

    Reply
  4. ema says

    22nd January 2014 at 2:30 pm

    kentut pun dah boleh ditapis..memang bijaklah orang yang meciptakan seluar ni…

    Reply
  5. Asyrof Asri says

    22nd January 2014 at 9:12 am

    Macam macam jenis seluar dalam sekarang ni.

    Ada yang untuk besar dan panjang kan bird, ada yang … eh, macam macam la ..

    Reply
  6. Juan says

    22nd January 2014 at 1:56 am

    saya x tau plak yang bau pun boleh ditapis dan dihilangkan, wahh, menarik

    Reply
  7. TehR says

    21st January 2014 at 9:49 pm

    kendut yang ada bunyi biasanya tak ada bau
    yang senyap2 tu yang sangat bahaya
    tak tahu datang dari mana

    Reply
  8. hazman aka species1980 says

    21st January 2014 at 5:59 pm

    berapa la harga seluar nie kalu masuk kat malaysia…. hahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:29 pm

      Lebih kurang RM116 dijual diluar negara.

      Reply
  9. alin marlini says

    21st January 2014 at 3:04 pm

    eee…macam2..hihihi…sapa kentut busuk sesuai ni…

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:31 pm

      Masalah banyak angin sesuai untuk mendapatkan seluar dalam ini.

      Reply
  10. hafiz says

    21st January 2014 at 2:26 pm

    Bau dah takde bunyi je ada lagi…kena buat RnD lagi ni

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:32 pm

      Rasanya tak lama lagi adalah dicipta.

      Reply
  11. suri says

    21st January 2014 at 11:24 am

    kalau orang tak tahu simpan rahsia patut produk ini di coba dulu 😉

    Reply
  12. suri says

    21st January 2014 at 11:16 am

    ha. memang terbaik main moden makin ada pembaharuan

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:33 pm

      Macam- macam ciptaaan untuk menyelesaikan masalah manusia.

      Reply
      • suri says

        26th January 2014 at 4:28 pm

        jika ada orang yang membeli memang kaut untung punyalah

        Reply
  13. kakiblog says

    21st January 2014 at 11:04 am

    macam kelakar je bunyinya!!

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:35 pm

      Macam kelakar tetapi pencipta seluar dalam inovatif melihatnya dengan serius.

      Reply
  14. MK Kimi says

    21st January 2014 at 10:27 am

    penggunaan carbon mmg terbukti banyak faedah dan kegunaannya. ini mmg inovasi 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:35 pm

      Hah, kita ada pakar disini. Mungkinboleh jelas lebih lanjut.

      Reply
  15. Kamal Mustafa says

    21st January 2014 at 8:52 am

    Orang yang badan berangin memang eloklah pakai seluar nie huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:36 pm

      Salah satu cara untuk mengelak malu apabila berhadapan dengan orang ramai.

      Reply
  16. ajumohit says

    21st January 2014 at 8:00 am

    teknologi ini dapat membantu mereka yang punya masalah ni, lepas ni tak risau lagi nak kentut di khalayak umum

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:37 pm

      Bukan lesen untuk kentut ditempat awam.

      Reply
  17. zool says

    21st January 2014 at 7:10 am

    macam-macam teknologi sekarang. kentut pun boleh buat duit..

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:38 pm

      Masalah kentut berbau sudah ada penyelesaian.

      Reply
  18. sweetkurma says

    21st January 2014 at 2:16 am

    hihihi so akubiomed boleh cipta yang boleh letak arang
    tentu demand tinggi

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 8:42 pm

      Tidak boleh dibayangkan arang disumbat didalam seluar dalam.

      Reply
  19. titan says

    21st January 2014 at 12:50 am

    pehh..rajin betul diorang cipta seluar macam ni eh.

    mesti mahal seluar nih..

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 1:23 am

      Rasa seluar dalam high tech ini bakal mendapat permintaan tinggi. Masalah angin ini memang ada yang kronik.

      Reply
  20. onlajer says

    21st January 2014 at 12:42 am

    haha baru aku tahu anai – anai seranga yang kuat kentut

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2014 at 1:24 am

      Ada kebimbangan pelepasan gas Nitrogen yang banyak boleh menyebabkan masalah kepanasan global.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in