• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Dashing EDGE 2.0 750 kali lebih semburan dan tanpa gas

Dashing EDGE 2.0 750 kali lebih semburan dan tanpa gas

15th September 2016 by akubiomed 9 Comments

Wangian Dashing EDGE 2.o penyelamat bau busuk.

Saya ini kalau ke tempat kerja tanpa bauan wangi tidak sah. Maklumlah naik motor ke tempat kerja. Sepanjang perjalanan akan terkesan dengan asap dan bau-bau kurang menyenangkan akan melekat kepada baju dan kulit yang terdedah.

Masa zaman sekolah lagi saya sudah pun mengunakan produk Dashing terutama zaman sekolah dahulu bedak wangian Dashing memang menusuk wangi kuatnya. Pada masa itu saya sekolah sesi petang dan memakai bedak Dashing menyelamat keadaaan nak tahan bau wangi sehingga ke sesi sekolah berakhir.

Deodoran semburan badan Dashing EDGE 2.0 yang baharu lebih semburan dan tanpa gas.

Apa yang menarik perhatian saya adalah ketahanan pengunaan satu tin semburan deodoran badan sebanyak semburan 750 kali kira-kira 2 bulan kerana mengunakan teknologi tanpa gas berbanding penyembur deodoran badan jenama lain yang biasanya bertahan dalam masa 3 minggu. Secara tak langsung ia menjimatkan wang.

Dashing telah memperkenalkan 3 produk Dashing EDGE 2.0;

150ml semburan deodoran badan Dashing EDGE 2.0 dengan teknologi tanpa gas.

  • Wangian kekal 24 jam.
  • Cegah bau kurang menyenangkan.
  • Tidak meninggal kesan selepas semburan.
  • Anti bakteria
  • Cepat kering

Harga runcit 150ml semburan deodoran badan Dashing EDGE 2.0 adalah RM18.90 termasuk GST.

100ml EDT EDGE 2.0 harga runcit RM34.50 termasuk GST

Deodoran bebola EDGE 2.0 harga runcit RM6.50 termasuk GST

  • Wangian kekal 24 jam.
  • Cegah bau kurang menyenangkan.
  • Tidak kesan putih
  • Anti bakteria
  • Cepat kering
  • Anti peluh

Harga runcit deodoran bebola EDGE 2.0 harga runcit adalah RM6.50 termasuk GST

Sangat sesuailah EDGE 2.0 untuk semua golongan muda dan mereka yang bekerja yang ingin kesegaran dan wangian berkekalan sepanjang hari pada harga mampu milik. Nampaknya wangian EDGE 2.0 ini telah menambat hati saya bukan setakat bauan yang sememang wangi dan sesuai untuk lelaki moden masa kini.

Selain wangi, Dashing merupakan pengeluar jenama penjagaaan lelaki lengkap merangkumi minyak wangi, deodoran, pembersih muka, mandian badan dan bedak talkum.

Dashing adalah produk keluaran Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd

Maklumat lanjut produk dashing boleh layari lama sosial dan website rasmi Dashing;

FB page: https://www.facebook.com/dashing.my

Website: http://dashing.com.my

 

  • Minyak wangi Dashing Anytime EDT 18 ml mudah dibawa
  • Bauan minyak wangi deodoran ROMANO pemangkin kuasa sinergi
  • Semburan minyak wangi Romano pelengkap jejaka maskulin

Filed Under: advertorial Tagged With: bedak dashing, dashing, deodoran dashing, produk dashing, wangian dashing

Reader Interactions

Comments

  1. zara says

    4th October 2016 at 5:28 pm

    teringat iklan dashing dulu2 kan..kelakar pon ada bila teringat..mesti pakai jaket kulit kaler hitam

    Reply
  2. Noriza Rahman says

    21st September 2016 at 10:27 am

    Memang bau dashing ni jauh sebatu dah boleh agak..Kuat bau wangian dia..

    Reply
  3. lokmanamirul says

    17th September 2016 at 2:16 pm

    cuba nanti

    Reply
  4. Hairul Hissam says

    16th September 2016 at 11:27 am

    harganya mmg berbaloi utk digunakan setiap hari…

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2016 at 3:07 pm

      Tanpa gas lebih banyak wangian dan bertahan lama.

      Reply
  5. ahmadyani says

    16th September 2016 at 12:16 am

    Kalau ada gas, dia sembur banyak sangat. Tanpa gas, keluarnya sekadar cukup-cukup yang perlu.

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2016 at 3:08 pm

      Kalau dengan mengunakan gas akan kurang kandungan.

      Reply
  6. zikri husaini says

    15th September 2016 at 8:38 pm

    gas kat bumi dah nak habis.. hehe..

    Reply
  7. titan says

    15th September 2016 at 4:12 am

    tu dia.

    sampai dah takde gas dah sekarang.

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in