Mesin jahit murah dan mampu milik
Pada asalnya hendak membeli mesin jahit mini yang portable senang digunakan dan mudah alih. Tidak sangka pula terjumpa mesin jahit jenama Global ini yang seberat 2.5kg.
Ibu saya seorang tukang jahit dan masih aktif menjahit baju tidak kiralah baju Melayu, baju kurung, pakaian sekolah dan sebagainya. Mempunyai 2-3 mesin goyang kaki dan elektrik. Juga mempunyai mesin jahit tepi.
Curi-curi menjahit mengunakan mesin jahit ibu.
Ketika kecil dahulu saya curi-curi guna mesin jahit kaki ibu saya untuk mengecilkan seluar dan membuat projek mini diantaranya bag pack , sarung walkman dengan mengambil kain perca lebihan jahit.
Berbalik kepada mesin jahit jenama Global ini dibeli secara online di Lazada. Berpuas hati dengan harga bajet mampu milik.
Ciri-ciri mesin jahit jenama Global ini mempunyai beberapa persamaan mesin jahit elektrik lain yang dijual dipasaran
Antara ciri-ciri mesin jahit jenam Global ini:-
- Jahitan double thread dan 2 kelajuan
- Boleh pilih 8 paten jahitan
- Mengunakan adaptor 6VDC @ bateri
- Menjahit forward dan reverse
- Mempunyai ruang simpanan aksesori mesin jahit
- Pedal kaki
- Lampu
8 jenis paten jahitan
Forward dan reverse. Manual menjahit kelajuan L dan H
Mengunakan adaptor DC 6V atau bateri
Lampu dan pemotong benang
Adaptor 6 VDC dan pedal kaki
Aksesori mesin jahit skoci, benang, jarum dan mata nenek diberi percuma
Ruang simpanan asesori mesin jahit
Cara memasang benang pun mudah.
Pengalaman pertama kali mengunakan mesin jahit Global.
Cara pemasangan benang dan memasukkan skoci mudah kerana tidak mengunakan gelendang. Dari segi kelajuan dan pengawalan sangat mudah dikawal untuk mereka yang newbie. Walaupun mesin ini bukan jenis heavy duty tetapi sesuai digunakan untuk membuat mini projek dan menjahit kain. Saya sempat menguji mesin jahit global dan menjahit kaki seluar.
Klik link: >>Mesin Jahit Global<<
Pengalaman sebelum ini pernah menjahit kaki seluar Raya anak mengunakan tangan sebab kedai jahit tidak menerima tempahan memotong kaki seluar. Bila sudah ada mesin jahit portable ini saya tidak perlu bimbang lagi.
bro, tumpang tanya…aku ada belikan mesin jahit ni kt bini aku..baru dua kali guna, tiba2 xlekat jahitan…jarum sume bergerak tapi jahitan xlekat..apa masalahnya eh kot2 boleh membantu?
Saya cuba bantu. Posisi jarum betul tak? Jarum bengkok tak? Lubang jarum mesti mengadap dan dikunci supaya tidak bergoyang. Jenis kain juga beri masalah macam kain track suit ada masalah sedikit.
bro terima kasih untuk bantuan…dalam aku tgh menaip kt blog ni..ngam2 org umah dapat selesaikan teka teki tu…setelah beberapa ari gagal..upe2nye cara pasang benang salah…benang tu patut masuk dr belakang ke depan..dia g masuk dr depan ke belakang….haaa..lega den..apa2 pon terima kasih bro…
Benang saya akan masuk dari depan lubang jarum dan tarik ke belakang jarum.
is it suitable to sew baju kurung? atau ni untuk kerja baiki2 je?
Saya tidak pasti untuk kegunaan heavyduty. Setakat ini saya guna untuk baiki seluar koyak anak. 🙂
Amboi murahnya mesin jahit Satu keperluan jugani kalau terdesak ke tap payah nak ke kedai kan!
Brapa harga mesin jahiy ni ye?
Harga semasa saya beli di Lazada adalah RM160.
Saya memerlukan mesin utk mmbuat jenama tailor / brand sendiri pada pakaian rekaan sendiri…. hp 019 9771061.. terima kasih..
Wahhh…bagus ni…buat aku teringin nak beli ..senang nak jahit sluar anak aku yg slalu terkoyak kat bhgn cawat..lgpun sejak x keja makan gaji ni ..timbul minat nak blaja menjahit plak. Bleh jdkan sumber income gak.
Boleh menghasilkan pendapat dengan menjahit. Paling menguntungkan adalah menjahit langsir boleh menjangkau ribuan ringgit.
comel mesin ni… sy single lg kot sbb tu xminat jahit menjahit ni. ni klu da kawen mesti nak angkat 1 kikiki
Sekarang ini sudah kehabisan stok untuk mesin jahit murah ini. Sambutan luar biasa agaknya.
Huh..siap ada lampu lagi tu..memang awesome…terliur dah ni..haha
Senang kalau menjahit ditempat yang kurang cahaya boleh hidupkan lampu tersebut.
sangat senang untuk dibawa ke mana-mana ni….tukang jahit yang busy pun tak risau kalau nak bercuti ke apa…boleh bawa sekali mesin jahit…hehehe.
Memang senang babgat dengan mesin jahit jenama Global ini.
kalau ada mesin jahit macam ni memang memudahkan kerja berbanding nak jahit guna tangan…hee
lebih mudah guna mesin berbanding tangan..
Banyak barang-barang di lazada yang berkualiti juga. Macam mesin jahit nie.
bak sini sana nak cuna “bergoyang” pula. bolrh buat jahitan mana-mana yang terkoyak nanti yer
kalau tempah baju raya dgn bro, bro cas berapa?
aha.. siaplaj duit segera hee…ker ab akan bagi potongan harga yang berpatutan?
Bro, terima tempahan baju raya tak? Kawe belum sempat buat ni.. adehhh.. 😀
Tidak dapat nak bayangkan , bagaimana agaknya size mesin jahit ni.. 2.5kg macam lagi besar dari mesin2 jahit portable yang biasa ada di pasaran.
Okayla tu…takat nak jahit name tag anak…kelim kaki seluar. ..takkan nak belu yg ribu riban kann
wah… bro pun geti jahit…. ambik tempahan baju raye tak? hehehe
Oh. tak ada kemahiran menjahit baju. Kalau hendak baiki yang mudah-mudah bolehlah.
Senang kalau ada mesin jahit mcm ni kat rumah
Memang mudah mengunakan mesin jahit berbanding jahit tangan. Kagum orang dulu-dulu menjahit baju dengan mengunakan tangan.
mudah bagi mereka sudah biasa. saya jahit tangan juga tapi jahit langsir sahaja. kini tidak lagi tapi satu kenangan yang tak akan saya lupakan
amat mudah..
saya sendiri pernah jahit dengan mesin jahit singer isteri saya..
cuma tak berapa pandai nak ukur dan memotong kain jer lagi..
Samalah kita. Bab memotong kain untuk dibuat pakaian tidak pandai tetapi buat mini projek bolehlah. 🙂
Macam best je mesin jahit ini, kawan masih guna model yang pakai goyang kaki je hehehe
Apa lagi upgrade tambah motor pada mesin jahit kaki tersebut.
Mesin jahit elektrik baru syok. Berdesup-desup jarum mencucuk kain. Macam tak cukup tangan rasanya. Cepat kerja siap
Kawalan kelajuan perlu ambim masa juka untuk mengawal kelajuan menjahit.
haha i lembab in using the machine
i biasa pakai tangan jahit je
Mesin ini tidak susah digunakan dan kalau jahit tangan adalah hebat.
Comel!!! Rasa nak hadiah kat mak ena satu je. HEhehehehe
Boleh sangat untuk dihadiahkan kepada ibu. Kalau hendak yang baik sedikit boleh ambil jenama Brother, Singer dan Toyota.
aku tak suka menjahit walaupun reti menjahit. huh..
Bila lagi hendak tunjuk skil kepada isteri tersayang. 🙂
Macam best je. Berapa harga ni bro?
Harga biasa RM239 tetapi ada potongan harga dapat RM168 sahaja.
beli kat lazada ke bro? asal saya buka lazada kuar bahasa indon punya lazada? mohon link bro. tq
Ya saya beli di Lazada. boleh dapat disini >>http://ho.lazada.com.my/SH7xGo