• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Semalam yang meletihkan

Semalam yang meletihkan

16th October 2010 by akubiomed 9 Comments

Semalam yang meletihkan diriku.

Semalam negara memberi tumpuan kepada bentangan bajet 2011 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat. Ada beberapa berita gembira terutama skim pencen untuk pekerja swasta aku amat mengalu-alukan kerana pernah sekali KWSP ada memperkenal skim insuran pencen.

Malangnya telah mendapat bantahan dan skim insuran ini telah dimansuhkan kerana kalau nak harapkan simpanan semasa umur 55 berapalah sangat. Itu pun bergantung kalau kita pandai menguruskan wang hasil simpanan KWSP.

Berapa tahun lalu kerajaan telah membenarkan pencarum simpanan KWSP didalam akaun 1 boleh melaburkan didalam unit trust dan kerajaan telah menurunkan syarat bergantung kepada umur dan jumlah baki didalam akaun 1. Aku mengambil peluang ini melaburkan didalam unit trust sebagai salah satu usaha merancang hari tua.

“Bajet 2011 menyaksikan pemansuhan cukai 10 peratus untuk telefon bimbit”

Dalam bajet 2011 juga telah memansuhkan cukai untuk telefon bimbit yang mempunyai aplikasi internet dan personal digital. Aku melihat ini akan ada penurun harga smart phone dipasaran dan menggalak lebih ramai celik IT terutama diluar bandar.

Pemansuhan duti import untuk barangan harian antaranya baju kanak-kanak adalah sangat baik kerana baju kanak-kanak yang ada dipasaran lebih mahal dari baju orang dewasa.

Begitulah rancak pembentangan bajet 2011 sementara semalam yang meletihkan kerana aku rasa amat keletihan kerana sibuk menyediakan bajet 2011 untuk department yang syarikat aku bekerja.

Pada masa sama notebook aku meragam, betul-betul menganggu mood kerja kerana banyak kerja tidak lancar dan tertangguh. Assigment bertalu-talu datang dan perlu disiapkan dengan dateline yang amat singkat.

  • Nikmat selepas bebas hutang
  • Yang menanti kita pada 1 Feb 2011
  • Bila serba tak menjadi

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. dedoku says

    19th October 2010 at 10:45 am

    da tak perlu cari smartphone underwater set da pasni..siap de warranty lagi tu yg penting dan harga makin murah 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th October 2010 at 2:18 pm

      Pernah kena kecing install antivirus dalam handphone walhal tak pernah kena virus pun sebab pakai handphone call in call out tak buat surfing

      Reply
  2. Squtopus says

    17th October 2010 at 12:52 am

    Salam bro,
    Dalam akaun 1 kwsp tu, kena ada berapa jumlah minimum da;am akaun baru leh keluarkan untuk melabur ke dalam unit trust ? Berapa pulak jumlah maximum pengeluaran ? Still valid lagi ke ?

    Reply
    • akubiomed says

      17th October 2010 at 1:08 am

      Jumlah pelaburan bergantung pada umur dan jumlah baki akaun 1. Biasanya saya akan buat semakan si I-Akaun KWSP secara online. Didalam I-akaun KWSP akan menyatakan berapa jumlah yang layak untuk melabur tapinya tidak semua duit akaun 1 akan dikeluarkan bergantung kepada formula. Duit yang dilaburkan dan keuntungan hasil Unit Trust tidak boleh diambil sehingga cukup umur 55 tahun. Saya akan menambahkan pelaburan setiap 3 bulan kerana dalam masa 3 bulan duit didalam Akaun 1 cukup untuk dilaburkan didalam Unit Trust. Bermaksud dalam setahun saya melabur didalam Unit Trust sebanyak 4 kali bayangkan nak sampai umur 55 tahun sudah berapa banyak dilaburkan. Saya laburkan Unit Trust yang berdasarkan Syariah dan dijamin oleh bank Negara sebagai halal.

      Reply
  3. mijie says

    16th October 2010 at 6:16 pm

    lepas ni boleh la sambar smart phone satu, hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2010 at 7:18 pm

      Saya rasa ini satu titik permulaan kerana masa akan datang semua benda miniature nak update blog pada masa satu hari melalui handphone saja. Tengok saja Apple Ipad

      Reply
  4. suffer8zine says

    16th October 2010 at 6:02 pm

    ade sebut tentang 1 lagi mercutanda pembinaan menara 100 tingkat, perlu ke? fuhhh 😛 thnx comment my blog bro!

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2010 at 7:17 pm

      Menara 100 tingkat? not again

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in