Bila serba tak menjadi tugas yang dirancang.
Apa yang dirancang tidak semestinya mengikut apa yang dirancang kerana ia diluar kawalan. Ada terasa sedikit kekecewaan kerana ada tugasan telah dirancang dengan lebih awal gagal dilaksanakan. Tidak sangka ia gagal dilaksana tidak lebih daripada 5 minit selepas berurusan.
Bila serba tak menjadi akan minggu ini.
Tugasan 1
Ia telah dirancang 3 bulan lebih awal. Saya bercadang untuk membuat pengeluaran baki pinjaman perumahan secara bulanan untuk kali ke-4 kerana pengeluaran baki pinjaman perumahan secara bulanan kali ke-3 akan berakhir bulan Februari 2012. Masalah bermula apabila sampai ke bank dimana pinjaman perumahan dibuat, pegawai khidmat pelanggan tidak ada kaunter kerana untuk memohon baki penyata baki pinjaman bank hanya perlu isi borang yang disediakan dan didalam masa 2 minggu akan mendapatkan penyata baki pinjaman mengikut format yang dimahukan oleh KWSP. Bayangkan pengawal keselamatan yang mengambil alih kaunter khidmat pelanggan tidak dapat hendak bantu kerana ia bukanlah didalam bidang tugasnya pun.
Penyata baki pinjaman dapat disiapkan kurang daripada 2 minggu dan pihak bank minta saya mengambilnya. Sekali lagi masalah berlaku apabila pegawai bertanggungjawab tidak ada. Saya seperti hilang haluan apabila disuruh ke sana ke mari hingga tahap kesabaran saya hilang tetapi tidaklah sampai meninggikan suara mahu pun bercakap kasar cuma memberi kata sinis sebelum meninggalkan bank. Kira-kira jam 5.30petang pegawai bank telefon saya dan memohon maaf kerana beliau dipanggil mesyuarat. Saya diminta hadir ke bank untuk mengambil penyata baki pinjaman bank pada petang itu juga.
Tugasan 2
Pergi ke KWSP untuk menghantar borang pengeluaran pinjaman perumahan KWSP. Borang dan semua dokumen sokongan lengkap tetapi pegawai KWSP yang buat semakkan mengatakan permohonan saya tidak dapat diproses kerana masih ada lagi 2 bulan baki pembayaran bulanan untuk pinjaman perumahan secara bulanan yang dikredit ke dalam akaun saya. Lebih malang lagi penyata baki pinjaman tempoh sah lakunya hanya 3 bulan sahaja. Saya diminta untuk menghantar permohonan sekali lagi di pertengahan bulan Februari 2012. Saya keliru buat awal pun salah juga. 🙁
Tugasan 3
Pada hari yang sama menghantar borang pengeluaran baki pinjaman rumah KWSP juga ada urusan sampingan iaitu mengemas kini dengan menambah jumlah penama. Sekali lagi borang penama KWSP saya ditolak kerana pegawai KWSP tidak boleh menandatangani borang penama KWSP sebagai saksi. Saya diminta mencari saksi yang bukan terdiri senarai penama didalam borang tersebut untuk menandatangan ruang saksi. Apabila ditanya kenapa dulu boleh? Pegawai tersebut membalasnya ia adalah prosidur baru KWSP yang telah berkuatkuasa sejak bulan Januari 2011 yang lalu.
Tugasan 4
Gagal menulis entri untuk 2 hari berturut-turut secara tidak lansung memberi kesan kepada trafik ke blog ini. Tidak terdaya untuk mengarang asyik mulut menguap akhirnya tutup laptop terus masuk tidur. Bila serba tak menjadi sahaja minggu ini.
Tak menjadi pun terhasil post ini
kdg2 dlm sebulan kehidupan kita, pasti akan ada satu hari yg dilabel Bad Day. habis tempuh satu hari tu, berehat cukup2, tenangkan fikiran, insyaAllah hari mendatang akan baik2 aja 🙂
bila ada sesuatu yang tak menjadi memang rasa ralat kan. kadang-kadang tuh luar kawalan kita, tak dirancang pun.
owh utk tambah nama penamaan perlu dptkan saksi utk tandatangan yer…
adus.. kawan yang ckp, pergi je ke kwsp.. masukkan nama baru (ada borang kan),.. siap .. rupanya perlu signature saksi .. hm..
heheh..sabar je la..x semua yg dirancang..leh dpt dilaksana kan :p
Saya mempunyai prinsip untuk membuat tugasan dengan teliti walaupun ia adalah kali pertama dan tidak suka buat kerja berulang kerana rugi masa dan tenaga. 🙂
memang pun bro, rugi masa satu hal dan badan pun jadi penat..kalau dah penat mula jadi stresss..huhuh
Tabah sungguh mengharungi, dari satu kaunter ke satu kaunter. 🙂
Saya ini kira okay lagi tetapi bagaimana pula dengan warga emas?
Er…warga emas bukan ada kaunter khas ke?
kalau tak da, aniaya kat mereka tu.
kena orang tak penyabar lama sudah di herdiknya..
Selalu jadi beginilah.. last2 dia past kerja tuh pada
orang lain…
Nak buat macamana walaupun kita ini pelanggan tidak menerima layanan yang sepatutnya. Mustahil agensi besar tidak menghantar pekerja menghadiri kursus Customer Service Relationship. Kaunter khidmat pelanggan adalah barisan hadapan yang paling kritikal kerana baik buruk imej bergantung barisan hadapan ini.
sekali gagal xsemstinya gagal selamanya dak, setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.
“Tak apa saya akan buat semua sekali lagi dengan senyuman.” – insyaALLAH akan selesai.
Betultuh bro biarlah saya murahkan senyuman walapun yang memberi khidmat itu muka macam cuka dan memuncung macam cencorot. 🙂
sabar ajelah. orang kacak tak leh hilang sabar. haha..
salam..
bab keluar EPF menyelesaikan
baki rumah tu saya pun nak
buat awal tahun depan..kali
ke3 dalam hidup saya..kali
ni nak langsai semua sekali
ha ha…tang gagal tugasan update blog tu yang lucu tu…tapi bila tak dapat update blog…pastu tengok angaknya jatuh…ibarat melihat saham jatuh…adussss, tapi tak ape blog engkau ni ramai yang datang singgah beri komen tiapkali update….lainlah dengan blog gua ni, nak singgah sorang 2 pun susah
Mujur urusan pengeluaran bulan lepas berjalan lancar
Paling geram apabila sesuatu yang dah disusun baik2 dirosakkan oleh orang lain tapi bila kita berbalik kepada ketentuannya.. mungkin ada hikmahnya..
waktu2 bgni sy suka cri cklt diam diri jap sambil doa pada Tuhan smoga urusn yg lain akan bjln dg lancar.
salam ..
sabar bro klu berurusan dgn pjbt gomen mmg ambil msa huhu..
cam situsi suami sy lagu tuh ada amik pekej asing kt kl..terus g imgresen ptjya ingt documt dh siap tapi bila smpi sana tak siap kena pegi mggu yg berikutnya..
penat jer terkejar2 sana sni..kl ..ipoh dah ar jauh uhu..
hehehe…patut kena ada sign “Sabar menanti” kat kaunter diorg. Mungkin hati jadi terubat sket..hehe
setiap kejadian pasti ada hikmahnya 🙂
sabar yaa mas 😉
aku suka tugasan keempat je
sebab tugasan yang lain2 tu semua dah dibuat
duit kwsp semua dah habis buat rumah 😀
dah ada rumah ar nie geee…
saya pon pernah kena mcm ni, disuruh pi sana la, disuruh pi sini la, bila call x dapat, bila dah dapat call pi jumpa dia, pastu dia xda, pi makan pulak, alih alih minta kawan dia bantu dia, ermmm…
dah tu apa ending dia?
klu nak ckp mkn masa nikan nak jumpa ada jer kerja..halangan..tak cuti paling kurung depa bz eii…
Semakin lama semakin rumit prosedur KWSP nie.
ni nak kata birokrasi ke apa ke tak tau le, memang mengecewakan kalau camni, kita bersedia diorang tak bersedia atau tak cekap, tak jadi jugak..kata zaman it zaman teknologi zaman online tapi ada jugak ye masalah camni
Kita memang hidup zaman IT tapi kalau satu pihak je ada kesedaran IT (pengguna) tapi pihak diorang tak ada, susah juga. Kadang-kadang benda mudah je tapi berangkai jadi susah.
Biasalah Nuriz……macam BSN…bank2 lain dah maju, diorg still dgn prosedur lapuk… tapi Alhamdulillah BSN dah ok sket.(sori lari tajuk sket..ehe)
kan….memang ler..kalau hari serba x jadi, semua kerja pasti tak jadi…sekali kepala pun rasa ting tong…fed up segala..huhu..
Itu yang saya tak berapa gemar buat urusan dgn perkhidmatan awam nih, banyak kerenah dia
Hmm sapa tak berang kalau kena tendang kesana kemari…
Gagal menulis entri 2 hari berturut-turut<– ciri2 seorang blogger tegar he3…
Memang 2 hari gagal beturutt-turut hendak menulis entri kerana mengantuk sangat. 🙂
banyak sgt kerja tu kot bro??…biasa cam tu…aku pun ada masa begitu jugak…dh bukak laptop…tetiba terlena…terus aku tutup…hehehe
Tidak guna lawan mata kalau sudah mengantuk sangat tarik sahaja batal yang empuk. 🙂
Walau apa pun semua tu kena rancang baru nampak di depan, jadi ke tak jadi belakang kira … 🙂
Kalau mengenai permohonan pengeluaran pinjaman perumahan memang kena buat pada pertengahan bulan Februari 2012 tahun hadapan.
Sektor kerajaan memang begitulah ada aje prosedur yang ditukar-tukar ….
Mungkin pepatah ni betul “kita hanya merancang Tuhan yang menentukan”
Biasalah tu broo sesiapa pun boleh marah kalau kesabaran dah sampai tahap ‘Gaban’ pun tak setel2 juga .. kita bakooo je bank tu…
Saya ke bank biasanya ber-urusan dengan mesin desposit atau atm. Sesekali ber-urusan dengan manusia tidak sangka sebegini tanda aras tahap layanan. Saya mencari-cari borang maklumbalas pelanggan tetapi tidak jumpa. Kalau tidak sudah lama saya bebelan bentuk karangan melebihi 360 patah perkataan. 🙂
hehehehe..mungkin depa dah sorok kot borang tu. 😉
Laa … patutlah lama nunggu (perrh! … 2 hari pun dah kira lama oleh seorang blogger) tak muncul2 entri brooo ni … 🙂
Terima kasih atas perhatian bro Benjy. Saya ini blogger hingusan sahaja.
betul tu bang benjy, rasenya kalau kat blo AB ni satu hari takde entri, mesti rase tak kena jer
i feel ya bro, projek yg aku handle skrg ni pun x dpt berjalan seperti dirancang.. mcm2 hal tetiba muncul 🙁
Saya sebenarnya penat dan letih apabila yang dirancang tidak mengikut pelan.
letih minda pada saye mmg memenatkan, nak kena ambil mase blik lepas ni utk buat re-plan
Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya, renungkan sebentar, dan cuba kaji sudut positif disebalik setiap perkara serba tak menjadi tersebut, insyaALLAH pasti ada kebaikannya. 🙂
Sudah tentu ada hikmah disebalik kejadian. 🙂
Apa malangnya buat semua benda tak kena…nasib la badan..
Tak apa saya akan buat semua sekali lagi dengan senyuman. 🙂
terbaik AB! itulah yg terbaik…terus kekal bermotivasi =)
aku gk baca isi artikel ini sampai abis,,, soalnya panjang lebar banget tulisannya..!!!!!!!!!
Sesekali menulis entri yang panjang mas. 🙂
kok gitu sih?? bahasanya kok jelek amat? hahaha 🙂
co-ba-aaan…itu semua cobaan bro..cool jer..