• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Mari lihat pinjaman buku teks pelaksanaan KSSR tahun 4

Mari lihat pinjaman buku teks pelaksanaan KSSR tahun 4

7th January 2014 by akubiomed 22 Comments

Saban tahun membalut pinjaman buku teks sekolah

membalut pinjaman buku teks sekolah sudah menjadi rutin setiap tahun akan mendapat kontrak secara pukal. Tahun 2014 masih nampaknya kontrak membalut telah disambung lagi. Saya tidak kesah untuk melakukannya lagi.

Pemberian pinjaman buku teks percuma kepada semua golongan

Sebagai penerima skim pinjaman buku teks sekolah rendah percuma, sudah menjadi tanggungjawab murid dan ibubapa buku pinjaman perlu berada dikeadaan baik sepanjang 12 bulan. Pinjaman buku teks ini perlu pulang semula dan akan digunakan semula murid tahun 4 seterusnya. Kalau perasan di muka terakhir pada kulit buku ada tertulis akujanji bertanggunjawab sepenuhnya untuk menjaga buku dengan baik antara peraturan peminjaman buku teks. Syukur pemberian pinjaman buku teks ini tanpa mengira jumlah gaji dapat meringankan beban ibubapa membeli buku sekolah.

Perlaksanaan KSSR untuk tahun 4 sebagai kumpulan pertama

Anak saya berada di tahun 4 adalah batch pertama mula diperkenalkan perlaksanaan KSSR tahun 1 pada tahun 2011 mengantikan KBSR. Tidak ada lagi peperiksaan UPSR yang bakal dimansuhkan apabila naik ke tahun 6 nanti.

Dulu ibu balut buku sekolah sekarang ini giliran saya pula

Terkenang sewaktu bersekolah dahulu. Ibu saya akan bantu saya balut pinjaman buku teks mengunakan kertas minyak. Pada zaman tersebut hendak beli pembalut buku plastik adalah mahal. Pernah mengunakan kertas kalendar tahun sebelumnya untuk membalut buku dengan bahagian gambar diterbalikkan supaya bahagian putih berada diluar.

Sambil membalut buku pinjaman teks mata saya tetarik beberapa buku bahasa Inggeris baru diperkenalkan menarik perhatian saya diantaranya.

1. The Jungle Book – Rudyard Kipling
2. The King of Kites – Judith Heneghan and Laure Fournier
3. Anthology of Poew for Year 4, 5 and 6

Masuk tahun 4 perlu mahir didalam penguasaan bahasa Inggeris kalau tidak rugilah tidak dapat menikmati keseronokkan membaca 3 buku bahasa Inggeris yang disebut diatas. Satu cabaran kepada ibubapa saya untuk bersedia dengan perkembangan anak disekolah.

Subjek Sejarah antara subjek baru yang diperkenalkan untuk tahun 4

Buku kemahiran Reka Bentuk dan Teknologi

Zaman saya sekolah mana ada projek membina bas sekolah. Rasa ingin turut serta membuat projek bina bas sekolah. Aktiviti seperti ini merangsang kreativiti dan daya reka cipta dikalangan murid sekolah.

Buku aktiviti pendidikan Keselamatan Jalan Raya mendidik diperkenalkan pada usia muda.

Sila tekan butang kongsi:

  • Ops Ulat Buku Rawang ke 2
  • BookUp ringan beban buku rujukan mahasiswa
  • Panduan mengelak pinjaman pembiayaan perumahan ditolak

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Denaihati says

    9th January 2014 at 2:39 pm

    buku teks dulu-dulu ada yang tak balut lansung sebab memang takde bajet nak beli kertas balut/kertas minyak. belum sampai hujung tahun dah lunyai…

    Reply
  2. Firdaus Azizi says

    9th January 2014 at 10:54 am

    Selalu jugak kerajaan dok tukar silibus budak-budak. Sekarang nampak makin canggih dan seiring dengan zaman.

    P/s – Anak belum sekolah jadi tak dapat nak mengenang zaman balut buku. Eh, sekarang bukan ke dah ada pembalut yang tinggal nak selit masuk kulit buku jer ke?

    Reply
  3. ema says

    8th January 2014 at 3:40 pm

    ditambah pula buku Bahasa Arab…kita yg tak pernah belajar bahasa arab…terpaksa belajar sekali…

    Reply
  4. hazman aka species1980 says

    8th January 2014 at 1:52 pm

    Zaman skang nie banyak betul buku yang diorang kena ada yea…..

    Reply
  5. suri says

    8th January 2014 at 10:57 am

    zaman saya mana ada buku dalam bahasa english sekarang sahaja kerajaan mula terapkan. bagus untuk anak-anak memang ramai anak-anak sekarnag petah berbahasa englishkan.

    pst..asal jangan lupa bahasa ibunda sudahlah

    Reply
  6. suri says

    8th January 2014 at 10:52 am

    ha ada buku sejarah tu macam best jer. saya rindu nak baca baca buku sejarah tingkatan 3 sampai tingkatan 5 heee…

    Reply
  7. hafiz says

    8th January 2014 at 9:58 am

    Nampak skrg buku teks dah nipis2 baguslah ringan sikit begnya

    Reply
  8. Hazmin Hamudin says

    8th January 2014 at 9:15 am

    Makin menarik pulak rupa buku budak2 sekolah sekarang. Tertarik jugak dengan mereka cipta bas sekolah tu. Menarik.

    Reply
  9. Fadhil says

    8th January 2014 at 8:59 am

    Nampak best je buku teks sekolah rendah sekarang. Tapi banyak sangat la pulak. Tahan ke budak2 nak cope semua tu? Cerita pasal balut buku sekolah, aku dulu balut pakai suratkhabar je. Beli kertas minyak cukup untuk 2 buku sahaja.

    Reply
  10. Ummi Hanie says

    8th January 2014 at 1:33 am

    samalah kita… tiap2 tahun ikat kontrak balut buku teks… juga buku tulis.

    AB sebut kertas minyak, baru saya teringat… zaman saya dulu pun masih ada yg balut pakai kertas minyak 😉

    skrg kertas minyak pakai buat pos barang niaga sekali sekala

    Reply
  11. MK Kimi says

    7th January 2014 at 11:23 pm

    saya dulu pon balut pakai kertas minyak. belum sampai hjg tahun, dah mula koyak. Ganas sgt agaknya

    🙂

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2014 at 12:37 am

      Biasalah, kertas minyak bukan tahan lama berbanding plastik.

      Reply
  12. ohcikgu says

    7th January 2014 at 11:17 pm

    teringat masa sekolah dulu. balut pakai kertas minyak aje. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2014 at 12:38 am

      Majoriti mengunakan kertas minyak. 🙂

      Reply
  13. mancai says

    7th January 2014 at 11:16 pm

    samalah kita bro… selagi anak2 sekolah.. kisah balut buku memang jadi keutamaan…

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2014 at 12:40 am

      Bila balut buku anak sendiri terkenang zaman bersekolah dahulu.

      Reply
      • mancai says

        8th January 2014 at 9:10 am

        zaman aku, guna kertas minyak lagi….

        Reply
  14. onlajer says

    7th January 2014 at 10:54 pm

    nasib sekarang ada pembalut segera sedia untuk dipakai pada buku teks dan latihan , dulu,dulu,dulu kena potong dan selotape sendiri hehe

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2014 at 12:41 am

      Harganya boleh tahan juga. Saya masih guna cara konvensional. 🙂

      Reply
      • onlajer says

        8th January 2014 at 12:42 am

        recycle tahun lepas punya jer yang masih elok hehe

        Reply
        • akubiomed says

          8th January 2014 at 1:12 am

          Tindakan yang bijak. Salah satu usaha menerapkan ‘green’.

          Reply
          • suri says

            8th January 2014 at 10:53 am

            kalau jenis siap itu selalu tak tahan mudah terbuka or terkoyak. manual juga tetap hati 😉

            Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in