Misi Ops Ulat Buku ke 2 lebih getir
Satu misi Ops Ulat Buku telah dilancarkan di Rawang kerana menurut risikan pihak berkuasa bahawa buku-buku pinjaman teks sudah mula diedarkan pada murid-murid sekolah. Satu tindakan drastik dari pihak berkuasa menubuhkan skuad khas untuk melaksanakan misi Ops Ulat Buku ini.
Satu pasukan elit khas ditubuhkan untuk misi Ops Ulat Buku.
Tarikh: 5hb Januari 2011
Objektif operasi: Membalut buku teks pinjaman dengan plastik
Waktu operasi bermula: 2200hrs
Waktu operasi berakhir: 2300hrs
Jumlah korban: 0
Status misi: Buku-buku berjaya dibalut dengan plastik
Hari ini abang Ngah mula menerima buku pinjaman buku teks silibus KSSR tahun 2 dan satu misi khas diperlukan untuk memastikan buku pinjaman teks perlu dibalut supaya ia dapat bertahan lama. Komandan(isteri) telah mengeluarkan arahan supaya misi Ops Ulat Buku yang diketuai oleh AkuBiomed ini perlu dilaksanakan dengan jaya malam ini juga.

AkuBiomed telah melakukan intipan bagi memastikan ketua kumpulan yang dikenali Taiko(Baby Aslah) perlu dialihkan pandangan daripada misi ini. Jika Taiko merasa curiga maka misi ini akan gagal sama sekali. AkuBiomed merasa lega apabila Taiko berjaya dijinakkan tanpa ada pertumpahan darah. AkuBiomed dapat membalut buku-buku teks pinjaman tanpa gangguan. Objektif misi tercapai.
p/s: Lega rasanya apabila Ops Ulat Buku membalut buku pinjaman teks tanpa gangguan. 🙂
bilakah giliranku ini heeee
haha..ingatkan ops betul tadi..kot2 ada seleweng buku teks ke apa..haha..rupanya balut buku.
aktiviti membalut buku mmg menyeronokkan hee…klusaya masa duduk umh bang long keje2 ni sllu saya yg mmbantu mrka
alahai syoknya dia tdo dgn lena tanpa gangun dri abgnya2
misi sulit ni hehehe
hehe…tahniah berjaya dlm misi opd ulat buku.. ;P
yeh rasa klu mas akita kecik2 mmg malaskan mujur ada kaka abg yg tolog balutkan
heheheheee.. kreatip.. n3 ni..
memang pun, part nak balut buku ni, byk lah tgn2 kecik yg sibuk nak tolong sama..
heheh ingatkan ops apa lah , sy baru balut separuh , separuh lagi plastik tk cukup pula , untuk buku tahun 2 sebanyak 15 buku teks dan aktiviti .. banyak kan ?
Syabas akubiomed! Di atas kejayaan anda 😉
Misi sampul buku teks nie bisanya wife yg handle…yg paling malas bila tang nak tulis nama…
Sama cam kat umah saya,last2 saya juga kena tolong
Ohh.. ingatkan apa tadi. Rupanya operasi balut buku. Teringat sewaktu kecil dahulu, emaklah yang akan membalut buku2 saya. Maklumlah, anak sulung. Hehe. 🙂
Hahaha….aku lak misi ulat buku ni diketuai oleh org rumah…aku mmg bz minggu ni balik lewat malam jerr…seb bek berjaya walaupun cubaan tu dihalang oleh si akid asyraff….
astaghfirulahalazim.. ingatkan apa tadi baca tajuk macam operasi ketenteraan, agak kaget sikit rupanya misi balut buku. huhu. lena abg koning tido.
wah, best tu misi berjaya.. 😀
akupun baru buat misi yang sama minggu lepas
Usaha yang baik.. Seronok bekerja tanpa gangguan.. 🙂
balut jgn x balut, kalut dapat balut guna plastik yg terus lekat tu lagi bagus. Buku lebih tahan lama dan murid tahun depan xyah balut dah..
😀
sangat mengerunkan misi ini yerk hehe…alhamdulillah misi berjaya…:)
Alhamdulillah.. Misi terlaksana tanpa sebarang gangguan!
salam..
bestnya dapat tido
hari siang nih..lama
dah tak de peluang
nak bergolek di
siang hari..he he
teringat masa2 sekolah ya masalah buku ,,
jadi pengen banget sekolah lagi,,,
Hehe, tahniah misi berjaya. Setiap tahun pasti ada misi sebegini kan? 😀
kreatif betul entri ni..hehe..nasib baiklah taiko tu tidur kan..
hehe..kena bagi tidur ketua dulu rupanya..hehe
masa teman mula2 masuk sekolah rendah, ayah teman yang balutkan buku2 teman ni. 😉
heheehhe..teman ingatkan OPs serius punya…
tajuk mmg panasssss…
hahaha.. balut buku teks rupanya… ingat ape tadi… tetiba polis nak buat ops ulat buku.. ingat kut2 ade cerita org curi buku teks ke ape ke…hehehe… nice one bro..anyway dulu chip balut buku pakai plastik lapik meja..hahahah…nampak cantik skit..
Ada juga kawan saya cerita ketika kecil beliau membalut buku teks pinjaman mengunakan plastik pembalut meja yang boleh dibeli dengan meter dan lebih tebal.
bab balut buku adalah feveret zida sampai sekarang. tapi buku kat mesir kulit dia lembik, tak sedap sangat nak balut. tapi kalau yang keras tu balut terus! hehe
😀
Perempuan memanglah suka membalut buku selalu mengunakan kertas pembalut yang ada corak.
memang bagusla, ingat zaman sekolah dulu2 sayang sangat ngan buku diberi,.. sampai sekarang masih diwajibkan lagi ke balut buku teks sekolah? Maklum jela takde anak @ sudara2 kecik yang bersekolah buat masa sekarang…
Memanglah sayang buku pinjaman teks yang diberikan oleh pihak sekolah. Kalau hilang atau rosak perlu diganti semula. Selama saya sekolah belum pernah pulang buku teks pinjaman tidak cukup.
satu operasi yang sempurna
haha
apa2 hal taiko perlu dikawal terlebih dulu
Taiko perlu ditawan atau ditewaskan dahulu kalau tidak operasi membalut buku pinjaman teks akan gagal.
Benjy pula Komander yang balut buku … benjy nengok2 blog je hhehehehe ….
Yerrr setuju tu kalau tidak satu buku pun tak boleh balut 😀
aku dulu pun..mak aku yang buat. Lepas tu..barulah aku buat sendiri. Balut pakai surat khabar aje mula-mula. Dah terer sikit..baru gatal gi cari yang ada bunga-bunga. haha..
Wahhh ! kau ni dah semakin kacaklah Titan balut buku dengan kertas bunga2 😀
Balut buku dengan kertas bunga-bunga. Tidak sanggup. 🙂
sweet.. seronok tgk anak2 balut buku teks.. teringat pula zaman remaja dulu2..
paling seronok aku balut buku tulis sekali berwajah baby + pink colour.. hik3..
sampai tertdo semua…
Kalau lelaki balutan buku teks samada plastik atau kertas minyak sahaja. 🙂
haha.. ceh, aku ingatkan ops yg betul2 td..
Jangan jadi mangsa suspen …. hehehe
Maaflah kalau entri ini tidak seperti diharapkan.
rajin balut buku anak..
He..hee..siapa lagi hendak buat. Bapa mithali yang perlu lakukan.
kami balut 2 saja, yg lain dah berbalut
buku turun temurun , akhir tahun bila nak dihantar wajib berbalut
jadi – setiap pelajar kalau dpt buku tahun sudah, memang dah dibalut
kecuali buku kerja yang baru segar bugar bau kilang tu…
Anak saya yang abang Ngah telah diperkenalkan sukatan pelajaran baru yang dikenali KSSR sejak tahun satu mengantikan KBSR. Jadi semua buku pinjaman teks semuanya baru belaka.
baby selalu conquer lokasi & situasi. jauhi mereka!!
Betul tu tulah pasal Akubiomed kena sattelkan dulu TAIKO tu … kalau tak gempa bumi dibuatnya 😀
Bukannya bimbang gunting yang tajam maklumlah ada anak kecil takut diterjahnya.
hoho..sampai macam tu sekali buat operasi..
Selagi baby yang kecil belum tidur jangan harap dapat balut buku teks pinjaman dengan aman. 🙂
Operation clear! dah siap balut semalam,abg koning tangan dia masa tidur sama mcm anak saya,agak2 semua budak tidur tgn macam ni kut.(berlipat)
Baru balut buku teks pinjaman abang Ngah dan untuk anak-anak yang lain belum dapat lagi buku pinjaman teks.
balut buku teks rupanya..teringat pulak zaman sekolah dulu2..selalunya kakak2 la yang rajin balut buku teks diorang..sampai rajin tolong balut buku teks adik2 sekali..hehe
Saya tidak ada kakak atau abang ketika kecil dahulu kerana anak sulung jadi buku pinjaman teks sekolah samada ibu saya atau saya sendiri membalutnya. 🙂