• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Pesta Buku Kelantan 2012 kembali lagi

Pesta Buku Kelantan 2012 kembali lagi

19th March 2012 by akubiomed 59 Comments

Moh ramai-ramai ke Pesta Buku Kelantan 2012.

Pesta Buku Kelantan 2012 kembali lagi yang akan berlangsung selama 8 hari. Ini kali ke 2 penyertaan saya untuk tahun 2012 yang mana saya pernah menyiarkan promosi Pesta Buku Kelantan 2011 tahun lepas. Jadi ambil peluang untuk membudayakan membaca dikalangan generasi muda kerana sedia maklum maklumat dihujung jari menjadikan generasi Y ini beralih kepada media elektronik.

Pesta Buku Kelantan 2012

Bila kali terakhir kita membaca? 

Apa bila ada Pesta Buku seperti ini sudah tentu akan ada potongan istimewa dari penerbit-penerbit buku tempatan. Jadi ambil peluang untuk merebut potongan harga kepada pengunjung yang mustahil akan dapat di luar Pesta Buku berlangsung.

Saya diberitahu akan ada penampilan istimewa watak animasi tempatan yang popular iaitu Upin dan Ipin. Sudah tentu akan menjadi tarikan anak-anak dan pelajar sekolah untuk mendekati watak kegemaran mereka ini.

Pesta Buku Kelantan 2012 ini adalah anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan(PUSTAKA). Ditaja oleh Syarikat Muda Osman Sdn Bhd.

p/s: Moh kita ramai ke Pesta Buku Kelantan 2012.

[Iklan khidmat masyarakat]


  • Ubuntu Desktop aku hampir buntu
  • Cut the rope sebaik Angry Bird
  • Patut seluar koyak sebab punggung bertaji

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Hafizul says

    29th October 2012 at 11:34 pm

    ehh aku biomed pergi jugak ke kat sini??hehe

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2012 at 11:40 pm

      Saya tidak pergi tetapi tolong promosi sebagai khidmat masyarakat.

      Reply
  2. adh says

    31st March 2012 at 12:49 pm

    saya harap mendapat basikal fixie gomax atau ipad dalam cabutan bertuah

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:48 pm

      Oh ada acara cabutan bertuah dengan hadiah lumayan disediakan. Selamat berjaya yer. 🙂

      Reply
  3. anis syuhada binti mahmud safbri says

    30th March 2012 at 4:14 pm

    pesta buku kembali lagi pada thn ini … saya sngt gmbira… pada hari AHAD
    sy akan pergi ke pesta buku dngn ROMBONGAN SEKOLAH…

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:49 pm

      Selamat pergi ke Pesta Buku Kelantan 2012 bersama rakan sekolah. 🙂

      Reply
    • Hafizul says

      29th October 2012 at 11:36 pm

      satu aktiviti yang bermanfaat,…hehe

      Reply
  4. Ema says

    28th March 2012 at 12:55 pm

    Alhamdulillah psti seronok dpt g pesta buku…tp xberpeluang kerana tarikh pesta buku sy blm pulang kg…:)

    Reply
  5. baguznet says

    25th March 2012 at 3:59 pm

    wah! ada pesta buku kelantan. Dah dekat sangat rupanya. Di Melaka pun coming soon…

    http://www.baguznet.com/2012/03/22/pesta-buku-antarabangsa-melaka-2012/

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:49 pm

      Baguslah apabila ada acara Pesta Buku dapat memupuk minat membaca dikalangan rakyat Malaysia.

      Reply
  6. aimannajmy says

    23rd March 2012 at 4:55 am

    sejak berada di era zaman internet ni memang jarang2 sangat baca buku huhuhu, asyik mengadap text bacaan online ja huhu

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:50 pm

      Ada sesetengah orang masih mahu feel ketika membaca dengan memegang bahan bacaan dan menikmati bau kertas.

      Reply
  7. padin says

    21st March 2012 at 9:43 am

    hehee entahlah memang tak pernah lagi pergi mana2 pesta buku… pesta layang2 bolehlah layan, 😀

    Reply
  8. bardboo says

    21st March 2012 at 5:36 am

    dah lama tak pergi ke pesta buku..kalau pergi mesti banyak buku yg akan dibeli..

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:51 pm

      Sudah pasti akan ada potongan harga buku.

      Reply
    • Hafizul says

      29th October 2012 at 11:37 pm

      wahhh minat membaca jugak ke??bagus2…nanti tanam kat diri anak-anak pula yer..hehe

      Reply
  9. piah becok says

    20th March 2012 at 10:53 pm

    alaaaaa… seremban bila nak buat pesta buku? jauh sangat la kelantan tu… raya baru balik sana T_T

    Reply
    • akubiomed says

      21st March 2012 at 12:43 am

      He..hee..Raya lama lagi. 🙂

      Reply
  10. benjy says

    20th March 2012 at 10:43 pm

    Benjy dah lama tak baca buku … buku yang denaihati beri hari tu ‘kalifah ganti superman’ belum lagi Benjy habis baca ….

    Reply
    • akubiomed says

      21st March 2012 at 12:44 am

      Mana nak habis baca asyik baca buku mengenai SEO sahaja. 🙂

      Reply
      • Hafizul says

        29th October 2012 at 11:38 pm

        Hahaha..macam2 ho..semuanya ada manfaat tuh…

        Reply
  11. benjy says

    20th March 2012 at 10:42 pm

    Harap lepas ni akan jadi normal seperti biasa … 😀

    Reply
  12. benjy says

    20th March 2012 at 10:41 pm

    Alahai lama tidak berkunjung ke sini macam bersalah pula rasanya … adoi 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      21st March 2012 at 12:44 am

      Selamat kembali. Bro Benjy lama tidak online.

      Reply
  13. Juan says

    20th March 2012 at 8:15 pm

    kenapa mcm student ja ramai

    Reply
    • akubiomed says

      21st March 2012 at 12:51 am

      Mungkin pihak sekolah ada menganjurkan rombongan ke pesta buku.

      Reply
  14. ohcikgu says

    20th March 2012 at 7:58 pm

    tak ada maas lagi..jauh plak tu..

    Reply
  15. iza says

    20th March 2012 at 4:12 pm

    Assalam..
    teringin nak pi pesta buku tapi jauh la pulak…
    bila la kat tempat saya nak buat pesta buku macam ni…

    Reply
  16. Norizwan says

    20th March 2012 at 2:45 pm

    hoho…jauhnya…calling2 ler sedara kat sana…kirim buku huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      21st March 2012 at 12:52 am

      Baik beli di KL kerana kos penghantaran lagi. 🙂

      Reply
  17. sw33tdarling says

    20th March 2012 at 1:04 pm

    jauh nauuu nak ke kelantan nun…

    Reply
  18. Amirez says

    20th March 2012 at 10:51 am

    baru perasan bunting ni semasa ke KB semalam. insyaAllah ada masa saya akan ke sana, dah lama tak ke pesta buku. ada info nanti saya update kat blog 😉

    Reply
  19. wazy says

    20th March 2012 at 9:16 am

    Kalau dekat boleh jugak singgah,dah lama tak pergi ke pesta buku macam ni

    Reply
  20. tips-kurus says

    20th March 2012 at 5:08 am

    beli buku, simpan resitnya elok-elok. tahun depan senang nak isi e-filing. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      21st March 2012 at 12:53 am

      Betul tuh. Resit pembelian buku untuk rebet cukai pendapatan.

      Reply
  21. tehr says

    20th March 2012 at 1:39 am

    Harap2 aku akan ada kesempatan ke sana nanti
    Biasanya pelajar akan buat rombongan bas untuk menghadirinya

    Reply
  22. yas says

    20th March 2012 at 12:46 am

    Kena suh bro tehr gi survey kt sana nih….

    Reply
  23. sabree hussin says

    20th March 2012 at 12:38 am

    benda ni mesti buat dekat Kelantan.. ye dak? hhe

    Reply
  24. kulanz says

    20th March 2012 at 12:36 am

    Aku selalu tunggu pesta buku macam ni.. kalau di Sabah, DBP yang selalu buat.. untung beli buku time pesta macam ni

    Reply
  25. segalabenda says

    20th March 2012 at 12:17 am

    jauh nak ke kelantan..bila la pulak sabah nak buat macam tu

    Reply
  26. azura says

    20th March 2012 at 12:07 am

    saya tunggu pesta buku pwtc ni…Kelantan jauh…

    Reply
  27. Zida says

    20th March 2012 at 12:03 am

    rindu kat bookfair malaysia. haritu sini pun ada bookfair jugak, tapi takde la buku melayu yang best-best. 🙁

    Reply
  28. LangkawiHomestay says

    19th March 2012 at 11:53 pm

    menarik..mesti byk buku2 best

    Reply
  29. anif says

    19th March 2012 at 11:25 pm

    Orang Kelantan, jangan lepaskan peluang ni.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      19th March 2012 at 11:39 pm

      Bro TehR dan DnoBiz dah hampir sangat tuh. 🙂

      Reply
  30. pipoq says

    19th March 2012 at 11:22 pm

    jauhnya nak pergi..patutnya setiap negeri kena buat pesta buku seumpama ni bagi menanam sikap suka membaca pada rakyat negara kita

    Reply
    • akubiomed says

      19th March 2012 at 11:40 pm

      Ia satu cadangan yang baik kalau ada acara besar mesti dibuat di KL.

      Reply
  31. zulkbo says

    19th March 2012 at 11:22 pm

    salam..
    amalan membaca buku memang
    semakin dilupakan selain mengulangkaji
    pelajaran untuk lulus exams..molek sangat
    jika di praktiskan selalu agar tak jadi kekok
    pula nanti..he he..sekarang ramai yang baca
    ebook je kan..?

    Reply
    • akubiomed says

      19th March 2012 at 11:42 pm

      Ia lah rata-rata adalah mengulankaji untuk lulus periksa.

      Reply
  32. eiela says

    19th March 2012 at 11:18 pm

    bestnya mesti rambang mata.

    Reply
    • akubiomed says

      19th March 2012 at 11:42 pm

      Kalau ada potongan harga lagi leka membelek buku. 🙂

      Reply
  33. nurmisnan says

    19th March 2012 at 11:16 pm

    Buat kat Kelantan ker? Bestnya ada pesta buku.. memang
    tak boleh dgr pasal pesta buku nih..

    Reply
    • akubiomed says

      19th March 2012 at 11:43 pm

      Oh rajin juga menjengah ke Pesta Buku?

      Reply
  34. cikgu naman says

    19th March 2012 at 11:03 pm

    walaupun itu negeriku,tetapi sekarang kita dipisahkan beratus km..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      19th March 2012 at 11:44 pm

      Saya mengharapkan Pesta Buku ini berlangsung ketika cuti sekolah baru-baru ini.

      Reply
  35. chii says

    19th March 2012 at 10:37 pm

    alahai..jauh sgt..nampak gaya kena tunggu yg akan di anjurkan di pwtc je la gamaknya

    Reply
    • akubiomed says

      19th March 2012 at 11:45 pm

      Hujung bulan ini tidak salah saya ada Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia (1MISF) di PWTC.

      Reply
  36. azmanisma says

    19th March 2012 at 10:24 pm

    Bagus tu bro..tapi jauh sgt…..kita blogger jugak seorang pembaca 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th March 2012 at 11:46 pm

      Saya membantu promosi Pesta Buku Kelantan 2012 sebagai sumbangan kecil saya.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in