• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Menjahit kaki seluar Raya abang Koning

Menjahit kaki seluar Raya abang Koning

21st August 2011 by akubiomed 92 Comments

Pengalaman menjahit kaki seluar Raya abang Koning

Hari ini buat pertama kalinya aku menjahit kaki seluar Raya abang Koning. Saban tahun setiap kali menjelang Raya tentu ada masalah untuk mencari saiz pakaian abang Koning berbanding adik beradik lain. Kali ini ada penyusutan berat badan abang Koning mungkin kesan berpuasa bolehlah tahun ini abang Koning merasai menyarung seluar panjang kerana sudah lama benar ingin melihat abang Koning memakai seluar panjang. Kalau tidak terpaksa mencari seluar yang labuh hingga ke paras lutut.

Baju Melayu Cekak Musang menjadi pilihan di pagi Raya

Rasanya yang berkeluarga sudah tentu buat persiapan awal untuk persediaan baju Raya untuk diri sendiri dan anak-anak. Kalau ketika bujang dahulu mengenai baju Melayu untuk pagi Raya tidak perlu dibimbangkan kerana telah siap dijahit sendiri oleh emak. Biasanya aku lebih suka baju Melayu Cekak Musang berbanding baju Melayu Teluk Belanga di pagi Raya. Aku ini bukan jenis tangkap muat apabila berbaju Melayu mesti lengkap bersampin dan songkok.

Raya kali ini abang Koning dibelikan 2 pasang seluar Jeans berwarna biru laut dan cokelat gelap. Tidak sabar melihat anak bujang Abang Koning kelihatan segak untuk Raya kali ini. Kesian melihat Abang Koning untuk Raya tahun lepas tidak mendapat pakaian Raya sesegak abang-abangnya.

Abang Koning, abang Ngah dan Abang Long

Masalah seluar Raya labuh perlu dipotong

Apabila bila seluar tentu ada masalah panjang seluar dan kaki seluar Raya abang Koning tidak terkecuali. Pada mulanya hendak menghantar upah potong kaki seluar dikedai. Malangnya kedai ditempat aku tinggal sudah tidak mengambil lagi selepas dipujuk akhirnya kedai tersebut mengenakan syarat supaya seluar dipotong siap-siap dari rumah.

Babah sendiri menjahit kaki seluar Raya Abang Koning

Bila difikir-fikirkan kenapa tidak dicuba jahit sahaja sendiri kaki seluar Raya Abang Koning sendiri. Isteri aku tidak yakin memandangkan seluar jenis kain jeans agak tebal kainnya. Selepas berulang kali diukur dan disukat akhirnya aku menjahit satu persatu kaki seluar Raya abang Koning. Sebelum ini aku pernah jahit seluar koyak anak-anakku yang mungkin bertaji punggungnya 🙂

p/s: berbaloi mencuba menjahit kaki seluar Raya Abang Koning.

Sila tekan butang kongsi:

  • Selamat Hari Lahir Abang Koning
  • Patut seluar koyak sebab punggung bertaji
  • Satu hari di Hari Raya bersama Stormtroopers

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. hairulafiz says

    23rd November 2012 at 3:16 pm

    wah pandainya menjahit

    Reply
  2. MEKAR says

    30th August 2011 at 4:18 pm

    Wah..bertuahnya isteri dan anak2 akubio krn mmpunyai suami dan bapa yg berkemahiran menjahit

    Reply
  3. suri says

    26th August 2011 at 11:48 am

    mejahit salah satu cara mendiamkan mulut..tangan pula berseni 😉

    Reply
  4. bEe says

    25th August 2011 at 4:54 pm

    Wah, babah mithali… 😉

    Tak sangka kaum Adam pun pandai menjahit ek… Lalalalala~

    Reply
  5. mancai says

    24th August 2011 at 1:42 pm

    jimat… kalau hantar kedai dah kena berapa ni rasanya…

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:31 am

      Ntahlah, saya tidak pernah hantar kedai untuk potong kaki seluar jeans

      Reply
  6. Dulu Lain Sekarang Lain says

    24th August 2011 at 9:13 am

    Bertuahlah badan bang koning, bapa pandai menjaahit he he.. kawe lak cuma tahu kasi koyak jer.. 😉

    Reply
    • akubiomed says

      24th August 2011 at 11:57 pm

      Bro Mail punggung bertaji juga ker? 🙂

      Reply
      • suri says

        26th August 2011 at 11:49 am

        ha,,tak per bini mah blh jait jugak kan..

        Reply
  7. Norasikin says

    23rd August 2011 at 11:44 pm

    Sekarang ni saya tengah bertungkus-lumus menyiapkan baju anak dan suami. Smbil tunggu kek masak, sambil menjhit. Ada masa sikit mesti kena jahit jugak. Kain beli dah lama tp buat sikit-sikit. Harap2 siap sebelum balik kampung

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:30 am

      Whoah, baguslah pandai memasak dan pada masa yang sama pandai menjahit. 🙂

      Reply
  8. nizamghazi says

    23rd August 2011 at 9:41 pm

    Whoaa, pandai menjahit rupanya. Salute sbb xsemua llki pandai 😉

    Reply
  9. Zida says

    23rd August 2011 at 8:07 pm

    wahh ayah yang bagus ni. tapikan, tak penat ke jahit seluar jean tu? dah la tebal. fuhh. budak-budak ni kena bersyukur sebab dapat ayah yang penyayang 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:29 am

      2 pasang sahaja Zida dan untuk anak sendiri tidak berkira sangat 🙂

      Reply
  10. faiz says

    23rd August 2011 at 7:23 pm

    mcm susah je nak jahit tangan seluar jean ni..

    Reply
  11. Jai says

    23rd August 2011 at 4:22 pm

    Dulu masa kau kecik, rasanya zip seluar yang selalu koyak.. Biasalah, ganaz2 semuanya..he3

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:28 am

      Zip seluar rosak boleh tahan lagi jangan terzip tut… naye 🙂

      Reply
  12. suri says

    23rd August 2011 at 2:41 pm

    salam bro..
    bila punggug bertaji klu tak der mmg tak sah hee…
    riangnya hati anak2 sb ada bapa yg perihatin akan mrka..

    Reply
  13. nash says

    23rd August 2011 at 12:33 pm

    wah.. bagusla bro sbb pandai jahitkan kaki seluar….. xramai lelaki yang boleh pegang jarum n benang! hehehe.. nas pun boleh gak menjait n repair2 sbb ayah mak nas mmg tukang jahit.. cuma xreti kat seluar jeans… keras sangat… suh mak je tolong repair 😛

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:26 am

      Sekarang ini kalau hendak masuk benang didalam lubang jarum ada masalah sikit kerana mata pun dah kabur. Ha..ha..

      Reply
  14. maya mayana says

    23rd August 2011 at 11:56 am

    vontot bertaji..hehe,abg koning anak no 3 tp lg besar ye? ayah mithali ni…selamat hari raya,maaf zahir dan batin 😀

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:24 am

      Terima kasih. Maaf, Zahir dan Batin 🙂

      Reply
  15. puanbee says

    23rd August 2011 at 11:43 am

    abang koning lagi besar dr abgngah dan abglong ye.. memang dah siap2 beli baju tuk anak dara bertiga tu hehe.. awak anak bujang bertiga , kita anak dara bertiga … eloklah berkawan nih hahaa

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:23 am

      Molek sangat untuk berbesan 🙂

      Reply
  16. RedBoys says

    23rd August 2011 at 11:34 am

    wah.. bukan calang2 orang boleh jahit seluar jeans ni.. gua salut lu.. tak nak gunakan kemahiran yang ada ni untuk buat duit ke?

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:21 am

      Tidak apalah bro saya tidak berani hendak ambil upah lagi pun untuk famili sendiri tidak apalah

      Reply
  17. syahrilhafiz says

    23rd August 2011 at 5:53 am

    multitasking..hehe tak nak cuba ke?

    Reply
  18. titan says

    23rd August 2011 at 2:17 am

    tak cari lagi baju raya walaupun mak aku dah bising suruh beli. Aku malas lagi ni. Biasa malam raya barulah aku gi cari baju raya. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:19 am

      Malam akhir bulan Ramadhan tentu ada harga murah untuk penghabisan stok

      Reply
  19. Kak Long Mawar Merah says

    23rd August 2011 at 12:41 am

    Tahniah sebab berjaya misi menjahit kaki seluar tu.
    Seronk juga dapat tengok abah yang menjahit ni.
    Kalau Kak Long nak minta tolong Encik Suami, dah tak ada alasan sebab cik abang dah belikan mesin yang memang boleh jahit seluar jeans tu.

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:17 am

      Ohh..Kak Long Merah ada mesin jahit dirumah tentu rajin buat projek jahit

      Reply
  20. dnoBiz says

    23rd August 2011 at 12:40 am

    Kain Jeans ni kalau jahir tangan memang jenuh la jawabnya, tu belum guna benag jeans dan jarum besar lagi…

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:15 am

      Tidak pakai benang Jeans pun dan jarum agak tebal sedikit

      Reply
  21. tehr says

    23rd August 2011 at 12:25 am

    hehe
    aku pernah buat ni zaman dulu2
    tiru mak aku menjahit

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:14 am

      Jahit selaur jeans ketika zaman kegemilangan Rock Kapak 🙂

      Reply
  22. Sir Marcello says

    23rd August 2011 at 12:18 am

    aduyai..kalo kain biasa takpe lah juga…seluar jeans? mmg sakit ler sikit..kalo ada mesin jahit..mesti mudah kan?

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:13 am

      Rumah saya mana ada mesin jahit jadi terpaksa jahit tangan 🙂

      Reply
  23. LiFe KaMi says

    23rd August 2011 at 12:06 am

    bukan senang nak jahit seluar jeans ni..
    nak lg senang kena pkai mesin,
    mmg selalu kalau beli seluar jeans cari yg betul2 sama pnjang dgn kaki senang tak perlu dipotong lg..:)

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2011 at 12:12 am

      Memang bimbang sangat ketika potong kaki seluar kerana bimbang kaki selur singkat sebelah

      Reply
  24. zulkbo says

    22nd August 2011 at 10:50 pm

    salam..
    ada bakat semulajadi
    menjadi tailor tu..
    he he..

    jean pun jahit tangan ke?

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 11:16 pm

      Mungkin warisi bakat emak kot. Sudah terpaksa walaupun was-was kemampuan jahit tangan untuk kain jeans yang sememangnya keras 🙂

      Reply
  25. nuriz says

    22nd August 2011 at 5:59 pm

    jimat kos ni sebab jahit sendiri, bukan le payah sgt kan nak jahit tu..hehe kalau hantar kedai mau RM5, 6 ringgit dah

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 11:14 pm

      Kalau jahit dengan mesin jahit lagi kemas dan kukuh berbanding jahitan tangan.

      Reply
  26. sjiehan says

    22nd August 2011 at 5:23 pm

    hahaaha! tukang jahit dah fully booked…

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 11:08 pm

      Biasanya kedai jahit sudah tidak ambil tempahan bagi kes saya setakat potong kaki seluar bukanlah perkara besar pun

      Reply
  27. sw33tdarling says

    22nd August 2011 at 3:33 pm

    dulu roh menjahit belum sampai, nak oter seluar pun antar kedai walhal ada mesin jahit kat umah.. umah oter RM10.. tak berbaloiiii

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 11:05 pm

      Mesin yang Amy boleh jahit kain tebal macam kain jean? Saya ini jarang jahit jadi tidak berbaloi beli mesin jahit elektrik

      Reply
  28. hafizmd says

    22nd August 2011 at 2:08 pm

    mmg terbaiklah AB…

    kalau ada skill. sayang jugak dibiar berkarat….tak gitu Ab?

    tangan tu kne jarum ke?

    p/s-nak jugak tgk abg koning dan adik2nya segak bergaya

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 11:03 pm

      Saya pun tidak sedar jari terluka semasa menolak jarum. Nantilah kalau ada peluang nanti saya akan berkongsi gambar abang Koning bergaya seluar jean

      Reply
  29. Wan Perlis says

    22nd August 2011 at 1:35 pm

    bab menjahit ni ak memg fail, taktahu dan taksuka la

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 11:01 pm

      Kalau macam itu kena cari bakal isteri yang pandai menjahit atau pun perlu hantar kedai jahit

      Reply
  30. eLLy says

    22nd August 2011 at 1:21 pm

    wah pandai nye babah dia jait .. seluar jeans lak tu mesti leceh coz kerasss

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 11:00 pm

      Seluar jeans agak keras kainnya tapi ini adalah pilihan yang satu-satunya ada

      Reply
  31. W.R says

    22nd August 2011 at 12:37 pm

    huhuhu boleh buka kedai jahit nie hihihi..:)
    bukan di kedai boleh potong ker..?
    hihihi..:)

    Reply
    • Pacifista - X says

      22nd August 2011 at 3:57 pm

      kalau kedai potong,nak jugak aku angkat bumper evo ten satu.huhu…

      Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:54 pm

      Setakat jahit kaki seluar dan bahagian koyak tidak perlu rasanya buka kedai jahit 🙂
      Kedai jahit minta kaki seluar dipotong siap-siap dari rumah barulah mereka akan jahit. Mungkin banyak tempahan yang diterima kot. (Tak faham)

      Reply
  32. ciksembang says

    22nd August 2011 at 8:12 am

    sangat suka tengok suami menjahit baju/seluar keluarga sendiri.. tahniah AB..saya mmg galakkan anak2 lelaki saya menjahit perkara yg simple tidak terlalu bergantung dgn kedai..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:49 pm

      Saya belajar jahit sendiri kerana emak saya seorang tukang jahit. Apabila ada lebihan kain perca saya akan cantum jadikan bag dan pelbagai lagi.

      Reply
  33. juanita says

    22nd August 2011 at 8:11 am

    Abang Koning…Untung tau dapat babah camni..hik..hikk..hikk

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:48 pm

      Terima kasih, tersenyum lebar abang Koning apabila kaki seluarnya sudah siap di jahit

      Reply
  34. Juan says

    22nd August 2011 at 3:44 am

    seorang abah yg bertanggungjawab 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:44 pm

      Terima kasih bro 🙂

      Reply
  35. MR.Z says

    22nd August 2011 at 2:59 am

    saya baju raya apa pun tak beli lagi.. hehe.. takpe bro.. test jahit, save duit skit.. try and error..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:43 pm

      Kawan saya kata jalan TAR jam pukul 12malam masih lagi sesak orang ramai beli persiapan Raya

      Reply
  36. anif says

    22nd August 2011 at 1:22 am

    Aktiviti D.I.Y yang tentunya lebih menjimatkan dan yang paling penting sekali ia dilakukan dengan penuh kasih sayang 😀

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:42 pm

      Setakat yang mampu untuk buat DIY 🙂

      Reply
  37. maza says

    21st August 2011 at 11:50 pm

    wakaka…. bontot bertaji yg tak tahan tu.. hahahah

    memang wajar sekali berlatih menjahit yg seperti itu..
    maza masa bujang2 pun jahit sendiri .. ahaks

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:41 pm

      Masa kecil dahulu seluar kerap kali koyak. Emak saya kata “bontot bertaji” 🙂

      Reply
  38. kulanz says

    21st August 2011 at 11:14 pm

    Itu dia kesungguhan seorang ayah…
    kita jahit sendiri dan jahit di kedai tak sama nilainya.. kan bro?

    Reply
    • hafizmd says

      22nd August 2011 at 2:06 pm

      sentuhan seorang ayah mmg cukup terbaik!

      Reply
      • akubiomed says

        22nd August 2011 at 10:39 pm

        Terima kasih, senang dalam hati melihat anak melaram seluar selepas di jahit 🙂

        Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:37 pm

      Lepas menjahit terus minta mencuba dengan menyarung. Lega rasanya semuanya didalam keadaan baik dan si anak pula liat hendak buka seluar 🙂

      Reply
  39. nurmisnan says

    21st August 2011 at 10:55 pm

    bagus babah jahit sendiri… jimat kos…
    aku pun lebih suka jaht sendiri.. puas hati

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:35 pm

      ini pun cuba-cuba sahaja kerana bimbang jarum bengkok jahit kain jeans 🙂

      Reply
  40. isza says

    21st August 2011 at 9:38 pm

    kalau saya.. tentunya hantar kedai jer..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:33 pm

      Memang hajat pada mulanya mahu hantar kedai jahit tapi ada masalah sikit.

      Reply
  41. Pacifista - X says

    21st August 2011 at 8:46 pm

    la…jahit seluar jeans rupanya.ingatkan jahit seluar baju melayu.hehe…

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:32 pm

      Kedua-duanya tidak ada beza sangat kecuali jenis kain sahaja. Setakat ini baju Melayu semuanya ngam 🙂

      Reply
  42. adele says

    21st August 2011 at 8:40 pm

    abg koning haruslah mengurangkan berat badannya dan menambah ketinggian utk lebih kacak lg..hehe..nnt seluar pun xde mslh lg.. 😀

    Reply
    • Mus says

      22nd August 2011 at 9:06 pm

      amat bersetuju dengan cadangan itu..
      biar sekacak bapanya..

      Reply
      • adele says

        22nd August 2011 at 9:11 pm

        tau xpe.. 🙂

        Reply
      • akubiomed says

        22nd August 2011 at 10:30 pm

        Uhuk..uhuk..tersedaklah pula. Ini buat tidak lena tidur 🙂

        Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:28 pm

      Badan abang Koning lebih besar dari abang Sulung 🙂

      Reply
  43. brat2104 says

    21st August 2011 at 7:17 pm

    pergh… sakit tangan nak jahit jeans.. jarum kena besar lak tu..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:27 pm

      Ye lah, bro tidak perasan jari terluka hanya tersedar jari sakit terkena air

      Reply
  44. ZoOL says

    21st August 2011 at 7:13 pm

    hehe.. ewah.. pandai menjahit.. nape lak yang dua lagi tu dipanggil ngah dan long, tapi yg satu lagi koning..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:26 pm

      Kalau setakat jahit bahagian koyak, kecilkan pinggang seluar dan jahit kaki seluar semuannya jahit tangan. Bagi jahit kaki seluar jeans adalah kali pertama.

      Abang Koning ada kisahnya kena rujuk sitemap atau guna search yang disediakan pada blog ini 🙂

      Reply
  45. mankuchai says

    21st August 2011 at 7:09 pm

    Hehehe tukang jahit tak mo ambik dah upah yer..dah masyukk la tu.Jahit sendiri la jawabnya.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd August 2011 at 10:22 pm

      Alasan banyak tempahan dan banyak songeh pula tuh minta potong kaki seluar siap-siap dari rumah 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in