• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Patut seluar koyak sebab punggung bertaji

Patut seluar koyak sebab punggung bertaji

21st March 2011 by akubiomed 85 Comments

Percaya tak seluar koyak sebab punggung bertaji

Aku ini tidaklah pandai sangat menjahit tapi kalau setakat seluar koyak dipunggung dan jahit kaki seluar insyallah aku boleh menjahit bahagian yang koyak. Ketika kecil aku selalu mengalami seluar koyak dipunggung dan rasanya tidak perlu cerita apabila seluar sudah berlubang besar tentu beranginkan 🙂

Aku selalu salahkah benang sudah reput sebab itulah seluar selalu koyak dicelah kangkang. Selalu disindir punggung bertaji sebab itu seluar kerap koyak dan aku hanya mampu tersengeh macam kerang busuk sahaja. Jangan ingat ayam sahaja ada taji di kaki tau 🙂

[ad#nufnang]

Abang Koning suka memakai seluar melondeh sudah tentu bahagian celah kangkang akan mudah terkoyak. Isteriku minta aku menjahit seluar tadika Abang Koning yang koyak. Selepas ini tidak lagi ada lubang berangin untuk Abang Koning dan tidak lagi berasa malu di tertawakan kerana punggung bertaji. Aku tidak membuka khidmat menjahit seluar koyak tapi hanya menjahit untuk famili sahaja 🙂

p/s: Korang pun punggung bertaji juga ker?

  • Part time menjahit baju sejak ada mesin jahit
  • Menjahit kaki seluar Raya abang Koning
  • Mesin jahit yang awesome

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. Sir Marcello says

    3rd April 2011 at 10:19 pm

    hahaha…selain punggung bertaji…selalu kena sindir pu*ai tajam sangat…macam siot~ malu ai~

    Reply
    • Mr.Kerro says

      10th April 2011 at 12:28 am

      yup org tua2 slalu ckp mcmni..hahaha

      Reply
  2. Ladfe Amir says

    30th March 2011 at 10:57 pm

    mmg kerja jahit menjahit ni akan aku serahkan kepada isteri aku sahaja. tangan aku tak kreatif untuk menjahit

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 12:42 am

      Saya terbalik pula kerana isteri tidak mempunyai kemahiran menjahit jadi saya mengambil alih tugas jahit ini kalau tidak sudah tentu hantar kedai jahitan saja

      Reply
  3. nasslimdiet2 says

    30th March 2011 at 2:56 pm

    hahaha…lawak sungguh. saya memang tak pandai menjahit tapi kalau kecemasan terpaksa lah jahit juga

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 12:45 am

      Kalau nak jahit pastikan benang yang sama warna kain jangan ada contrast pula kerana jahitan yang tidak kemas akan nampak 🙂

      Reply
  4. aimannajmy says

    28th March 2011 at 1:54 pm

    hahah bapa mithali..bro memang berbakat menjahit hehe.. macam pilem pendekar bujang lapok saja bahagian punggung suar terkoyak hehe

    Reply
  5. afique says

    26th March 2011 at 12:35 pm

    dulu masa kecik2 seluar selalu koyak dekat lutut dan kangkang. sebab main kejar2. balik rumah siap, kene marah dengan mama. haha

    Reply
  6. dnoBiz says

    24th March 2011 at 9:15 pm

    Wah Bapa Misali ni….
    Boleh buat side incom ni bro heheheh 😀

    Reply
  7. titan says

    24th March 2011 at 2:13 am

    hehe..dah lama tak menjahit. Selagi takde yang koyak, jadi mala la nak jahit apa-apa..

    Reply
  8. Rajdev says

    23rd March 2011 at 1:17 pm

    Selalunye terkoyak dibahagian lutut pasal selalu tersembam maen sepak raga

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 11:49 pm

      Kalau terkoyak pada lutut pun boleh tampal juga

      Reply
  9. nash says

    23rd March 2011 at 11:28 am

    taji? xtahu menahu plak seluar sesetengahnya ada bende tu.. buat masa ni seluar terkoyak sbb bende lain cth: lasak… terjatuh.. terkena brg2 tajam..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 11:14 pm

      Aduhai, Nash jangan salah faham mengenai punggung bertaji ia adalah sindiran kepada yang kerap seluarnya koyang dicelah kelangkang 🙂

      Reply
    • dnoBiz says

      24th March 2011 at 9:16 pm

      Ini bertaji Nash bukan di taji…:D

      Reply
  10. Ismail N says

    23rd March 2011 at 9:54 am

    Mcm anak kawe jugak bro. Asyik koyak aje… Mesti kena jangkitan Pendekar Bujang Lapok! Kawe tlg jahit time emergency je.. Tapi kalau maknya ada.. he he.. serah ke mummy ler. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 11:15 pm

      Seluar budak-budak tidak bertahan lama mudah koyak. Harga baju budak lebih mahal dari baju orang dewasa

      Reply
  11. yanmie says

    23rd March 2011 at 9:06 am

    hehehee pandainya menjahit 😛
    lepas nie amik ler tempahan menjahit seluar koyak..ehehe

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 11:49 pm

      Ha..haa..tidak lah sampai ke situ. Menjahit koyak hanya terbuka kepada famili members sahaja 🙂

      Reply
  12. Amry says

    23rd March 2011 at 1:17 am

    cayalah bro.memang serba boleh la bro ni.susah nak jumpa lelaki yang pandai menjahit ni.kalau kentut angin yang terlampau kuat boleh koyak tak seluar??erk…soalan apakah ini.hehe

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 11:48 pm

      Kalau koyak senang juga angin terlepas sebab tidak penapis angin 🙂

      Reply
  13. sweet says

    23rd March 2011 at 12:55 am

    jgn main2 skang ni laki lg pndai mjahit dr ppuan. fashion designer pon ramai laki tau

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 11:47 pm

      Tapi I tidak lembut tau 🙂

      Reply
  14. zik says

    22nd March 2011 at 11:34 pm

    masa kecik2 kejadian ini sering berlaku…sekarng dah kurang .. kenapa ek?? mungkin dulu pembesaran cepat berlaku… huhu agak2 jer…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 12:08 am

      Melampau kalau tua-tua seluar koyak. Ha..ha…

      Reply
  15. tehr says

    22nd March 2011 at 11:10 pm

    wah, bahaya ni
    burung boleh terlepas kalau macam ni
    hehe

    seluar anak2 aku pun pernah macam ni
    lucu je

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 12:07 am

      Burung Pipit atau burung Puyuh? Ha..haa..

      Reply
  16. Wan Perlis says

    22nd March 2011 at 10:49 pm

    respek lah lelaki menjahit
    aku jenis x suka semua keja perempuan..membasuh,memasak,lipat baju dll

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 12:07 am

      Bila berumah tangga nanti perlu bantu isteri bukan setakat ‘man of the house’ sahaja. Kalau yang isteri bekerja lagi kesian

      Reply
  17. Nur says

    22nd March 2011 at 7:52 pm

    Pandai menjahit rupanya.. tak sangka.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 9:58 pm

      Bolehlah kalau hendak jahit. Semasa sekolah ada juga kecilkan seluar guna mesin jahit ibu

      Reply
  18. Luthfi says

    22nd March 2011 at 5:56 pm

    hehehe masa kecik2 dulu selalu jadi macam ni.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 9:57 pm

      Bro antara kategori punggung bertaji jugalah 🙂

      Reply
  19. padin says

    22nd March 2011 at 5:25 pm

    haha masa kecik aku selalu main bola seluar panjang
    tapi asyik koyak kat lutut pasal jatuh,
    nasib baik tak koyak lutut keh3..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 9:51 pm

      Haa..haa..tentu berlubang dan seksi nampak lutut 🙂

      Reply
  20. FD says

    22nd March 2011 at 4:46 pm

    mengikut fakta sains, mereka yang mempunyai punggung bertaji mewarisi 1 jen mutasi dari dinosour t-rex.. maka mereka adalah baka dari t-rex.. hehe

    Reply
  21. Mus says

    22nd March 2011 at 4:20 pm

    jahitan jenis apa tu bro?

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 8:38 pm

      Sayapun tidak tahu nama jahitan kerana saya hanya jahit seluar anak yang koyak

      Reply
  22. suri says

    22nd March 2011 at 2:51 pm

    haaa..baca tajuk pun dah bisa gelak ini kan nak mjwb slur ku koyak rabak oh no!!

    dlu sy suka pakai skirt jer..skrg dok le..agaknya klo sy pakai slur rasanya ungkin rabak kot..sabab masa kecik2 suri suka panjat dna duduk atas pokok mangga depan umah heeee..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 2:57 pm

      Ini kecil-kecil mesti tomboy, kawan dengan budak-budak lelaki sahaja

      Reply
      • suri says

        23rd March 2011 at 12:03 pm

        tul juga.. skrg baru ada sopan skit muahaa..klu tak keras jer heee..

        Reply
        • akubiomed says

          23rd March 2011 at 11:12 pm

          Kiranya sekarang ini sudah insaf 🙂

          Reply
  23. decrewz says

    22nd March 2011 at 2:29 pm

    Jai baru2 ni selalu jugak koyak… yang peliknya, koyak kat poket belakang.. Kaji punya kaji barulah tau.. Rupanya dompet Jai yang berlogo tu yang buatkan dia berlubang kat belakang..hu3

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 2:45 pm

      La ingat beg duit bro tebal dengan duit he..hee…

      Reply
    • suri says

      22nd March 2011 at 2:52 pm

      adakah jai seorang yang kodokutss? heeee

      Reply
  24. donny says

    22nd March 2011 at 1:32 pm

    punggung bertaji ok lagi kalau punggung berkudis… haha

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 1:56 pm

      Kalau punggung berkudis sentiasa berdiri jawabnya 🙂

      Reply
  25. maza says

    22nd March 2011 at 1:23 pm

    hahahha….

    maza pernah masuk kelas menjahit. itupun masa di sekolah dlm subjek kemahiran hidup!

    belajar menjahit cross stitch dan juga jahit anak patung gitew.. heheh

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 1:55 pm

      Oh, Maza pun ada bakat terpendam rupanya 🙂

      Reply
  26. abby kamil says

    22nd March 2011 at 1:21 pm

    erm

    seluar jean sy selalu koyak kt peha

    mungkin peha besar sgt. hehhehehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 1:55 pm

      Ingatkan B nak tukar menjadi Hulk 🙂

      Reply
  27. sw33tdarling says

    22nd March 2011 at 11:13 am

    alhamdulillah… suami saya pun boleh jahit sendiri baju or seluar dia yang koyak..

    Reply
  28. madlut says

    22nd March 2011 at 10:17 am

    adoi. punggung bertaji..haha, jangan macam sudin dalam pendekar bujang lapok sudah, kentut dikata koyak

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 1:37 pm

      Oh, tidak boleh lupa adengan tersebut sebab masing-masing hendak mengorat anak dara Pendekar Mustar

      Reply
  29. tengkorak emas says

    22nd March 2011 at 9:53 am

    ya, TE ada taji haha
    sebab tu lagi suka pakai kain pelikat..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 1:35 pm

      Nasib baik kain pelekat pun tidak koyak 🙂

      Reply
  30. Nizam says

    22nd March 2011 at 9:31 am

    seluar aku pun selalu koyak kat bawah…
    tapi spender takde pulak koyak….
    hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 1:31 pm

      Bahaya bro pakai seluar koyak sebab berangin sahaja. Agak-agak punggung bro pun bertaji juga 🙂

      Reply
  31. nurmisnan says

    22nd March 2011 at 8:00 am

    dahsyat lah brother
    jahit seluar anak sendiri…
    aku suspended lah… hu3

    Reply
  32. saiful says

    22nd March 2011 at 3:48 am

    respek kat bro,jahitan yang sungguh kemas macam menjahit guna mesin.Saya sampai sekarang,nak jahit butang pun tak berapa pandai,hehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 1:27 pm

      Ini mesti serik tercucuk jarum. Paling mencabar masuk benang pada jarum perlu kesabaran

      Reply
  33. Fitrihadi says

    22nd March 2011 at 3:13 am

    wah kemas gak bro jahit tu..macam jahit guna mesin..thumbs up! 🙂
    .

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 1:26 pm

      Terima kasih, Jahitan ini sudah pasti akan bertahan lama

      Reply
      • adamfaiz says

        23rd March 2011 at 9:53 am

        Aku bab jahit ni fail..!! Dulu alter jeans sendiri men tibai je… janji ketat..hehehe

        Reply
        • Ladfe Amir says

          30th March 2011 at 10:52 pm

          samalah ngan aku bro. part menjahit ni mmg aku menyerah kalah. dulu aku cuba jahit lencana anak sulung aku..last sekali hantar kedai aje

          Reply
          • akubiomed says

            31st March 2011 at 12:43 am

            Ada juga isteri suruh lencana baju sekolah rendah. Pelik juga selalunya lencana yang perlu lekat guna seterika tapi kali ini perlu dijahit pula

            Reply
  34. Mrs.Ayie says

    22nd March 2011 at 1:36 am

    Bagus-bagus. Jahitan nampak kemas je. Boleh lah tempah.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 1:22 pm

      Jangan suruh saya jahit langsir yer 🙂

      Reply
  35. chii says

    22nd March 2011 at 12:27 am

    bagus tul la…jarang nk jumpa org laki pandai menjahit..ehehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 1:21 pm

      Ohh begitu ya. Saya ini kiranya endangered species lah 🙂

      Reply
  36. adele says

    21st March 2011 at 11:25 pm

    tak payahlah jahit..berangin ckit 😀

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2011 at 12:12 am

      Bahaya dibiarkan berangin nanti sebu masuk angin 🙂

      Reply
    • Amirez says

      22nd March 2011 at 3:52 pm

      betul juga tu. lagi2 cuaca panas sekarang ni hehe 😛

      Reply
  37. Ekspresi Ruang says

    21st March 2011 at 10:48 pm

    hehe belajar kemahiran hidup balik ni. ingat lagi jahitan kia? huuhu

    Reply
    • akubiomed says

      21st March 2011 at 10:54 pm

      Hee..hee..saya tidak tahu jahitan kia. Kemahiran menjahit diwarisi dari ibu saya 🙂

      Reply
      • suri says

        22nd March 2011 at 2:55 pm

        jahit simple je jagan pas jahit tak ikat mati dah le karang ada plk terrabak lagi nghee…

        Reply
        • akubiomed says

          22nd March 2011 at 2:58 pm

          Sudah tentu penghujung jahitan dimatikan kalau terlepas lagi ha..ha..

          Reply
          • suri says

            23rd March 2011 at 11:59 am

            mau buat keje dua tiga kali lagi…

            saya suka jahit insang pari hee.. mmg sukar tapi cantik klu buat tempahan mmg mahal dri jahitam mata tahi lalat (leher baju kurung dan baju melayu)

            Reply
            • akubiomed says

              23rd March 2011 at 11:13 pm

              Bab jahit tangan untuk baju Melahu kolar Teluk Belanga serahkan kepada emak saya dia memang hebat

              Reply
  38. anif says

    21st March 2011 at 10:36 pm

    Hehehe.. Sudah boleh menerima tempahan menjahit dari internet! 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      21st March 2011 at 10:38 pm

      Sorry bro, saya tidak menerima sebarang tempahan ha..ha…

      Reply
      • anif says

        21st March 2011 at 11:52 pm

        Jika ada permintaan.. apa salahnya 🙂 Silap haribulan pendapatannya melebihi kerjaya sebenar!

        Reply
        • Ismail N says

          23rd March 2011 at 9:52 am

          Anif tu.. gaya mcm mahu order jer .. he he..

          Reply
          • suri says

            23rd March 2011 at 11:57 am

            ha tul tu…suri blh juga buka kedai jahit cam ni..tapi klu bloger htr cas lebih skit ar. keh..keh..keh…

            Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in