• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Sambutan hari lahir abang Koning dan Pokde

Sambutan hari lahir abang Koning dan Pokde

29th September 2015 by akubiomed 14 Comments

Abang Koning dan Pokde sambut hari lahir tarikh yang sama.

Sambutan Hari Korban ini agak menarik kerana sambutan hari lahir sama dengan abang Koning yang genap 10 tahun.

Sekejap sahaja masa berlalu seperti semalam baru sambut hari lahir abang Koning. Dalam tidak diam abang Koning sudah pun genap 10 tahun pada 24 September yang lalu dan pada sama hari sambutan Hari Raya Korban. Sambutan hari lahir didalam keadaan bersederhana bersama ahli keluarga terdekat sahaja.

Abang koning dan pokde potong kek hari lahir.

Hashtag #koning mana datangnya?

Mungkin ada yang tertanya mana datangnya abang Koning ini? Kenapa hashtag #koning selalu digunakan oleh saya semasa gambar atau artikel tidak lekang mengunakan hashtag ini. Ketika kecil abang Koning ini ada masalah sebut warna kuning dan sebutan beliau menjadi koning. Saya jadikan trademark untuk blog ini mengunakan hashtag #koning. Sekarang ini tidaklah pelat lagi menyebut warna kuning lagi.

Semangat hari pertama pembukaan sekolah( gambar tahun 2014)

Menang pertandingan tulisan khat

Boleh dikatakan banyak kenangan perkembangan beliau sudah menjadi sebahagian blog AkuBiomed ini. Banyak peristiwa diabadikan dan apabila membaca artikel lama membuatkan saya tersenyum.

—————————————————————————————–

Hari Raya Korban ambil kesempatan balik kampung walaupun pada ketika itu suasana jerebu melanda Semenanjung Malaysia. Pada hari sambutan Hari Raya Korban, jerubu berkurangan. Lebih kurang 25 lembu untuk korban hasil sumbangan kariah dan yang di Pertua Negeri Melaka untuk masjid dikampung.

Kesempatan membawa anak-anak mandi di Dataran 1 Malaysia yang terletak di pantai Klebang. Nampaknya Aisyah tidak takut air malah seronok bermain air. Lain kali balik kampung boleh bawa anak-anak mandi di  Dataran 1 Malaysia.

A video posted by AkuBiomed (@akulens) on Sep 26, 2015 at 6:24am PDT

Jumpa lagi di artikel akan datang.

  • Sambutan hari lahir abang Koning bersama Pokde
  • Abang Koning sambut Hari Lahir
  • Sambutan hari lahir ringkas abang Koning

Filed Under: famili Tagged With: gambar hari lahir, hari lahir, kek hari lahir, tarikh lahir, ucapan hari lahir

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    8th October 2015 at 12:34 pm

    selmat hari lahir abg koning n pok de..baru tau rupanya dari mana dptnye nama koning tu…comel bunyinya..hehe…

    Reply
  2. Ummi Hanie says

    4th October 2015 at 4:00 pm

    selamat hari lahir abg koning

    menjadi hashtag tu

    butik pengantin siapakah itu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      4th October 2015 at 4:13 pm

      Butik pengantin yang diusahakan oleh adik ipar saya.

      Reply
  3. Datin Tyka says

    2nd October 2015 at 6:58 pm

    Selamat hari lahir. Semoga menjadi anak yang soleh ye…

    Reply
  4. suri says

    2nd October 2015 at 3:48 pm

    wah ramai yang sambut hari lahirnya ya..moga panjangkan umur murah rezeki semua

    Reply
  5. ajumohit says

    2nd October 2015 at 12:19 pm

    selamat hari lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki, ceria si koning 😉

    Reply
  6. ahmadyani says

    2nd October 2015 at 3:32 am

    Abang Koning rupanya pandai tulis khat. Patut diberi galakan yang lebih. Kemahiran ini tidak meluas di kalangan anak bangsa kita.

    Reply
  7. Tehr says

    1st October 2015 at 8:56 pm

    lebih seronok sebut koning berbanding kuning

    selamat hari lahir untuk abang koning

    Makan bihun camput tauhu,
    Lepas makan kepala pening;
    Sepuluh tahun sudah berlalu,
    Allah selamatkan abang koning.

    Reply
  8. Abang Hasan says

    1st October 2015 at 6:20 pm

    Selamat Hari Lahir Abang Konin, semoga selalu pantuh dengan orang tua dan selalu menjadi terbaik bagi semua orang

    Reply
  9. Noriza Rahman says

    1st October 2015 at 12:51 pm

    Selamat Hari Lahir Abang Koning, semoga menjadi anak yang soleh untuk ibubapa..

    Reply
  10. Sani says

    1st October 2015 at 7:02 am

    Selamat hari lahir abang koning….

    Reply
  11. Raihanah Ahmad says

    30th September 2015 at 2:29 pm

    selamat hari lahir

    Reply
  12. musadun says

    30th September 2015 at 1:44 pm

    selamat hari lahir Abg Koneng 🙂

    Reply
  13. ohsempapa says

    30th September 2015 at 11:20 am

    Semoga bertambah sihat dan berjaya menjadi anak yang soleh, adeq Koning…hehehe. Unik nama tu. Tahniah bro. Seorang ayah yang bagus.

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in