• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Jadual kumpul duit untuk beli emas 1 gram setiap bulan

Jadual kumpul duit untuk beli emas 1 gram setiap bulan

4th March 2018 by akubiomed 14 Comments

Jadual simpan duit untuk beli emas

Jadual simpan duit untuk beli emas

Jadual kumpul duit untuk beli emas 1 gram setiap bulan.

Zaman sekarang cabaran untuk menabung duit.

Bila lepas belajar dah tanggung hutang keliling pinggang dan gaji pertama belum tentu ada untuk simpan baki.

Paling sedih awal bulan duit gaji sudah negatif. Haru jadinya.

Boleh dicuba simpan secara berjadual.

Bila berjadual senang nak letak target simpanan yang dicampai.

Target yang boleh kita letak mampu dicampai.

Apa yang ingin saya kongsi adalah jadual kumpul duit yang santai-santai sahaja.

 

Set matlamat kumpul duit.

Set target kumpul duit sebagai contoh simpan duit untuk beli emas buat simpanan.

Sebagai contoh kita nak target simpan untuk beli emas 1 gram dibawah RM200 boleh dapat dengan belian emas secara online Gold Accumulation Program (GAP) dari Public Gold.

GAP ini adalah simpanan emas yang boleh dikumpul dengan kos yang rendah dan simpanan emas ini disokong oleh emas fizikal.

Simpanan emas dengan GAP ini mendapat sijil Patuh Syariah dari Amanie Advisors.

 

Buat jadual kumpul duit untuk sebulan.

Perkara pertama sebelum menabung dengan buat jadual simpan duit selama tiga puluh hari.

Contoh jadual kumpul duit yang diberikan contoh adalah untuk kumpul duit RM200.

Hari pertama wajib simpan RM50 dan baki hari-hari berikut simpan RM5.

Jadual kumpul duit untuk sebulan

Buat jadual kumpul duit boleh guna aplikasi Microsoft Excel untuk buat jadual.

Cari botol atau tin kosong untuk simpan duit.

Potong jadual kumpul dan tampal pada tin kosong.

Jadual kumpul duit dan tin untuk simpan duit.

Setiap kali simpan duit tanda pada jadual kertas sehinggalah cukup sebulan.

tanda hari simpan duit pada jadual

Jika rasa nak simpan lebih pada hari tertentu, tidak menjadi masalah.

Simpan lebih dan dapat lebih.

Kita simpan secara santai-santai sahaja dah happy-happy sahaja.

Seronok duit terkumpul

Elak simpanan bocor dengan tukar kepada simpanan emas.

Bila dah cukup bulan dan mempunyai sejumlah terkumpul.

Pada ketika itu tangan rasa gatal untuk berbelanja.

Penat kumpul dan sia-sia usaha kumpul duit hari-hari akhirnya habis begitu sahaja.

Saya syorkan duit yang dikumpul tukar kepada simpanan emas.

Bila sudah simpan emas, dapat selamat duit terbelanja.

1 gram sekitar bawah RM200 belian GAP dari Public Gold

  • Kesan selepas menghadiri Seminar Emas Sebagai Perlindungan Kekayaan Anda
  • Segmen Senyum Sabtu Day jangan curi duit tabung Raya
  • 5 tip memiliki rumah idaman pada usia muda

Filed Under: blog, public gold Tagged With: 1 gram 1 bulan, jadual kumpul duit, kumpul duit, simpan duit, tabung duit, tabung simpan duit

Reader Interactions

Comments

  1. Chesu says

    12th March 2018 at 3:24 pm

    memang kita patut menabung untuk hari tua. gaji sekarang memang tidak cukup pakai, apa pun, bila dapat gaji, kita patut agihkan jumlah yang nak ditabung dulu supaya maklamat untuk menabung dapat dicapai.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2018 at 11:46 pm

      Syukur alhamdulillah beringat sebelum terlewat.

      Reply
  2. nini says

    6th March 2018 at 3:07 pm

    1gm RM200 jer erk.. eh menarik… idok le tauuu…

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2018 at 11:40 pm

      Bukan setakat RM200 sahaja boleh beli emas tetapi dengan RM100 pun boleh beli emas untuk simpanan dengan Gold Accumulation Program (GAP) Produk Public Gold yang pensijilan Patuh Syariah dari Amanie Advisore.

      Reply
  3. nurul fatin adiana says

    6th March 2018 at 5:53 am

    memang perlu simpanan untuk akan datang sebab kita tak tahu apa yang akan jadi dengan masa depan kita. thank you for the tips. emas ni time terdesak boleh dipajakgadai.hehe

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2018 at 11:57 pm

      Emas juga boleh dijadikan modal berniaga. Dapatkan pinjaman wang dengan emas masuk ArRahnu.

      Macam-macam makcik berniaga Pasar Siti Khadijah. Gelang emas yang banyak bukan sahaja-sahaja tetapi ada kegunaan untuk suntikan modal berniaga.

      Reply
  4. Norasikin says

    5th March 2018 at 10:03 pm

    Zaman sekarang kalau tak menyimpan untuk masa hadapan, menyesal tak sudah. Saya pun baru nak sedar dan baru mula menyimpan sesuatu yang bernilai untuk hari tua

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2018 at 12:18 am

      Berusaha untuk menyimpan kerana pada masa akan datang kita tida akan tahu situasinya.

      Reply
  5. mina says

    5th March 2018 at 3:17 pm

    Wow! Mcm boleh dapat kumpul emas yang banyak dengan cara ni. Cuma perlukan usaha dan membuat demikian dengan konsisten.

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2018 at 12:19 am

      Bertindak, insyallah akan dapat hasilnya.

      Reply
  6. Hans says

    5th March 2018 at 12:06 am

    In Sha Allah
    kalau ada target pasti tercapai 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      5th March 2018 at 12:24 am

      Kata guru saya kejayaan dipengaruhi 70% tindakan dan baki 30% adalah teknikal.

      Reply
      • Hans says

        6th March 2018 at 12:07 am

        setuju2
        tindakan tu yang penting

        Reply
        • akubiomed says

          6th March 2018 at 12:22 am

          Semoga ada kebaikan dengan terbitnya tindakan.

          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in