• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Segmen Senyum Sabtu Day jangan curi duit tabung Raya

Segmen Senyum Sabtu Day jangan curi duit tabung Raya

21st June 2015 by akubiomed 37 Comments

Jangan curi duit tabung raya.

Jangan curi duit didalam tin

Tersenyum bila isteri bertanyakan dimanakah hilangnya tin bekas bijirin yang hilang. Setahu saya beberapa hari lepas abang Long ada tanya nak guna tin bekas bijirin sebagai tabung. Saya kata toksahlah nak guna tin sebagai tabung simpan duit.

Bekas tin bijirin jadi tabung duit.

Isteri saya telah menunjukkan  bekas tin bijirin yang dijadikan tabung simpan duit dan didalamnya ada beberapa keping duit kertas RM1. Diatas tin bekas bijirin tertulis satu amaran keras “Jangan curi duit didalam tin”. Tersenyum saya melihat bekas tin bijrin tersebut dan dah tahu ini mesti kerja abang long yang sudah kantoi.

Kalau ikutkan saya lebih suka jika abang Long mengunakan tabung Ayam yang diperbuat dari tanah liat kerana kalau guna tin sebagai bekas simpan duit senang duit keluar. Kalau guna tabung Ayam duit akan masuk satu hala sahaja dan apabila penuh barulah dipecahkan untuk mendapat duit yang disimpan tersebut.

Menanam sifat menyimpan diusia muda.

Apapun elok juga diusia muda sudah mempunyai sifat suka menyimpan dan harap ia kekal sehingga dewasa. Terus terang zaman sekarang amat mencabar hendak simpan duit kalau tidak kena cara kerana dugaan pengiklanan di media sosial dan elektronik membuatkan ramai yang tewas dengan boros berbelanja untuk perkara yang tidak diperlukan dengan alasan murah. Akhirnya barang yang dibeli tidak digunakan dan disimpan didalam kotak berhabuk sahaja.

Terkenang zaman dulu-dulu bekas tin biskut dijadikan simpanan duit.

Orang tua dahulu-dahulu akan mengunakan tin biskut untuk menyimpan duit tetapi tidaklah menulis tanda amaran seperti abang Long sudah terang-terang memberitahu ada duit didalam tin.

Peniaga kedai runcit dahulu akan mengunakan tin susu dan tin Milo sebagai simpan duit berniaga. Tin tersebut diikat dengan tali dan pemberat. Apabila menerima pembayaran dari pelanggan, tin tersebut akan ditarik untuk disimpan duit didalam tin tersebut.

Mesin kira-kira elektronik mengantikan tin

Sekarang makin susah hendak mencari tin tarik tersebut kerana rata-rata kedai runcit sudah mengunakan mesin kira-kira elektronik dan lebih-lebih lagi ada GST perlu mengunakan resit bercetak nombor inbois GST.

Segmen #SenyumSabtuDay

Segmen #SenyumSabtuDay adalah ide cetusan saya untuk berkongsi gambar -gambar tauladan dan lucu di media sosial Instagram, FB dan Twitter. Cabaran untuk diri saya dan rakan-rakan berkongsi gambar positif dengan hashtag #SenyumSabtuDay di media sosial. Jemput join ya setiap hari Sabtu.

  • Jadual kumpul duit untuk beli emas 1 gram setiap bulan
  • 5 tip memiliki rumah idaman pada usia muda
  • Kesan selepas menghadiri Seminar Emas Sebagai Perlindungan Kekayaan Anda

Filed Under: blog Tagged With: duit tabung raya, simpan duit tabung, tabung duit

Reader Interactions

Comments

  1. myliferia says

    8th July 2015 at 4:24 pm

    Keep it up abang long!!!

    Reply
  2. myliferia says

    8th July 2015 at 4:24 pm

    Apa-apa pun, abang long memang bijak dan cute jer bila siap letak amaran tu…hehe

    Baguslah dari kecil dah pandai menabung 🙂

    Reply
  3. akma says

    4th July 2015 at 10:13 am

    title menarikk betul . duit dalam tin ada jugak buat tapi senang sangat duit keluar . hahahaha

    Reply
  4. Raihanah Ahmad says

    1st July 2015 at 10:25 am

    idea yang bagus untuk menceriakan hari-hari kita

    Reply
  5. Sani says

    26th June 2015 at 2:58 pm

    Idea yg bagus dan menceriakan hari-hari minggu begini. Kena cari dan be kreatif..

    Reply
    • akubiomed says

      28th June 2015 at 10:35 am

      Harap menjadi trendy dengan menyampaikan mesej positif di media sosial. Memandangkan banyak perkongsian negatif dan sensitif yang berlaku sekarang ini.

      Reply
  6. Norasikin says

    26th June 2015 at 2:56 pm

    Apa tunggu lagi bro. DIY la buat tabung buluh. Yg penting duit cuma boleh masuk tak boleh keluar

    Reply
    • akubiomed says

      28th June 2015 at 10:35 am

      Susah nak cari pokok buluh sekarang ini. Kalau ada memang akan dibuat tabung.

      Reply
  7. suri says

    25th June 2015 at 1:06 pm

    mak cik dulu pakai tabung tanah liat. tabung ayam dan tabung tanah liat bentuk arnab pastu moden pi simpan duit pakai tabung bsn masa tak silap tabung gambar gajah siap gajah tu baju dia pakai loga bsn gitu.sekarang tak wujud lagi tidak.

    memori sungguh bila isi duit atas kepala gajah tu satu bunyi akan terhasil.

    sekarang dapat duit terus masuk mybank online tapi still keluarkan duit gak pi bank masuk dalam buku terus heee..

    Reply
    • akubiomed says

      28th June 2015 at 10:36 am

      Nak cari tabung kucing yang menjadi kegilaan sekarang ini.

      Reply
  8. Khadeejah Hasmad says

    24th June 2015 at 9:47 pm

    Huish, bagusnye kecik2 dah pandai menabung. Pandai ayahnya mengajo. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      25th June 2015 at 1:12 am

      Saya ajar simpan dalam tabung tetapi bukan tabung tin 🙂

      Reply
  9. wahida says

    24th June 2015 at 4:26 pm

    haha..tersenyum tgk perangai abang long…
    tapi baguslah, di usia muda dah bijak meyimpan…

    Reply
    • akubiomed says

      25th June 2015 at 1:13 am

      Harap sifat menambung kekal sehingga dewasa.

      Reply
  10. Noriza Rahman says

    24th June 2015 at 1:06 pm

    Macam2 kerenah anak-anak kan..bagus sedari kecil dah menanam minat nak menabung..

    Reply
    • akubiomed says

      25th June 2015 at 1:13 am

      Telatah anak-anak buat saya tersenyum.

      Reply
  11. Dkna Abza says

    24th June 2015 at 12:15 pm

    teringat waktu kecik2 dulu, makcik buka kedai kopi.. kalo dkna ke kedai dia selalu pandang je tin yang tergantung kat atas tu hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th June 2015 at 1:14 am

      Susah nak jumpa dah simpang duit dalam tin.

      Reply
  12. Mus says

    22nd June 2015 at 10:32 am

    saya masih ada jumpa lagi pekedai di tuaran guna tin ni simpan duit.. kena cukup tinggi untuk tarik tin ke bawah..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2015 at 10:26 pm

      Peniaga dulu-dulu mengunakannya sebelum mengantikan dengan mesin kira-kira elektronik.

      Reply
  13. Jia Rizaira says

    22nd June 2015 at 6:47 am

    Den guna tin ape ntah. Tapi sebagai tempat simpan duit syiling dan kadang2 nak guna apa yg patut kalau kena guna duit syiling.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2015 at 10:27 pm

      Yang penting menyimpan.

      Reply
  14. myrujukan says

    22nd June 2015 at 1:56 am

    saya punya habit pasal duit adalah duit syiling saya jarang guna. lepas membeli apa apa barang, balik rumah duit syiling letak satu tempat

    Reply
    • akubiomed says

      25th June 2015 at 1:15 am

      Sekarang ini mengumpul duit syiling setempat.

      Reply
  15. musadun says

    22nd June 2015 at 12:31 am

    dah lama tinggalkan tabiat menabung ni.nampak gaya nya kena terapkan balik dalam diri ni.

    Reply
    • akubiomed says

      25th June 2015 at 1:15 am

      Simpan sikit pun jadilah bileh digunakan pada saat memerlukan.

      Reply
  16. Hairul Hissam says

    21st June 2015 at 7:43 pm

    saya pernah nampak masih ada lagi peniaga kedai guna tin utk letak duit mereka. mungkin nak elakkan anak2 atau budak2 ambik duit tu kot..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2015 at 10:27 pm

      Nak ambil duit perlu tarik tin ke bawah.

      Reply
  17. zool says

    21st June 2015 at 6:32 pm

    cara berjimat juga tu.. biarkan lah dia gunakan tin tu…
    dah ada duit baru belikan tabung ayam.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2015 at 10:28 pm

      Bimbang risiko duit akan berkurangan kerana mudah sangat nak ambil duit dari dalam tin. 🙂

      Reply
  18. Ani Haryani says

    21st June 2015 at 4:50 pm

    Comel abang long ni kreatif!. Bagus, ada kesedaran sendiri untuk simpan duit 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2015 at 10:28 pm

      Masalahnya ibu nak guna tin tersebut tetapi abang long dah ambil dahulu.

      Reply
  19. FR says

    21st June 2015 at 4:16 pm

    masa kecik dulu, tabung aku bapak aku je yg selalu bubuh duit

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2015 at 10:30 pm

      Orang dulu-dulu tabung tin tempat mereka menyimpan duit.

      Reply
  20. titan says

    21st June 2015 at 2:48 pm

    memang simpan dalam tabung biasa aje. tabung bekas milo, tabung bekas coklat..

    dah penuh, cari tabung lain.

    hehe..

    bab nak menghantar ke bank tu yang malas..

    Reply
    • zool says

      21st June 2015 at 6:50 pm

      meh bagi gua tolong masukkan. tapi dalam akaun gua la.hahahaha

      Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2015 at 10:30 pm

      Banyaknyer duit. Merata-rata menyimpan. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in