Sering kali kita terbaca di akhbar mengenai keluhan generasi muda tidak mampu memiliki rumah idaman kerana gaya hidup mereka dan harga rumah semakin meningkat. Ada beberapa faktor yang menyumbang golongan muda ini semakin jauh memiliki rumah idaman mereka di usia muda.
Saya ingin berkongsi 5 Tip memiliki rumah indaman pada usia muda yang dikongsikan oleh Mega 3 Housing Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju perumahan “Rumah Mampu Milik” boleh dijadikan panduan untuk memiliki rumah indaman pada usia muda. Ada beberapa tip ini boleh diamalkan seawal mungkin supaya lagi cepat memiliki rumah idaman didalam masa yang singkat.
5 Tip memiliki rumah idaman diusia muda.
Tip 1. Sediakan “Tabung Rumah Impian”.
Korang perlu sediakan “Tabung Rumah Impian” dengan mengetepikan duit korang tiap-tiap bulan ke dalam tabung ini. Ia perlukan disiplin untuk memasukkan duit ke dalam tabung ini dan jumlah duit yang ditabung perlu ditambah dari masa ke semasa.
Sebagai contoh kenaikkan gaji, bayaran bonus, elaun kerja lebih masa dan duit tuntutan perjalanan boleh disumbang ke dalam tabung ini. Hati-hati dalam usaha menabung dengan menahan cobaan untuk membelanjakan duit tabung apabila jumlahnya semakin banyak ini akan mengagalkan usaha korang untuk memiliki simpanan khas untuk membeli rumah.
Tip 2. Tahan nafsu untuk memiliki kredit kad
Berbelanja secara tunai dan jangan berbelanja diluar kemampuan dengan kredit kad. Apabila korang mempunyai kredit kad didalam tangan mudah untuk berbelanja untuk perkara yang tidak perlu dan luar kemampuan. Korang akan terperangkap dengan membayar hutang kredit kad pada bayaran mininum dan kadar faedah semakin meningkat dan ditambah dengan hutang tertunggak.
Ini akan menyebabkan korang dibebani hutang kredit kad gara-gara perbelanjaan tidak berhemah. Jika korang sudah memiliki kredit kad dan mempunyai tunggakan hutang, perlu diselesaikan dengan cepat dan tidak membuat pembelian baharu dengan kredit kad tersebut.
Tip 3. Merancang perbelanjaan dan jangan membazir.
Tidak dinafikan agak mudah tergoda untuk membeli barang seperti gajet kerana mahu yang terkini dan kerana ingin mengikut trend terkini akhirnya korang terperangkap berbelanja lebih untuk mendapat barangan impian korang. Lebih parah sanggup membuat pembelian dengan sewa beli dengan beranggapan membayar kadar bulanan adalah didalam kemampuan. Ibarat pepatah Melayu,’Biar papa asal bergaya’.
Tip 4. Membuat ‘Market Survey’ harga rumah dan kumpul info.
Korang boleh membuat tinjuan harga rumah dan lokasi jualan. Menambah pengetahuan dengan menghadiri seminar dan pameran jualan untuk menambah ilmu yang boleh membantu korang membuat keputusan untuk membeli rumah idaman korang.
Tip 5. Elakkan membuat pinjaman peribadi.
Korang perlu elakkan membuat pinjaman peribadi kerana korang akan terbeban dengan kadar faedah dan komitmen pembayara balik pinjaman.
Ada beberapa pautan dibawah ini untuk korang manfaat merancang di usia muda untuk membeli rumah impian korang.
Klik pautan ini untuk >>Tip membeli rumah idaman pada usia muda<<
Klik pautan ini untuk >>Jadual kelayakan pinjaman perumahan kerajaan<<
Klik pautan ini untuk>>Kalkulator Pinjaman Perumahan Mampu Milik<<
Jangan lupa bookmark blog Mega 3 Housing ini kerana ia mengandungi banyak perkongsian dan tip dapat mendidik menguruskan kewangan dan panduan untuk korang memiliki rumah idaman.
Penyelesaian #SayaZahra.
Masih ingat lagi keluhan Zahra seorang graduan lepasan universiti berucap mengenai kos sara hidup di bandar di dalam sebuah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu(MTEM)?
Ada artikel menarik disediakan oleh pihak Mega 3, mengesyorkan penyelesaian masalah Zahri ini. Klik pautan ini untuk membaca >>Penyelesaian #SayaZahra<<
—————————————————————————————————————————–
Info ringkas mengenai Mega 3 Sdn Bhd.
Syarikat Mega 3 Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai pengalaman 15 tahun didalam industri perumahan dengan membina rumah mampu milik di 4 negeri di dalam Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Pahang.
Sehingga hari ini lebih 50 projek perumahan berjaya telah disiapkan. Syarikat Mega 3 juga mempunyai pengalaman memulihkan 10 projek perumahan terbengkalai berjaya disiapkan dengan nilai pembangunan kasar RM200 juta sehingga di gelar ‘doktor perumahan’.
Rujukan:
belilah rumah ketika muda.
itu lebih afdal.
sangat inspiratif sekali tips nya,,mudah mudahan dengan mengikuti tips agan ini saya bisa membeli rumah idaman yang saya impikan
Terima kasih, semoga perkongsian ini bisa memberi manfaat. 🙂
tq utk tips memiliki rumah yang bermanfaat ni..
Bermula menyimpan dengan tabung khas untuk beli rumah. Ambil beberapa peratus dari gaji bulanan dengan masuk ke dalam dana khas tersebut setiap bulan.
masa muda adalah masa yg terbaik utk dptkan rumah..dh kawin&beranak pinak, baru nak stat menabung. mmg sukar kan
Betultuh bro, kesian dengan bekas graduan keluar belajar sudah dibebani hutang. Kalau masa belajar ada buat simpanan insyallah boleh kurang beban nak bayar balik pinjaman pengajian.
dulu saya beli dengan guna kad kredit, agak bahaya la kalau tak bayar on time jadi interes berganda2. elok dgn cara begini.
Paling parah kalau bayar minimum setiap bulan. Hutang akan mula bertimbun dan tidak surut.
cabaran untuk kumpul duit deposit rumah pada usia muda ni, tahu-tahu je la, masa muda ni semua benda nak dibeli.
Masa saya mula-mula bekerja. Apa yang saya buat adalah memberikan sedikit duit gaji kepada ibu saya untuk simpan kerana simpan didalam bank saya boleh keluar sebab mudah ada kad atm.
Diya beli rumah ni dulu masa umur 24 tahun..Masa tu dekat rawang ni murah jer..Bawah 100k dah dpt teres 2 tingkat..Sekarang rata rata dah cecah 500k..Rasa bersyukur tuhan gerakkan hati nak beli rumah masa tu..Kalau tak pengsan nak beli rumah dgn hrga camtu..
Bertuahnya badan harga hartanah sudah naik. Awal sudah memiliki rumah sendiri. Tanniah. 🙂
alhamdulillah dengan usaha dapat memiliki rumah sendiri.
saya juga pernah silap langkah dengan kad kredit. nafsu berbelanja masih membuak ketika itu..
syukur, sekarang sudah bebas dari kad kredit..
Tanniah ya sudah memiliki rumah sendiri dan bebas jeretan kredit kad.
2 sikap utama yang saya guna baru dapat beli rumah dan sampai sekarang pun kena amalkan kalau tidak hilanglah rumah. Pertama, jangan hutang dan kedua cuma beli keperluan penting.
Terima kasih berkongsi tip. Thorbaik. 🙂
Memang target nak ada rumah sendiri menjelang usia 30 tahun…masih ada berbaki 4 tahun lagi sebelum sampai ke usia tu…tengah berusaha untuk kukuhkan kewangan dulu…kad kredit…kereta…semua saya “terpaksa” tolak tepi dulu…masa hadapan nanti…rumah lagi penting…
Baguslah mempunyai matlamat untuk memiliki rumah sendiri sebelum mencecah umur 30 tahun. Saya doakan impian tersebut tercapai. Ameen.
rumah belum beli lagi.. ilmu pasal rumah memang zero..
Perlu merancang dari sekarang. Saya beli rumah pada usia cecah 30 tahun. Jadi tidak mustahil untuk memiliki rumah impian dengan merancang dari awal.
Memang dulu saya failed dan pernah terjebak dengan kad kredit serta pinjaman peribadi, namun bersyukur dapat juga rumah sebiji di usia sebelum 30-an
Saya juga pernah buat silap dan didalam usaha membaiki kesilapan tersebut. Biar tersedar awal.
Alhamdulillah saya beli rumah pertama pada usia 28 tahun. 🙂
Semua tips berguna untuk persediaan rumah idaman. Bagi yang memiliki tips no. 2 dan no. 5 tu banyak sangat dah kalau boleh berjimat tu.
Kalau boleh elakkan dari terjebak dengan kad kredit dan pinjaman peribadi. Kalau tidak kuat memang akan terikat dengan hutang sampai bila-bila.
Teringin nak miliki rumah sendiri.
Tempoh hari hampir-hampir, malangnya keadaan tidak mengizinkan.
Kalau ada tanah boleh bina rumah sewa. Perlu ada aset untuk keluarga berlindung. Faham-fahamlah kalau hidup menyewa ini.
bagus semua tips di atas ni…
golongan muda kena beli rumah cepat, sbb harga rumah semakin hari semakin tinggi harganya, sampai rasa mcm x logik…huhu…
Harga rumah melambung apabila banyak projek sekeliling. Jadi secara tidak langsung akan menaikkan nilai hartanah dikawasan tersebut.
Bagus semua tips tu.. Kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan simpanan.. InsyaAllah mampu membeli rumah idaman…
Macam tuan Hairul sudah memiliki rumah diusia muda. Tanniah. 🙂
tapi sekarang di usia muda ramai yang bankrap kerana PTPTN.. sedih betul.
kawan saya kalau nak clear kan nama. kena bayar separuh.
kesian pula tengok
Masa belajar perlu beringat untuk simpan sedikit tidaklah terasa beban belajar sudah dibebani hutang.
Terima kasih di atas tips yg diberikan… semoga dgn membaca tips ini akan dpt membantu ramai golongan muda utk memiliki rumah sendiri..