• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / DIY tukar handle pintu proton

DIY tukar handle pintu proton

12th January 2014 by akubiomed 47 Comments

Tutorial menukar handle pintu proton cara DIY

Masalah handle pintu Proton milik saya sudah patah beberapa kali. Kali ini berpunca baby Aslah merentap handle ke bawah maka tercabut handle pintu.

Ia adalah perkara biasa akan berlaku samada kerana wear and tear atau disebabkan perkara lain.

handle pintu proton

Sudah 2 kali saya menukar handle pintu kereta. Susah juga apabila handle pintu patah hendak masuk ke dalam kereta perlu diakses melalui pintu satu lagi.

Ikuti tutorial DIY menukar handle kereta Proton

1. Buka skru dibahagian handle dibahagian atas dan bawah

2. Kopek penutup pintu dibahagian yang ditunjukkan

3. Kopek penutup untuk akses skru

4. Longgarkan skru supaya penutup handle boleh dicabut.

Tidak perlu buka habis sekadar untuk penutup handle boleh dicabut. Lebih mudah memasang handle pintu baru selepas buka cover handle.

Keadaan handle pintu tanpa cover handle.

5. Masukkan handle baru pada hujung sebelah kanan dahulu

Selepas masuk handle kita akan rasa handle kelihatan longgar apabila ditarik kerana tidak berada didalam slot yang betul.

Untuk memastikan handle berada didalam didalam slot adalah mengikuti langkah di bawah.

6. Pandangan dari dalam, ada 2 bahagain perlu diberi perhatian.

Pastikan handle baru berada didalam slot dan rod besi berada didalam lubang dengan tarik ke bawah untuk masukkannya.

Contoh handle berada didalam slot.

7. Masukkan penutup handle dan guna skru untuk kunci. Pastikan ia tidak longgar

Handle pintu Proton yang telah siap dipasang dengan cara DIY

Kemudian pasang semula penutup pintu dan uji handle yang baru diganti dapat berfungsi dengan baik.

Harga membeli handle pintu Proton ini RM15(bukan ori) boleh dibeli dari kedai alat ganti kereta.

Lebih senang bawah contoh handle yang patah sebagai rujukan.

Maklumlah kita bukan pomen main sebut sahaja alat ganti didalam bahasa kita sahaja.

Sebelum ini ada saya tunjukkan DIY hendak menukar power pintu Proton boleh dirujuk.

[youtube=http://youtu.be/TgLPQ8mivBw&rel=0]

Nota: Admin tidak bertanggungjawap dengan tutorial yang diberikan. Melakukan DIY penukaran handle pintu Proton adalah tanggungjawab sendiri.

  • DIY tukar Proton power window regulator untuk Gen2
  • DIY Proton Gen2 Power Window Regulator
  • DIY Tukar Power Window Regulator Proton Gen2

Filed Under: diy Tagged With: bagaimana ingin membuka kereta handle patah, bagaimana memasang pembuka pintu kereta proton, cara baiki pintu kereta, cara cara handle pintu gen2, cara memasang handle pintu proton, cara memasang pintu persona, cara memperbaiki handle pintu gen2, cara menukar handle gen 2, cara nak tukar pemegang pintu gen 2, cara pasang handle pintu gen 2, cara pasang handle pintu gen2, cara pasang pintu kereta proton pesona, cara tukar handle pintu persona, cara tukar pemegang pintu kereta persona, cara tukar tombol pintu persona, diy, diy handle pintu gen2, diy handle pintu persona, diy kereta persona, diy kereta sendiri, diy tukar lapik pintu kereta, handle pintu, handle pintu persona rosak, handle pintu proton, harga alat ganti untuk gen2, harga handle pintu, macam mana nak tukar handle pintu proton persona, pembuka pintu gen 2, pembuka pintu kereta patah, pemegang pintu proton persona, pintu persona, pintu proton, proton persona door handle diy, tukar handle pintu proton, tukar pintu persona, tukar tombol pintu persona, upah membaiki pemegang pintu di proton gen 2

Reader Interactions

Comments

  1. Zurainny Ismail says

    5th December 2019 at 12:53 pm

    Waa…ada disclaimer dekat hujung artikel! ;D Tombol pintu di rmh pun saya x tukar lagi, padahal dah lama beli parts. Takut pegang skru, hihihi…..

    Reply
    • akubiomed says

      6th December 2019 at 12:49 pm

      Tombol pintu rumah tak susah nak diganti. Insyallah boleh buat.

      Reply
  2. wan says

    8th November 2018 at 3:32 pm

    info yang sangat berguna… lepas ni bole buat sendiri .. hari tu kawan bawa ke bengkel agak mahal kena caj lebih la pla… rasa tak berbaloi..

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2018 at 10:11 pm

      Insyallah boleh berusaha dan kalau tak yakin boleh ke bengkel.

      Reply
  3. Suhaink says

    3rd October 2018 at 4:59 pm

    Salam siapa leh tolong saya tukar handle pintu waja saya ni..?? Pintu belakang dua2 rosak plak…

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2018 at 9:57 pm

      Nampak gaya kena bawa ke bengkel atau aksesori kereta untuk tukar.

      Reply
  4. maza says

    14th June 2016 at 1:18 pm

    Wah.. maza pandai tukar handle motor aje..

    hehehe

    Reply
  5. Bro Framestone says

    27th May 2016 at 2:17 pm

    Belum sampai lagi masanya nak tukar handle pintu kereta he…23x Tapi bermaafaat artikle ini 😉

    Reply
  6. mohd says

    19th February 2015 at 8:16 pm

    Bro, saya dah cuba masukkan handle baru dalam slot,tapi handle tu tak boleh masuk dalam slot.rod besi tu dah tarik kebwah.macamane bro buat yea?

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2015 at 12:18 pm

      Saya rasa bro telah buka skru pada arahan no. 4 terlebih buka sehingga menghalang rod boleh ditarik. Cuba perhatikan ia tidak menghalang rod. Cuba pusing skru balik(rujuk no. 4).

      AMARAN. Jangan terlalu longgar nanti plate besi bentuk `U’ tertanggal. Sekadar untuk handle berpaut pada rod. Kalau tertanggal boleh pasang balik tetapi perlu keluar semua handle dalam untuk pasang.

      Reply
      • mohd says

        20th February 2015 at 4:46 pm

        assalam.dah berjaya sangkut dkt besi tu..tpi besi u tu pulak tertanggal.mungkin saya terlalu longgarkan skru.mcm mane yea nak pasang balik besu U tu.

        Reply
        • akubiomed says

          20th February 2015 at 10:04 pm

          Plate “U” penting sebab nak pasang penutup cover handle(rujuk no.4) nanti selepas semua dipasang untuk lock cover(rujuk no.7). Saya mengharapkan ia “U” plate tidak tertanggal tetapi sudah berlaku. Jangan bimbang kerana sudah tahu pasang handle.

          Rujuk no.5 untuk buka 2 skru dari luar untuk tanggalkan set handle. Kemudian pasang plate “U” tersebut seperti kedudukan rujuk (Contoh handle berada didalam slot). Walaupun leceh kerana kerja bertambah banyak tetapi saya rasa tidak ada masalah untuk pasang handle dengan baik selepas ini.

          Saya pun dahulu buat kesilapan sama sebab terlonggar lebih sehingga plate “U” terkeluar dari slot.

          Reply
  7. mohd says

    19th February 2015 at 8:11 pm

    assalam.bro saya dah cuba tarik rod besi ke bwah.tapi penyangkut tu x dapat masuk dalam slot.
    mcmane yea?

    Reply
  8. nizam says

    14th July 2014 at 12:13 am

    Bro bole rekemen kedai mana bole saya hantar area kl,takut salah hantar kena sengat nanti

    Reply
    • akubiomed says

      14th July 2014 at 12:28 am

      Tidak mahu cuba? Saya tidak pernah hantar ke bengkel kerana sudah 3 kali buat pemasangan DIY tanpa ada masalah. Maaf saya tidak tahu harga upah bengkel untuk pasang.

      Reply
  9. nizam says

    13th July 2014 at 6:52 pm

    Salam bro,gua try buat sendiri,tapi besi u dalam pintu tu tertanggal. Apa langkah yang perlu saya buat?

    Reply
    • akubiomed says

      14th July 2014 at 12:08 am

      Punca besi plate “U” tertanggal adalah kerana bro buka skru sehingga habis yang sepatutnya perlu dilonggar sahaja(sila lihat langkah 4). Tidak perlu bimbang plate boleh dipasang balik kerana set pintu boleh ditanggalkan dengan membuka 2 skru diluar pintu(sila rujuk langkah 5). Maaf saya tak ada gamabr nak beri panduan tetapi bro boleh rujuk dengan membuka panel pintu lain sebagai rujukan.

      Reply
  10. cik tom says

    15th January 2014 at 10:02 am

    terer bro buat sdiri..tgk mudah tp kalau cik tom xyakin baik jgn buat..kan xpasal2 rosak menda lain plk..hehe

    Reply
  11. yas says

    14th January 2014 at 10:29 pm

    Perghh….banyakkan lg tuto bro…mesti rmai yg masuk pas nih…

    Reply
  12. Hafizul says

    14th January 2014 at 1:13 pm

    Nampak caranya memang tak rumit mana pun..hehe..leh la jimat kos upah dah ni..

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 2:21 pm

      Lepas upah untuk belanja roti canai double. 🙂

      Reply
  13. aimannajmy says

    14th January 2014 at 3:24 am

    Terbaek bro!! tutorial step by step lagi… huhu… satu lagi kena buat tutorial.. pasai tingkap waja problem haha.. dah pakai waja lama dah.. tingkap masalah utama.. (power window)

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 2:21 pm

      Saya pernah buat tutorial tukar power window proton Gen2/Persona. Caranya lebih kurang sama sahaja.

      Reply
  14. Firdaus Azizi says

    13th January 2014 at 9:48 pm

    Powerlah bro. Boleh buat bisnes tukar tombol pintu kereta. Oyeah!

    P.s. – Tutorial nih pasti sangat berguna untuk orang yang ada masalah tombol pintu asyik patah 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 2:20 pm

      Sebenarnya ada cara hendak memastikan handle pintu ini tahan lama dengan menyelaras sensitif membuka pintu.

      Reply
  15. Hafiz Rahim says

    13th January 2014 at 4:50 pm

    Better buat sendiri kan kalau benda mudah..jimat duit. Huhu

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 2:19 pm

      Saya berpendapat ia tidak sukar dan masih boleh dilakukan secara DIY.

      Ketika mendapat latihan di Australia saya berpeluang mengikut mentor saya ke rumahnya. Setakat bertukang rumah dan tukar minyak hitam semuanya dibuat sendiri. Terkejut Direktor Kejuruteraan bertukang kayu tambah bilik dirumah sendiri.

      Reply
  16. KiD says

    13th January 2014 at 3:01 pm

    ohhh… cenggitu.. lepas ni, boleh suruh bro tukarkan handle pintu kete orang lah kan..

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 2:17 pm

      Setakat belanja makan Roti Nan Cheese semuanya ditanggung beres. 🙂

      Reply
  17. kesoma.rai says

    13th January 2014 at 2:16 pm

    kalau diikutkan mudah je kan.. tapi kalau pergi ke kedai maunya lebih rm50 diorang cas. silap silap lebih seratus dengan alasan “alat gantinya ori”.. huhu

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 2:15 pm

      Tak adalah caj sampai RM100 cuma masa hendak ke bengkel dan menunggu.

      Reply
  18. hazman aka species1980 says

    13th January 2014 at 12:27 pm

    Siap buat step by step tu…. boleh la teruskan untuk slot nie….

    Reply
  19. Mohd Azrin bin Abu Bakar says

    13th January 2014 at 11:40 am

    D.I.Y ialah satu perbuatan yang boleh menjimatkan duit kita sebab kita boleh melakukannya dengan tutorial yang boleh didapati dalam laman web spt Youtube dan sebagainya.Terima kasih atas perkongsian tutorial menggantikan handle pintu kereta ini bro

    Reply
  20. ciklaili.com says

    13th January 2014 at 11:27 am

    senang aje rupanya nak tukar handle pintu.
    terima kasih kerana berkongsi ilmu 🙂

    Reply
  21. fazrol says

    13th January 2014 at 12:32 am

    jimat.. Kalau aku dah sampai kedai dah…
    Blur…

    Reply
    • akubiomed says

      13th January 2014 at 12:51 am

      Duit baiki boleh belanja ngeteh.

      Reply
  22. wazy says

    13th January 2014 at 12:00 am

    Walaupun ianya nampak rumit tetapi agak mudah dilakukan

    Reply
    • akubiomed says

      13th January 2014 at 12:52 am

      Tidak rumit sebenarnya. Tidak keluar peluh pun.

      Reply
  23. Kamil Salleh says

    12th January 2014 at 11:24 pm

    Rajin bro… buat tutorial cara tukar handle pintu kereta. Tak susah sebenarnya jika tahu cara. Ia tidak melibatkan elektonik kira ok la…

    Reply
    • akubiomed says

      13th January 2014 at 12:50 am

      Faktor keselamatan perlu diutamakan. Proses pertukaran handle baru tidak susah dan ia mudah dilakukan.

      Reply
  24. Farisya Anastasyia says

    12th January 2014 at 10:44 pm

    tutorial yg sgt menarik 🙂

    Reply
  25. Zuan says

    12th January 2014 at 8:25 pm

    terer bro! klu den, rosak pintu ni dibuatnye

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2014 at 10:20 pm

      Sekarang ini banyak DIY yang dikongsikan di online.

      Reply
  26. titan says

    12th January 2014 at 8:23 pm

    haa..kalau tahu, tak apa.

    kalau tak tahu, jangan memandai. kang rosak benda lain. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2014 at 10:19 pm

      Kerosakkan mekanikal tidak melibatkan elektronik.

      Reply
  27. Mus says

    12th January 2014 at 8:23 pm

    jimat belanja.. bila tukar sendiri

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2014 at 10:18 pm

      Jimat kalau boleh membaiki kerosakkan mudah.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in